nuffnang ads

recent posts

Thursday, September 15, 2011

TARIK NAFAS DALAM-DALAM

dapat satu sms.
panjang.
baca.
bertenang.
jalan-jalan sikit.
ambil nafas dalam2.
balas.

first of all, terima kasih kepada penghantar sms.
rasanya kali ni masuk kali kedua dalam situasi seperti ini.
jangan gelabah. istighfar banyak2.
sepatutnya pengalaman itu mengajar kita.
jangan bertindak melulu.
masa.ya, dia perlukan masa.
begitu juga aku.
jadi, apa yang terbaik sekarang, hargai masa ini.
tolong jangan emosi.
biarlah berapa lama sekalipun masa yang diinginkan.
tolong jangan fikirkan juga.

izyan,
awak ada keluarga yang masih sayang kat awak.
ada kawan2 yang sayang kat awak.
awak masih ada yang di atas sana.
dalam keadaan seperti ini, banyakkan solat.
bukan meratap atau meraung.
airmata awak tu simpan sahajalah untuk Allah.
hanya Dia yang berhak ke atas air mata itu.

izyan,
setiap yang terjadi ada hikmahnya.
dan untuk orang yang bersabar, lagi besar hikmahnya.
awak diuji untuk apa?
untuk awak muhasabah diri semula.
awak sudah cukup sempurnakah?
awak sudah cukup bersediakah?
jangan fikirkan tentang orang lain.
pedulikan kata-kata orang lain.
hanya awak yang tahu jawapannya.

izyan,
bertaubatlah Izyan.
kerana kamu hampir lupa pada yang Esa.
mungkin Allah masih sayang pada awak.
dan memberi masa ini untuk awak kembali padaNya.

untuk si penghantar sms,
terima kasih.
kerana,
selama ini tahan dengan ragam saya.
selalu ada semasa saya perlukan.
memberi tanpa minta balasan.
sabar dengan saya.
maaf.
kerana,
saya selalu tamak.
saya anggap awak milik saya seorang.
tak hiraukan perasaan awak.
emosi tak kira masa.
jadi,
saya juga perlukan masa.
untuk memikirkan tentang semua ini.
saya akan cuba sebaiknya.

semoga kita dapat menerima ketentuan takdir ke atas diri kita.
dan andai kata takdir tidak menyebelahi kita,
pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

kawan2 sekalian,
doakanlah yang terbaik untuk kami.
terima kasih juga kerana ada disisi saya dalam keadaan ini.


nota kaki: malam ni g tanjung malim rumah along, kasyful, naufal dan zhariff, tunggu aunty ye...mish u all my kidz!!

1 comment:

  1. tarik nafas dalam-dalam jangan sampai sempot ye...sabar ye banyak2

    ReplyDelete

Subscribe and Follow