nuffnang ads

recent posts

Showing posts with label STUDENT LIFE. Show all posts
Showing posts with label STUDENT LIFE. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Lima Tahun Berakhir Sudah


Pertama sekali, berakhir sudah penantian selama lima tahun.  Lima tahun yang penuh dengan suka duka gelak tawa.  Tak dapat bayangkan betapa gigihnya berulang dari Putrajaya ke Shah Alam setiap hari selepas keje demi nak mendapatkan segulung ijazah.  Hujan lebat, jalan jem, sampai nangis2 dalam kereta sebab tak larat dah nak drive, tapi itu semua menjadi kenangan yang tak terlupa. Bukan senang nak bahagikan masa bekerja dan belajar, syukur dapat bos yang memahami, terima kasih diucapkan kerana banyak memberi galakan dan tunjuk ajar sepanjang PAmu ini menimba ilmu.  Terima kasih juga buat semua yang membantu menggantikan tempat aku sepanjang aku bercuti untuk exam.  Budi baik kalian memang sukar untuk aku lupakan. cium sikit..muuuaahhh!


Nah, tgk dulu gambar selfie sejurus selepas turun dr stage..kantoi selfie dlm dewan..hehe

Keluarga, mak abah adik beradik saudara mara, thanks sebab selalu doakan yang terbaik untuk diriku ini..Kepada mama dan babah, terima kasih kerana tak putus-putus berikan galakan dari segi kewangan, nasihat, doa dan segala-galanya.  Tanpa kalian berdua, tak mungkin aku akan mendapat ijazah ini.  Lengkaplah tradisi adik beradik untuk dapatkan ijazah, sementara adik in the making, all the best dik, haha. So, siblings, jom kite sambung masters plak lepas nih ikut jejak langkah angah..wuuuuuuuhuuuuu!
 
Mama Babah & My Nephew Kasyful, thanks for coming..

 
Si tomei Khazin pun dating tengok aunty konvo..tenkiyu..muacksss
Kawan2 UiTM, budak2 BAS, BCA yang sama2 berjuang, terima kasih korang, tanpa korang, aku tak dapat grad, ntah2 dah berhenti di tengah jalan. Memang ada masa sampai rasa nak berhenti belajar, tapi korang tak putus2 bagi semangat, wlupun korang sendiri tak semangat..haha...Kegigihan korang sebenarnya menjadikan semangat untuk aku teruskan perjuangan ni, dengan mak buyungnya, dengan jem nak mampos setiap hari berulang dari KL, ada yang dari Seremban, tapi korang tetap tabah datang kelas, wlupun lambat korang still datang gak kadang2 tu..Korang daebak! Segala tunjuk ajar, nasihat, makan minum pakai, duit minyak, duit Photostat, duit tol korang yang dah berkorban untuk aku juga tu, mohon halalkan dunia akhirat. Seronok sangat bila korang datang berkampung kat rumah aku untuk study..Walaupun aku banyak memberi pengaruh negative kepada korang sewaktu dah dekat2 exam, tapi akhirnya korang berjaya gak lulus exam tu kan?? Kalau tak kerana Running Man dan Naabella Hijabis yang aku pengaruh korang tu, mesti korang tak semangat nak study kan? haha..Kepada Dinie yang selalu tumpangkan rumah kat aku, mekasih babe, aku pasti merindui ko sekeluarga. Galak2 la kita berjumpa ye nanti..Nanti aku dah jadi kaya, aku ajak korang datang potluck kt rumah aku lagi ekh..hehe..Nak sebut nama korang satu2 memang jenuh plak, u know who u are..:)
 


Kepada sahabat-sahabat yang masih berjuang, teruskan perjuangan anda.  Walaupun aku tahu korang sedih tanpa kehadiran aku, tapi aku tetap bagi semangat kat korang..Korang-korang yang aku sayang, semoga sukses dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Fefeeling macam baru habis espiem sangat. Sayonara and uols will be missed.  Sedih sebenarnya bila teringat kenangan kita semua daripada semester 1..Tak sabar nak sambung master dengan korang...Sayang pelok cium nangis2 sikit. Love love love!




