nuffnang ads

recent posts

Monday, July 7, 2014

Rona Roni Makaroni Bakar

Hi korang,

Dah baca post sebelum ni psl resepi Rona Roni Makaroni Goreng? Kalau belum, p salin resepi sat sebab ada lagi satu resepi susulan daripada resepi tu.

Aku dapat idea ni sebab ada baki lagi daripada masakan yg semalam tu aku simpan dlm ice box.  Nak panaskan dan makan semula pun boleh, tp lagi best kalau kite transform masakan tu jadi yang lebih meletops lagi.

Bahan2 Yang Perlu Ada :

Makaroni Goreng
Susu Segar
Tepung Gandum
Mentega
Keju cheesedale
Garam
Gula
Oregano
Lada hitam/Lada sulah

Cara2 nak buat Sos Putih :

  1. Cairkan sesudu mentega bersama dengan sekeping keju cheddar (aku guna cheesedale sbb tu je yg ade kt umah) dlm periuk dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan 2 cawan susu segar (aku guna air kotak Dutch Lady Low Fat Milk sekotak)
  3. Dua sudu tepung gandum digaulkan bersama air sehingga tak berketul (aku just gaul dengan susu tadi sikit sampai cair tepung tu) dan curahkan ke dalam periuk tadi.
  4. Masukkan sedikit garam, gula, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan oregano.
  5. Kacau sampai agak pekat sedikit.
  6. Masukkan macaroni goreng dalam bekas aluminium (apa2 bekas yg leh masuk oven), padat2kan sikit.
  7. Curahkan sos putih ke atas macaroni goreng tadi. 
  8. Taburkan cheese yang diparut. (aku takde, so aku koyak2 je cheddar slice tu dan tabur atas tu sos putih tu)
  9. Bakar dalam oven sampai cheese nampak perang2 sikit.  Bakar dengan suhu 160 darjah celcius.
  10. Keluarkan dari oven dan tunggu sejuk dulu baru boleh ngap. Kalau panas sgt takut terbakar lidah. hehe
Gambar takde sebab lupa nak ambil.  Ghairah sgt nak mencubanya. Hehe.  Yang penting sgt mudah dan sedappp.  Boleh tengok gambar inspirasi kat blog Dapur Mamasya sebab kuah sos putih cilok dari situ.

Thanks!




Thursday, July 3, 2014

Rona Roni Makaroni Goreng

Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsi resepi mudah untuk menu berbuka puasa.  Menu yang simple ini sangatlah lahzat dan berkrim disukai ramai. Tak payah beratur panjang2 di bawah pancaran terik matahari petang di BaRam atau PaRam, badan bau asap orang bakar sate dan berpeluh, anda hanya perlu ada bahan2 je untuk memasak..Sambil2 masak boleh baring2 jap dulu.

Menu semudah ABC ini boleh diubahsuai menjadi ABCDEFGHIJ dan seterusnya ikut kreativiti masing-masing. OK?

Let's get started!

Bahan2 Yang Perlu Ada :

Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Boh/Cili Kering yang Dimesin
Makaroni
Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej
Carrot/Capsicum/Tomato
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Garam
Minyak Masak


Cara Yayan Memasak Untuk Seorang Makan :

  1. Buka je pintu rumah, terus pergi dapur, ambil dalam segenggam macaroni, rebus sehingga masak. Tambah garam sedikit dan minyak sesudu.
  2. Buka peti sejuk, keluarkan bahan2 spt daging/sotong/udang/sosej. Potong kecik2, ikut suka.  Kalau ada daging, rebus kejap daging dengan sebiji bawang putih yang diketuk-ketuk ramadhan. 
  3. Sambil-sambil tu boleh la potong dadu sayur-sayuran seperti carrot/tomato/capsicum.
  4. Sementara nak tunggu macaroni dan daging rebus tu, bolehlah g solat asar ataupun baring2 jap kat katil bagi yang dah siap2 solat kt ofis. Tapi janganlah lelama sangat plak, g jenguk2, macaroni tu dah masak ke belum.
  5. Toskan macaroni yang sudah direbus.
  6. Panaskan minyak masak dalam dua sudu. Masukkan sesudu bawang besar yang telah dimesin, (kalau malas potong dadu pun boleh, sebiji bawang sederhana besar), 1 biji bawang putih yang dah dihiris nipis atau dicincang.  Tumis sampai naik bau, dan masukkan cili mesin satu sudu.
  7. Bila dah agak2 cili tu dah masak, masukkan daging dan air rebusannya sekali/udang/ayam/sosej.  Kalau agak kering tambah air sikit.
  8. Masukkan sayur-sayuran.
  9. Masukkan satu sudu setiap satu sos cili, sos tiram dan sos tomato.  Boleh tambah sedikit air kalau nak basah2 sikit. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Second last, masukkan sotong(kalau ada), kalau tak terus masukkan macaroni yang dah ditoskan airnya tadi ke dalam kuali. Gaul hingga rata.
  11. Sedia untuk dihidang.

