Bahan-Bahan Untuk Merawat Wajah :
- Tomato
- Tepung Ubi
- Timun
- Telur
- Epal
- Susu segar
- Lobak Merah
- Asam Jawa
Bagi mendapatkan kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
Asam Jawa juga banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan anda. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau sehingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Untuk menegangkan kulit muka, ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikir air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapuka ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
Sebagai petua menghilangkan jerawat pula campurkan sedikir asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikir kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.
Mengelakkan kulit muka cepat berkedut bersihkan sebatang lobak merahdan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.
Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicikan kulit. Caranya, parut tomata atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.
Akhirnya susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin, Tidak percaya silalah cuba sendiri. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok sehingga rata, melekit dan kering. Cuci dengan air suma dan lakukan dua kali seminggu.
No comments:
Post a Comment