nuffnang ads

recent posts

Showing posts with label AUGUSTA. Show all posts
Showing posts with label AUGUSTA. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Kira-Kira Western Australia

Berjalan sudah, bercerita pun sudah, so meh kita wat kira-kira berapa total damage ke atas kewangan aku untuk trip ke Western Australia ni.  Aku wat bajet untuk sorang la senang kira, kalau korang pergi bertiga, lebih kurang je la perbelanjaannya, kalau pergi lagi ramai lagi tinggi perbelanjaannya dan vice versa.  

Tiket Flight  (Including baggage 15kg+20kg/makan) :  RM365 + RM618 = RM983
Penginapan :  (AUD44.66 + AUD 39 + AUD 33 + AUD 96)                  = RM642
Sewa Kereta (Including GPS + Top Cover) for 5 days (AUD108.33)      = RM327
Minyak Kereta : (AUD60+AUD62+AUD65+AUD34+AUD33) / 3              = RM255
Teksi (Airport - Bayswater Car Rental + YHA Perth - Airport) (AUD25) = RM75.50
Fee (Caversham)  AUD24                                                                        = RM72.50
Fee (Pinnacles Desert/ per car) AUD 11 / 3                                              = RM11
Fee Sandboard @ Lancelin (AUD10 / 3)                                                  = RM10
Fee Lighthouse per person (AUD 5)                                                         = RM15
Fee Train Ride @ Busselton Jetty per person (AUD11)                            = RM33
Train Meltham Station - Perth Station ( AUD 2.80)                                   = RM 8.50
Poskad (10 pieces @ AUD4)                                                                   = RM12
Setem (AUD 1.7 x 5 )                                                                              = RM25.60
Parking (AUD 10)                                                                                    = RM30
Makan : (Bekal dari Malaysia RM50 + Makan di Perth AUD50)              = RM200
Chocolate kat Margaret River  (AUD34.70 +AUD5.50 +AUD 1.95)       = RM127
Souvenior (AUD95 + AUD7.9 + AUD8.8)                                              = RM337
Internet (AUD15++)                                                                                = RM50

Total                                                                                                       = RM3214.10

Exchange Rate : 1AUD = RM3.02

Ni kira lebih kurang je, kalau ikutkan duit aku habis lebih daripada ni, yang lain2 tu shopping benda yang di luar kawalan aku seperti perfume, baju, barangan kulit dan sebagainya.  Budget untuk shopping tu at your own risk lah kan.  Paling minimum sekali perbelanjaaan adalah sekitar RM3 ribu macam tu je.  Kalau pergi berempat atau lebih, bolehlah kurangkan lagi perbelanjaan korang.   Bagi yang takde bajet dan masih merancang-rancang, anda boleh mulakan dengan membeli tiket flight dulu.  Dah ada duit nanti bayar untuk hostel pulak, hostel memang kena bayar siap2, maksudnya booking terus bayar. Selebihnya, standby untuk bayar kat sana, asingkan siap-siap.

Dan yang paling kitorang dapat cut cost adalah kat bab makan.  Kalau tengok memang tak reasonable langsung perbelanjaan makan kitorang kan? hehe.  Aku bawak travel cooker, so memang boleh masak nasi, megi sume segala. Lagipun kat hostel kan boleh masak.  Bawak je la sardin, tuna dan lauk ready made macam Brahim ke, Aliff ke.  Telur, bawang, cili semua tu, boleh beli je kat supermarket.  Beras dan maggi kitorang bawak.  Bahagi-bahagi tugas bawak makanan, pastu makanlah sama-sama.  Mesti superb jimat dan yang penting Halalal Toyyiban dan kenyang.  Souvenior aku tu pun kalau ikutkan memang agak banyak, korang mungkin beli kurang sikit daripada aku. Tapi tulah, kalau nak best, bawaklah duit lebih sikit, leh shopping sakan. 

Terima kasih semua blogger2 yang sudi mengkongsikan cerita mereka dengan aku, tanpa mereka tentunya susah aku nak merangka perjalanan ke WA ni. 

Makanya, tamatlah semua cerita pasal WA ni, nak itinerary cam biasa, tinggalkan komen kat bawah. Itinerary aku agak details siap dengan alamat semua dan insyaAllah dapat membantu korang di sana nanti.  

Ni another suggestion from traveller for those yang planning nk ke Perth secara beramai-ramai, kalau ada yang berminat boleh contact nombor yg di bawah k..


Sekian, terima kasih.

