nuffnang ads

recent posts

Showing posts with label THAILAND. Show all posts
Showing posts with label THAILAND. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

Review Hotel di Krabi

Cerita pergi Krabi masa honeymoon aritu pun belum sempat update, tapi nak review dulu pasal hotel. Balik daripada Krabi tu tetiba terus morning sickness, uwek-uwek, kesudahannya, sampai hari ni tak tengok lagi gambar yang ambil masa kt sana. Boleh gitu? haha
Disebabkan gambar Krabi masih lagi mereput kat dalam kamera, aku ambik gambar ihsan dari google je la, nanti aku explain details.  Sebabnya ada la ketidakpuasan hati dan kepuasan hati di tahap maksima aku terhadap dua hotel yang aku stay masa kat Krabi last year, aku kena bagi review gak la sikit-sikit bagi orang lain dapat sedikit info.


Vogue Resort and Spa, Ao Nang

Ini first hotel yang aku stay kat Krabi.  So far, the best hotel yang aku penah duduk, puas hati dengan view, bilik, servis dan harganya.   Sangat recommended untuk yang nak pergi honeymoon.  Part yang tak best sikit bila banyak juga tangga yang perlu dinaiki nak sampai ke bilik ni, tapi disebabkan viewnya cantik, aku happy je walaupun kena menapak sikit.  Wifi ada kat bilik, I'm happy.  Balcony dia menghadap view seperti gambar kat bawah ni, boleh tengok orang mandi kat pool.  Best la layan breakfast sambil duduk kt balcony.  Untuk honeymoon, korang kena note sikit masa booking tu, bagitau la tengah honeymoon, barulah ada swan 2 ekor atas katil, ros tabur2 tu. hehe


Tak semua bilik ada bathtub beso camni, kena pilih bilik yang ada.  Nak pasang kat rumah sendiri memang tak lah, sesekali nak merasa apa salahnya.  Memula tu jakun gak, sebab selalu kalau travel memang duduk kat hostel/budget hotel/ guest house je kan, bila dapat duduk hotel camni, rasa la macam fefeeling kaya sikit walaupun balik tu kayap. haha

 
Lokasi hotel ni dekat je dengan McD, berdepan dengan restoran halal, senang nak cari makan takyah pergi jauh2.  Tapi jauh sikit nak ke pantai, tapi tak lah jauh sangat.  Kalau sewa motor tu kira dekat je. Nasib baik book hotel ni 2 malam, kalau tak mesti nyesal sebab sekejap sangat. 

Krabi Tipa Resort, Ao Nang


Mula-mula survey hotel ni, nampak cam, wow! Ala2 istana gitu.  Tengok review cam ok.  Aku pun eksaited sangatlah sebab nak book hotel untuk honeymoon katekau, pastu booking.com buat promo pulak, which the price was still in my budget (sebenarnya agak mahal) tapi lelap mata la, kata nak honeymoon, ape yang berkira sangat? Tapi, seharusnya aku study dulu bebetul sebelum membuat keputusan. huhu. 

Biliknya ok la, suram-suram romantik gitu, kira sesuai gak la untuk honeymoon.  Perabotnya kayu, dan rumahnya pun kayu. Rumah? Bilik dia ala-ala resort, satu rumah tu kira satu bilik la.  Means, bukan dalam building warna putih biru tu.  Sebenarnya aku tak expect pun bilik dia camtu. huhu. Salah aku la, sebab x check dulu sebelum booking.  Masa check-in ok lagi.  Kat lobi ada wifi. Best2. Pastu datanglah buggy yang nak membawa kami ke bilik.








Nak sampai ke bilik tu, kami menaiki buggy, melalui jalan berliku, mendaki, dan terhentak2..dah down dah sikit rasa.  Jauhnya bilik kita. wuuu.  Bilik ok jer, tapiiiiii takde wifi kat bilik ok!! down lagi.  takpelah, esok dah nk balik (pujuk hati).  Malam tu, kitorang keluar, dan balik agak lambat sikit la, tak la lambat mana, kitorang g massage je kt kedai2 bawah tu, sampai kt lobi, katanya buggy takde dah..so kena menapak..oh mai english! dalam kegelapan malam, kami pun berjalan, mendaki dan kepenatan sangat malam tu, nak packing lagi, alahai..really spoil the mood. Redha je la mungkin nasib tak menyebelahi kami.  hu hu hu.. so, klu  korang nak stay kat hotel ni make sure korang request untuk bilik dekat dengan lobi k..

