nuffnang ads

recent posts

Showing posts with label MOVIE REVIEW. Show all posts
Showing posts with label MOVIE REVIEW. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Ada Apa Dengan Cinta?

Korang masih ingat dengan filem ini? 
Masih ingat pada Rangga dan Cinta?




This is one of my all-time-favourite-film..Bagi aku cerita ni adalah cerita Indonesia yang terbaik pernah aku nonton..Malam tadi secara tiba-tiba aku teringatkan cerita ni, langsung balik je dari kelas, aku pun youtube kot2 la ada orang baik hati yang upload.  
Ada! 
Hati melonjak keriangan.  
Dengan menggunakan henpon aku yang kecik itu, aku menonton kembali cerita yang satu masa dulu banyak membuatkan aku berangan.  
Ya betul! 
Sangat banyak berangan! 
Hampir setiap jalan ceritanya aku hafal, dialognya, lagunya dan sajaknya..Ini adalah salah satu filem yang aku tengok lebih daripada 10 kali.  5 kali yang terawal adalah demi memahamkan dialog, sebab time tu CD yang akak aku beli tak ada subtitle BM so, payah jugak la nak memahaminya tu kan.  Selebihnya demi nak menghafal lagu-lagu OST yang ada dalam cite tu.

Filem AADC ni mengisahkan tentang persahabatan lima orang gadis iaitu Cinta, Alya, Karmen, Maura dan Milly.  Cinta seorang yang gemar mengarang puisi dan selalu menjadi pemenang kalau ada pertandingan di sekolah.  Tapi pada tahun itu, Rangga pula yang menang pertandingan cipta puisi tersebut.  So, Cinta ni mestilah nak tahu siapakah gerangan si Rangga itu kan.  Dengan berbekalkan alasan nak interview untuk ruangan Majalah sekolah, Cinta pun berjumpa dengan si pelik Rangga ni dan bermulalah kisah mereka.
Nak cerita panjang-panjang pun korang mesti dah tengok cerita ni kan? So, korang mesti dah tau. Ke ada dalam ramai-ramai ni yang tak pernah lagi tengok cerita tu????? 
Kalau ada, silalah pergi Youtube sekarang!

Rangga & Cinta
Antara scene yang paling aku suka..
Dari kiri : Maura, Alya, Milly, Karmen dan Cinta
Selepas hampir sepuluh tahun, aku teringin nak tengok rupa paras mereka sekarang, jadi aku ade la buat sikit research guna khidmat pak Google.  Haha.  Tak de kejekan??!  Jom check it ouuuut!

Inilah mereka selepas sepuluh tahun......Nicholas masih kacak seperti dulu...weeee..dan yang lain pun masih ngetop!

Dian Sastrowardoyo as Cinta



Nicholas Saputra as Rangga



Titi Kamal as Maura 



Adinia Wirasti as Karmen



Sissy Priscillia as Milly



Ladya Cheryl as Alya



Hehehehe
Mesti korang kata aku takde keje kan?
Curiosity aku membuatkan aku terlebih rajin, nak buat camne kan?

Lagi.....
Apa yang korang ingat pasal cerita ni?
Semestinya puisi Rangga itu kan yang telah menusuk-nusuk jantung korang?
Nah!
Ini dia......

Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku..
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku..
Sepi..
Sepi dan sendiri aku benci..
Aku ingin bingar..
Aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat..
dan enyah saja kau pekat..
Seperti berjelaga jika ku sendiri..
Pecahkan saja gelasnya, biar ramai..
Biar mengaduh sampai gaduh..
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang
di tempok keraton putih..
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera..
Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?

dan lagi satu ini puisi yang ditujukan kepada Cinta..so sweeet...

Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karna cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan

Ada apa dengannya?
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku melihat karya surga 
Dari mata seorang hawa

Ada apa dengan cinta?

Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu, itu saja.

