nuffnang ads

recent posts

Friday, February 13, 2015

Pergi Takkan Kembali

Innalillahiwainnailaihirajiun...

“Kullu nafsin dzaiqotul maut” Setiap yang bernyawa pasti akan mati
(QS. al-Ankabut:57)

Minggu ni sahaja kita kehilangan dua orang yang sangat disegani di Negara ini.  Yang pertama the one and only Tuan Guru Nik Aziz.  Pastinya semua rakyat di Malaysia tidak kira agama, bangsa dan fahaman politik turut berdukacita dengan berita ini.  Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah swt.

Keduanya Datuk Hasbullah Awang, pengulas sukan veteran yang telah mewarnai industri sukan Tanah air. Tentu ramai yang akan merindui celoteh beliau.  Semoga roh beliau juga dicucuri rahmat Allah swt.

Aku juga telah kehilangan seorang datuk saudara yang pergi menghadap Ilahi hari rabu lepas.  Tokki, adik arwah atuk, tapi sememangnya rapat dengan kami sekeluarga. Teringat lagi zaman kanak-kanak, kalau terjumpa arwah di kedai, mesti die akan hulur duit RM10.  Setelah pemergian atok, dengan Tokki la tempat lepaskan rindu kat atok. Semoga Tokki ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Mati itu pasti. Kita jua akan pergi menghadap Ilahi bila-bila masa sahaja.  Semoga kita juga akan pergi dalam keadaan husnul khotimah. Amin.


Friday, January 23, 2015

Apa yang aku buat ??

InsyaAllah less than 50 days, aku akan selangkah ke alam misteri..haha..kenapa aku katakan alam misteri sebab, alam yang tak pernah aku tempuh la kan..so penuh dengan misteri..bukan mcm misteri nusantara tu..So, dalam masa bertenang dan berdiam diri ni, banyak benda yang aku buat, cumanya malas nak share ngan korang..haha..yela kan, bukan cite pasal travel pun, korang mesti tak minat.. kalau aku cerita kang ade yang kata aku poyo..tu yg aku duk taip padam taip padam setelah beberapa kali cobaan nak update blog pasal benda ni..

tapi akhirnya, aku decide nak share kat korang, apa projek yang aku lakukan sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.

Projek 1 : Bunga Telur

To save budget opkos, kena la buat bunga telur sendiri.  Bahan2 kebanyakannya aku beli kat Nilai 3, kedai ZC tu..Aku plan nak buat seratus, tp bila dah penat buat, aku buat 80 je..haha..jenuh gak nak membuatnya. Mula2, kna buat bunga, pastu kena ikat reben, pastu kena gulung paper pastu ikat, pastu barulah boleh cantum-cantumkan segala bahan2..rumit tapi aku puas hati sebab berjaya gak aku buat.

Projek 2 : Gubahan Hantaran

Lagi satu cara nak save budget. Gubah sendiri barang hantaran. Aku beli bahan-bahan gubahan tak sampai RM200, tapi boleh hasilkan gubahan yang simple, menarik dan memikat hati aku. haha. puji diri sebab takde orang pun nak puji.  Total gubahan dulang adalah sebanyak 9 dulang.

Projek 3 : Jahit Manik Baju Nikah

Baju nikah aku simple je, sesimple tuannya. (simple kah aku?) Aku tak bape suka sangat yang fancy2. Kain aku beli sendiri, aku beli plain chiffon n lining, pastu tempah kurung moden tapi kain die buat kembang duyung sket..pastu letak border lace..jadilah,,baju tu aku tempah kat kakak ipar akak aku. Upah jahit RM150 je, beads n border lace aku beli online, tinggal nak jahit je lagi beads tu. Beads tu aku beli jenis yang pearl beberapa size, pastu aku jahit je berterabur. done. Boleh jimat RM400++. Sebab kalau tempah kat luar, baju nikah perempuan boleh cecah RM700 sepasang. Pengsannnn!

Projek 4 : Jahit Veil

Veil lagi senang. Aku just beli kain net, gunting ikut size yg aku nak, hantar jahit tepi, pastu tepekkan dengan baki border lace utk baju, dan beads pun yang sama dengan baju, memang beli extra. Pastu, jahit terabur-terabur. Done!

Projek 5 : Goodies 

Untuk goodies aku just beli box dan tempah sticker online, pastu tampal je sticker tu kt box, done. Isi dalam biarlah surprise, khas untuk tetamu yang datang. hehe. Isi goodies tu pun aku bertungkus lumus dengan mak untuk buat. Jadi aku harap tetamu aku nanti dapat enjoice!

