nuffnang ads

recent posts

Showing posts with label TAZKIRAH DAN MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH DAN MOTIVASI. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Surah At-Taubah Ayat 128-129


my friend share this with me and i want to share it to you too...sweet tak?ngeee..

Bismillahirrahmanirrahim..



Surah At Taubah Ayat 128-129

Ertinya:
Sungguh telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, yang terasa berat dirasa olehnya penderitaan kamu, yang sangat menginginkan (keselamatan) kepada kamu, yang amat belas kasihan serta penyayang terhadap orang-orang mukmin. Lalu jika kamu berpaling, maka katakanlah: " Cukuplah Allah (penolongku), tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya, melainkan Dia. KepadaNya saya berserah diri dan Dia Tuhan yang memiliki ' Arasy yang agung."

Penjelasan:
Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:

- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.





Selamat beramal kerana Allah!

Thursday, October 6, 2011

Surah al-Baqarah : Ayat 285-286

“Rasul itu mempercayai apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, begitu juga orang yang beriman. Semuanya percaya kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan utusan-utusanNya (mereka mengatakan):kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara utusan-utusan Tuhan itu. Dan mereka mengatakan: Kami dengar dan kami turut. Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan mendapat seksa daripada kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdoa: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, tolonglah kami atas orang kafir.”



(Surah Al-Baqarah : 285-286 )


Keterangan dan Petua Beramal



1. Perlindungan daripada segala kejahatan
Abu Mas’ud al-Badri r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, maka cukuplah baginya (daripada hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat, sama dengan bersembahyang.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Dikabulkan permintaan
Ibn Abbas r.a. bercerita bahawa pada suatu ketika Jibril berada di sisi Nabi s.a.w., tiba-tiba terdengar suara daripada atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:
“Ini sebuah pintu di langit, pada hari ni dibuka dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepada-Mu dan belum pernah diberikan kepada seorang Nabi yang sebelum kamu, iaitu Fatihatul Kitab dan akhir surah al-Baqarah. Tiada engkau membaca satu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi.”




Kalau ikutkan sebenarnya selalu kita baca ayat-ayat ni selepas solat dan selepas baca surah Yassin tapi selalunya main baca je tanpa tahu apa maksudnya. So, saya kongsikan apa yg saya baca dalam satu buku untuk kawan2 semua. Semoga dengan memahami ayat-ayat di atas, kita akan selalu mengingatiNya dan kembali ke jalanNya... Amin.

Thursday, September 2, 2010

KENAPA PEREMPUAN SUKE MENANGIS?

perempuan memang suke nangis kan? aku tak tau la korang tapi aku memang sangat mudah menangis. sikit punya hal pun aku leh nangis. tengok cite korea pun bleh nanges. hehe


gambar hiasan

aku dah tak ingat dah paling teruk aku nanges time bile. tp the most memorable crying moment aku time the last day kat poli. ha ha. malu tapi mahu nanges. dengan tak tidonya malam tu, dengan sedihnya lagi. lepak sampai pagi ngan geng beronggeng cik Ian, mamat tempe & abang sasa. malam tu g merayap cari ketenangan. kami memang suka semata-mata keluar menghabiskan minyak kereta macam tu. malam tu kitorang lepak mana tak ingat dah. tp ade sekali tu kitorang dari pd semata-mata g seremban sebab nk temankan mamat tempe ngan abg sasa g merokok. bukan takleh merokok kat pd, tp saje cari angin baru. malam tu kitorang lepak cam tak nak balik dah. tp aku ckp kena balik gak sebab abah aku nak datang jemput pagi kul 8 tu. barang2 pun tak abes pack lagi. so dalam kul 4 pagi camtu kitorang pun pulang ke rumah. aku kemas2 barang, tak tido pun. dah tu, sebelum sampai umah siap deal lagi nk g mandi manda lepas subuh. sampai kematu jari aku dok call dua orang mamat tu tapi masing-masing dah tak sedo diri dah. mane taknya, tak tido2 kan. masa pun berlalu begitu saja, tup2 babah dah terpacul depan rumah ingin membawaku pulang..time tu memang air mata dah berjuraian dah..berakhirlah sudah kehidupan aku sebagai seorang student poli..2 hari gak aku menangis sebab sedih sgt berpisah dengan mereka..itu kisah aku, ape kisah korang pulak?

ni ada satu artikel yang aku pernah baca, kenapa perempuan mudah menangis.




Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti.”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”




ini pula pandangan daripada Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah untuk renungan bersama.

‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.
1. Punca wanita menangis.

» Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
» Mengurangkan stress.
» Tanda keinsafan/penyesalan.
» Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.

Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.

2. Kesan tangisan.

» Dapat perhatian
» Suasana rumah tangga tergugat.
» Lelaki jadi bingung.
» Orang lain dapat mesej.
» Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.

Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)

Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

Monday, August 23, 2010

KRITERIA LELAKI PALING IDEAL

WANITA MENCARI JODOH: Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?
Oleh: Husna Abdul Wahab
Majalah Sinar Rohani, Oktober 2004


Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta
kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah
(dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera
hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang
biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya,
berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun
hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.

Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki
agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini
disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan
pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika
hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri
mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita
dalam memilih bakal suami mereka.

Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh
dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa
penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal
kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani
besama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu
latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.
Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan
buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan
baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan
sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi
anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang
berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu
dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah
dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan
berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.
Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti
dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih
pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang
sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala
perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya,
sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya
raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta
kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempattempat
maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya
hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab
terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh
Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan
yang besar”.
Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah
SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup
berumahtangga akan dapat dinikmati?
Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan
bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak
perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang
bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,
“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia
menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya
pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.
Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama
Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup
keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian
terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.
Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih
mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari
sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif
sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi
tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai
oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)
yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda
mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan
anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan
silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa
agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan
menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.
Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada
menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat
menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah
Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika
berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi
apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat
yang diterajui oleh suami mereka sendiri.
Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh
kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan
solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian
yang nyata sekali bagi dirinya.
Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana
bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang
fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak
perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal
pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang
berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial”
yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih
sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,
tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan
kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun
perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
dengan limpah kurniaan-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha
Mengetahui”. (an-Nur: 32).

KUASA CINTA

Ihsan daripada : Majalah Cahaya keluaran Februari 2010

Pendahuluan


Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan
dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)



Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami
semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi
seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi
semua manusia”. (Riwayat Tabrani)

Erti Cinta


“Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun
getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan
kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita
menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi,
menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan
padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!”
(Jalaluddin Rumi).


Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana
seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.

Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'

Pengurusan Cinta

Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan
dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta
seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!


Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:


“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan
kenikmatan
dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah
SWT semata, dan
Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim
al-Jauziah
)

Bukti Cinta

Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.

Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.



Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:

'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam
dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)


Cinta Allah

Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.

Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.

Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.

Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.

Friday, July 23, 2010

Ahli Syurga dan Neraka..

Ihsan drp Blog Adik saya....=)



alkisah nak dijadikan cerita.. pada suatu hari ahli syurga sedang duduk bersenang lenang, sedang mereka duduk bersembang mereka teringin untuk menziarah ahli neraka. mereka pun mengusulkan idea tadi dan berbincang sesama mereka. berkat perbincangan itu, mereka mengambil keputusan untuk membina sebuah jambatan dari syurga ke neraka dengan bantuan ahli neraka. cadangan tersebut kemudiannya diusul kepada ahli neraka.

ahli syurga: wahai ahli neraka, kitaorang cadang nak bina jambatan dari syurga ke neraka untuk melawat kauorang! kitaorang bina separuh, kauorang bina separuh. macamana?
ahli neraka: oh ok tadakhal!
ahli syurga dan ahli neraka pun memulakan kerja-kerja pembinaan berdasarkan pelan kerja masing-masing.genap 1 bulan kemudian...

ahli neraka: wahai ahli syurga, kitaorang sudah siap bahagian kitaorang! kauorang macamana?

ahli syurga: duh... laju gila, kitaorang baru piling! itu pun baru siap separuh.

ahli neraka: duh... bapak lembap...

ahli syurga: mau idaknya kauorang siap cepat! sana kontraktor, engineer, arkitek, projek manager bersepah! sini ustaz ada lah! :)
renung2kan dan selamat beramal~

Subscribe and Follow