Itu puisi Rangga, yang ini pula puisi Cinta untuk teman-temannya..

Ketika tunas ini tumbuh,
Serupa tubuh yang mengakar.
Setiap nafas yang terhembus adalah kata.
Angan, debur dan emosi bersatu dalam jubah berpautan.
Tangan kita terikat, lidah kita menyatu..
Maka setiap apa yang terucap adalah sabda pendita ratu.
Ahh...di luar itu pasir, di luar itu debu..
Hanya angin meniup saja lalu terbang hilang tak ada.
Tapi kita tetap menari, menari cuma kita yang tahu.
Jiwa ini tandu maka duduk saja
Maka akan kita bawa..
Semua..
Kerana kita adalah satu..

Indah kan puisi-puisi dalam cerita ini?  Lagu-lagu dalam cerita ini pun tak kurang hebatnya..Kebanyakan lagunya masih lagi aku hafal..Tak tau kenapa, tapi liriknya sangat puitis dan memberi maksud yang sangat mendalam dan salah satunya ialah lagu Tentang Seseorang ni...

Teruntukmu hatiku
Inginku berbicara
Merantai semua tanya
Imaji yang terlintas
Berjalan pada satu
Tanya selalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih

Kepada yang tercinta
Inginnya ku mengeluh
Semua resah di diri
Mencari jawab pasti

Akankah seseorang yang kuimpikan kan hadir
Raut halus menyelimuti jantungku

Cinta hanyalah cinta
Hidup dan mati untuk mu
Mungkinkah semua tanya
Kau yang jawab

Dan tentang seseorang
Itu pula dirimu
Kku bersumpah akan mencinta

Camne? Dah teringat? Dah terusik memori lama?  Ke dah tutup buku?
Cerita ni banyak menggamit memori-memori yang lalu kan?
Dan yang paling penting, tak pernahnya bosan aku bila tengok cerita ni.
Ok, nak masukkan balik lagu-lagu dari dalam cerita ni kat dalam henpon aku.
Sesekali nak berjiwang karat apa salah nya kan?
Banyak lagi lagu-lagu nyanyian Melly Goeslaw yang best dalam cerita ni. Sila google!


P/S :
Mungkinkah satu hari aku akan jumpa seseorang seperti Rangga? HAHA! Berangan!



Wednesday, November 21, 2012

Jab Tak Hai Jaan

Sumber : Google
Suatu ketika dahulu, Bollywood ni sememangnya menjadi satu fenomena di Malaysia.  Mana taknya, rata-rata penggemar filem hindustan ni selalunya mampu menghafal lagu-lagu termasuklah step tarian yang ada di dalam filem-filem hindustan yang mereka minati.  Seingat aku, aku mula minat tengok hindustan bermulanya cerita Kuch Kuch Hota Hai.  Aku percaya, ramai yang mula menggemari cerita hindustan start daripada cerita tersebut.  Fenomena Shah Rukh Khan ketika itu mulalah menular ke seluruh hati-hati anak gadis di seantero dunia (mak2 gadis pun tidak ketinggalan).  Siapa tak kenal watak lakonannya sebagai Rahul dalam KKHH tu kan?  Dan memang tak sah kalau tak habis sekotak tisu sepanjang 3 jam cerita hindustan itu dimainkan.  (aku kadang2 pakai towel terus)

Sejak daripada cerita KKHH tu, maka semakin banyaklah cerita2 hindustan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.  Kalau aku mintak korang sebutkan, agaknya, bukan takat sebut, malah korang still boleh recall lagu-lagu yang ada dalam filem hindustan dolu-dolu tu kan.  