Wednesday, March 19, 2014

Opis Baru VS Opis Lama

Hi guys..

Pindah
 
Lately ni aku busy pindah opis..ikut bos kesayangan naik pangkat..tahniah bos..u deserve it..ikutkan hati memang aku taknak pindah, sbb dah selesa kat opis lama, dah ada geng gosip, senang parking, lagipun itulah opis pertama aku since aku posting enam tahun lepas..Diam tak diam, dah enam tahun aku keje..Dulu masuk keje umo 19 tahun, naif je time tu, akulah yang paling muda skali time tu..sekarang, rasa janggal bila dah ramai adik2 yg panggil aku akak..terasa diri begitu tua..huhu..disebabkan itu, aku terima pelawaan bos untuk ikut dia berpindah..haha..takdelah, aku pindah sebab its time for me to transform ye dok..tak berkembang otak duduk kat tempat yang sama je..lgpun, pindah tempat lain boleh belajar macam2 lg..and one more thing, bos naik pangkat dptlah aku naik elaun sikit..hewhew

Kt opis baru ni so far so good..tak reti lagi nk bergaul..lgpun semua macam busy je..ke dorang buat2 busy? haha..tp bibit2 perkenalan tu dah ada..cuma belum lg nk turun makan sesama ke, gegosip ke..opis baru kecik, org2 pun tak ramai nak compare kt opis lama..

Aku rasa aku masih belum serasi lagi keje kat opis baru ni..Sebabnya, sekarang ni pas isyak je mata aku mesti dah terkatup dah..badan letih semacam..mungkin penat mengemas tak habis lagi kot..dah lebih seminggu kat sini PC ngan Printer pun tak dpt lagi..berbekalkan wifi free aku terpaksa la buat keje dengan menggunakan laptop sendiri..Bolehlah daripada takde..keje ini jam kalau takde laptop/pc dan internet connection mmg tak boleh nak buat keje dah..aircond pun tak terasa sampai bos kena bawak kipas..adoiyai..mcm2 hal..tp semua tu aku dah uruskan mana yang patut, sat g dorang naik la betulkan aircond tu kan..positif2..

Okaylah, nnt aku update lg pasal opis baru aku ni kalau ada cite yg menarik.

MH370, please come back safely!

Hari ni masuk hari yang ke-12 kehilangan MH370..Harapnya misi pencarian pesawat ni terus berjalan lancar dan diredhai Allah hendaknya..Hentikan spekulasi dan tuduhan2 yang tidak berasas..Kalau ada opinion mungkin boleh disalurkan dengan cara yang betul dan tidak hanya mengharapkan publisiti murahan semata-mata..Mungkin ramai yang mempunyai pandangan dan teori tersendiri, kalau rasa nak bentangkan, buatlah surat ke, emel ke kat pihak berkuasa..Penyebaran maklumat2 yang palsu ni boleh mengganggu emosi keluarga penumpang dan krew..Cuba ada rasa empati dan simpati sikit, ataupun yang lebih tepat berperikemanusiaan sikit..Besarlah harapan aku kepada pembaca blog aku sekalian sekiranya semua yang ada disini adalah tergolong daripada insan2 yang tidak membuka aib orang..Tak payahlah nak share2 benda yang tak berfaedah..Kalau nak tolong pun, tolong tengok dan tolong doakan je dah memadai..Ok?? Aku tau korang2 yang kat sini semuanya berfikiran positif dan baik2 orangnya..hehe..Let's pray for them to come back..:)

Last Semester weeeeehuuuuu!

Hujung minggu ni ada kelas..1st class untuk final sem..Semester ni aku berani mati nak ambil 6 subjek..Sebabnya aku malas nak tambah lagi satu sem..Aku tak dapat nak bayangkan lagi macam mana gaya aku nanti, lebih2 lagi di ambang exam..kuikui..so, aku kena pinjam tagline Janggel #bertabahlahdemikerianganberganda sebabnya aku pun tak sabar nak habiskan study dan lepas tu boleh fokus untuk persiapan kawin pulak..eh!

jangan buat spekulasi. sekian.