Ok, tu je hotel yang sempat duduk, aku pergi tiga malam je kot, kalau pergi sebulan, mungkin ada banyak lagi review. hiks. 


pheww...akhirnya ada gak post psl travel, i is rindu...

babai uols..

Friday, November 16, 2012

Bangkok, Thailand - Day 4

Finally!

Inilah hari terakhir kami di Bangkok.  Bila dah sampai hari terakhir di sini, rasa tak lengkap kalau kami tak pergi ke Grand Palace melalui Chao Phraya River Cruise.  Must do things in Bangkok tuuuu. So, let's start the day.

Pagi-pagi tu, seawal pukul 8.00 pagi kami turun breakfast dan ready untuk check out.  Disebabkan kami masih ada destinasi nak pergi, beg-beg kami boleh disimpan dalam bilik berkunci yang disediakan oleh hotel.  

Seperti biasa, kami menggunakan perkhidmatan BTS yang sememangnya mudah dan pantas.  Harga pun murah.  Daripada stesyen Sala Daeng tu kami turun di stesyen Saphan Thaksin dengan tambang semurah 25 Baht sahaja.  Turun tangga kat bawah tu je dah ada jeti.  So, beli tiket kat kaunter.  Untuk tourist, memang dah disediakan pakej sehari.  Tengok signboard betul2,, beli tiket kat Chao Phraya Tourist Boat.  One day River Pass daripada pukul 9.30 pagi hingga pukul 4.00 petang berharga 150 Baht sahaja.  So, dalam masa tu, korang boleh sesuka hati naik dan turun di mana2 pier yang korang nak turun.  

Untuk ke Grand Palace, sila turun di Maharaj Pier.  Bila nak pergi ke Grand Palace tu korang kena menapak la sikit.  Just ikut je crowd tu pergi ke arah mana.  


Sementara nak sampai tu, enjoy the view sepanjang sungai Chao Phraya.



Disebabkan terlalu ramai orang dan cuaca yang agak panas, kami tak masuk pun kat dalam Grand Palace tu.  Kalau nak masuk, sila sediakan 400 Baht.  So, bagi sesiapa yang nak pergi ke palace tersebut, sila berpakaian sopan.  Kalau tak, korang kena la beli seluar baju kat luar ataupun pakai pakaian yang disediakan yang semestinya akan memburukkan lagi gambar korang kat dalam tu nanti. kikiki. dah rupa nyonya jual sayur masing2 dah aku tengok aritu.  So, sila pakai seluar panjang dan baju berlengan.


Ni pulak pemandangan kat luar Grand Palace tu.  Kedai-kedai yang ada kat tepi-tepi tu sangat unik designnya.  Old skool gitu.

Sekejap sangat kami singgah kat situ.  Panas uolssss. Kulit acik sensitip, peluh dah macam air hujan dah menitis-nitis.  Hehehe. So, perjalanan diteruskan menuju ke Wat Arun.  Kalau nak ke Wat Arun kena turun kat N8.  Daripada situ, kita kena naik ferry dengan bayaran 3 Baht sahaja sebabnya Wat Arun tu kena cross sungai.  



Jalan-jalan tengok tengok je la kan.  Nak ambil gambar beria cam tak sessswai pulak. So, just tengok je la senibinanya.  Janji pergi je uols.  Kalau tak pergi kang, rasa cam tak lengkap pulak itinerary kannnn. So, lepas jalan gitu-gitu (itupun pancit gak memasing) kami pun naik balik atas boat.  Perut telah berdondang sayang, memanggil-manggil untuk makan.  Dan disebabkan badan dah belengas dan melekit, kenalah pergi makan kat tempat berhawa dingin kan.  So, pilihan kami adalah di MBK! hehehe. Daripada Saphan Thaksin tu, turun kat National Stadium dengan harga 30 Baht sahaja.  MBK ni syiook gak kalau shopping.  Tempat makan pun bagus.  So, kami berhenti lunch kat Yana Restaurant.  Berdepan dengan food court MBK tu je.  Walaupun agak pricey makanan disini, tapi serius sedap dan recommended.  Tom Yam kat situ memang ooh la la weh. Teringat sampai sekarang.  Bab-bab makan dan harganya akan diupdate dalam entry lain bila free2 nanti k.