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak kat nasi? Begitulah aku umpamakan diri aku ni dengan filem hindustan sebab abah ngan mak aku pun gemar gak tengok cite hindustan.  Tapi cuma semenjak dua menjak ni abah semakin tak boleh terima dengan cite hindustan sebab pakaian pelakon perempuannya semakin mencolok mata.  Tak sesuai untuk tontonan umum katanya. heeeee

Berbalik kepada tajuk utama iaitu Jab Tak Hai Jaan, filem terakhir Yash Chopra.  Lepas ni, mungkin susah nak dapat lagi filem-filem seperti karya beliau.  Jab Tak Hai Jaan ni adalah sajak sebenarnya. Gambar yang aku taruk kat atas tu just translation kepada sajak tersebut.  Jab Tak Hai Jaan ni membawa maksud selagi aku masih bernafas.

Kalau nak compare cerita ni dengan cerita Yash Chopra yang lain, mungkin cerita ini agak tidak dapat men'touching'kan aku sangat, which is aku takde pulak menangis beria-ia.  Sekadar airmata bertakung je.  Tapi disebabkan Shah Rukh Khan yang berlakon, aku sanggup je nak tengok. MELTING!  Kedua-dua heroin dalam cite ni heroin baru.  Katrina Kaif dan Anushka Sharma.  Sebab bukan Kajol mungkin, aku kurang la nak rasa touching. hehe.

So, have a look trailer kat bawah, kalau takde member yang nak g tengok sama, g je la tengok sesorang. layan je.  hehe. #foreveralone sangat.  Kalau tak nak rasa segan sangat, siap2 print ticket ataupun beli je via smartphone korang tu, terus je scan barcode kat kaunter masuk tu nanti.  No need to wait, no need to queue.


Overall, aku bagi 3.5/5 star je untuk cerita ni.  Yang penting scenery dalam cerita ni sangat breathtaking dan dah masuk dalam list travel dah pun.. heeeee


p/s : nasib baik mama n babah takleh nak baca blog aku, kalau tak, mesti mama dan babah pakat cari calon suami untuk aku cepat-cepat sebelum aku menambah lg list travel aku...bak kata mama, kena ikat baru berhenti berjalan budak sorang ni..hehe..mama, org nk cari yang kuat berjalan cam orang jugak la, so takde sape boleh ikat orang sesuka hati.............peace!

Wednesday, November 14, 2012

Istanbul, aku pasti akan datang....



Istanbul, aku pasti akan datang tu versi aku, tajuk sebenar Istanbul, aku datang! hehe.. (so, Istanbul officially dah masuk dalam list travel aku jugak, cuma bila je tak tau.. kalau nak buat wedding photoshoot kat sana boleh? hihihi..sangat terpengaruh! kan?!

Baru taip tajuk tapi senyum dah sampai ke telinga...Tak tau apa pendapat korang, but for me, I really enjoyed it! (tolak tepi lakonan Tomok ngan Aizat, boleh?) Memang bila tengok cerita tu, otomatik rasa macam nak pegi Istanbul!!!!

Even jalan cerita ni agak open and maybe not suitable untuk remaja2 yang masih tak boleh nak bezakan antara baik dan buruk, tapi as long as tak ikut apa yg ada kat dalam cerita tu, i think it was a good movie..Lisa Surihani as always tak pernah menghampakan and she looks really cute! Sangat sesuai bawa watak Dian tu.  Kalau ikutkan hati, nak tengok lagi cite tu, kan? seriously.

Rasanya tak seronok nak tulis sinopsis cerita tu, as I prefer uols pergi dulu tengok cite tu.  shoooo shweeet sangat! Korang pasti tak menyesal.  Untuk lelaki2 yang bakal nak tgk, pls don't judge lakonan orang k..As i watched it dari awal sampai habis my friend yg boy ni dok kutuk2 lakonan tomok.  Dia kan bru first time berlakon, ok what?! Yang pastinya Lisa adalah sangat luarbiasa tahap kecomelannya dan tak annoying langsung.  Satu lagi cerita daripada Bernard Chauly yang aku suka sangat2 after Gol dan Gincu.  Hope banyak lagi cerita macam ni selepas ni, penat sangat dah rasa kecewa pas tengok cite melayu.

