nuffnang ads

recent posts

Showing posts with label PULAU. Show all posts
Showing posts with label PULAU. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

Review Hotel di Krabi

Cerita pergi Krabi masa honeymoon aritu pun belum sempat update, tapi nak review dulu pasal hotel. Balik daripada Krabi tu tetiba terus morning sickness, uwek-uwek, kesudahannya, sampai hari ni tak tengok lagi gambar yang ambil masa kt sana. Boleh gitu? haha
Disebabkan gambar Krabi masih lagi mereput kat dalam kamera, aku ambik gambar ihsan dari google je la, nanti aku explain details.  Sebabnya ada la ketidakpuasan hati dan kepuasan hati di tahap maksima aku terhadap dua hotel yang aku stay masa kat Krabi last year, aku kena bagi review gak la sikit-sikit bagi orang lain dapat sedikit info.


Vogue Resort and Spa, Ao Nang

Ini first hotel yang aku stay kat Krabi.  So far, the best hotel yang aku penah duduk, puas hati dengan view, bilik, servis dan harganya.   Sangat recommended untuk yang nak pergi honeymoon.  Part yang tak best sikit bila banyak juga tangga yang perlu dinaiki nak sampai ke bilik ni, tapi disebabkan viewnya cantik, aku happy je walaupun kena menapak sikit.  Wifi ada kat bilik, I'm happy.  Balcony dia menghadap view seperti gambar kat bawah ni, boleh tengok orang mandi kat pool.  Best la layan breakfast sambil duduk kt balcony.  Untuk honeymoon, korang kena note sikit masa booking tu, bagitau la tengah honeymoon, barulah ada swan 2 ekor atas katil, ros tabur2 tu. hehe


Tak semua bilik ada bathtub beso camni, kena pilih bilik yang ada.  Nak pasang kat rumah sendiri memang tak lah, sesekali nak merasa apa salahnya.  Memula tu jakun gak, sebab selalu kalau travel memang duduk kat hostel/budget hotel/ guest house je kan, bila dapat duduk hotel camni, rasa la macam fefeeling kaya sikit walaupun balik tu kayap. haha

 
Lokasi hotel ni dekat je dengan McD, berdepan dengan restoran halal, senang nak cari makan takyah pergi jauh2.  Tapi jauh sikit nak ke pantai, tapi tak lah jauh sangat.  Kalau sewa motor tu kira dekat je. Nasib baik book hotel ni 2 malam, kalau tak mesti nyesal sebab sekejap sangat. 

Krabi Tipa Resort, Ao Nang


Mula-mula survey hotel ni, nampak cam, wow! Ala2 istana gitu.  Tengok review cam ok.  Aku pun eksaited sangatlah sebab nak book hotel untuk honeymoon katekau, pastu booking.com buat promo pulak, which the price was still in my budget (sebenarnya agak mahal) tapi lelap mata la, kata nak honeymoon, ape yang berkira sangat? Tapi, seharusnya aku study dulu bebetul sebelum membuat keputusan. huhu. 

Biliknya ok la, suram-suram romantik gitu, kira sesuai gak la untuk honeymoon.  Perabotnya kayu, dan rumahnya pun kayu. Rumah? Bilik dia ala-ala resort, satu rumah tu kira satu bilik la.  Means, bukan dalam building warna putih biru tu.  Sebenarnya aku tak expect pun bilik dia camtu. huhu. Salah aku la, sebab x check dulu sebelum booking.  Masa check-in ok lagi.  Kat lobi ada wifi. Best2. Pastu datanglah buggy yang nak membawa kami ke bilik.








