nuffnang ads

recent posts

Wednesday, June 20, 2012

Nak Bercuti tapi Takde Duit..Acano?

Tetiba terpanggil untuk menaip entry pasal ni..Sebab rasanya semua orang ada keinginan untuk bercuti, tapi keadaan kewangan yang tak mengizinkan. Ni adalah antara option2 yang korang boleh ikut mana yang suke, dan tinggalkan mana yang tak suke.

1. Saving

ihsan : pakcik Google

Of course saving adalah merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan setiap insan. cecece. macam bermadah plak. oke. serius. every month patutnya korang kena simpan sikit duit, janganlah habiskan semua duit gaji tu. Walaupun aku bergaji ciput je, tapi aku ada jugak la saving sikit-sikit untuk menampung keinginan aku untuk bercuti ni kan.  Sekarang ni ada byk kemudahan spt potong gaji, auto debit dsb.  So, buatlah potongan gaji yang sewajarnya. Masuk sikit kat Tabung Haji, ASB dan create la satu akaun lain yg korang boleh put aside utk bercuti. Kalau letak kat ASB pun boleh sebab susah sikit la korang nak g keluarkan. Bukan susah tapi leceh. Bila korang malas nk keluarkan, so, duit tu pun makin beranakpinak.

2. ASB Loan

ihsan : pakcik Google

Aku bukan ejen ASB ke hape. tapi ini adalah salah satu option untuk korang dapatkan duit extra pada setiap awal tahun. Byr monthly and then, by early January every year korang akan dapat dividen. Kalau kira cincai, korang buat loan RM15k -20 tahun, monthly commitment lebih kurang dalam RM100 ke bawah. Tapi awal tahun, minimum dividen yang korang boleh dapat dalam RM1k. Oke la jugak kan? By end of 20 years, dapat la balik RM15k yang korang bayar every month tu. Lebih kurang win-win situation kekdahnya.  Bagi aku, ini adalah salah satu fav aku sbb boleh la tolong2 aku g bercuti dan yang paling penting, duit standby utk byr insurans kereta. hehehe

3. Side Income 

ihsan: pakcik Google

Kalau korang banyak masa korang leh la cari side income. Sebagai contoh paling senang, korang jual kuih ke, nasi lemak ke. hehe. Tak kisahlah keje ape pun, janji halal dan yang penting, korang ada masa. Macam aku, aku memang kompem tak cukup masa sebab tengah study lagi kan. Aku memang takde side income.

4.  No More Wayang, No More Karaoke, No More Shopping



ihsan : pakcik Google

Ini adalah life aku sekarang. Aku tak tau kali terakhir aku tengok wayang bila, tambah2 lagi sekarang ni kat Astro tu dok ulang2 je movie yang baru keluar. Tak kesahlah tak tengok wayang, takde rugi apa2 pun kot, sebab pastu kuar kat tv gak.  So, puasa la daripada berhibur tak tentu pasal tu. Aku rasa semenjak tak berkecimpung dalam dunia wayang dan karaoke ni, aku ada sikit la extra money yang membolehkan aku berbelanja sikit lebih2 lagi berbelanja makanan yang aku teringin sangat nak makan. Cuba bayangkan kalau korang tak keluarkan belanja utk wayang dan makan, mesti byk lebihan kan? leh g bercuti kan? Shopping ni lagi satu, bukan takat kat shopping mall, depan PC ni pun korang boleh habis berkoyan-koyan kalau dok google blog jualan online je kan. So, beli apa yang dirasakan perlu dan berpatutan sahaja ok?

5. Mintak Kat Mak/Abah/Kakak/Abang

ihsan : pakcik Google

Pernah gak buat sebab bila dah sesak sangat. heheh..Tapi dok tebal muka ngan tahan telinga je la kan. Berjalan nak, duit takde. Tapi besenya buat kalau aku g mana2 dorang dok kirim macam2, so aku mintak la pengerasnya..tips utk korang utk berjimat jugak kalau bercuti, kalau ada org bg hint2 suh belikan souvenior tu, sound tepek je la, kirim air liur dapat air liur je la kak! hahahaha (tp ckplah dengan nada gurauan yang tidak menyakitkan hati) So, deme tu paham la klu kome tak beli ape2 utk deme waktu deme g bercuti tu. 