P/S : Pen jingga pen oren, sudah baca harap komen. hehe


Thursday, October 10, 2013

Western Australia (WA) - Part 3 : It's Good to be Here

Good morning Augusta!!  Dah masuk hari yang ketiga, macam cepat sangat masa berlalu.

Sebelum breakfast, sempat jalan2 di sekitar hostel.  Feeling-feeling sangatlah bila jalan-jalan kat sini, dengan udara yang sejuk, nyaman, pemandangan cantik, perasaannya macam jatuh cinta pandang pertama gitu. Over kan?! haha..Pagi ni breakfast cam biasa la, roti, telur hancur, tuna, kari ayam Brahim. Seminggu dok sini, seminggu itu jela aku telan. hee.  Dah tu? Gigih nak buat Nasi Lemak Kukus Rendang Kerang?! haha..memang tak lah.  Dan macam biasalah, mesti kena pack makan untuk lunch jugak.

Nak check out, kitorang drop je kunci kat box yang disediakan sebab mamat hensem tu tak sampai lagi. Sedih! So, dengan perasaan hampa kitorang teruskan perjalanan ke Cape Leeuwin Lighthouse kira-kira dalam 15 minit je dari hostel tu.

Cape Leeuwin Lighthouse - Where Two Oceans Meet


Disebabkan lighthouse tu pukul 9.00 baru bukak dan kitorang pun sampai lebih awal, kitorang jalan-jalan di sekitar tempat tu dulu, maka terjumpalah satu kawasan ni di mana terletaknya Historic Water Wheel yang kononnya dulu pernah membekalkan air ke rumah api tersebut.


Nampak macam rileks je kami, tapi sebenarnya kat situ punyalah sejuk tahap nak gigil dah.  Cuaca pagi tu memang sejuk, rasanya dalam 10 darjah celcius, ditambah pulak dengan tiupan angin laut yang memang kuat tu, rasa nak tumbang pun ada, tapi posing mesti kena ada. huhu



Bukak-bukak je lighthouse tu, terus kitorang serbu.  Tak ramai lagi orang pagi tu, so beli tiket pun laju je. Bayaran masuk AUD5 je kalau taknak naik sampai atas.  Bagi yang tak tau lagi tu, daripada lighthouse tu anda boleh menyaksikan pertembungan dua laut iaitu Southern Ocean dan Indian Ocean.  Sebab tu la caption kat atas tu beria aku letak 'where two oceans meet'. Cantik sangat tempat ni, tak tau nak cakap camne, rasa cam nak tukar keje jadi lighthouse keeper pun ada. Haha.  Punyalah rasa cam nak migrate sampai keje apa pun dah tak kisah.









Pemandangan kat sini memang cantik sangat, udara sejuk, laut yang membiruhijau (eh, ade ke perkataan tu? lantaklah!), damai je dirasakan ecehhhh.  Duduk feeling-feeling kat situ leh lupa orang kat Malaysia tau. Pantas je aktiviti kitorang kat situ, sebab tak de aktiviti lain pun selain bergambar.  Dah habis bergambar, kitorang pun chows.  Next destination adalah Margaret River Chocolate Factory.

Margaret River Chocolate Factory

Belum pun sampai dah terbau manisnya coklat.  yummss! Dari Augusta ke Margaret River ni lebih kurang dalam 1 jam perjalanan.  Senang je ikut GPS, tak sesat langsung.



Shoppinglah cokelat itu seadanya, harga takde la murah pun, boleh tahan gak mahalnya.  Aku beli sikit buat buahtangan.  Bolehlah daripada takde.  Tapi aku memang suka dengan Milk Chocolate kecik2 mcm sample die tu, sedap, ada la beli sikit, pastu buat hot coklat sendiri kat rumah.  Sedap ya ampun.  Menyesal pulak beli sikit.  Kalau ada sesiapa nak pergi, gtau lah, aku nak kirim. Serius ni.  Tau!

Yang aku nak kirim yang dalam pek warna merah tu..plish3

Dah nama pun kat kilang coklat, apa barang tak minum hot chocolate kan.  Nak merasa punya pasal, kitorang pun beli la hot chocolate buat minum tengahari namanya.  Alas perut sebelum cari port untuk lunch. Habis je tegukan yang terakhir, kitorang pun blah.  Takleh la nak lepak lama-lama, banyak lagi tempat nak pergi.




