Sudah masuk hari ketiga uols, selamat membaca!
Perjalanan hari ini adalah daripada Berastagi menuju ke Medan. Kena bertolak awal pagi sebab hari ini hari Ahad, kedai banyak yang tutup awal. Untuk tidak membuang waktu, kami bertolak seawal pukul 8.00 pagi, sejurus selepas breakfast. Shopping time! woot woot!
First tempat yang dituju dah sampai ke Medan adalah untuk beli kek lapis dan bika ambon. Kalau datang ke Indonesia dikira macam benda wajib beli jugaklah, tapi depend korang nak beli ke tidak. Kedai ni Pak Awen yang bawak, so, ikut dia aje. Selain kek lapis dan bika ambon, ada juga brownies. Harga kat kedai ni kalau ikutkan agak mahal tapi still affordable. Kat sini, kami order je, nanti malam orang kedai tu akan hantar ke Hotel.
![]() |
Ada sample untuk rasa, kalau lapar leh la makan beria..hikhik |
Aku beli tak banyak, beli satu kek lapis dan satu brownies untuk ofismate yang tercinta. Kira dah sampai sana, aku masih tak lupa diri. Dah setel order, kami pun laju-laju menuju ke Pasar Ikan. Kena laju-laju sebab pasar tutup awal. Takut tak sempat la pulak nak memborong.
Ini adalah gambar yang sempat aku snap sebelum tangan dipenuhi plastik. Bargain jangan tak bargain. Shop until you drop, okey? Pastu bila duit habis, masuklah rancangan Money Drop. ok itu #lawakhambar
Ada berbagai-bagai pilihan telekung, harga tertakluk kepada jenis kain, jenis sulaman dan kualitinya. Antara barang-barang lain yang dijual disini adalah telekung travel, kain batik, kain pelikat, kain sulam, blouse dan sebagainya. Ada kedai yang boleh terima duit Ringgit Malaysia, so, don't worry kalau duit rupiah dah habis. *clapclap*
Lepas shop until drop, confirm perut pun jadi lapar kan? So, tengahari tu kitorang decide nak makan makanan Sunda pula. Jom ke Koki Sunda!
![]() |
Bagi aku, tekak aku lebih kepada makanan Jawa dan Minang. Sunda ni kureng sikit. Tapi still boleh dikatakan sedap. Price? Makanan kat sini harga standard yang aku ingat, seingat akulah kan, sebab aku rasa cam hilang ingatan pasal berapa duit makan yang habis kat sini. Hari last kan, duit pun fikir nak habiskan je..hehe
Pas makan, jom check in kat Swiss-Belinn. Hotel yang ni pun sama, tempah via Agoda. Harga sangat berpatutan, bilik pun cantik dan selesa.
Last but not least, aktiviti yang sememangnya telah dirancang lebih awal iaitu SPA! hehe..gugurls nak g Spa kejap k, nak feeling ala-ala Mak Datin uols..Bagi sesiapa yang nak berkunjung ke Medan dan sememangnya suka dengan spa, silalah ke Spa ini ye. Selain harga yang sememangnya sangat berpatutan, servisnya juga amatlah tiptop. Boleh buat tempahan dulu bagi mengelakkan tiada kekosongan. Just click link ini untuk tengok harga dan buat tempahan ZEN GARDEN SPA. Full body treatment serendah RM50 je uols, kat Malaysia mana nak dapat??! U tell me?! hehe..well, rugi kalau tak pergi. Spa ni kat dalam town je, Jalan S.Parman, suh je driver uols hantar, pasti indah perasaan bila dah penat bershopping, manjakan diri pulak kan???!! Tips ni aku dapat daripada Tripadvisor, memang boleh pakai.
Selepas berspa selama hampir 2 jam, balik semula ke hotel. Rehat-rehat di lobby hotel sambil berwifi. Hotel tu tak ada wifi dalam bilik, harap maklum.
Aktiviti malam, kami just keluar makan, then balik hotel balik sebab nak kerja keras packing barang. Kalau tengok barang dengan tengok beg, memang rasa takkan muat, tapi sebab dah jadi expert dalam bidang packing barang ni, semuanya bisa diatur, padat mampat sendat beg, janji semua barang leh masuk, gitteww..
Flight balik kami adalah pukul 6.20 pagi ye uols, so, pukul 4.30 pagi dah kena siap2 turun kat lobby, hotel ada perkhidmatan hantar ke airport, tapi kalau dah penuh ataupun van dah berlepas, pihak hotel akan call teksi. Harga teksi murah je sebab airport dekat.
Maka dengan itu, berakhirlah trip pendek ke Medan, Indonesia. Kepada cousinku, terima kasih atas segalanya dan mohon halal terlebih terkurang sepanjang perjalanan itu. Murah rezeki, berjumpa lagi kita di trip yang seterusnya. Hehe.
Sekian, hingga bertemu di trip yang lain. :)
P/S : Terima kasih juga pada mamat2 gorgeous yang mengiringi perjalanan kami di Medan, tak pasal2 terjumpa rakyat jelata pulak kat bumi Medan tu. hehe. Glad to know uols dan dpt kongsi tips travel daripada otai2 travel cam korang, otai k, lulz.. So, next trip korang, jangan lupa, nak fridge magnet!