Projek 6 : Kemas Rumah

Aku dah start berkemas rumah sejak beberapa minggu yang lepas. Disebabkan aku anak perempuan bongsu yang nak kawen, dan adik bongsu aku pun tak balik kenduri kawen nanti, aku la yang kena bertungkus lumus kemas rumah kat kg.  Setiap minggu balik kampung sebab tolong mak dan abah. Kakak2 aku yang lain biasalah dah ada keluarga n anak2 kecil, memang aku tak harapkan dorang tolong sebab bagi aku, dorang tolong jaga anak dorang supaya jangan buat sepah pun dah cukup baik bagi aku..haha..Disebabkan nak menyambut menantu bongsu lelaki, mak jahit langsir sendiri..haha..pastu rumah pun cat la sikit sebab memang dah bertahun-tahun tak bercat. Almaklumlah dah lama tak kenduri kendara. So, memang sangat penat, tapi aku happy je, sebab setiap minggu dapat menatap wajah kesayangan hamba.  

Banyak lagi benda yang aku nak buat ni sebenarnya, ikutkan hati, pelamin pun aku nak buat, lauk kenduri pun aku nak masak sendiri. tapi apakan daya, tanganku hanya ada dua. haha. aku buat mana yang mampu je, selain nak cut cost, aku pun happy sebab dapat jugak mengeluarkan bakat terpendam aku ni..yelah, kat kenduri sape lagi aku boleh memandai2, bukan sume org suka dengan idea kite ye tak..Tapi apa yang penting, borang nikah dan segala dokumen tu sume dh siap. Abah pun dah book tarikh imam.

Disamping kerja-kerja di atas, aku dah mula kumpul alamat saudara-mara yg jauh, kawan-kawan yang dah lama tak contact, untuk dijemput ke majlis tersebut. Bagi rakan-rakan blogger yang nak datang, emelkan kat aku alamat korang kat emel yayanrahman@gmail.com.  Mana tau dapat bersua kita nanti di sana. (Berani buat camni sebab blog ni tak banyak follower) muahahaha..tapi korang pun entah sudi entah tidak nak datang..yela, kita kan hanya kenal di alam maya hd je.  tapi kalau korang nak datang, memang aku jemput tau. just emel je alamat korang, insyaAllah kad sampai..Nanti kenalkan diri, takut nanti aku tak kenal lak. Sesia datang jejauh..(bajet ade follower yang daripada Zimbabwe leteww)

Haha. Okeylah, sebab benda nak surprise lagi kan, so aku tak letak gambar-gambar lagi..InsyaAllah lepas kawen nanti ada masa aku tepek hasil karya tangan aku. hikhik..maluwww..Harap korang dpt doakan majlis aku berjalan lancar, aku pun berdebar sebenarnya ni, yela, makin dekat kata orang makin banyak dugaannya. Aku cuma merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya.  Kena fikir positif je skang ni..hmmmm..oklah korang adios, banyak keje menanti lagi ni..bye!



Tuesday, December 2, 2014

Lima Tahun Berakhir Sudah


Pertama sekali, berakhir sudah penantian selama lima tahun.  Lima tahun yang penuh dengan suka duka gelak tawa.  Tak dapat bayangkan betapa gigihnya berulang dari Putrajaya ke Shah Alam setiap hari selepas keje demi nak mendapatkan segulung ijazah.  Hujan lebat, jalan jem, sampai nangis2 dalam kereta sebab tak larat dah nak drive, tapi itu semua menjadi kenangan yang tak terlupa. Bukan senang nak bahagikan masa bekerja dan belajar, syukur dapat bos yang memahami, terima kasih diucapkan kerana banyak memberi galakan dan tunjuk ajar sepanjang PAmu ini menimba ilmu.  Terima kasih juga buat semua yang membantu menggantikan tempat aku sepanjang aku bercuti untuk exam.  Budi baik kalian memang sukar untuk aku lupakan. cium sikit..muuuaahhh!


Nah, tgk dulu gambar selfie sejurus selepas turun dr stage..kantoi selfie dlm dewan..hehe

Keluarga, mak abah adik beradik saudara mara, thanks sebab selalu doakan yang terbaik untuk diriku ini..Kepada mama dan babah, terima kasih kerana tak putus-putus berikan galakan dari segi kewangan, nasihat, doa dan segala-galanya.  Tanpa kalian berdua, tak mungkin aku akan mendapat ijazah ini.  Lengkaplah tradisi adik beradik untuk dapatkan ijazah, sementara adik in the making, all the best dik, haha. So, siblings, jom kite sambung masters plak lepas nih ikut jejak langkah angah..wuuuuuuuhuuuuu!
 
Mama Babah & My Nephew Kasyful, thanks for coming..

