kehilanganmu dirasai, pemergianmu diredhai..
atok telah kembali ke Rahmatullah pada 24 November 2009. mayat atok ditemui di ladang kelapa sawit setelah hilang sejak 19 November 2009 yang lalu. operasi mencari tidak pernah terhenti, dan akhirnya orang-orang kampung menemui jasad arwah dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa lagi. mayat arwah juga seperti baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir, mungkin tidak sampai sehari melihat daripada keadaan jasad yang masih elok. alhamdulillah, mayat arwah tiada cacat celanya, kami bersyukur ke hadrat Allah kerana menemukan kami dengan arwah. walaupun tidak sempat bersama dengan arwah di saat-saat yang terakhir, sekurang-kurangnya kami dapat mengebumikan sendiri jenazah arwah.
segala urusan berjalan lancar setelah mayat arwah ditemui, polis juga telah mengesahkan bahawa tiada unsur-unsur jenayah dan tidak perlu dibedah siasat. polis menyerahkan kepada keluarga untuk menyelesaikan semua urusan pengkebumian. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jemapoh selepas solat Isyak pada hari yang sama.
sebak dan sayu hati bila terkenangkan arwah, bagaimana dia menempuh hari-hari terakhirnya seorang diri, apa yang dia makan dan minum sepanjang 6 hari dia hilang, entah menggigil dia kesejukan, namun jauh di sudut hati redha dengan pemergiannya. Allah lebih mengetahui dan mungkin itulah yang terbaik untuknya. setiap yang hidup pasti akan mati.
byk kenangan yg indah bersama dengan atok. terima kasih hantar yan pergi sekolah waktu kecil2 dulu, terima kasih sebab hantar yan pegi ngaji, terima kasih sebab halaukan lembu untuk yan, terima kasih bawak yan pegi kedai, terima kasih pasangkan ubat nyamuk untuk cucu atok ni...terima kasih yang tak terhingga..dan yang paling penting, terima kasih sebab membesarkan mama sebaik yang mungkin, kalau tak, tak menjadi la cucu2 atok ni..
sebelum keadaan menjadi semakin sebak dan sayu, eloklah berhenti dulu daripada mengarang entri kali ni. banjir pulak BPP ni kang..
atok, yan sedekahkan al-fatihah dan yasin untuk atok. semoga atok ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yang beriman. amin.
No comments:
Post a Comment