nuffnang ads

recent posts

Thursday, July 6, 2017

Ajar Anak Ucap Terima Kasih

Sejak dari belum ada anak aku memang suka sangat tengok rancangan kanak-kanak. Kalau kat Malaysia ni dulu ada rancangan Macam-Macam Aznil, aku paling suka part yang PakNil interview budak-budak tu.  Bila rancangan korea dah menular ke Malaysia, banyak sangat rancangan yang berunsurkan family dan parenting macam cerita Appa Odiga (Dad, Where Are You Going?), The Return of Superman dan banyak lagi.  Dan seperti biasa, aku sangat minat tengok cerita-cerita macam ni.

Banyak sebenarnya budaya positif daripada korea yang boleh kita serapkan dalam mengajar anak kita seharian.  Antaranya ucap terima kasih.  Seawal umur setahun kita dah sepatutnya ajar anak ucap terima kasih dan hormat yang lebih besar. Bila dah ada anak, aku cuba apply sendiri kat anak aku, ajar dia ucap terima kasih setiap kali dia bagi kita apa-apa.  Sekarang ni, kalau bagi apa-apa kat dia ringan je ucap terima kasih or 'maceh'.  The best part, ada satu hari tu, lepas menyusukan dia, dia cakap terima kasih, mak aih, terus sejuk perut ibu nak oi! 

tumpang main jap...
Slowly kita nak ajar dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dia dapat seawal daripada dia mula bercakap lagi.  Bila kita ucap syukur atau terima kasih, automatik kita akan rasa cukup dan menghargai pemberian orang.  Di samping kita ajar anak tu, kita pun belajar juga.  Kita akan terperanjat sendiri bila dia ucap terima kasih nanti.  Anak-anak ni banyak belajar melalui kita. Apa yang kita buat, apa yang kita cakap, semuanya akan reflect kat anak. So, parents kena extra careful. Think before you do or talk. Nak marah, nak gaduh, nak carut segala mak neka tu, elak la daripada depan anak, kalau dapat elakkan terus lagi bagus.  

Dalam Islam pun memang kita dah diterapkan dengan mengucapkan syukur.  Hari-hari kita doa dalam solat melalui surah Al-Fatihah.  Konsepnya sama je, kita belajar bersyukur dan ajar anak kita perkara yang sama.  Kita ajar dulu yang mudah, sebutan yang hari-hari kita guna, bila dah semakin besar baru senang kita nak dia faham konsep syukur dan ucap Alhamdulillah tu kan.  

Kalau kita tak kaya harta takpe, tapi biarlah kaya dengan budi bahasa. InsyaAllah. 


No comments:

Post a Comment

Subscribe and Follow