So, perut pun dah kenyang.  Sempat kami singgah beli coklat kat pasaraya dalam MBK tu.  Gayat sebab harga coklat kat sana agak murah kalau nak compare kat Malaysia.  Dan ada juga beberapa coklat yang tak ada dijual di Malaysia pun.  Bolehlah korang g tengok2.

Kami pulang semula ke Hotel untuk berehat-rehat dan solat jamak Zohor dan Asar.  Disebabkan dah check out, kena solat kat Pantry.  Toilet memang ada je kat bawah tu, so place doesnt matter kan.  Kami dah minta Hotel book kan teksi untuk kami ke airport.  Masing-masing dah tak larat nak menapak dengan bawak beg.  So, duit pun ada lebih sikit, kami pun tong-tong bayar taxi.  Tak mahal pun, affordable and reasonable.  Kami gerak awal sebenarnya ke airport.  Flight kitorang pukul 6.30 tapi pukul 4.00 camtu kami dah tercongok kat airport.  So, dah setel check in, kitorang pun duduk bersila sambil main Jenga. hahaha. best giler! Asal sorang jatuhkan je, pecah gelak memasing. Walaupun ada orang tengok2, tapi pedulik hape kan.  Mesti korang tertanya-tanya mana kitorang dapat Jenga tu kan? Haha. Alkisahnya cousin aku si Athirah tu la yang beli kat Chatuchak Market. Kalau tak silap dia dapat dengan harga 200Bhat je dalam RM20 cmtu. Murah giles kan? sila beli.  So, dah ada experience baru main Jenga kat airport. Ko mampoo? haha

Happy to be there.  Hope murah rezeki dapat ke sana lagi especially Chatuchak Market and theres so much experiences as words cannot described.  Kena pergi sendiri then you know.  :)

Sampai bertemu lagi di next vacation....:p

P/S : Credit to Athirah for some of the pics.


Express link:
Bangkok, Thailand - Day 1
Bangkok, Thailand - Day 2
Bangkok, Thailand - Day 3




Thursday, November 8, 2012

Bangkok, Thailand - Day 3

Apa aku buat kat Bangkok hari yang ketiga?

Sekejap je masa berlalu, dah masuk hari yang ketiga.  Hari ketiga ni kitorang plan untuk ke Floating Market. Pakej nak ke Floating Market ni kami dah booked siap2 kat reception hotel sehari sebelum bertolak.  So, pagi tu, ada uncle (Jimmy nama diberi) datang pick up kami kat hotel dalam pukul 7.00 pagi.  Perjalanan makan masa hampir 2 jam juga nak sampai ke destinasi.

Sebelum sampai ke Floating Market, Jimmy berhenti kat 7e untuk kami beli bekal.  Kata Jimmy kat Floating Market tu air mineral 20Baht.  Kira mahal la kan, kalau kat 7e 7Baht je.  Jauh sgt beza.

Untuk ke Floating Market, kitorang naik bot.  Kata Jimmy, Floating Market ni umpama Thailand di zaman dahulu kala, yang mana, mereka menggunakan jalan air sebagai jalan utama untuk bergerak ke mana-mana.  So, kalau macam di Vietnam dulu pun ada gak naik sampan, tapi yang ni mereka siap berniaga sekali atas sampan.  Exciting jugak la tengok mereka2 ni berniaga, siap masak-masak atas sampan sume kan.  Dan yang pasti aku kagum dengan mereka kerana dengan kepanasan di tahap maksimum dan badan2 yang melekit mereka mampu bertahan demi mencari rezeki.  Mereka dah lali kot. Aku je yang tak tahan.

 Nak sampai ke market, kami kena naik bot..weeehuuuu...tapi panas weh.siyes.



 Tahap kekaguman aku pada mereka sangat tinggi.  Gigih weh dayung sampan tu.

 Aku sekadar tengok jela apa yang mereka jual.  Tak lalu langsung nak beli walaupun ada la satu sampan ni jual makanan halal.