Monday, August 6, 2012

Syukur

Salam Nuzul Quran semua..
Hari ni Putrajaya tak cuti, so kena keje macam biasa..
Bagi yang bercuti tu, jangan lupa banyak2 baca Al-Quran..

Sebenarnya hari Jumaat lepas result final exam keluar.
hewhewhew
Perut memang kecut sangat pagi2 Jumaat tu.
Mulanya nak check pas Subuh, tapi leh terlupa plak password emel yang baru.
Kena tunggu masuk ofis dulu la baru leh tgk nampaknya.

Seriously waktu exam tu blur sangat.
Kuatkan semangat sebab ada paper yang berturut-turut.
Paper law rasa cam dah nak give up dah aritu, sebabnya macam susah sgt nk hafal kes2 tu. (mungkin sbb kurang makan kismis kot)
Memang dah tanya membe dah cmne kalau nk amek MC..huk3
tapi kawan aku sume baik2 belaka..
Bagi nasihat dan semangat kat aku..
Akhirnya dengan berat kaki, aku melangkah jugak masuk ke dalam dewan exam.
Jadi bleh dapat bayangkan la mcm mana cuaknya aku bila nk check result.
Aku doa aku lulus je la sume tu kan. Yang penting LULUS.

Bila cakap pasal yang penting LULUS, mesti korang ingat aku ni tak bermotivasi nk dapat A kan?
Hmmmm..
Bukan senang sebenarnya belajar dan bekerja dalam waktu yang sama ni.
Kena banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan zaman muda remaja. hehe
Bagi kami pelajar part time ni, memang susah sangat nak dapat A.
Mungkin sebab masa yang terhad membuatkan kami kurang masa untuk study dan prepare assignments utk carry mark.
Jadi, bila ada subjek yang dapat A tu, memang boleh buat lompat bintang 18 kali la kan..

So, balik pd tajuk asal..syukur..
Syukur sebab dalam banyak2 sem degree ni, sem ni result yang paling tinggi aku penah dapat..
Sebab apa? mungkin sebab tak banyak gangguan..huhuhu
Mungkin jiwa dan raga sepenuhnya ada pada study..
Kalau tak dulu sempat main-main chenta monyet la, itu la ini la..
Alhamdulillah, dalam pada mcm tak leh jawab tu, aku lulus dengan jayanya..

To all my PLK friends, jumpa lagi kite di sem yang depan ye..:)



p/s : Walaupun sambil study sambil tengok Ammar dalam DDK, tetap dapat results yang OK..Mungkinkah dia sumber inspirasiku? hahahaha..



Wednesday, July 4, 2012

SILENCE PLEASE! Exams is in progress..




It's been halfway journey of my studies and now I'm sitting for examination for the sixth semester. 
It's been a really really long journey as so many love-hate experiences I've had.  Actually I have two more papers to go for this semester but I'm still not done studying..hehe..
So, I should give a short break for this blog, to give a special laluan for me to take exams. 
Sehingga bertemu di lain waktu..pray for me k..
~hugs and kisses~

Wednesday, December 21, 2011

Weng Weng

keje..keje..keje..assignment..keje...study...assignment...presentation...keje..keje..keje..study..keje.study.keje.!

Maaf, otak Weng Weng (bukan nama sebenar) disahkan mengalami gangguan akibat terlebih muatan dan melimpah-limpah sebab malam ni ada presentation ethics.

Hope semua berjalan dengan lancar dan tidak dihentam oleh Encik Pensyarah.

Sekian. Kbai!

