nuffnang ads

recent posts

Friday, January 20, 2012

ATOK SAYA

Salam..
Entri kali ini agak emosi sikit sebab baru je kehilangan insan yang bergelar atok, Abdullah bin Zainal. Al-Fatihah

Pada jam 5.50 petang 15 Januari 2012, atok telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di ICU, Nefrologi Hospital Kuala Lumpur.  Waktu aku terima berita atok dah nazak, aku baru je keluar abes keje, tgh drive keluar daripada ofis, baru traffic light yang pertama.  Adik call. Memang perasaan time kosong je. Terfikir Atirah, sepupu aku kat KLIUC tu, call dia cakap atok dah nazak, ajak die g HKL.  Dah OTW nak pergi jemput dia, mama pulak call. Kali ni, mama cakap atok dah takde.  Waktu tu mula sebak, drive pun cm dah tak tentu hala. Mama suruh terus balik kampung, sebab jenazah pun akan terus bawak balik kampung. Aku pun terus drive balik rumah, nak kemas-kemas barang. Lepas solat Asar, siap2 packing baju aku gerak pegi amek Atirah and then terus balik Juasseh pergi jemput mama ngan adik dulu.

Sampai-sampai kat rumah atok, jenazahnya pun sampai dari HKL.  Nampak je van jenazah, sebak betul rasa hati. Malam tu suasana sayu je dengan iringan bacaan Yasin dan Al-Quran. Anak2 cucu bergilir mengaji untuk sedekahkan kepada arwah.  Alhamdulillah, semua anak cucu sempat balik untuk berjumpa arwah atok buat kali terakhir.  Saat mami panggil kami anak2 cucu naik ke serambi untuk mencium atok buat kali terakhir, jantung memang berdegup dengan laju, dada rasa sempit menahan sebak. Tapi taknak menangis sebab takut airmata terkena arwah.  Selepas ciuman terakhir tu, airmata pun jatuh berjurai.  Tak dapat nak tahan lagi.

Atok telah dimasukkan ke hospital masa aku di Korea.  Aku touchdown je terus call mama. Mama yang bagitau atok dimasukkan ke ICU Hospital Kuala Pilah.  Waktu tu, tak kira la penat ke, mengantuk ke, aku tetap nak balik kampung nak tengok atok.  Aku touch down lebih kurang pukul 3.00 petang, kul 6.00 tu aku dah sampai K.Pilah.  Dapat berjumpa dengan atok. Waktu tu atok masih boleh bercakap, tapi tak boleh dilayan sgt sebab atok tak boleh berborak, jantungnya lemah. Itulah kali terakhir dapat cakap dengan atok. Lepas atok keluar hospital, sekejap je duduk di rumah, atok sakit balik. Kali ni terus masukkan ke Kampung Baru Medical Centre sebab makcik aku kerja di sana.  Waktu tu keadaan atok dah makin teruk, tak lama lepas tu atok dipindahkan ke HKL.  Lama atok terlantar, tak sedarkan diri.  Memang sangat sedih tengok keadaan atok waktu tu.  Aku tak dapat nak selalu jenguk sebab tengah sibuk dengan peperiksaan akhir. Tapi minggu lepas, sempat datang. Waktu tu dapat cakap dengan atok sikit walaupun atok tak sedar. Bila dapat berita atok dah tak ada, aku redha dengan ketentuan Allah ni. Mungkin ini yang terbaik sebab dah lama arwah terlantar.

Kami semua sentiasa akan mendoakan kesejahteraan atok di sana. Mungkin selepas ini, suasana di kampung berlainan sikit tanpa kehadiran atok. Tapi jauh di sudut hati, kami pasti merindui telatah dan sentiasa ingat kata2 atok.  Mungkin kenangan dengan atok tak banyak time dah besar2 ni sebab atok pun dah tak kuat sangat, tapi kami cucu2 atok masih ingat lagi kenangan kita waktu kecik2.  Pergi memancing, masuk hutan cari biji getah, naik basikal tua atok tu, pergi amik buah durian kat dusun, sakat2 uwan kadang2 sampai uwan menangis sebab kitorang menangkan atok dan macam2 lagi la. Hmm..sgt rindu zaman2 dulu, sangat2!! Kenangan tu akan tersimpan rapi dalam ingatan kami atok.  Hari Raya tahun ni menjadi hari raya pertama tanpa atok..:'(

Semoga atok ditempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.  Amin.

AL-FATIHAH~

Nota kaki: Al-Fatihah juga ditujukan kepada arwah Paklong, atok Ghani, kak Farizah dan baru saya terima berita kematian bapa kepada kawan saya Dzulhilmi. Semoga mereka juga ditempatkan di kalangan hamba-hambaMu yang beriman. Amin.


Thursday, January 19, 2012

Al-Fatihah

Telah kembali ke Rahmatullah sepupu saya Nor Farizah Binti Mohamad pada 14 Januari 2012 dan atok saya Abdullah bin Zainal pada 15 Januari 2012. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Al-Fatihah.

We gonna miss you both so much.
Damailah kamu disana.
Kami juga akan menyusul kemudian.



Saturday, January 7, 2012

SIFAT SUAMI PILIHAN..;)

‎10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melam...bangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
 
Source: Fedtri Yahya's Facebook. Thanx for sharing bro!

Subscribe and Follow