Nak sampai ke bilik tu, kami menaiki buggy, melalui jalan berliku, mendaki, dan terhentak2..dah down dah sikit rasa.  Jauhnya bilik kita. wuuu.  Bilik ok jer, tapiiiiii takde wifi kat bilik ok!! down lagi.  takpelah, esok dah nk balik (pujuk hati).  Malam tu, kitorang keluar, dan balik agak lambat sikit la, tak la lambat mana, kitorang g massage je kt kedai2 bawah tu, sampai kt lobi, katanya buggy takde dah..so kena menapak..oh mai english! dalam kegelapan malam, kami pun berjalan, mendaki dan kepenatan sangat malam tu, nak packing lagi, alahai..really spoil the mood. Redha je la mungkin nasib tak menyebelahi kami.  hu hu hu.. so, klu  korang nak stay kat hotel ni make sure korang request untuk bilik dekat dengan lobi k..

Ok, tu je hotel yang sempat duduk, aku pergi tiga malam je kot, kalau pergi sebulan, mungkin ada banyak lagi review. hiks. 


pheww...akhirnya ada gak post psl travel, i is rindu...

babai uols..

Wednesday, November 28, 2012

Bulih Bha Kalau Ko - Day 2

Mood untuk berblogging agak tidak berapa sihat kebelakangan ini.  Penat barangkali.  Apa yang aku penatkan pun aku tak tau.  Yang pastinya, berhari-hari aku cuba untuk habiskan entri ini walaupun tidaklah panjang mana.  Layankan je la mood seorang blogger ni ye, saya ni manusia biasa je, sesekali tu mesti ada jiwa kacau kan....


Sabah Borneo - Island Hoping Day

Hari kedua kami plan untuk berisland hoping..pakej ke sana Momot yang cari..apa yang aku tahu semua dah setel..kikiki..kitorang xnaik bot dr jesselton, tp deal dgn bot untuk tunggu kat belakang pasar filipin..xpayah la nak menapak jauh2 kan..kami ambil pakej tiga pulau sekali iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi.









 

Penat, lapar, longot..Itulah hasilnya bila seharian kat pulau. So, balik mandi semua pun pakat-pakat berehat dulu kat rumah sebelum keluar balik untuk pegi dinner.  Kami dinner kat kedai seafood area Pasar Malam Kg. Air.  Disebabkan malam tu aku penat sampai tak ada mood nak pegang kamera, memang tak banyak la gambar yang diambil oleh mereka.  Ada satu je menu terbaik yang membuatkan aku teringat-ingat sampai sekarang iaitu Ketam Kam Hiong, nasib korang baik sebab ketam ni sempat disnap gambarnya.



Hari kedua melabuhkan tirainya dengan kekenyangan di tahap maksima.  Terima kasih kepada Mak Jemah dan kawannya sebab belanja kami makan besar malam tu.

Cukup sekadar ini sahaja trip ke Sabah.  Hari ketiga hari perjalanan balik so tak ada apa-apa yang istimewa pun kecuali aktiviti last minute shopping.

Apa-apa pun, Alhamdulillah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat.  Mungkin kalau tak disebabkan korang semua, aku mungkin tak join trip ke Sabah kali ni.  Happy sebab dapat berkumpul dengan kamu semua.  Momot, Ain, Ummu, Eliy, Kuchai, Saufee, Amir dan tak lupa pada Mak Jemah..Thanks uols...


Nampak gayanya percutian ke Sabah ni merupakan percutian penutup tirai tahun ini.  Bulan Disember nanti aku dijangka lebih sibuk untuk menghadiri majlis perkahwinan dan pertunangan sahabat handai dan semestinya bulan yang sangat sibuk untuk menyudahkan assignment bagi pengumpulan carry mark.  Pembuka tirai 2013 adalah final exam aku untuk sem yang ketujuh ini.  Harap-harap dapat naikkan lagi pointer walaupun sem ni merupakan sem paling malas pegi kelas dalam abad ini.  Hehe

Hm....so, kemana pula destinasi aku pada tahun depan ye??
Tepuk dada, tanya iman dan kliklah web Airasia..woha!