 
Si tomei Khazin pun dating tengok aunty konvo..tenkiyu..muacksss
Kawan2 UiTM, budak2 BAS, BCA yang sama2 berjuang, terima kasih korang, tanpa korang, aku tak dapat grad, ntah2 dah berhenti di tengah jalan. Memang ada masa sampai rasa nak berhenti belajar, tapi korang tak putus2 bagi semangat, wlupun korang sendiri tak semangat..haha...Kegigihan korang sebenarnya menjadikan semangat untuk aku teruskan perjuangan ni, dengan mak buyungnya, dengan jem nak mampos setiap hari berulang dari KL, ada yang dari Seremban, tapi korang tetap tabah datang kelas, wlupun lambat korang still datang gak kadang2 tu..Korang daebak! Segala tunjuk ajar, nasihat, makan minum pakai, duit minyak, duit Photostat, duit tol korang yang dah berkorban untuk aku juga tu, mohon halalkan dunia akhirat. Seronok sangat bila korang datang berkampung kat rumah aku untuk study..Walaupun aku banyak memberi pengaruh negative kepada korang sewaktu dah dekat2 exam, tapi akhirnya korang berjaya gak lulus exam tu kan?? Kalau tak kerana Running Man dan Naabella Hijabis yang aku pengaruh korang tu, mesti korang tak semangat nak study kan? haha..Kepada Dinie yang selalu tumpangkan rumah kat aku, mekasih babe, aku pasti merindui ko sekeluarga. Galak2 la kita berjumpa ye nanti..Nanti aku dah jadi kaya, aku ajak korang datang potluck kt rumah aku lagi ekh..hehe..Nak sebut nama korang satu2 memang jenuh plak, u know who u are..:)
 


Kepada sahabat-sahabat yang masih berjuang, teruskan perjuangan anda.  Walaupun aku tahu korang sedih tanpa kehadiran aku, tapi aku tetap bagi semangat kat korang..Korang-korang yang aku sayang, semoga sukses dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Fefeeling macam baru habis espiem sangat. Sayonara and uols will be missed.  Sedih sebenarnya bila teringat kenangan kita semua daripada semester 1..Tak sabar nak sambung master dengan korang...Sayang pelok cium nangis2 sikit. Love love love!




Tuesday, November 18, 2014

konsep rezeki masing2

assalamualaikum semua..
hrp semua sihat2 dan sejahtera selalu..hari ni agak terpanggil untuk berblog setelah agak lama mendiamkan diri.  aritu ade gak la keluar sikit kata meroyan, memang agak meroyan la bila lama tak travel tapi takpe, kesabaran itu adalah separuh daripada iman.  insyaAllah, tahun depan boleh start travel semula dan kali ni dengan travel partner yang baru.

sebelum ni, aku ada post kata nak habiskan jelajah atleast 10 destinasi/Negara luar dr Malaysia sebelum umur 30 tahun, jom kita kira, lagi berapa tempat je nak cukupkan lagi sepuluh tu.

1. Ho Chi Minh
2. Medan
3. Jakarta
4. Bangkok
5. Singapore
6. Seoul, Korea
7. Perth

so, total baru tujuh destinasi.  masih ada lagi 3 tempat kosong.  insyaAllah, sempat la kot nak capai target sebab ada lagi tiga tahun. Tahun depan mmg dah confirm satu destinasi, so, tinggal lagi dua. Boleh la pergi tempat yang dekat2 dulu. Simpan duit untuk travel yang lebih lama dan jauh.  Ada banyak lagi impian belum tercapai. Harap2 murah rezeki lepas ni untuk travel lagi dan untuk mengerjakan Umrah. 

oklah, sebenarnya nak cakap pasal konsep rezeki masing-masing, tapi otak ni memang fikir nak travel sokmo kan. Tutup cerita dulu pasal travel, kita borak pasal rezeki pulak.  Kadang-kadang kan, aku memang mengaku la, aku selalu jeles dengan orang, yela, tengok orang tu dapat travel jauh2 umur muda2, dapat beli kereta besar, dapat beli rumah besar dan bla bla bla.  Sume yang besar la kan. 

Tapi, aku akan back on track bila teringat kata-kata seseorang.  Kata-kata itu dilafaz oleh seseorang yang sangat aku adore waktu tu.  Kira macam secret admirer la kan.  Lepas form 5, dapat result SPM, aku memang terus memulaukan diri daripada kawan-kawan.  Time tu nak menyesal pun tak berguna lagi kata orang.  Mana taknya, dalam reramai satu geng tu, result SPM aku la yang paling kantoi sekali. Alamatnya, memang free2 je kena tolak daripada masuk Matrik.  Time tu kalau masuk matrik tu memanglah budak pandai katanya.  So, kesedihan itu membuatkan aku malas nak bergaul dan berjumpa kawan-kawan yang lain.  Walaupun bertalu-talu mesej n call masuk, tapi kebanyakannya aku abaikan saja. Sangat kecewa dan kesedihan itu kesannya sehingga sekarang. Sebab setiap kali tengok result SPM rasa nak bako je result tu. 

