nuffnang ads

recent posts

Thursday, October 28, 2010

GOGOGAGA YAYAN

selamat datang GAGA!!

dah enam hari gaga berkhidmat utk saya, tapi baru hari ni saya dapat perkenalkan kepada semua...terima kasihla kat semua yang terlibat menguruskan pembelian gaga, walaupun berbagai dugaan tapi alhamdulillah kini gaga selamat sampai ke pangkuan saya.

so, harapan saya tinggi pada gaga. agar dapat berkhidmat dengan baik. menjadi contoh teladan pada semua. jangan meniru aksi-aksi yang tidak baik. hindari kecelakaan dan sentiasa dalam kondisi yang mengkagumkan. harap gaga dapat berkawan baik dengan bibah.

walaupun jauh di sudut hati saya sebenarnya sangat merindui nebem. harap sekembalinya nebem pada tuan asal, dia tidak lupakan saya. gonna mish u so much! kamulah go-kart saya yang paling hensem.....

kalau erra ada gugugaga, yayan pun nak jugak. hehe. gogogaga yayan! cute jugak kan?

nota kaki : nnt saya haplod gmbr gaga ek, belum ada kesempatan nk berphotoshoot...

Wednesday, October 20, 2010

SABAR AKU BERTEMPAT

kadang-kadang pelik dengan sikap manusia ni..kita tak cari gaduh ngan dia, dia pulak yang nak carik gaduh ngan kita..tapi takpe, cukup sampai sini kau nak menyusahkan hidup aku..

dulu, kau suruh aku buat keje time aku tengah busy, memanglah aku tak sempat nak buat benda yang kau suruh tu..keje yang kau suruh aku buat tu, bos aku suruh kau yang buat, bukan aku..tak ada pulak dalam senarai tugas aku buat kerja yang diarahkan oleh kau..lagi satu, kau bos aku ke nak suruh2 aku wat keje, aku orang bawahan kau ke?

bila sampai dah mengata aku kat orang lain tu, memang bagus sangat la kan..tapi takpe la, aku pun dah mengata kau ni, kira fair n square la ye tak? aku jarang marah2 cmni, tapi sabar aku bertempat..

sekarang ni, jangan harap la aku nak tolong kau lagi. dulu tu aku tolong kau dah kira nasib baik. nak mintak tlg buat cara nak mintak tlg..dengan orang yang aku berurusan sebelum ni, dalam tension2 aku tak sempat nak buat, at least dia faham jugak, tak de la mendesak aku macam tu..kadang2 aku pelik, aku tak ada kena mengena pun dengan keja yg diberi tu.. hanya disebabkan bos aku lead benda tu, tak semestinya keja2 berkaitan dengan tu aku kena buat..lagipun ada ajk yang tersendiri kan. suh la orang2 lain tu yang buat keje. suruh aku kenapa? dah tu kalau aku lambat buat, kau jugak yang melenting. pasni kau buat la semua itu..kalau fikir diri tu bagus sangat, nape sampai sekarang tak jadi bos pun.

setel! release dah tension aku..

Tuesday, October 12, 2010

PAPERWORK OH PAPERWORK

cikPA semenjak 2menjak ni memang busy dihujani dengan paperworks. cikpuanBOS cikPA tu baru balik dari kursus PTK, so dengan PA sekali ambil PTK6 sekali dengan dia dalam erti kata lain, cikPA lah yang kena menaip segala macam paperworks dia yang banyak tu. nasib baik cikPA tak disuruhnya buat ayat, itu lagi haru! Tapi itu juga sudah menjadi kebiasaan cikPA. dulu cikPA tak pandai nak deraf surat ni, sekarang cikPA sekali deraf je, cikpuanBOS terus sign. bukan nak meninggi diri ke apa, tapi jauh di sudut hati cikPA berterima kasih dengan cikpuanBOS kerana banyak memberi tunjuk ajar kat cikPA. cikpuanBOS suruh cikPA simpan semua paper yang dia buat untuk jadi rujukan cikPA kalau dah jadi pegawai nanti. banyak juga ilmu2 pengurusan yang cikPA belajar melalui cikpuanBOS.

dia seorang bos yang sangat cikPA kagumi. memang cikpuanBOS cikPA ni agak garang, tapi dia seorang yang baik hati. kalau marah pun bertempat, cuma kadang2 tu tersasar la jugak, tapi cikPA dah biasa, cikPA buat layan tak layan je. kadang2 cikPA pun ada hari2 yang cikPA bad mood, biasalah tu perempuan. kadang-kadang cikPA hairan tengok bila ada segelintir individu ni takutkan cikpuanBOS. bagi cikPA cikpuanBOS tak akan marah kalau kerja yang diberi tu dibuat dengan cara yang betul. cikPA rasa, takut tu perlu ada, tapi yang penting kita hormatkan bos kita. tapi yang penting, bagi orang yang dah mengenali cikpuanBOS dia mesti tahu hati budinya. kalau dia marah tu, takyah simpan dalam hati, ambil positif dan ignore je kalau rasa macam tak salah. sebab dia marah sekali tu je, lepas tu dia tak ingat dah.

eh, leka pulak kat blog ni lama2. abeslah tak siap paperwork cikpuanBOS cikPA tu kang. ada sikit lagi cikPA nak taip..daa~

Tuesday, October 5, 2010

LEPAKING @ DAMANSARA


thanx guys for temani aku tengok wayang sambil melepaks kat damansara last nite..really appreciate that moment so much.. lama sudah tak hang out sama-sama kan? makan2, lepak2 sambil dgr akustik, and end up with the AWESOME movie Eat.Pray.Love.. so much that i can learn from that movie and i'm still thinking about it..''smile from your liver" bak kata Pak Ketut.

the movie is about journey to find the long lost soul. travelling to many places and learning from others culture. nice story and made me thinking deeply what is the most thing that i want in life. YUP! sometimes we just don't really know what we want. akibatnya, midlife crisis, mental illness etc. i don't want to be part of it. so, by now, i must always thinking about my life, whats the risks that i have to take and how i handle the situation. hmm. so serious! but sometimes we need it~



so, back to the lepaking and makan2 time with my buddies. mula2 kitorang nak hang out kan OU tengok movie, dah beratur sikit punya panjang, dalam hati berdebar gak tgk kt screen cite ni 'selling fast'..sampai turn kitorang memang tinggal seat yang tak best je..so, kitorang pun decide tengok kat Cathay Cineplex...syok jugak lepak kat area damansara malam2. boleh dengar orang nyanyi, nice view. sebab cik yan kite tu kata gambar profile fb dia tak update, so kitorang ada snap2 sket la gambar just for fun..






cik yan pandang atas, sebab kasi muka nmpak kuwus..huk3



en. ucent muka cm lapar giler kan? kan? kan?




yang ni emosinya tidak dapat dikenalpasti..hehe


Subscribe and Follow