Sudah masuk hari kedua. Semua tidur dengan begitu lena sekali, walaupun tidur di tempat orang. Nampak sangat yang Cervantes Lodge Backpackers ni tersangatlah selesa. Kami terlambat bangun sikit, kunci jam beria pukul 4 tapi harammm semua tak sedarkan diri, tapi sempat lagi untuk Subuh. Setelah selesai mandi dan bersiap, kami ke dapur untuk sediakan breakfast dan lunch pack. Untuk breakfast kami makan roti, telur hancur dan kari ayam Brahim. Untuk lunch, kami buat maggi goreng dan telur dadar. Tuna, roti dan buah-buahan pun masih ada lagi, so kami pack jugak untuk bekalan.
![]() |
| Cervantes Lodge Backpackers |
![]() |
| Aku dah janji kat makcik tu yg i'll make her famous, so korang cam betul2 muka makcik tu (abaikan makcik disebelah kiri..haha) |
The Pinnacles Desert, Nambung National Park
Selesai check out, kami pun bertolak ke Pinnacles Desert yang terletak di Nambung National Park. Tak jauh sangat dah daripada tempat penginapan kami tu. Nak masuk ke Pinnacles Desert kena bayar 11AUD per car. Lepas tu, kita boleh drive di sepanjang desert tu, ada laluan yang disediakan. Tak perlu nak menapak di bawah terik matahari tu. Bila berada kat sini, jangan tertipu dengan udara yang sangat sejuk, pakailah jugak sunblock untuk tidak dipanah dengan cahaya matahari yang sangat direct itu.
Kalau nak tahu pasal Pinnacles tu, boleh wiki, Pinnacles ni kalau kat Malaysia dah macam batu-batu hidup kat Tapak Megalitik. Siapa yang biasa lalu jalan Kuala Pilah-Seremban tu, boleh nampak dari tepi jalan. hehe. Tapi batu yang ni di tengah-tengah gurun tapi bukan gurun yang panas, gurun yang sejuk. Bila berada di situ seolah-olah berada di dunia lain.
Lancelin Sand Dunes : Sandboarding time!
Perjalanan kami teruskan ke Lancelin Sand Dunes. Lebih kurang satu jam perjalanan dari Pinnacles Desert. Kami sebenarnya memandu dengan penuh cuak, sebab minyak macam dah nak blinking, cari petrol station dalam GPS plak, tak ada katanya yang berdekatan. Mustahil tak ada (pujuk hati). Sampai sahaja di Lancelin, kami pun melilau mata cari Petrol Station. Alhamdulillah jumpa! Lega sangat2, dalam kepala dah terbayang duduk kat tepi freeway tu sambil tahan kereta orang. haha! Waktu isi minyak tu bertembung dengan family dari Malaysia yang nak ke Sand Dunes tu jugak, so, kami gerak together-gether.
Sebelum sampai ke destinasi, anda akan nampak kedai Lucky 7 di sebelah kiri anda. So, berhenti sekejap untuk rent sandboard kat situ. Ada dua jenis, satu yang duduk, satu lagi yang berdiri. Tak gigih untuk berdiri, kami pilih yang duduk. Sewa satu sandboard tu 10AUD, pastu kena deposit 50AUD. Sewa satu je dah cukup. Mainlah secara bergilir untuk penjimatan. Kat petrol station tadi aku perasan leh jugak sewa kat situ, tapi macam mahal sikit kalau nak compare dengan Lucky 7.
Sebelum sampai ke destinasi, anda akan nampak kedai Lucky 7 di sebelah kiri anda. So, berhenti sekejap untuk rent sandboard kat situ. Ada dua jenis, satu yang duduk, satu lagi yang berdiri. Tak gigih untuk berdiri, kami pilih yang duduk. Sewa satu sandboard tu 10AUD, pastu kena deposit 50AUD. Sewa satu je dah cukup. Mainlah secara bergilir untuk penjimatan. Kat petrol station tadi aku perasan leh jugak sewa kat situ, tapi macam mahal sikit kalau nak compare dengan Lucky 7.
![]() |
| Kedai Lucky 7 yang dimaksudkan |
![]() |
| Gaya dah ada dah, bab luncur fail.. (gambar yg fail x dpt ditunjukkan atas sebab2 tertentu..haha) |
Dah puas jerit-jerit, gelak-gelak, cungap-cungap kami pun beredar dari tempat itu. Laparlah pulak! Kami pun mencari port yang baik punya untuk berpiknik. Lantas kami terjumpa satu taman yang ada kerusi dan meja dan juga toilet kat situ. Memang port yang terbaik. Kitorang berpiknik sambil ditemani oleh seagull2 yang kelaparan jugak. Disebabkan ada toilet dan boleh ambil wuduk, kitorang decide untuk terus solat kat situ. Lagipun, perjalanan kami agak jauh dan rasanya tak sempat sampai sebelum maghrib.
Perut dah kenyang, muka pun dah fresh balik, lebih kurang dalam pukul 2.00 petang, kami pun meneruskan perjalanan ke Augusta. Dari Lancelin ke Augusta lebih kurang dalam 400km. Sepanjang perjalanan kami menyaksikan pemandangan yang sangat indah, bukit-bukit hijau siap ada biri-biri dan lembu yang gebu-gebu, dah macam dalam Farmville. Udara pula memang sejuk dan redup di kawasan tu. Di tengah-tengah padang ragut yang luas tu bertebaranlah kambing biri-biri mencari makanan, pastu ada farm house, ada kuda. Betul-betul macam dalam buku cerita kanak-kanak.
YHA Augusta - Cape Leeuwin
Sampai-sampai saja di Baywatch Manor Augusta @ YHA Augusta ni, kami disambut oleh seorang reception yang hensem dan sangat sesuai dijadikan calon bf. Cara cakap pun lembut je, tenang rasa hati ni. Eh, apa kena mengena?! Haha. Lari tajuk dah. Antara banyak-banyak hostel yang aku stay, aku paling suka kat sini. Bukan sebab mat salih yang hensem tu je, tapi semua sekali tentang hostel ni aku suka, kecuali lantai die kot, sejuk sangat, yang lain semua ok. Cakap banyak tak guna, tepek gambar lagi bagus.
Makan malam kami meriah sebab dapat hang out sekali dengan traveller dari Singapore. Siap dapat makan papadom lagi dorang bagi. Bila perut dah kenyang, masa untuk tidur, so, sehingga bertemu di hari yang ketiga!












































