Mudah je kan? Macam buat mee goreng je pun. hikhik.

So, ini hasilnya menu campak2 bagi menghabiskan stok dalam peti versi yayanrahman untuk tatapan semua.



Selamat mencuba!


Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum semua..

Dah masuk hari keempat puasa, korang puasa ke tidok? hehe..Intro je ni sebab dah lama tak update belog.  Agak lewat nk wish selamat berpuasa kat korang, sebabnya aku menyambut ramadhan kali ni together2 with sambutan final exam gak.  Baru lepas dua paper, ada lagi satu minggu depan.  Ok, xmo cite pasal exam sebab buat sakit jiwa je, yang dah lepas ni pun, mcm nohrom je. So, bulan2 puasa ni, aku ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran menaip sehingga mengguris hati2 kamu semua.

Nanti aku update resepi eh. Korang suke kan resepi dalam bulan2 puasa ni? haha. Aku nak bagi idea je untuk korang nak masak ape, menu bujang je pun.  Makan2 jugak, ibadah pun kita buat sesame.  Semoga di bulan ramadhan ni, Allah mengurniakan kekuatan iman, memberikan kita semua kesihatan yang baik dan mengampunkan dosa2 kita semua. Amin.

 
Akibat dah lama tak travel, aku sesaja nak fefeeling jap. Jangan marahhhh..
 
SELAMAT BERPUASA UOLS!

Wednesday, March 19, 2014

Opis Baru VS Opis Lama

Hi guys..

Pindah
 
Lately ni aku busy pindah opis..ikut bos kesayangan naik pangkat..tahniah bos..u deserve it..ikutkan hati memang aku taknak pindah, sbb dah selesa kat opis lama, dah ada geng gosip, senang parking, lagipun itulah opis pertama aku since aku posting enam tahun lepas..Diam tak diam, dah enam tahun aku keje..Dulu masuk keje umo 19 tahun, naif je time tu, akulah yang paling muda skali time tu..sekarang, rasa janggal bila dah ramai adik2 yg panggil aku akak..terasa diri begitu tua..huhu..disebabkan itu, aku terima pelawaan bos untuk ikut dia berpindah..haha..takdelah, aku pindah sebab its time for me to transform ye dok..tak berkembang otak duduk kat tempat yang sama je..lgpun, pindah tempat lain boleh belajar macam2 lg..and one more thing, bos naik pangkat dptlah aku naik elaun sikit..hewhew

Kt opis baru ni so far so good..tak reti lagi nk bergaul..lgpun semua macam busy je..ke dorang buat2 busy? haha..tp bibit2 perkenalan tu dah ada..cuma belum lg nk turun makan sesama ke, gegosip ke..opis baru kecik, org2 pun tak ramai nak compare kt opis lama..

Aku rasa aku masih belum serasi lagi keje kat opis baru ni..Sebabnya, sekarang ni pas isyak je mata aku mesti dah terkatup dah..badan letih semacam..mungkin penat mengemas tak habis lagi kot..dah lebih seminggu kat sini PC ngan Printer pun tak dpt lagi..berbekalkan wifi free aku terpaksa la buat keje dengan menggunakan laptop sendiri..Bolehlah daripada takde..keje ini jam kalau takde laptop/pc dan internet connection mmg tak boleh nak buat keje dah..aircond pun tak terasa sampai bos kena bawak kipas..adoiyai..mcm2 hal..tp semua tu aku dah uruskan mana yang patut, sat g dorang naik la betulkan aircond tu kan..positif2..