Rate yang aku boleh bagi untuk cite ni 4.5/5.  Boleh masukkan dalam list #mustwatchmovie korang.  Yang penting, aku lagi suka cite ni daripada Skyfall.


Thumbs up!


Nota kaki :  
Dah lama tak tengok wayang, sekali dah tengok, makin banyak pulak cerita yang aku rasa nak tengok.  hehehe. layankan.


Wednesday, November 7, 2012

SKYFALL - Sooo not my expectation!


watched this movie last night.
*kecewa*
maybe it's ok for those yg tak suka action sbb agak dramatik.
ending M mati.
yang paling best lagu SKYFALL by Adele.

Tapi eksaited sebab baru 1st time self-print ticket..
selalu orang lain tolong buatkan.
semuanya di hujung jari.
layari laman web GSC untuk keterangan lebih lanjut.. ceeeewah!
Sekian.

Monday, August 16, 2010

THE EXPENDABLES


i watch this movie last night..it was OK for me..
mengisahkan tentang sekumpulan pembunuh upahan yang ditugaskan untuk membunuh seorang lelaki jahat.
tapi yang tak bestnye pembunuhan yang diorg lakukan ni mcm jahat sangat,
tak berperikemanusiaan langsung.
kalau mengandung, toksah ngengada nak tgk cite ni.
sangat GANAZ.
saya bagi *** je..




Monday, August 2, 2010

SALT...ko memang best!

Who Is SALT??
cerita ni adalah cerita yg aku tunggu2 sbb si Jolie yg berlakon..
drp tahun lepas kot tgk trailer dah berkenan..
so semalam aku g tgk..
ko mmg terbaek la Jolie..
tak sesia aku bayar duit tiket wayang..
bila tengok cite ni, aku pun tertanya-tanya siapakah SALT yg sebenarnya..
sama ada dia di pihak yang benar atau yang salah..
sama ada die mmg benar2 seorang Russian Spy ataupun CIA agent yg jujur..
tapi yang pastinya, dia sangat sayangkan suami dia..sedih part bile suami die mati..
yg paling best aksi cite ni, sebab dia seorang perempuan yg sgt licik..
korang tengok la, pastu baru leh komen kat sini..
tp cite ni mmg best sangat..
saya bagi 5 bintang!
*****

Tuesday, June 29, 2010

A-Team VS Knight&Day


Ahad lepas gi IKEA, pas shopping2 dan dalam pd kaki berdarah ada hati lagi nak g tengok wayang..heeee
time ni saya cm teringin nak tengok cite Knight and Day sebab bajet cite ni memang syok abes cm cite Mr.& Mrs. Smith. cite ni ok la jugak, tapi tak seperti yang diharapkan. Mungkin jugak sebab heroin dia tak sehebat Angelina Jolie kot. tp suke gak la tgk si Diaz tu cm gelabah2 ayam kan.. aksi banyak jugak tapi jalan cerita dia tak syok sgt..

so, ni poster cite Knight & Day..saya bagi *** untuk cite ni..=)




.:kNIGHT & dAY:.



VS



.: a-TEAM:.



A-Team...sungguh tidak ku sangka cerita ini SANGAT best..sebabnye, aku tak penah plak tgk gazet cite ni, tgk poster je..skali hambik kau, smpai laa ni dok teringat2 lagi watak2 dlm cite tu..rase nk tgk lagi sekali..=)

pada sape yg belum tgk, sila2kan..pasti anda tidak akan kecewa pabila keluar drp bioskop..cite ni mmg penuh dengan aksi, kebijaksanaan dan kesengalan juge...setiap watak ni mempunyai karakter yg sangat menarik..suke3...thanks kt u yg beria-ia ajak i g tgk muvee ni...

dan sudah semestinya untuk filem ni sy bagi *****

Subscribe and Follow