Wednesday, April 27, 2011

kehidupan SEBENAR seorang gadis..





tajuk nak gempak je. tapi tak ade apa2 pun. aku tengah bosan.walaupun masih bertitle cik, tapi aku gadis yang sangat busy.tak tau la kalau dah kawen dah ada anak nanti macam mana kan.

tapi mungkin masa itu semuanya telah berubah.


kebusyan terlampau aku adalah disebabkan banyak perkara.untuk bulan ni dan bulan depan, aku busy berganda-ganda.mana taknya, sekarang tengah exam, for sure la bertan-tan buku yang nak kene baca.tambah pulak, akak aku akan berkahwin hujung bulan ni.dengan nak cari baju glemernya, baju dah ada, tudung lak nak kena cari.pening-pening. tengah sibuk nak buat semua benda tu, kete nak kena servis pulak.melayang duit aku.dah la baru je melayang gara-gara kete aku ditoreh, kena cat balik.dan lagi satu, panas lagi berita ni, kena saman la pulak sebab melebihi had laju yang ditetapkan.ate, abang pulis ni pun! sabo je la.duit melayang-layang pergi atas sebab yang tak sepatutnya. bengang kan?!sabo je la.bak kata P.Ramlee.... DUGAAN~



kembali cerita pasal kenduri, baju glemer, dan tudung lip lap lip lap.baju glemer tak jumpa, yang jumpe baju yg nmpak aku kurus dan gojes.itu yang penting. KURUS. haha. walaupun hakikatnya bagai menelan serpihan kaca..tudung? nak cari kunun2 cam tudung Dato' CT. nak ada liplap2. tapi susah betul nak jumpe.memang tak jumpa lagi ni. petang ni nak kene round lagi satu kota nak g cari.apa2 pun la, janji kaler matching.kang glemer je lebih tapi kaler dah macam bendera wat ape kan. habes jatuh saham den!


kasut? takyah ngada2. pakai je apa yang ada. sudahnya nanti selipar jepun jugak yang aku sarung. (sebenarnya nak, tapi duit tak cukup) uwaaaaaaaaa...

lagi? owh..semalam dah g IKEA. beli gelas yang mama nak. setel satu benda. esok nak kena amek comforter kat dobi. comforter lama2 kat umah kampung tu kena la kasi wangi sikit nanti ramai yang nak tido masa kenduri kan. banyak betul tanggungjawab gadis ini kan?

lagi? study? baru masuk chapter 2 Organizational Behavior. praktikal dah banyak, tapi teori tak tau. banyak gak yang nak kene study. aduss. malam ni kita jumpe ye buku. rasa bersalah betul pada kamu. nak tak nak, malam ni kena cover 5 chapter, malam esok lagi 5. go go power rangers!

lagi? kompem2 la aku busy tahap petala kelapan time kenduri nanti. pada encik buku, sila bersabar, pasti ada masa untuk kamu. untuk cici, selamat pengantin baru. ucap awal2 takut esok busy beno tak sempat nak bagi ucapan. hihi. untuk en.bambino, sila jawab pekse dengan bersungguh-sungguh, nanti lauk-pauk kenduri saya simpan baik2 untuk kamu. tak pun nanti saya masakkan lauk pengantin khas untuk kamu. berhati-hati di jalan raya juge nanti ye.






okeyla, masa untuk study. upssss. masa untuk kerja. daaaa!

Friday, January 14, 2011

saye terpakse melakukannye...tanpa rela

sigh sigh sigh!

yep, cikPA mengeluh dan terus mengeluh..
cikPA takmo, tapi dah tak de option..
cikPA taknak pegi kelantan!
sebab cikPA nak spend cuti umum kat rumah sambil berehat bersantai..
tapi cikPA kena pergi jugak sebab terpaksa!

cikPA tau cikpuanBOS nk reward cikPA bawak p jalan2 cuci mata..
cikPA tau semua tu..
tapi cikPA mcm tak happy sebab cikPA tengah pokai..
yang ade tinggal duit PTPTIPU untuk cikPA bayar yuran..
cikPA taknak ponteng kelas, tapi cikpuanBOS yang suruh!!

cikPA bagi alasan mula2 yang cikPA ada kelas...
cikpuanBOS suruh ponteng!
cikPA bagi lagi alasan, sayang nk ponteng...
cikpuanBOS suh cikPA naik flight the next day! siap nk suh driver p jemput cikPA kat airport...
cikPA PA je lah cikpuanBOS....segan la kan....
skang ni cikPA berbelah bagi..
cikPA takmo pegi...isk isk isk..