Makcik pakai baju biru tu garang giler weh.  Bile bot orang lain terlanggar dia kan, dia marah2, takuuuuut..hehe..macamlah orang sengaja langgar dia.

 Omputih tu beria senyum bila nampak aku nak snap gambar dia. hehe

 Kalau korang nak beli apa-apa, jangan risau la kan, swep ajalah kad ittew...Paew Souvenior tu kan memang kaw2 paw orang. Jangan beli kat situ, mahal sangat..Sambil2 menunggu tu, leh la order Pork Noodles kan..hahaha..

Okeh, berakhir sudah perjalanan kami di Floating Market, berpeluh ketiak acik! Panas sangat, serius rasa cam nak beli topi2 yang bersepah jual kat situ. Baru nak feeling2 princess, tapi tengok harga, mmm...baik tak payah. Satu hal pulak nak bawak balik nnt, bukan bawak luggage segala.

Perjalanan diteruskan ke Elephant Village, tak jauh daripada situ.  Yang ni termasuk pakej kata Jimmy. Ok, ikutkan ajalah kan.  Disebabkan dah lapar + panas + letih, kitorang decide untuk tak naik gajah.  Naik gajah kat Kuala Gandah pun boleh kan.  



Sambil menunggu yang lain-lain naik gajah, mari pekena Coconut Ice Cream. Sila cuba ya, sedap sangat rasanya...yummeh!

Sekejap aje pun singgah kat tempat gajah tu.  Lepas tu, kami bergerak lagi menuju ke pusat Kraftangan berdekatan dengan tempat gajah.  Royal Thai-Handicraft Center ataupun RTC.  Bila tengok orang buat kraf ni kan, mula la muka kagum semacam.  Serius sangat halus hasil daripada ukiran kayu yang dibuat.  Hanya orang yang tabah je mampu menghasilkan kraf sebegitu rupa.  Kalau nak beli hasil kraf pun boleh seperti kerusi, meja makan, katil, almari dan banyak lagi perabot yang menarik.  Aku tak sempat snap banyak gambar sebab masa limited. 




Tamatlah sudah half day package ke Floating Market.  Perjalanan balik ke Bangkok agak suram.  Masing-masing dah penat ditambah pula dengan cuaca yang mendung.  Sempat la tidur sekejap.  Disebabkan perut memang dah berkeroncong sangat2, kami pun minta driver van tu berhentikan kami di Ratchathewi.  Oh, lupa nak pesan, kalau korang boleh bawak bekal, sila bawak bekal.  Coklat pun memadai, in case kalau korang pun spesies cam aku, tak lalu nak makan makanan mereka.  

So, hari ni kami makan kat Farida Fatoni.  Sebaris je pun dengan kedai MakYah.  MakYah ternyata lagi mahal.  Kedai ni harganya murah lagi dan makanannya pun bolehlah kan.  Janji perut terisi.  Dah makan kenyang-kenyang, kitorang menapak ke Platinum.  Sebenarnya agak jauh jugak la daripada Farida, kalau korang rasa tak larat, maka dijemput naik teksi ataupun Tuk-tuk.  Kami ni ingatkan dekat, maka kami pun berjalanlah.


Kat Platinum tak ambil gambar pun. Busy window shopping kekdahnya.  Kalau korang serius untuk berniaga, sila borong di sini.  Kalau beli 2 pun dah kira harga wholesale.  Disebabkan duit tak berapa nak hado, aku pun memandang sepi je baju-baju dan seluar yang cantik disitu. Tak lupa, skirt pun banyak.  Aku tengok dah ala-ala fesyen Poplook pun banyak kat situ.  Cousin aku sempat merembat sehelai Palazo yang harganya agak berpatutan.  Benci sesangat! Sebab bila dah balik tengok dia pakai memang cantik. Menyesal tak beli. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Perjalanan hari ketiga ini sangatlah memenatkan.  Dan disebabkan kami dah penat yang tahap flat abes, kami pun decide nak balik tido. Haha. Tido sekejap je pun.  Pastu kami keluar balik malam tu jalan-jalan di Patpong Night Market. Tak jauh daripada hotel.  Sempat la merembat beberapa lagi souvenior yang masih tak cukup.  Pat Pong ni sangat happening sampai aku takut nak snap gambar.  Harga barang kat sini mahal sikit berbanding kat Chatuchak Market.  So, pandai2 la bargain. Tapi korang takkan dapat harga yang sama macam kat Chatuchak tu.  So, kalau pergi Chatuchak, silalah borong semuanya disana.