Okaylah, nnt aku update lg pasal opis baru aku ni kalau ada cite yg menarik.

MH370, please come back safely!

Hari ni masuk hari yang ke-12 kehilangan MH370..Harapnya misi pencarian pesawat ni terus berjalan lancar dan diredhai Allah hendaknya..Hentikan spekulasi dan tuduhan2 yang tidak berasas..Kalau ada opinion mungkin boleh disalurkan dengan cara yang betul dan tidak hanya mengharapkan publisiti murahan semata-mata..Mungkin ramai yang mempunyai pandangan dan teori tersendiri, kalau rasa nak bentangkan, buatlah surat ke, emel ke kat pihak berkuasa..Penyebaran maklumat2 yang palsu ni boleh mengganggu emosi keluarga penumpang dan krew..Cuba ada rasa empati dan simpati sikit, ataupun yang lebih tepat berperikemanusiaan sikit..Besarlah harapan aku kepada pembaca blog aku sekalian sekiranya semua yang ada disini adalah tergolong daripada insan2 yang tidak membuka aib orang..Tak payahlah nak share2 benda yang tak berfaedah..Kalau nak tolong pun, tolong tengok dan tolong doakan je dah memadai..Ok?? Aku tau korang2 yang kat sini semuanya berfikiran positif dan baik2 orangnya..hehe..Let's pray for them to come back..:)

Last Semester weeeeehuuuuu!

Hujung minggu ni ada kelas..1st class untuk final sem..Semester ni aku berani mati nak ambil 6 subjek..Sebabnya aku malas nak tambah lagi satu sem..Aku tak dapat nak bayangkan lagi macam mana gaya aku nanti, lebih2 lagi di ambang exam..kuikui..so, aku kena pinjam tagline Janggel #bertabahlahdemikerianganberganda sebabnya aku pun tak sabar nak habiskan study dan lepas tu boleh fokus untuk persiapan kawin pulak..eh!

jangan buat spekulasi. sekian.

Monday, February 10, 2014

post it!

hi guys! it's been long time since my last post kan. am i doing great? hehe. i'm always in a great condition, alhamdulillah.  korang pe cer? tahun ni kemana? rindunya nk borak pasal travel ngan korang..really!

sepanjang Januari aritu tersangatlah busy. exam untuk sem 9 dah berakhir, few more days, result pun dh nk keluar..dupdapdupdap..my last semester is really around the corner and hopefully dapatlah grad dengan jayanya after 5 years of hardship. Nampak macam sekejap je, tapi 5 tahun tu bukanlah tempoh yang singkat. Penat wooo..

tahun ni aku tak travel. untuk yang bertanya. so far, dah cancel dua trip and one of them kna cancel flight sekali.  kalau aku cakap aku rindu travel nnt ada orang akan put a long hmmmmmmmmm and then I know I must stop talking about it. ok ok i know, saje je, giler tak rindu?!

tapi in a few days aku akan terbang but for business purposes only.  bukan bercuti. more like making money instead of spending it. blerghhhh! hopefully niat sebenar tercapai, i really need a lot of money right now.

and for those beautiful, lovely, kind, happening travel bloggers out there, keep rocking! who knows tahun depan aku dapat join korang lagi berblogging cerita pasal travel.  hopefully. meh ramai2 aminkan meh! AMIN

just a quick update je, nothing special. buat syarat je. tak buat opening pun lagi untuk tahun 2014 ni.  klu ada yg nak bertanya tu, jgn risau, tanya je apa2, aku akan reply secepat mungkin. aku bukannya tak ada, cuma aku tak update blog je. misi aku sekarang tgh nak kuruskan badan. haha. dah bertahun punya azam tapi macam tu gak, tp kali ni aku lebih serius. so far dah turun 4kg, 10kgs to go. haha. sekarang berjinak2 dengan cardio workout, but then, lepas buat memang seminggu pastu jalan pun tak betul dah, sakit doh.  tapi demi kurus, yeah!

hehe. kalau ada cerita yang menarik lagi aku akan update k. tapi jap, menarik ke cerita aku yg kat atas tu? ahaha..whatever! janji ada post untuk tahun 2014 kannnn.

take care guys!
xoxo

Subscribe and Follow