Wednesday, September 29, 2010

EXAM MODE


pejam celik pejam celik dah nak exam...heee...tapi yayan, adakah anda sudah bersedia untuk menerima anugerah dekan "lagi" sem ini?



jom imbas balik perjalanan suka duka sem 3 ni..



sem ni sy amek 4 subjek, not killer subject but it killing me softly..



yang PERTAMA - Malaysian Legal System ajaran encik Mael kite..

yang KEDUA - Management Accounting ajaran Puan Fizah kite..

yang KETIGA - Management Information System ajaran Puan Rozita kite..

yang KEEMPAT - Reading & Critical Thinking ajaran Tuan Mejar Harcharan kite..



aku dah start suke study law ni, mcm best sebab berkait rapat dengan kehidupan seharian kita..lebih best lagi bile kes2 tu sgt kelakar dan kalau pikir2 balik, "mcm ni pun nak turun naik mahkamah jugak ke?" ataupun "laa, simple punye hal pun ko nak sue orang,ntah pape je" dan lebih teruk lagi, "owh, hal kecik cmni pun bleh nk dakwa eh, tatau pun!". mcm tu la gayanya bile dalam kelas law..wlupun lubang telinga ni kena besarkan ke tahap maksimum time en.Mael mengajar, tp kadang2 aku suke nk dgr apa yang keluar dr mulut dia..kadang2 tu, ntah ape yg dia cakap pun aku tak tau..tp lawak~ en.Mael, doakan sy dpt flying colors k dlm exam nnt...



akaun? dlm kelas ni aku agak main2 jugak la, lebih2 lagi bile ade si dinie ngan si ima ni..ade je kang yang kitorg buat..hik3..tp yang bestnye, bile aku ngan dinie main2, si ima tekun belajar, bile dinie ngan ima main2, aku tekun belajar, so alhamdullillah klu ada yang tak dpt catch up pun still leh tnye kawan2..lecturer cm bese Puan Fizah ni sporting orangnya..boleh bawak berunding gitew~



MIS...satu subjek yg aku sgt tak bleh blah..aku pun tak tau mana silapnya kelas ni, tang student die ke? tang lecturer die ke? tang silibus die ke? malas nak komen, let it go with the flow, jgn kantoi sudah!



reading n critical thinking..palotakHANG! trademark lecturer aku..memang sempoi abes, suke nk soal siasat orang, tp dalam masa yg sama die macam bapak2 yg sgt sporting..suke nak bagi extra marks, die mengajar satu2 perkataan yang ada dalam buku kerja..slalu bagi cth soalan and cmne nk jawab..mintak2 die tanda paper nnt terbukak la pintu hati die nak bagi markah lebih2 kan..



bila agaknya nk start buat revision ek? bila agaknya jadual exam nak keluar? saspen jugak tp rasenye cm nk cuti lama la time exam kali ni..cuti pun ada dalam 9 hari lagi ni..nk study cm taun lepas..giler2 smpai tak tido tp alhamdulillah, dapat jugak jawab final, klu tak, lingkup agaknya result aku..mudah2an dipermudahkan menjawab exam nanti, dipermudahkan time nak study and mudah2an member2 aku pun sume leh jawab sama2 pekse kali ini..taknak ada yg repeat2..penat woo nanti, orang dah grad, kite dok memanjat lagi tangga fakulti yg tinggi melangit tu..


selamat berjaya uols!