Malam ni malam terakhir kami di Bangkok.  Harus pulang awal sebab nak kemas barang.  Kami kena check out awal sebab bilik tu dah ada orang lain booked.

Sekian melaporkan untuk hari yang ketiga.


Express link:
Bangkok, Thailand - Day 1
Bangkok, Thailand - Day 2
Bangkok, Thailand - Day 4

Thursday, October 25, 2012

Bangkok, Thailand - Day 2

Salam semua!
Tahap kerajinan aku semakin menebal nampaknya untuk mengupdate blog.  Sempat aku menaip sepatah dua baris time aku tengah kelas.  Lecturer aku ni lambat masuk la pulak, daripada aku buang masa baiklah aku menghabiskan cerita aku yang baru separuh jalan ni kan.  Untunglah, kelas dalam makmal komputer..kikiki

Alhamdulillah dapat tidur dengan lena malam pertama kat hotel.  Penatlah sangat kan, kononnya.  Planning kami pada hari kedua ialah Chatuchak Market.  Kenapa kami memilih untuk men'shopping'kan diri pada hari kedua? Sebenarnya bukan kami, tapi aku yang plan.  Dorang tu semua ikut je arahan aku.  hehehe. Aku memilih untuk shopping pada hari kedua adalah kerana Chatuchak Market tu hanya bukak time weekend sahaja tau.  So, kami ada dua hari je untuk shopping.  Ikut pada pengalaman yang lama2 dulu, selalunya kalau shopping hari last, mesti banyak benda yang rasa kempunan nak beli. (Tp even dah shopping hari kedua, aku still ada kempunan lagi nak beli..wuuuuu)

Nak pergi ke Chatuchak Market senang je, naik BTS dari station Sala Daeng tu benti kat Mo Chit Station.  Pastu korang ikut je signage, ataupun ikut je la orang ramai tu berjalan ke arah mana..hehe

Jom cuci mata sama2 menikmati apa yang dijual kat sana..



Minat sangat dengan box tu tapi bila memikirkan leceh nak bawak balik, lupakan sahajalah niat itu..



Segala jenis mak neka beg..sume aku tak beli pun..hehe

kalau tak jumpa menara ni, maksudnya tak abes jelajah lagi chatuchak market..hehe..upss



suke dengan lukisan2 kat sana, banyak yang menggunakan warna2 ceria..
Kaki serius rasa nak putus sebab berjalan.  Tangan dah makin penuh dengan plastik, hotel jauh lak tu..hukhuk..Alhamdulillah, puas hati dengan harga yang telah di'bargain', kalau nak shopping, WAJIB datang sini tau..sebab kalau kat night market, harga melampau giless..Setelah habis tawaf maka kami pun beransur pulang.  Kali ni misi mencari kedai makanan Muslim kat Ratchathewi pulak.  Naik balik skytrain dari Sala Daeng, turun kat Ratchathewi.  Turun tangga paling hujung, pastu nanti belok kiri, jalan sikit, pastu nnt tengok seberang jalan ada la berderet kedai muslim.  One of the restaurant adalah kedai Mak Yah bukan Mak Nyah. hehe


Makanan kat sini, bolehlah tahan, tapi a little bit pricey.  So, dah nama pun merantau ke negara orang, korbankan ajalah duit itu demi untuk mengenyangkan perut.  Kalau anda sanggup berlapar ataupun nak berjimat maka silakanlah membawa stok maggi banyak2. 

Hasil tangkapan kami..lumayan bukan? hehe

Lepas siap2 solat dan rehat kat hotel, kami pun memulakan perjalanan semula kira-kira pukul 4 petang.  Tiket kami untuk masuk ke Madame Tussauds tu selepas pukul 5.00 petang.  Credit to my lovely boss sbb suggest tempat ni which is aku tak tau pun kewujudannya di Bangkok.  Sebab bos dah gtau awal2 aku pun meng'google' dan dapat ticket 50% discount! weeehuuu... Jimat RM40. Harga sebenar RM80 tapi selalunya untuk tourist ada discount. Sila check this out Madame Tussauds  .  Memang sangat teruja datang kat sini.  Klu uols nak datang Bangkok, jangan lupa singgah ini tempat sebab kalau kat UK harga tiket lebih mahal.  

