nuffnang ads

recent posts

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Big Bad Wolf is BACK!

Yang ditunggu-tunggu telah tiba lagi....



Kali ni lagi best sebab tiap2 hari open 24 hours, bukanlah hari weekend je.  
Aku memang agak busy skang ni, harap2 dptlah aku slot in masa untuk serbu BBW kali ni.

Apa yang ada kat BBW kali ni..












dan banyak lagi!!

Aku nak borong buku travel dan buku masakan. Novel beli last BBW aritu pun tak abes baca lagi, so tak payah beli novel lagi kali ni.  Nanti kalau dah tak muat rak buku, aku susun je buku tu tinggi2 dari atas lantai.

Bagi yang belum pernah pergi lagi dan tak tahu jalan, ni ada map:


Nak tau lebih lanjut lagi, boleh g kat link ni :


Plan your trip and happy shopping! 

P/S : Daripada pengalaman lepas, ramai yang datang bawak beg luggage terus. Takpun standby shopping bag yang jenis kain, lipat2, masuk dlm handbag/poket.  Kurang sikit berat nak angkat nnt. Kalau letak dlm plastik takut tak terangkat.

Saturday, January 7, 2012

SIFAT SUAMI PILIHAN..;)

‎10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melam...bangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
 
Source: Fedtri Yahya's Facebook. Thanx for sharing bro!

Thursday, October 27, 2011

Kalau anda STRESS anda buat ape?


  1. Mandi lama-lama, lulur badan, shampoo rambut (ala2 salon), skrub muka pastu tido!

  2. Tengok cite korea, sampai terlentok2 dan tertido dengan sendirinya, laptop? esok pagi tutup. haha.

  3. Bangun pagi2, solat subuh, pastu pegi joging.

  4. Main game kat Mukabuku bukan bercinta!

  5. Makan aiskerim, lagi mahal aiskerim itu, lagi nikmat..

  6. Book tiket flight ke destinasi pilihan..wink3!

  7. Ambil wuduk, solat. Kalau time tu dah solat, wat solat sunat.

  8. Call/SMS kaum, ajak lepak.

  9. Kalau tengah keje, berenti buat keje jap, jalan2 kat opis, gossip! huhu.

  10. Drive kete laju2, tapi tidak merbahaya.hehe

  11. Rendam kaki dalam air panas, ambik feel.

  12. Main masak-masak.

  13. Berkemas, vakum, mop lantai, lap habuk, basuh baju, sental lantai toilet, sembur perfume satu rumah.

  14. Balik kampung atau hang out dengan family members, main with my nephews.

  15. Update blog, update status kat FB atau tweet. Yang tweet ni baru2 ni la.

  16. Ajak membe g karaoke!

  17. Blogwalking, baca blog yang best2.

  18. Gayut dalam telefon dengan kawan-kawan atau pun chat

  19. Tengok ikan gedik2 kat dalam bowl tu.

  20. Tenangkan hati dengan berzikir atau baca buku-buku agama, supaya aku lebih dekat denganNya.

Itu kalau aku stress, kalau korang stress korang buat ape? Share la kat sini, kalau aku stress aku leh try cara korang lak! heee..



Thursday, January 13, 2011

SUKE EDIT PAKAI PICNIK


nak share satu laman web dengan korang..aku memang suka edit gambar, disebabkan kalau guna photoshop agak memakan masa, y not korang try edit gmbr kat sini
http://www.picnik.com/ ..lagipun sangat senang, takyah belajar editing pun takpe..

gambar2 yang aku letak ni kebanyakan edit kat sana..jom tengok hasil karya aku kt picnik..hehe..simple je, tapi hasilnya saya suke!

sebelum



^ selepas ^

tQ pada orang yg telah mengenalkan saya ttg picnik ni..=)

selamat mencuba!

Thursday, June 24, 2010

RAWATAN WAJAH SENDIRI LEBIH JIMAT

Ihsan daripada BERITA HARIAN 17 Jun 2010 - Ruangan Klassified








Bahan-Bahan Untuk Merawat Wajah :


  • Tomato

  • Tepung Ubi

  • Timun

  • Telur

  • Epal

  • Susu segar

  • Lobak Merah

  • Asam Jawa


Bagi mendapatkan kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.



Asam Jawa juga banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan anda. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau sehingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Untuk menegangkan kulit muka, ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikir air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapuka ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

Sebagai petua menghilangkan jerawat pula campurkan sedikir asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikir kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

Mengelakkan kulit muka cepat berkedut bersihkan sebatang lobak merahdan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicikan kulit. Caranya, parut tomata atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.

Akhirnya susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin, Tidak percaya silalah cuba sendiri. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok sehingga rata, melekit dan kering. Cuci dengan air suma dan lakukan dua kali seminggu.

Subscribe and Follow