nuffnang ads

recent posts

Tuesday, August 28, 2012

My Travel Planner


Ini cover travel planner aku waktu g korea dulu..
Time ni memang semangat sangat nak siapkan itinerary sebab almaklumlah 1st time travel sendiri.
Tapi banyak perkara yang perlu ditambahbaik dalam planner ni sebab waktu kat korea dulu rasa mcm tak cukup je maklumat yang aku letak. Agak menggelabah ayam la jugak kan bila cari tempat tak jumpa, so, untuk trip yang akan datang ni, insyaAllah I will put as much info as I can especially HALAL restaurant directory! he he he

Note : dulu edit cover ni pakai picnik, sekarang picnik dah takde


So, ni travel planner untuk ke Bangkok.  Still in the making.  Cover je baru siap pun.  Itinerary untuk day 1 almost done. Banyak lagi info yang perlu didapatkan. So, pelan-pelan kayuh, lambat tak lambat sangat dah ni. Baru dapat emel daripada AirAsia informed that tak touch down kat Suvarnabumi tapi kat Don Muang, dorang dah tukar flight route.  Tak kisahlah kan, janji sampai. Hotel dah booking and already paid the 15% deposit.  Hm hm hm what else?  
Nak sambung buat research, nanti bila dah banyak keje takut tak terbuat.

Tips :  Sekarang edit picture pakai PIXLR.COM, lagi mudah dan banyak effect...so naisss!

Monday, August 6, 2012

Syukur

Salam Nuzul Quran semua..
Hari ni Putrajaya tak cuti, so kena keje macam biasa..
Bagi yang bercuti tu, jangan lupa banyak2 baca Al-Quran..

Sebenarnya hari Jumaat lepas result final exam keluar.
hewhewhew
Perut memang kecut sangat pagi2 Jumaat tu.
Mulanya nak check pas Subuh, tapi leh terlupa plak password emel yang baru.
Kena tunggu masuk ofis dulu la baru leh tgk nampaknya.

Seriously waktu exam tu blur sangat.
Kuatkan semangat sebab ada paper yang berturut-turut.
Paper law rasa cam dah nak give up dah aritu, sebabnya macam susah sgt nk hafal kes2 tu. (mungkin sbb kurang makan kismis kot)
Memang dah tanya membe dah cmne kalau nk amek MC..huk3
tapi kawan aku sume baik2 belaka..
Bagi nasihat dan semangat kat aku..
Akhirnya dengan berat kaki, aku melangkah jugak masuk ke dalam dewan exam.
Jadi bleh dapat bayangkan la mcm mana cuaknya aku bila nk check result.
Aku doa aku lulus je la sume tu kan. Yang penting LULUS.

Bila cakap pasal yang penting LULUS, mesti korang ingat aku ni tak bermotivasi nk dapat A kan?
Hmmmm..
Bukan senang sebenarnya belajar dan bekerja dalam waktu yang sama ni.
Kena banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan zaman muda remaja. hehe
Bagi kami pelajar part time ni, memang susah sangat nak dapat A.
Mungkin sebab masa yang terhad membuatkan kami kurang masa untuk study dan prepare assignments utk carry mark.
Jadi, bila ada subjek yang dapat A tu, memang boleh buat lompat bintang 18 kali la kan..

So, balik pd tajuk asal..syukur..
Syukur sebab dalam banyak2 sem degree ni, sem ni result yang paling tinggi aku penah dapat..
Sebab apa? mungkin sebab tak banyak gangguan..huhuhu
Mungkin jiwa dan raga sepenuhnya ada pada study..
Kalau tak dulu sempat main-main chenta monyet la, itu la ini la..
Alhamdulillah, dalam pada mcm tak leh jawab tu, aku lulus dengan jayanya..

To all my PLK friends, jumpa lagi kite di sem yang depan ye..:)



p/s : Walaupun sambil study sambil tengok Ammar dalam DDK, tetap dapat results yang OK..Mungkinkah dia sumber inspirasiku? hahahaha..



Tuesday, July 31, 2012

Classic Tomato Spaghetti

Akhirnya dapat juga aku jumpa resepi spaghetti ni hasil daripada skodeng2 blog mama Hanis Zalikha..dah bosan sangat tekak aku asyik makan spaghetti prego je, rupanya, lagi senang buat resepi yang ni dan hasilnya wallah! So semalam, aku tak menyabarkan diri lagi utk try resepi ni, hasilnya seperti gambar di bawah. Warna tak berapa nak merah sebab tomato yang aku beli tu tak berapa nak ranum sangat.


Resepi spageti ni berkuah sikit.sangat sedap.sampai ke petang esoknya pun masih terkenang2 giteeww..resepi ni sangat tak jemu menjamahnya. puas hati. thumbs up!