Aku pasrahkan diri masuk ke Politeknik berbekalkan result SPM aku yang sangat menyedihkan tu.  Yang paling tak boleh blah, macam mana aku boleh dapat kos tu pun aku tak tau.  Aku dulu minat dalam bidang architecture, dan disebabkan aku takde amek subjek LK, kalau aku nak ambil Dip Seni Bina aku kna ambil Sijil Seni Bina dlu. Ye la budak tak berapa nak pandai, susah la nak terus masuk Dip kan time tu.  Dah masuk semester satu pun aku masih lagi rasa stress dengan keadaan sekeliling. What the fish pembelajaran yang aku kena ambil ni? Apa tu Trengkas? Speedtyping? Zero sangat dengan semua subjek tu. Semester satu adalah semester yang penuh dengan denial.  Macam tak percaya aku amek kos Sekretari. 

Waktu tu, aku ada berhubung dengan secret admirer aku tu.  Ha ha.  Kawan-kawan lain semua aku abaikan, tapi tidak pada secret admirer aku tu.  Aku contact dia, sebab time tu aku masih lagi keliru dengan perasaan aku. Chewahh. Banyak sebenarnya nasihat yang aku dapat. Dan waktu tu aku sedar, yang aku bukanlah suka pada dia disebabkan dia adalah lelaki, tapi disebabkan dia boleh memberikan nasihat kepada aku, yang mana nasihat tu aku boleh dengar dan ikut. Tak semua orang bagi nasihat aku boleh terima tau. He He. Aku selesa berborak dengan dia sebab dia berikan kata-kata semangat.  Bila aku utarakan pasal aku tak contact semua kawan-kawan aku, sebab aku rasa rendah diri sangat dengan result SPM tu, cepat-cepat die cakap kat aku, rezeki yang Allah bagi kat semua orang tak sama.  Akan datang, lagi banyak cabaran dan dugaan, kita tak tahu apa akan jadi pada diri kita.  Result SPM tu tak menjamin seseorang tu boleh berjaya satu masa akan datang, dan orang yang tak lulus SPM pun tak semestinya tak boleh hidup senang.  Time tu aku mula berfikir...

Kata-kata tu sangat memberi kesan kepada kehidupan aku sampai sekarang. Bila aku applykan konsep tu dalam semua aspek kehidupan aku, aku menjadi lebih positif dan bermotivasi.  Aku sangat berterima kasih padanya atas nasihat tu, walaupun aku yakin dia pun mesti dah tak ingat dia cakap kat aku pasal konsep rezeki semua tu.  Bila aku lihat kehidupan dia sekarang, aku rasa bahagia, dan dalam diam aku memang sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.  Siapa dia tu, biarlah rahsia. hehe. 

Betul la rezeki masing-masing tak sama. Siapa tahu, dulu aku budak politeknik je, diploma je, sekarang aku dah ada degree, kerja tetap, boleh berjalan sakan dengan gaji tak seberapa ni, ada family yang sangat penyayang dan sejahtera semuanya, ada kawan-kawan yang best, dan dah jumpa seseorang yang sangat istimewa, dan beberapa bulan je lagi akan disatukan insyaAllah.  Semua yang aku harapkan dulu tu, satu persatu aku dah dapat.  Coming soon, harap2 dimurahkan rezeki nak beli rumah, nak menunaikan haji dan umrah, nak dapat anak yang sihat dan pandai. Tapi apa pun yang diharapkan, andai tak tercapai, aku redha sebab rezeki yang Allah dah bagi setakat ni, rezeki yang sangat berharga untuk aku, yang orang lain mungkin tak dapat dan sedang berusaha untuk dapatkannya.  So, percayalah dengan rezeki Allah.  Selagi mana kita meminta dan berterima kasih, insyaAllah rezeki tu sentiasa akan ada untuk kita. Jangan kita salahkan sesiapa jika kita kurang bernasib baik, sebab bila ada kekurangan tu, mungkin kita perlu gandakan usaha dan sentiasa ucap terima kasih syukur.

So, korang, aku percaya dengan rezeki aku, tapi aku tetap jeles bila baca blog korang yang non-stop asyik berjalan je. Aku jeles weh!!!!

Tuesday, November 4, 2014

Meroyan

sangat sangat SANGAT gian nak travel. Kbai.

Subscribe and Follow