nuffnang ads

recent posts

Thursday, August 6, 2015

Raya dan Makan

Waktu bulan puasa aritu, memang tak sabar sangat menantikan hari raya. Sebabnya confirm ada macam-macam makanan yang homemade yang semestinya kena kat tekak. Almaklumlah bulan puasa aritu memang tak lalu nak makan langsung. Berat turun 5kg kot. Padahal sepatutnya time peknen ni berat naik berkilo-kilo. Tapi nak sangat kan berat naik berkilo-kilo, amekkau. Timbang berat kat KK pas raya naik 3kg, tak pasal-pasal kena minum air gula. Bertabahlah. Hehe

So, raya kali ni sebagai pertama kalinya dan mungkin terakhir kalinya aku buat lah makan-makan sikit kat rumah sempena meraikan tahun pertama perkahwinan la kekonon. Nak gather kekawan dan family terdekat. Kegigihan sangat rasanya bila aku decide nak masak sendiri. Bajet dalam 30 orang jemputan, tapi rasanya lebih daripada tu yang datang, Alhamdulillah. Yang penting makanan cukup dan makanan yang dimasak tu boleh dimakan sampai ada yang minta resepi. hehe.

Disebabkan kesibukan yang tahap petala kelapan punya, cam bese la tak sempat nak amek gambar sangat, sibuk melayan tetamu katanya.  Seb baik la encik suami sempat snap gambar makanan dapatlah buat kenang-kenangan. Nak tunggu aku masak camni lagi entah bila la agaknya.  

Menu Nasi Lemak Ayam Berempah, Nasi Impit Kuah Kacang, Steambot...gigih kan aku masak semua ni berdua je ngan suami? huhu

Steambot yang aku pun tak sempat nak makan.  Sos steambot ala2 johnnys yang aku buat tu tak masuk dalam gambar la pulak. hehe

Tetamu yang setia datang dari awal sampai habis majlis..Sebab tu la dapat bergambar..hehe
ni kekawan sekolah encik suami..terima kasih sudi datang..ada lagi yg xsmpt nk bergambar

Disebabkan kegigihan yang tak padan dengan kemampuan diri, akhirnya aku terEL la keesokan harinya. Kepenatan yang teramat sangat, sampai satu badan sakit-sakit.  huhuhhu. Tapi takpelah as long as semua orang happy, aku pun happy sangat2 dapat jumpa dan beramah mesra ngan kawan2..
InsyaAllah ada rezeki kita buat makan-makan lagi ek..

Terima kasih yang sudi datang, yang tak sempat jemput tu jangan sentap sebab mak buyung ni tak terlarat nak jemput semua orang, ikutkan hati nak jemput semua jiran tetangga, semua kawan kelas dari tadika sampai universiti, sedara mara..tapi kalau ada yang sudi nak datang lagi beraya, sila maklum lebih awal, bolehlah prepare apa yang patut..klu datang mengejut kang maunye air suam je aku hidangkan..hehe..

Tengah2 taip pun ada lagi yang jemput g open house..jom cekidaut makanan apa yang ado...hehe

Bye! 



Monday, June 22, 2015

Ramadan Kareem dan Trimester Kedua

Salam semua, rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat berpuasa untuk korang.  Alhamdulillah setakat ni puasa aku penuh lagi, korang amacam? hehe..Bila tengok archive cam dah lama sangat tak update blog.  Bukan tak ada cerita tapi keadaan tak mengizinkan aku untuk menaip entri di blog ni.  Gambar yang diambil sewaktu di Krabi aritu pun tak sempat lagi nak tengok dan transfer ke dalam laptop. Kalau tak tu, tak sampai seminggu mesti dah keluar teaser la coming soon la, tapi semuanya tinggal kenangan..huuuu
Sebenarnya aku baru je melepasi first trimester yang sangat-sangat mencabar emosi dan fizikal aku.  Klinik dan hospital dah jadi rumah kedua, setiap minggu berulang ke sana.  Disebabkan aku ada masalah sikit mengenai tahap kesihatan aku, jadi terpaksalah menghadiri checkup yang dah diaturkan tu demi untuk jaga kesihatan aku dan juga kandungan aku ni.  Walaupun penat, dengan mabuknya, muntahnya, MC je keje, berjauhan dengan suami lg, tapi aku tetap positif dan bersemangat demi baby yang tercinta penyambung zuriat dan bakal menjadi mukmin yang soleh insyaAllah.   Mohon doakan kesihatan aku dan baby baik sampai bersalin nanti ye.

