nuffnang ads

recent posts

Tuesday, October 12, 2010

PAPERWORK OH PAPERWORK

cikPA semenjak 2menjak ni memang busy dihujani dengan paperworks. cikpuanBOS cikPA tu baru balik dari kursus PTK, so dengan PA sekali ambil PTK6 sekali dengan dia dalam erti kata lain, cikPA lah yang kena menaip segala macam paperworks dia yang banyak tu. nasib baik cikPA tak disuruhnya buat ayat, itu lagi haru! Tapi itu juga sudah menjadi kebiasaan cikPA. dulu cikPA tak pandai nak deraf surat ni, sekarang cikPA sekali deraf je, cikpuanBOS terus sign. bukan nak meninggi diri ke apa, tapi jauh di sudut hati cikPA berterima kasih dengan cikpuanBOS kerana banyak memberi tunjuk ajar kat cikPA. cikpuanBOS suruh cikPA simpan semua paper yang dia buat untuk jadi rujukan cikPA kalau dah jadi pegawai nanti. banyak juga ilmu2 pengurusan yang cikPA belajar melalui cikpuanBOS.

dia seorang bos yang sangat cikPA kagumi. memang cikpuanBOS cikPA ni agak garang, tapi dia seorang yang baik hati. kalau marah pun bertempat, cuma kadang2 tu tersasar la jugak, tapi cikPA dah biasa, cikPA buat layan tak layan je. kadang2 cikPA pun ada hari2 yang cikPA bad mood, biasalah tu perempuan. kadang-kadang cikPA hairan tengok bila ada segelintir individu ni takutkan cikpuanBOS. bagi cikPA cikpuanBOS tak akan marah kalau kerja yang diberi tu dibuat dengan cara yang betul. cikPA rasa, takut tu perlu ada, tapi yang penting kita hormatkan bos kita. tapi yang penting, bagi orang yang dah mengenali cikpuanBOS dia mesti tahu hati budinya. kalau dia marah tu, takyah simpan dalam hati, ambil positif dan ignore je kalau rasa macam tak salah. sebab dia marah sekali tu je, lepas tu dia tak ingat dah.

eh, leka pulak kat blog ni lama2. abeslah tak siap paperwork cikpuanBOS cikPA tu kang. ada sikit lagi cikPA nak taip..daa~

No comments:

Post a Comment

Subscribe and Follow