Busselton Jetty

Perjalanan ke Busselton diselang-selikan dengan bunyi perut yang berkeriuk-keriuk akibat lapar.  Tapi sampai-sampai je jeti tu, kitorang decide untuk naik train tu dulu, dah alang-alang menyeluk pekasam kan. Nak menapak sampai ke hujung donia tu, memang mintak mahap awal2 lah, tak larat.  Lagipun, cahaya matahari sangat terik di situ walaupun angin bayu yang bertiup tu boleh buatkan tangan rasa kebas dek rasa sejuknya.  Begitulah cuaca di sini yang boleh aku gambarkan.





Naik train tu kenalah bayar mahal sikit, 11AUD je.  Lelap mata je la, saje je nak jalan-jalan kan.  Dah lepas naik train, kitorang jalan-jalan kat jeti ambil2 gambar.  Perut pun dah bagi signal lain macam, baiklah kitorang beredar cari port untuk makan.  Di sepanjang tepi laut tu ada banyak pondok-pondok sesuai untuk piknik, tempat basuh tangan pun memang ada disediakan.  Tapi beku tak beku jari kena air tu, sendiri mau ingatlah. Menu lunch hari tu nasi, kicap 1 Malaysia, telur dadar, rendang ayam dalam tin Adabi kot, sambal ikan bilis Brahim.  Indah dirasakan dapat melantak nasi kat tepi laut.  Dah rasa macam piknik kat Port Dickson je! Solat pun, kitorang solat kat area-area tu jugak.


Dari Augusta ke Albany

Selesai semuanya, perut pun dah kenyang.  Moh la kite teruskan perjalanan.  Memang non-stop habis perjalanan kali ni, setiap hari travel jauh-jauh.  Perjalanan selepas ni dijangka lebih jauh daripada perjalanan sebelum ini.  Memang pun.  Key in je address dalam GPS, ambik ko 450++KM to go. Hiks! Jauh noks.  Sampai ke tidak ni.  Dah macam nak balik Kelantan je.

Perjalanan dari Busselton ke Albany memang terasa begitu lama sekali ku rasakan, dari siang bawak ke malam.  Tapi sepanjang jalan tu, kitorang memang enjoy habis dengan scenery yang cantik dan takde kat tempat lain.  Yang paling best sekali, bila dah agak-agak gelap je jalan tu, toink toink toink keluarlah segala mak nenek kanggaroo melintas jalan.  Balik umah la kot, dah maghrib.  Hiks.  Seronok la dapat pengalaman menjerit2 dalam kereta sebab excited tengok kanggaroo.  Kalau lembu melintas kat Melesia ni, sikit pun kau tak heran ye tak!? Memang laju sangat kanggaroo tu melintas, nak suh pose sikit pun dorang tak mo.  So, nak experience camtu, pergi lah drive kat sana ye.

Malam pun kian larut setibanya kami di Albany (ayat novel tak?).  Kami sampai lebih kurang pukul 7 lebih, receptionist kat Albany tu dah balik, so terpaksalah guna syiling yang ada call dia, sebab dia siap tinggal note kat pintu suruh call bila dah sampai. Nasib baik dia berada tak jauh dari kawasan. Cepat je dia sampai kat situ.  Waktu ni sebenarnya aku tak berapa nak sihat, saya demam selesema cikgu! Lepas makan nasi berlaukkan Gulai Ayam brand Aliff, telan panadol, ubat selesema dan berselimut dua tiga lapis, aku pun terus hanyut dibuai mimpi.  Apa jadi kat budak dua orang tu pun aku tak tau.  Aku tak larat sangat dah malam tu, pikiran tu memang nak tido aje.  Jadi, macam itu ajelah ceritanya malam pertama aku di Albany.

Next entry akan aku ceritakan dengan lebih lanjut pengalaman di Albany pulak sebelum bertolak balik ke Perth semula.  So, stay tuned ye guys!

Tuesday, October 8, 2013

Western Australia (WA) - Part 2 : Other Side of the World

Salam semua.

Sudah masuk hari kedua.  Semua tidur dengan begitu lena sekali, walaupun tidur di tempat orang.  Nampak sangat yang Cervantes Lodge Backpackers ni tersangatlah selesa.  Kami terlambat bangun sikit, kunci jam beria pukul 4 tapi harammm semua tak sedarkan diri, tapi sempat lagi untuk Subuh.  Setelah selesai mandi dan bersiap, kami ke dapur untuk sediakan breakfast dan lunch pack.  Untuk breakfast kami makan roti, telur hancur dan kari ayam Brahim.  Untuk lunch, kami buat maggi goreng dan telur dadar.  Tuna, roti dan buah-buahan pun masih ada lagi, so kami pack jugak untuk bekalan.