Nak ke Madame Tussauds senang jugak, naik BTS Sala Daeng - Siam, pastu turun tangga, Madame Tussauds ada kat dalam building Siam Discovery, dekat2 je dengan Siam Paragon.



Kat M'sia tak dapat jumpa Tun, kat Bangkok lak dapat jumpa..hehe..teruja!

Cantik sangat Lady D..

Intelligent and superb talented

Sports

Nickhun oppa!! saranghaeyo...kikiki

Baby baby baby...:)

Oprah - aku teringin sangat nak jumpa..
Round kat dalam tu sekejap aja.  Rasanya dalam sejam lebih je kot.  Banyak lagi gambar censored kami yang telah ditapis sebelum dihaplod.  Kikiki.  Gambar yang telah dimasukkan adalah gambar yang sopan2 sahaja.  Korang boleh buat apa je korang nak dengan patung tu.  Janji jangan sampai patah la kan.

Dah lepas eksaited2 amek gambar dengan 'retis' kononnya, kami pun berjalan2 kat dalam Siam Paragon dan MBK.  Seronok jugak lepak sini malam2, happening sangat.


Siam Paragon.
MBK

Siam Paragon dengan MBK dekat saja, kat seberang jalan nun.  Menapak la sikit, kat tepi2 jalan tu ada orang meniaga so tak terasa sangat nak berjalan.  Kat MBK ada banyak pilihan makanan Halal.  Naik aja kat Food Court kat tingkat atas.

Dah lepas dinner, kami pun beredar untuk pulang.  Kalau dari MBK, terus ambil BTS National Stadium - Sala Daeng.

Selesai hari kedua, balik hotel dan tidur sepuasnya.  Perjalanan hari ketiga lebih jauh.

So, sehingga bertemu di hari yang ketiga.



Express link :
Bangkok, Thailand - Day 1
Bangkok, Thailand - Day 3
Bangkok, Thailand - Day 4





Friday, October 19, 2012

Bangkok,Thailand - Day 1

Sawad Dee Krab/Ka~

Alhamdulillah, aku dah selamat pergi dan selamat balik dah pun.  So, aku nak story mory kat uols pulak kot2 la klu uols teringin nak ke Krung Thep lepas ni.   Bangkok ni kalau di sana dikenali dengan nama Krung Thep, so kalau uols xpernah dengar, then dah dapat satu ilmu baru..

Pengembaraan kali ni aku together2 with my 'not married yet' cousins.  Generasi 'married' cousins, sila jangan jeles!  Akhirnya, dapat juga kami berjalan, mengembara dan juga meredah negara orang dengan selamba bersama.  Betapa cemas dan gabra je mak2 kami dan bapak2 kami waktu kami nak pergi, toksah cerita, memanjang telefon berdering je.  Bermacam2 nasihat dan juga peringatan diberi untuk anak2 gadis mereka ini. hehe. Cuma mama je yang tak telefon2, dan aku menjadi pelik. Aku call mama, "Mama, orang dah nak naik flight dah ni, mak org lain sume call bagi nasihat macam2, mama je yang tak call orang," kata si anak kepada emaknya.  Dengan selamba mak aku pun berkata, "Kau pergi hari ni ke? Ma kat bank ni haa, elok2 lah jalan tu." Camtu je? Hahaha.. Mesti mama dah lali dah dengan anaknya yang kaki jalan ni kan.  "Bos orang siap pesan suh enjoy, tapi makngah, maktih ngan maklang sume tak bagi suka2 sangat, camne tu?" kata si anak lagi.  Mama gelak2 pastu jawab, "Yelah, pergilah enjoy, tapi jangan gelak2 sangat, senyum je." Lawak la mama aku ni. Tapi yang penting, mama telah bertukar menjadi seorang yang sangat sporting. Yeay! Luv u Mama muah muah muah~

Cerita pasal nasihat dah habis, now focus on our journey.  Flight kami pukul 1.40 petang.  Pagi2 lagi kami dah keluar dari rumah dan tunggu kat KL Sentral.  Naik bas dari KL Sentral ke LCCT lebih kurang sejam dengan harga RM10 sehala.  Aku tak leh nak buat web check in sebab waktu beli tiket tu aku just guna no.IC, kalau international flights kena booking dengan no.passport, baru boleh nk buat web check in.