Classic Tomato Spaghetti
Resepi asal oleh : Aunty Nani Rostam.
(Menu untuk 2-3 orang makan)

Bahan-bahan:

- 1/2 bungkus spagetti
- 6 biji tomato (besar) yang masak ranum
  (resepi Aunty Nani letak Chopped Tomato yg dlm tin, usha blog die klu nk tgk gmbr)
-  1 labu bawang Holland
-  5 ulas  bawang putih
-  Minyak zaitun a.k.a Olive oil
-  Ayam potong kecik2 (sesuke hati nak letak banyak mana, aku letak banyak2, dapppp)
-  2 sudu makan serbuk perasa Ayam
-  Lada hitam
-  2 sudu cili boh (kalau tak nak pedas takyah letak)
-  Oregano, Parsley, Rosemary  (Sikit je, jgn letak banyak2 pahit nanti)
- Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1.  Rebus pasta sehingga empuk (slalu aku masukkan garam, gula dan minyak zaitun untuk rebus). Angkat, toskan dan gaul sedikit dgn minyak zaitun. (Minyak zaitun banyak pun takpe, tak membahayakan kesihatan, menyihatkan lagi ada)
2.  Rebus tomato sehingga empuk. Angkat, buang kulit dan cincang kasar. Air rebusan jangan dibuang, nak guna untuk kuah.
3.  Tumiskan bawang putih, bawang besar Holland dengan minyak zaitun sehingga naik bau. Masukkan cili boh dan ayam.  Bila ayam dah masak, masukkan air rebusan tomato, serbuk perasa ayam, lada hitam, oregano, parsley, rosemary, garam dan gula secukup rasa. Renehkan sebentar, dan masukkan tomato yang telah dicincang.  Bila dah mendidih tu, bolehlah matikan api.
4.  Sedia untuk dihidang.

So, cubalah resepi ni, sangat mudah dan sedap.



Friday, July 27, 2012

Randomness

Gambar menu berbuka semalam dan dua hari lepas..hari ni I berbuka di rumah mama I ye uols..sila jeles! (wlupun kemungkinan besar mama pun beli je kt pasar ramadhan)..kekeke..tp if  ter'stuck' dlm jem, maka aku makan jem tanpa roti jela time berbuka nanti..

Maggi Kari Goreng
 Maggi goreng ni, buat pedas2, tabur bawang goreng dan perah asam limau, memang malatops!


Pasta "Shell" Goreng
Terbayang2 daripada opis nak masak makaroni, tapi rupanya shell saja yang ada di rumah sebenarnya..tp ok gaks..sama je rasanya..

Nak resepi ke?
Resepi lenkali la, takde mood nk taip..

Iklan tambahan...

'
'
'
'
'
'
'
'
'
V


ni pulak projek Ramadan..hik3..org begasak baca Quran, ini pulak keje aku..isk3
projek selepas balik terawih namanya..bosan2 sebelum mata mengantuk tu kan, buat la apa2 yang patut..nk buat kuih raya malas lak nak bertapa kat dapur tu..so, baik bertapa atas katil smbil menjahit manik..still in progress, lenguh tangan acik menjahit..

open for tempahan...eh!

Wednesday, July 25, 2012

Ayam Masak Halia

Mood memasak kini kembali lagi.  Bila datang bulan Ramadan maka datanglah sekali mood aku untuk memasak.  Tapi aku masak simple2 je la kan, duduk pun sorang je.  Kalau beria masak nasi arab ke, beriyani kambing ke sape nak makan?  Masak satu pot nasi pun tak abes makan berbuka + sahur. Sekarang ni dah tau, so kurangkan sikit masak 3/4 pot je.  Semalam aku masak ayam masak halia. Simple yet deliciousss.  Resepi aku skodeng kat blog Hana's Family tapi aku tambah2 sikit secukup rasa tekak aku.

Bahan-Bahan:

Ayam (potong kecik2)
Bawang besar - 1 labu (potong bulat2)
Bawang putih - 2 ulas (ketuk je malas nk tumbuk)
Halia - 1 inci (potong panjang berjurai)
Sos tiram - 3 sudu besar
Cili api 
Serbuk perasa Ayam
Garam & Gula
Blackpepper
Capsicum (taknak letak pun takpe)
Air (agak2 la korang nk buat berkuah or kering)

Cara-cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, cili api, halia sampai naik bau. Masukkan ayam.  Dah kering air ayam tu masukkan sos tiram, air serbuk perasa, blackpepper, garam dan gula secukup rasa. Didihkan sekejap lepas tu masukkan capsicum.  Masak sehingga air tu kering. Kalau nak berkuah, tambah lagi sos tiram dan perasa. Kuahnya pun sedap dihirup. hehehe


TADAAA!!
Dah siap sedia untuk dihidang.



presentation untuk menaikkan lagi selera makan.  brokoli yang dikukus pun mau enterprem.


daripada beli ayam golek sekor rm25 kat pasar ramadhan tu, masak sendiri je lebih jimat dan memuaskan hati..selamat mencuba!

Subscribe and Follow