Wednesday, November 7, 2012

[IKLAN] Sabah Getaway



Short trip but a happy trip ever.
Will be updated after Bangkok's story finished.
Thank you.

Tuesday, November 30, 2010

LANGKAWI-PADANG BESAR-PEKAN RABU-PENAT

saya sudah pulang!!

percutian yang sangat memenatkan..
rasanya bukan percutian kot tapi per'shopping'an..
sebab semua tempat yang ktorg pergi sumenye tmpat shopping..best2!

rasenya mamalah orang yang paling happy..
dah lama dia tak meng'shopping'kan diri..
tapi aku sebenarnya sangat penat!!

sebab:

pertama : duduk seat bas paling belakang sekali..walaupun luas utk letak barang dan duduk bersila, tapi seat bergerak2 dan ada part yg berhaba..cian adik jugak..lenkali kite g nek flight ye!

kedua : banyak barang wooo..sakit2 jari jemari aku yg mulus ni kena angkat beg2 yang berat, sebenarnya babahnya beg lagi berat..hee..kesian sume, tp best sesekali dapat outing ngan family shopping sakan kan?

ketiga : lambat sampai..pagi tadi sampai juasseh jam 5 pagi, masukkan barang dalam kereta, balik umah, keluarkan barang tup2 dah kul 5.30..so, aku pun bergegas mandi dan memakai baju kurung..kul 8 aku sampai putrajaya..giler ah! seb baik tak tersengguk time drive tadi..

tapi yang best bila tak cukup duit call je, pastu tgk2 akaun dah bertambah..heeeeee...part ni paling best..kih3..

dah lama tak naik bas sebenarnya, tapi syiok jugak..tapi lenkali g langkawi nek flight je la kan..murah pun murah..sama je kot regenya..nk save dok umah makcik..hee..sempat jugak jumpe makcik yg sangat baik hati tu..

oklah..itu aje yg sempat dirakamkan sepanjang ke Langkawi, Padang Besar dan Pekan Rabu..saya ada sedikit cekelat kalau ada sesapa mau..limited..sape cepat die dapat..heee..=)

Monday, November 15, 2010

PANGKOR, HERE WE COME!

my 2nd trip to Pangkor with my beloved fwens..

luv u guys!!

a short trip which i enjoy a lot, wlupun dgn benjol di kepala, lebam di kaki..sweet memories before 2010 melabuhkan tirainya..
perjalanan kami bermula di Kajang seawal jam 7.00 pagi..(kununnye) tp kul 7 pagi tu, aku still tak sempat siapkan nasi goreng ikan masin untuk bekal ke sana..bangun pukul 5 pagi, masak nasi and prepare sandwich.. sediakan bhn2 utk buat nasi goreng sbb kul 7 kedai kt tepi umah aku baru bukak untuk aku beli sayur (sayur tak smpat beli), kul 7, setelah aku berlari2 anak ke kedai berdekatan, tgh potong sayur, cik tiha & enchek wan pun sampai..tak pasal2 cik tiha kena tolong masak nasi goreng..hik3..sorry geng..

tgh2 masak, rombongan cik kiah sampai..hehe..yan+ucent+adek izzat..yan pun kena tlg kacau nasi goreng sbb cik yayan nak bersiap2..dah siap packing segala mcm makanan, penuhkan boot gaga dengan barang2..kami pun bergerak menuju ke umah pak incik lagi sorang..wlupun percutian kali ini sgt sekejap, tapi sangat menggembirakan pun! (ala2 johan..heee)
naik van teksi yang sgt syiok..pakcik cool!!
puas sgt round satu pulau naik motor, pastu mlm makan ikan bakar, mandi swimming pool, pagi2 pergi snorkelling, nek bot yang menggerikan itu..hehe..ape2 pun tetap best!!
Ian, Teha, Wan, Ucent, Yuyu & Izzat..thanx sbb menjayakan trip kali ini..
hope will be next time for us..=)

Subscribe and Follow