Excited sebab dapat naik flight QPR. Yelah, slalu dengar je kan. Tapi sama je macam naik flight lain kekdahnya. Kan? Yang penting sampai.



Sampai-sampai di Don Muang Airport lebih kurang dalam pukul 2.50 petang waktu tempatan.
Untuk pengalaman yang lebih mengerikan, kami memilih untuk menaiki bas dan BTS untuk ke hotel, which is much2 more cheaper than taxi.  Cemas gila kot bila naik bas dorang, macam naik bas united plak rasanya sebab still ada konduktor bas, tambang hanya 17 Baht shj.  Berbuih2 jugak la mulut nak suh dia berenti kat BTS Mo Chit kan, sebab kat situ tak de yang reti speaking! Rasa nak nanges mula2. Tapi akhirnya kami berjaya sampai jugak.



Naik BTS dari Mo Chit ke Sala Daeng dengan tambang 40 Baht.  Lepas turun tu, amik Exit 5, turun tangga, pastu jumpa Mcdonalds.  Kena menapak la dalam 10 minit nak sampai ke Hotel Take A Nap.  Takde lah jauh sangat, kalau tak larat, naik ajalah Tuk-Tuk yang sememangnya setia menanti kat depan McD tu.  Tambang Tuk-Tuk dari Mcd tu ke hotel 50 Baht je pun, kongsi la ramai2, leh naik sampai 4 orang.


Akhirnya setel check-in, masuk bilik, rehat2 dan buat solat Jamak.  Cantik dan besar bilik kat Take A Nap nih.  Toilet pun ok.  Sangat2 selesa.  Kami duduk private room untuk 4 persons.  Highly recommended to those yang nak travel di Bangkok.  Hotel siap ada lif lagi tau.  Suke!  Nasib baik kami sampai before pukul 6, so masih sempat la buat Jamak Zuhur dan Asar.   Selepas tu kami pun keluar semula berjalan2.  Perut pun sudah berkeroncong buat Ana dah kan.  Tanya kat receptionist, katanya ada restoran Arab dekat dengan KFC dan Pizza Hut.  So, kami pun menapak la untuk mencari sesuap nasi.

Kedai ni jauh tak jauh sangat la daripada Hotel, tak rasa jauh sebab kat tepi2 jalan tu ada jualan, mata pun sempat la meninjau2 barang yang dijual.  Nak ke restoran tu sama jalan je kalau nak ke Pat Pong Night Market.  Kedai ni agak tersorok, tapi dekat Pizza Hut, kena masuk sikit ke dalam building tu, bukanlah kedai Arab tapi kedai Lebanon sebenarnya, tapi bolehlah kan, janji Halalan Toyyiban.  Food kat sini agak pricey, so, tindakan lebih jimat adalah berkongsi kerana portion agak besar.  Kami yang tak berapa nak bijak (1st timer la pulak kan) + lapar telah pun mengorder makan sorang satu.  Memang tersandar akibat kekenyangan dan tak abis pun. Membazir sangat ku rasakan.  Sorang makan lebih kurang dalam RM30-40. Haha. Bankrap di hari yang pertama.  Pengsan!


Lepas makan, cuci2 mata kat pasar malam kat situ. Memang cuci mata sangat! Kesimpulan yang aku boleh buat, Thai ni sangatlah open dik non oi..depan2 mata ditunjukkan CD Blu (bukan Blue Ray) tapi yang ehem2 tu sbb nak suruh kitorang beli. sukati jek! haha..


Kami balik semula ke Hotel selepas merembat sehelai dua baju untuk dipakai hari berikutnya.  Harga boleh bargain, tapi cakap elok2lah, kalau tak nak pun cakap elok2.  Mereka tu berniaga kan, so, kena la pandai ambil hati jugak kalau nak murah. :)

Berakhirlah kisah hari pertama kami di Bangkok.  Stay tune for the next day.


Khob kun krab~


Express link :
Bangkok, Thailand - Day 2
Bangkok, Thailand - Day 3
Bangkok, Thailand - Day 4


Subscribe and Follow