6. Sugar Daddy

ihsan : pakcik Google

Yang ni pernah terfikir, tapi nak cari mana tak tau. hahahhahaha.kanak2 bawah umur jgn dok terai plak. sugar daddy yang alim2 sikit la cari, yang takde unsur pegang2 punye, tp duit berlebih kekdahnya taktau nak salurkan kat mana. lalalalala~

7.  Pinjam kat Kawan

ihsan : pakcik Google

Dah nama pinjam, bayar balik dik non! ko jangan buat cam pinjaman PTPTPU plak, dah sedap2 ko rembat duit g beli henpon bagai, ko tak nak bayar balik.  Tapi ada ke kawan yang baik hati nak pinjamkan duit sebab nk biaya ko g bercuti? haha..lu pikirlah sendiri!

8. Buat Personal Loan

ihsan : pakcik Google

Yang ni bijak. Bijak putaq alam namanya. Kalau ko buat personal loan semata-mata nak g bercuti, memang nak kena lepok la kan. Dah habis duit tu nanti, habuk pun tarak! Sebab once ko dah g melancong, ko akan jadi addicted, ko akan rasa cm nak melancong lagi, lagi dan lagi. Takkan la sampai mati ko nak dok overlap loan bank je kan? Itu takde wawasan namanya. Lain la kalau ko g bercuti 2 in 1. Sambil bercuti, sambil memborong. Bila balik, ko pakat2 jual ngan dak2 opis. Beranak la jugak duit, balik bercuti bukan duit habis tapi duit berganda lagi ada. Kalau korang bisnes minded, diharuskan buat personal loan, tapi dengan syarat, balik2 aje, ko bayarlah balik loan ko tu.

Sebenarnya, ada banyak cara korang boleh mendapatkan duit, tapi bila perkara yang melibatkan duit ni mestilah banyak risiko. Kalau rasa2 tak mampu nak pergi jauh2, pergi dekat2 dulu. Dan bila berjalan tu, janganlah gila bershopping, beli apa yang dirasakan perlu je. Untuk 1st timer, korang kena tetapkan apa mission korang. Macam aku, kalau pegi bercuti, aku nak kumpul fridge magnet, jadi itu jelah benda yang wajib aku beli kalau aku g mana2.  So, secara tak langsung korang tak akan merepek meraban beli souvenior ntah apa2 pastu biar tersadai tanpa ada arah tujuan. Kalau korang suka beli baju T-Shirt, beli je la sehelai duit buat kenang-kenangan. Apa yang penting sebenarnya gambar kenang-kenangan, barang2 yang lain tu, tak penting mana pun. Kalau ada bajet lebih, barulah korang boleh fikir untuk beli souvenior untuk orang lain. Lagi satu, kalau nak pergi bercuti, carilah hotel yang berpatutan dengan bajet. Sekarang ni dah banyak sangat Guest House/ Hostel/ Hotel yang murah2, so, kena pandai2 cari. OK?! 

Aku memang tengah dalam mood nak pergi bercuti sangat2 dah ni, tapi apakan daya, kerana keterhadan masa sebab terikat dengan jadual kerja dan jadual belajar yang sangat pack membantutkan keinginan aku. Tambah2 duit banyak mengalir sebab aku nak habiskan study ni, mana nk bayar duit minyaknya, tolnya tiap2 hari berulang Putrajaya-Shah Alam. Tapi aku biarkan kepahitan ini menjadi lebih manis lagi apabila aku berjaya menggenggam segulung ijazah kelak. InsyaAllah.


p/s : Aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya korang terpengaruh dengan kandungan blog aku. Aku tidak boleh didakwa-dikwi di mana-mana Mahkamah atas kesalahan yang korang dah buat. hikhik. Sendiri mau ingat ok? (mood tgh study Law, siap ada exemption clause..hamekkau!)

No comments:

Post a Comment

Subscribe and Follow