Tuesday, September 14, 2010

CORAT CORET RAMADHAN DAN SYAWAL 1431H

rasanya masih belum terlambat utk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan2 di luar sana.. hari raya kelima lagi dah masuk office tapi kesibukan di tahap yang terlampau menyebabkan saya kurang mempunyai masa untuk menaip seribu patah duaribu kata kat sini..

alhamdulillah walaupun raya ni dapat bercuti sekejap je, tapi dapat dimanfaatkan sepenuhnya..selain dapat jumpa saudara mara, dapat jugak jumpa sahabat2 dan cikgu sekolah dulu..rasa happy yang tak terhingga..

TERJAH edisi raya kali ni dapat jugaklah beberapa mangsa..he he he..tp dlm pada tu, ni first time tak beraya ngan geng2 SKPJ(bukan disebabkan hal 'itu' tetapi disebabkan kekangan waktu dan juga cuti yang tidak panjang) he he he..sorry guys tp korang tetap di hatiku..so, raya tahun ni saya terjah umah dak2 SHAMS..mula2 yg click attending kt fb tu ada 7 orang je, tup2 sekali kuar g beraya ada lah jugak dalam 8-10 kereta..dekat nak 40 orang, memang nasib sangatlah korang..neway korang mesti happy dpt kunjungan daripada kami kan???*wink2*..first rumah yg dikunjungi, beraya di umah sewa anis kat nilai..hik3..kira beraya la jugak sebab anis hidang kuih raya..=p..yang official nya, first rumah yg diterjah adalah umah acap..(breakfast nasi lemak kat sini, sedap tapi i tak tahan pedas u)heee...2nd rumah robe'..(robe' ngan busy2 kemas barang sebab dah nk balik U) kesian dia..3rd rumah aida (aku suke aku suke aku suke!!...sebab aida sangat terkezut, muke cuak giler sebab mak dia takde kat rumah masa tu) hee..neway aida, sodap air ko, kelaas gitu!..4th umah pijan, tQ kepada mak pijan sebab masak mee dengan banyaknye untuk mengisi perut kamiorang...heee...lepas umah pijan, kami ke rumah Cikgu Zabidah(cikgu Bio kami)..suke cikgu tengok anak2 didik dia dah besar..tp syg cikgu, sy dulu tak pandai bio, takleh nk jd doktor, result bio takat pass je tp still tak layak nk apply doktor..nasib baik bakal doktor ada aritu..lepas pegi rumah cikgu zabidah, ke rumah said pulak..makan roti jala, terbaik la~ sempat jugak beberapa orang merembat mangga kt umah said..lepas pegi rumah said, last sekali, pegi rumah cikgu Azmah (the best counsellor in SHAMS)hee..puji lebih dapat duet raya tak???..huru hara rumah cikgu azmah bila kamiorang datang...saya suke~..TQ semua kerana menjayakan konvoi mahabbah kali ni and thanx juge pada yg sudi menerima kunjungan kami...tahun depan jangan serik pulak...ha ha ha...

itu cerita beraya dengan budak SHAMS, member Poli tidak ketinggalan..Jedah buat openhouse, so saya, cik teha, cik yan dan puan zana attend the event wif spouse masing2..hik3..ain je sowang tak dapat join, demam katanya..cian ain..takpela, next time ke, or next week ke, kite kasi gegar umah zana plaks..heee...mr.bambino saya kata kami chaos..chet!! kami org tak chaos k, kami orang sopan2 orangnya cuma tidak dapat menahan diri apabila bertemu..kui3..neway, happy sebab dpt kumpul..next day, otw dr kg, singgah beraya kat umah Teha plak..memang terbaik kuah kacang mak Teha...mekaceh bg makan sodap2..=)

raya tahun ni memang bes!! mggu depan insyaAllah nk attend 2 majlis kawen pulak...dua2 dak PLK Uitm..cepatnye korang kawen!! heeee...doakan aku pulak k pas ni menyusul...uh uh uh..
nota kaki : saya sedang berdebar-debar menunggu kamu, sabarlah sayang, tidak lama lagi pasti kita akan bersatu..=)

Friday, August 27, 2010

TABLE FOR SIX...