Bulan Ramadan kali ni merupakan pengalaman pertama bergelar isteri. Walaupun tak dapat bersahur dan berbuka puasa dengan suami setiap hari, tapi aku bersyukur sebab walaupun berjauhan, suami memang sentiasa mengambil berat tentang keadaan aku.  Mak kata, air tangan isteri penting untuk suami, jadi aku gagahkan kudrat jugak untuk buatkan lauk frozen untuk suami, bolehlah dia panaskan bila nak bersahur nanti.  Bukan senang untuk menguruskan diri sendiri apatah lagi rumahtangga bila dah berbadan dua ni, tapi tabik spring dengan semangat suami jugak sebab sanggup berulang jauh2 kadang2 seminggu dua kali balik rumah demi nak melayan kerenah isteri yang memang mcm2 benda yang tak kena ni.  Ditambah pula dengan selera yang masih belum ikut tune yang sebenar ni, masih mencabar la juga walaupun dah masuk trimester yang kedua.  Harapannya agar bulan puasa ni kesihatan aku bertambah baik, dapatlah aku berpuasa penuh tahun ni. Dugaan ni sebenarnya memang berat tapi sebab aku percaya dengan hikmah dan nikmat lain yang Allah dah beri, aku akan sentiasa bersyukur dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan.

Dugaan juga buat kami sekeluarga sebelum datangnya Ramadan aritu, abang iparku disahkan strok dan sehingga hari ni dah hampir sebulan admitted di Hospital Putrajaya.  Dengan keadaan kakak yang tengah mengandung, dia gagahkan diri menjaga suami di hospital setiap hari.  Alhamdulillah, banyak perubahan positif sehingga hari ini, semoga abang iparku akan kembali sihat seperti sedia kala dan dapat pulang ke rumah dan berhari raya dengan keluarga tahun ini.  

InsyaAllah, doa orang-orang berpuasa ni tidak akan ditolak sehinggalah waktu berbuka nanti. Jom kita perbanyakkan doa. Semoga Ramadan kali ni menjadi Ramadan yang lebih baik daripada yang sebelum-sebelum ni.  

Selamat berpuasa semua. :)

Thursday, April 16, 2015

The Solemnization

Assalamualaikum semua..Sihat? Banyak benda nk update kat blog sebenarnya, tapi disebabkan oleh kekangan masa, aku asyik postpone je.  Sorry lah kalau ada orang menyampah, aku asyik update pasal kahwin je, hehehe. Almaklumlah, masih dalam honeymoon mood, boleh juga membakar semangat kekawan yang masih bujang tu untuk melangkah ke alam misteri ni.  hehe. 

Gambar dari photographer dah dapat. So aku pilih la beberapa keping untuk letak dalam blog ni, sebagai kenangan abadi.  Lagipun kahwin sekali ni je kan, apa salahnya ye tak. Bagi yang gambarnya tiada dalam ni, jangan kecik hati ngan aku, huhu. Ini version gambar dari photographer. Mungkin ada yang dia tak sempat nak snap. 

Photographer untuk majlis nikah ni ialah Hafiz from Sweetpictures KL..Editing untuk blog ni sendirian berhad. Takde kena mengena dengan SP, sebab tu la gambar kejap color lain kejap color lain.haha.lantaklah..yang penting kite enjoy!

Hantaran Dari Aku kepada Zul.  Gubahan hantaran ni aku  buat sendiri selama berbulan-bulan sebelum kenduri..hehe..Kepada yg sponsor macehhhh  bebanyak..mmuaahhh

Hantaran daripada Zul kepada Aku. Gubahan hantaran ni Kakyong yang buat. :)

First time aku mekap tetebal cenggini. Memang betulla kata Laila Isabella, macam letak pinggan atas muka rasanya..haha

Puas hati betul tengok baju and beadings..Gigih tau, pengantin sendiri yang jahit beads dan buat shawl..

Cakkk! 

Muka berdebar nampak Encik Zul....huhuhu

Alhamdulillah..setelah dua kali lafaz..Lafaz pertama pengantin lelaki ok, bapak pengantin perempuan yang salah..hehe..tu yang jadi dua kali lafaz..bapak aku nervous lebih, anak perempuan last kaannn
My lovely family...Thanks for everything..Not in this picture are my brother, Hafiz dan lg dua orang nephews yang dah kecundang..haha

Family baru saye...untuk kome2 aje..dah jadi orang perak dah teman ni yob..

Our matchmaker..Usen dan Yan..Yang paling berjasa memperkenalkan kami..cuweet like candy angat both of u..hehe..muuahhhh

My 2nd cousin Kakngah Izzah and family, merangkap the gossip girl, travelmate, housemate on off..hehe

Para sobat yang hadir..hehe..

cik peah pun datang..hehe..thanks darling..


Geng gosip/study group/makan group/bunga rampai group/geng UITM dihatiku..thanks for coming bebeh..

Cuweet tak kite? hahaha

The Dulang Girls merangkap my lovely single and available cousins..:)

Walaupon kita ketawa sampai dah nak ternampak anak tekak, tapi kita masih nampak cun di situ..haha..angkat bakul sikit..

Kami sepupu tapi kami macam adik beradik. Sayang korangggg!!!

