Bismillahirrahmanirrahim..
Hi Guys!
Sempena hari Wilayah 01.02.2012 yang lepas, aku dan geng2 pejabat plan untuk menjejak Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Plan asalnya diketuai oleh Cik Mar tapi disebabkan beliau dah terbeli tiket untuk balik kampung, maknanya dia tak dapat la nak join kami. Atas semangat juang yang tinggi, kami tetap meneruskan misi menjejak broga itu. Then, Cik Iman last minute sms kata tak dapat join jugak. Last2 kami berlima je yang tinggal iaitu Cik Leniza, Syak, Zie, Syida dan Aku. Dah tinggal berlima, kami pun naik satu kereta je.
Misi pagi itu bermula jam 3.30 pagi. Bangun-bangun tidur, bersihkan diri, siap-siap, isi air dalam botol, then gerak untuk kutip kawan-kawan aku. Mula-mula kutip K.Syak sebab rumah dia dekat ngan rumah aku. Pastu, pegi kutip Zie, Syida & Cik Len dekat Presint 18. Lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi kami pun bertolak ke Semenyih berpandukan GPS Cik Len. Yang bestnya, semua tak tahu jalan. Kira main redah je la ni kan. Masa ni, tak dapat nak bayangkan lagi macam mana keadaan broga tu. (BLUR)
Dah lepas Universiti Nottingham tu, kena bawak slow-slow sikit sebab dah dekat nak sampai. Tapi kami terlajak ke depan sikit sebab tak perasan Rabbit Farm tu. Patah balik then masuk ikut kat jalan kebun kelapa sawit opposite dengan Rabbit Farm tu. Time tu aku dah rasa lain macam. Gelap dan ianya dalam kebun kelapa sawit OKAY?! Waktu tu relax lagi walaupun agak scary. Jalan depan sikit lagi nampak dua orang kelibat manusia memegang torchlight. Apa lagi, kitorang pun terjerit2 la panggil mamat2 tu suruh tunggu. (BUAT MUKA SEPOSEN JE SEBAB TAKUT). Nasib baik dorang nak tunggu. Terkocoh2 nak kejar dorang, tak sempat pun nak buat stretching. Hentam saja la labu.....
Maka kami pun meneruskan perjalanan bersama dua orang jejaka yang tidak dikenali itu. Mereka sungguh baik hati sebab sudi temankan dan bantu kami. Serius sangat penat nak mendaki bukit tu. Tambah pulak tak sempat makan apa2 sebelum naik tu kan. Panjat punya panjat, dah penat berhenti, sabar je mereka tunggu. Menggeletar lutut acik!! Pastu memang rasa pening kepala, last2 aku termuntah jugak la kan. Hahaha. Lemah betul acik sorang ni. Cik Len pun macam nak pitam. Masing2 jarang exercise sekali terus panjat bukit, memanglah pancit! Tapi disebabkan Bro Syariff & Bro Jamal tu ada dan terus bagi semangat kat kami, kami pun bersemangat la balik. Terpaksa la dorang ikot rentak kami yang slow ni kan. Berkilo-kilo kata semangat sepanjang perjalanan tu, dan akhirnya kami sampai pun ke Bukit yang ketiga. Semua sekali ada 4 bukit, mula2 ingat nak berhenti setakat bukit 2 je tapi disebabkan kami kena tipu dengan Jamal, kami sampai ke bukit yang ketiga! huhuhu. Tipu sunat takpe. Last2 Abg Syariff juga terbocor rahsia. Tapi dah sampai bukit ketiga tu pun dah okay sangat kan. Sampai kat bukit ketiga tu lebih kurang dalam pukul 6.00 pagi. Tak lama lepas tu terdengarlah bunyi azan daripada masjid yang berdekatan. Kami pun duduk rehat-rehat atas batu besar dan sementara nak tunggu matahari naik, aku pun solat subuh dulu atas batu tu. Dengan angin yang sangat kencang dan kedudukan batu yang tak rata, aku pun buat solat duduk je. Itupun telekung terbang-terbang. Memang sejuk kat atas tu tambah pulak dengan angin yang kuat. Indah rasanya dapat menikmati pemandangan di kala subuh. Hilang semua kepenatan mendaki tadi.
Okeyla, cerita panjang pun tak guna, jom cuci mata tengok gambar-gambar yang sempat kami snap.
|
1.7KM je?? |
|
gigih berusaha..ngeee.. |
|
hampir give up tapi tetap bersemangat waja.. |
|
muke selepas muntah..haha |
|
dawn.. |
|
menenangkan fikiran.. |
|
a view from the top..subhanallah.. |
|
Berehat-rehat sambil menikmati keindahan alam |
|
dah sampai atas bukan main riang, lupa ke awak sampai muntah?huhu |
|
our savior, Abg Syariff dan Jamal... |
|
tak sangka ke dpt naik atas batu besar?hehe |
|
berani sungguh minah ini siap buat yoga. |
|
muke hepi di kala pagi |
|
bekalan makanan yang kami ada..sponsored by Syakina |
|
Thanx Jamal for the polaroid pic! |
|
Nice view.. |
|
Itu bukit yang kedua kalau tak silap.. |
|
dah terang, teruskan perjalanan naik ke bukit yang keempat |
|
panjat jangan tak panjat.. |
|
muka cuak gile.. |
|
Batu ni sangat curam sebenarnya..tapi nak jugak amek gambar kat sini |
|
ini apa kes pulak? |
|
WE DID IT!! |
|
percubaan untuk membuat cover album. |
|
cover album terbaru TRIO BPP.. |
|
bertapa ke? |
|
model bukit broga.. |
|
dah pandai naik, pandaila nak turun.. |
|
the track.. |
|
muka dah ceria balik sebab dah nak turun.. |
|
going down down down down down.. |
|
nice view. |
|
pose untuk majalah mangga.haha |
|
yeay!! |
|
time gelap tak nampak ape, tp ini adalah jalan masuk ke kaki bukit. |
|
akhirnya!! sampai2 bawah sempat amek gambar lagi sbb.time naik tak nampak pulak signboard ni sebab gelap sgt
|
Camne? Okey tak?
Seronok sebenarnya naik Broga ni. Betul kata Abg Syariff, kalau dah sampai atas bukit tu nanti, rasa berbaloi sangat. Kalau ada peluang, haruslah nak panjat lagi. Tapi kena mantapkan dulu stamina. Kasi otot2 ni kuat dulu baru boleh panjat dengan selamba.
Ada beberapa tips untuk sesiapa yang belum pernah sampai ke Broga ni, here they are :
- Pastikan sebelum hiking, alas perut dulu. Makan ringan2 pun takpe.
- Kalau tak nak badan sakit2 lepas hiking, sila exercise 2 minggu sebelum.
- Bawaklah makanan dan minuman untuk bagi tenaga.
- Nak dapat tengok best view, start hiking awal dalam pukul 5.00 pagi.
- Outfit yang bersesuaian especially kasut.
- Bawak torchlight kalau nak naik sebelum subuh, sangat gelap tau.
Last but not least, credit to Zie untuk gambar2 yang disnap. Untuk Abg Syariff dan Jamal, terima kasih banyak2 atas pertolongan, semangat dan janganlah serik kenal dengan kami..huhu.. Thanx to Syida, K.Syak, Cik Len dan Zie for all the support and commitment.
BYE!
No comments:
Post a Comment