5 orang gades jelita sedang qeueu untuk memboloskan diri kat dalam kenny rogers ittew. punyelah gembira dapat beratur, orang sure pelik2 nenek je tengok kitorang beratur dengan hepinya. mane taknye, terimbas memori beratur kat dewan makan dulu kan, klu dulu dah senior bleh la nak potong-potong barisan ni, bile dah jadi wanita ni, sopan santun kena ada, beratur je la ikut tertib.

punyelah bizi sampai takdan nak menghaplod gambar gades2 jelita ni. rase sekejap je skola menengah dulu kan tibe2 jumpe balik semua dah jadi wanita berkerjaya. dulu comot je kat skola, busuk je rupe masing-masing. so kali ni cukup korum, semua pun dapat join. thanx to eera kerana merealisasikan impian kami yang nak makan kenny rogers tu. bila dah berenam ni kena la ambik2 gambar kan, so ade jugak la percubaan2 memanjangkan tangan tapi akhirnya ini lah hasil gambar berenam kami..

ambik ko, ngan grill kenny rogers pun kena snap. tak leh jadi ni, kena jugak cari sorang untuk snap gambar kami2 ni. bukan senang dapat kumpul macam ni. last2 mintak tolong abang kennyrogers..tenkiyu laa abg, i bagi posing maut punye..=)


haha. maut la sangat. macam biasa la posing aku yang ada 'peace' tu, walaupun itulah kepantangan enchek sayang aku, aku tatap suke! makan punye makan, borak punye borak sampai dah nak tutup kedai. alang2 kepalang sekali dah jumpa, aku kena jugakla bagi nasihat sikit kat budak2 ni. sempena merdeka yang tak bape nak lama dah time tu kan, aku kena jugak la remind dorang perjuangan PM kite yang terbaru iaitu 1 Malaysia. tekun anis mendengar. bagus2. jangan setakat pergi balik kosong je kan, at least dapat sesuatu. bukan senang nak dapat ceramah free aku kan.


so, makan pun dah, borak pun dah, time nak membayor la pulak ye. makan 6 orang, okey la kan. janji hati hepi masing2 dapt jumpe, itu yang penting.


dah selesai membayor kami pun beredar dari tempat kejadian. macam2 cerita telah terbongkar sewaktu pertemuan ittew. lama terpendam, akhirnya dapat juga disuarakan. yang paling aku happy mestilah dapat jumpe korang semua. hopefully dapat berkumpul di lain masa k.


luv u all so much~


last but not least..jeng jeng jeng..

hee..gambar umihamonat je yang takde..


Tuesday, May 11, 2010

poli-pd, poli-pd, sekali sekala teluk kemang...



POLITEKNIKadalahWARISANkita...

perihal semester 1 - di politeknik Port Dickson..


hati aku tiada di sini..minggu suai kenal pun spt satu penyeksaan kat aku..
sesungguhnya, aku tidak suka berada di sini dan aku memang memaksa diri untuk menjalani hidup kat poli..dahlah memenatkan, kena buli, tak ada kawan..haish..sgt2 sedeyh..time ni dulu aku penah call ummi kalau tak silap, nanges2 ngan dia. tension sungguh!
MySpace

jurusan ape? hm....itu lagi satu kekecewaan. Diploma Sains Kesetiausahaan. Itu 2nd choice aku. Aku kalau boleh nak ambil seni bina tapi last2 dapat ni. Ye la, sepatutnya aku bersyukur, at least dapat jugak smbung belajar setelah kekecewaan yang menggunung dengan result SPM aku..hehe..tapi ye la kan, aku cuba la jugak..aku tak quit pun, cuma susah untuk menerima yang aku akan jadi seorang setiausaha..tengok dalam tb setiausaha sumenye sexy2, jahat2, cun2..dan aku?? hehe..tak hot mane pung..itulah yang paling mencemaskan aku..