Sorry pose agak terkelendat..waaaaa..tak pandai nk posing..susah giler kot amek gambar kawen klu part gmbr fefeeling cmni..huuu

Kalau dapat pose yang macam ni tak payah ajar pun dah terer..hahaha..memang jenis tak leh cover cun punya orang..hehe

Ok dah penat. Setakat ni je dulu. Ada masa, ada mood, aku update plak gambar sanding dan bertandang k..

Wasalam..

Tuesday, March 24, 2015

Just Married

Alhamdulillah, berkat doa semua dan limpah kurniaNya, saya dan suami telah selamat diijabkabulkan pada 14 Mac yang lepas.  Semoga ikatan yang dibina ini akan kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.

Terima kasih tak terhingga daripada saya dan suami kepada seluruh ahli keluarga, sahabat2, jiran tetangga yang tidak putus2 memberikan bantuan.  Tidak lupa kepada tok imam, saksi2, pengapit, butik pengantin, tukang jahit, makeup artist, dj, dulang girls, official photographer, kompang, dan semua yang terlibat..Doa kami agar kalian semua berjaya dalam bidang masing2..korang memang terbaik!

Disebabkan gambar daripada official photographer makan masa lama sikit nak dapat, aku kongsikan dulu gambar yang diambil daripada kamera abg iparku, Izad, untuk tatapan korang semua. Semoga korang tak bosan melihat gambar2 kami..hahaha

Makeup Artis : Ain Adnan
Hand Bouquet : Salmi Manja
Busana Pengantin Perempuan : Iffa Ghazali & Yayan Rahman

Pelamin Nikah : Kerongsang Emas Decorations
Flower Arrangement : Salmi Manja
Official Photographer : Sweetpictures

Pelamin Sanding : Kerongsang Emas Decorations
Busana Pengantin : Kerongsang Emas Decorations
Makeup Artist : Ain Adnan
Official Photographer : Sweetpictures

Busana Pengantin : Kerongsang Emas Decorations
Kek : Deezertsista
Khemah dan Caterer : Pak Mat Catering Kuala Pilah
Makeup Artist : Ain Adnan

Busana Pengantin : Kerongsang Emas Decorations
Makeup Artist : Farah Fauzana, Dvazz Beauty & Spa, Ipoh
Official Photographer : Ministry of Moment

Pelamin Sanding : Kotak Kayu Deco
Busana Pengantin : Kerongsang Emas Decorations
Makeup Artist : Farah Fauzana, Dvazz Beauty And Spa, Ipoh
Official Photographer : Ministry of Moment

Terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir ke majlis kami, memang sangat terharu dengan kedatangan semua.. Yang bagi hadiah tak kisahlah duit ataupun barang, kami sangat berbesar hati menerimanya, hadiah sume best2 kotttt...korang the best!  Sayang korang to the moon and back singgah sikit kat pipi tu nak muah ciked..

Akhir kata, mohon maaf kalau ada kekurangan ataupun salah silap, tergurau lebih, terkasar bahasa, tak cukup cendol, tayar pecah masa nak datang kenduri, tak dapat goodies, tak dapat amek gambar, tak sempat pelok cium, dan semua la kesalahan-kesalahan yang tak dapat dielakkan, mintak ampun dan maaf. Sesungguhnya, tanpa redha Allah dan pertolongan, serta kehadiran kalian semua, tiadalah indahnya memori perkahwinan kami. Gittew.

Doakan kami kekal bahagia hingga ke syurga dan dipermudahkan segala urusan selepas ini. Doakan juga kami cepat dapat zuriat yang sihat, soleh dan solehah insyaAllah.

Ok bai, nak sambung hanimunnnnn pasni..yeayyyyyyyyyyyyyyy!

Friday, February 13, 2015

Pergi Takkan Kembali

Innalillahiwainnailaihirajiun...

“Kullu nafsin dzaiqotul maut” Setiap yang bernyawa pasti akan mati
(QS. al-Ankabut:57)

Minggu ni sahaja kita kehilangan dua orang yang sangat disegani di Negara ini.  Yang pertama the one and only Tuan Guru Nik Aziz.  Pastinya semua rakyat di Malaysia tidak kira agama, bangsa dan fahaman politik turut berdukacita dengan berita ini.  Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah swt.

Keduanya Datuk Hasbullah Awang, pengulas sukan veteran yang telah mewarnai industri sukan Tanah air. Tentu ramai yang akan merindui celoteh beliau.  Semoga roh beliau juga dicucuri rahmat Allah swt.

Aku juga telah kehilangan seorang datuk saudara yang pergi menghadap Ilahi hari rabu lepas.  Tokki, adik arwah atuk, tapi sememangnya rapat dengan kami sekeluarga. Teringat lagi zaman kanak-kanak, kalau terjumpa arwah di kedai, mesti die akan hulur duit RM10.  Setelah pemergian atok, dengan Tokki la tempat lepaskan rindu kat atok. Semoga Tokki ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Mati itu pasti. Kita jua akan pergi menghadap Ilahi bila-bila masa sahaja.  Semoga kita juga akan pergi dalam keadaan husnul khotimah. Amin.


Subscribe and Follow