sem satu, aku satu bilik ngan emi, emi amik course akaun..emi yg sengal..huhu..tp best satu bilik ngan emi, tak berkira, rajin layan aku borak..dan yg paling best, dapat jiran2 yang sgt penyayang dan sengal jugak..ade k.wani,k.bedah,fara, ija..hehe..korang mmg best..rase cm satu family yang bahagia je duduk kat blok K tu..di samping warden yg kiut miut iaitu en.syamsul..hik3..facilities mmg superb, bukak pintu bilik ada tv, siap ade balkoni lagi..weeehuu..seronok btul dpt conquer tv lebih2 lagi bile aku nak tgk cite Full House..sanggup berlari daripada Pusat Islam semata-mata nak mengejar cite Full House..itu je yang membahagiakan aku duduk kat sana..hehe...


oklah, cukup setakat ni, nnt2 aku sambung...








Thursday, June 25, 2009

:: SHAMS menggamit kenangan :: Part I

.. Kelas 1 Ikhlas ..

sempit.pelik tapi benar.lantai mozek.meja plastik.sebelah bilik warden.tingkat bawah asrama perempuan.

ye. itu kelas saya semasa di tingkatan 1. memang susah nak menang 3K.

byk yang saya dah lupa. masih ingatkah kamu?

ada yang saya sudah tidak ingat lagi. tapi saya masih ingat pada Cikgu Ismail, Ustazah Zuriyanai, Cikgu Muhamad, Cikgu Mariam, Ustazah Sawiyah, Teacher Darna dan yang lain-lain.

.. Kelas 2 Ikhlas ..

dah tak sempit lagi.still lagi di tingkat bawah aspuri.sebelah toilet lelaki.sangat dekat dengan pintu asrama perempuan.ye, saya suke itu.

yang paling saya ingat, saya ada geng suka usha orang.kami budak perempuan yang nakal. tak seperti budak perempuan di sekolah agama. suka mengusha seorang senior lelaki yang digelar JP. mana agaknye mamat tu sekarang ek? wati, aida, abby,nad, shira..kalian memang best!!

yang paling takboleh blah. saya penah jatuh kerusi dalam kelas. main jongket2 kerusi, time tu kelas Cikgu Aminah, belajar Geografi. tapi yang penting, tindakan drastik saya membuatkan semua tidak perasan 'kejatuhan' saya ketika itu. malu tak terkata. tapi hasma dan cikgu aminah bijak menyembunyikan rahsia. kerana pada ketika itu, seingat saya, hanya mereka berdua yang perasan.tidak pasti orang lain, tapi mereka ada bertanyakan perihal itu, tp kami hanya diam membisu, seperti tiada apa yang berlaku.huhu.syabas!

..Kelas 3 Ikhlas..

kelas sangat luas.blok D.sebaris dengan kelas tingkatan 3 yang lain yang sebelum ini terpisah.

byk kenangan sewaktu di tingkatan 3. kami pernah ponteng kelas BI-teacher Sanda. kami sepatutnya kena pegi Bilik Tayang utk setiap waktu BI.tapi sebab masa tu kami nak menyiapkan homework Math yang berlambak, kami sepakat satu kelas tak nak masuk kelas BI.isk3.sangat nakal.kids, pls don't try this at skool!. tapi yang paling takboleh blah, kelas lain yang kena marah dgn Teacher Sanda. teacher tak sangka kelas kitorang yang berani buat cmtu..so sweet.huhu.semua pandai berlakon, masing-masing muka suci. tapi seingat saya, budak laki kelas saya sgt suka bodek teacher Sanda.sebab tu dia sayang kitorang lebih..=)

byk lagi cerita time form 3.antaranya Ustazah Marzilah merajuk, smpai menangis ketua kelas kitorang time tu. kesian dia, budak lain yang buat hal, dia yang kena tempias. tapi ustazah memang marah sangat dengan budak lelaki masa tu. lama merayu kat depan bilik ustazah, akhirnya ustazah lembut hati. hm..budak lelaki kelas saya agak nakal time tu, tapi mereka sangat pandai, kagum dengan result PMR dorang.

bersambung....

Subscribe and Follow