Cervantes Lodge Backpackers
Aku dah janji kat makcik tu yg i'll make her famous, so korang cam betul2 muka makcik tu (abaikan makcik disebelah kiri..haha)

The Pinnacles Desert, Nambung National Park

Selesai check out, kami pun bertolak ke Pinnacles Desert yang terletak di Nambung National Park.  Tak jauh sangat dah daripada tempat penginapan kami tu.  Nak masuk ke Pinnacles Desert kena bayar 11AUD per car.  Lepas tu, kita boleh drive di sepanjang desert tu, ada laluan yang disediakan.  Tak perlu nak menapak di bawah terik matahari tu.  Bila berada kat sini, jangan tertipu dengan udara yang sangat sejuk, pakailah jugak sunblock untuk tidak dipanah dengan cahaya matahari yang sangat direct itu.

Kalau nak tahu pasal Pinnacles tu, boleh wiki, Pinnacles ni kalau kat Malaysia dah macam batu-batu hidup kat Tapak Megalitik.  Siapa yang biasa lalu jalan Kuala Pilah-Seremban tu, boleh nampak dari tepi jalan. hehe.  Tapi batu yang ni di tengah-tengah gurun tapi bukan gurun yang panas, gurun yang sejuk.  Bila berada di situ seolah-olah berada di dunia lain.










Lancelin Sand Dunes : Sandboarding time!

Perjalanan kami teruskan ke Lancelin Sand Dunes.  Lebih kurang satu jam perjalanan dari Pinnacles Desert. Kami sebenarnya memandu dengan penuh cuak, sebab minyak macam dah nak blinking, cari petrol station dalam GPS plak, tak ada katanya yang berdekatan.  Mustahil tak ada (pujuk hati).  Sampai sahaja di Lancelin, kami pun melilau mata cari Petrol Station. Alhamdulillah jumpa! Lega sangat2, dalam kepala dah terbayang duduk kat tepi freeway tu sambil tahan kereta orang. haha!  Waktu isi minyak tu bertembung dengan family dari Malaysia yang nak ke Sand Dunes tu jugak, so, kami gerak together-gether.

Sebelum sampai ke destinasi, anda akan nampak kedai Lucky 7 di sebelah kiri anda.  So, berhenti sekejap untuk rent sandboard kat situ.  Ada dua jenis, satu yang duduk, satu lagi yang berdiri.  Tak gigih untuk berdiri, kami pilih yang duduk.  Sewa satu sandboard tu 10AUD, pastu kena deposit 50AUD.  Sewa satu je dah cukup.  Mainlah secara bergilir untuk penjimatan.  Kat petrol station tadi aku perasan leh jugak sewa kat situ, tapi macam mahal sikit kalau nak compare dengan Lucky 7.

Kedai Lucky 7 yang dimaksudkan
Apakah tujuan sebenar kami ke sini?? Tujuan kami ke sini adalah untuk main sandboarding! Wooohoooo!! Seronok sangat! First time main gelongsor kat pasir yang sangat tinggi tu.  Mula-mula tak konfiden, tapi bila dah try rupanya best gila. Cumanya turun tu sekejap aje, nak mendaki gunung pasir tu balik, mencungap dibuatnya.  Apa-apa pun, tersangatlah eksaited masing-masing main sandboard ni.



Gaya dah ada dah, bab luncur fail.. (gambar yg fail x dpt ditunjukkan atas sebab2 tertentu..haha)

Dah puas jerit-jerit, gelak-gelak, cungap-cungap kami pun beredar dari tempat itu.  Laparlah pulak! Kami pun mencari port yang baik punya untuk berpiknik.  Lantas kami terjumpa satu taman yang ada kerusi dan meja dan juga toilet kat situ.  Memang port yang terbaik.  Kitorang berpiknik sambil ditemani oleh seagull2 yang kelaparan jugak.  Disebabkan ada toilet dan boleh ambil wuduk, kitorang decide untuk terus solat kat situ.  Lagipun, perjalanan kami agak jauh dan rasanya tak sempat sampai sebelum maghrib.


Perut dah kenyang, muka pun dah fresh balik, lebih kurang dalam pukul 2.00 petang, kami pun meneruskan perjalanan ke Augusta.  Dari Lancelin ke Augusta lebih kurang dalam 400km.  Sepanjang perjalanan kami menyaksikan pemandangan yang sangat indah, bukit-bukit hijau siap ada biri-biri dan lembu yang gebu-gebu, dah macam dalam Farmville.  Udara pula memang sejuk dan redup di kawasan tu.  Di tengah-tengah padang ragut yang luas tu bertebaranlah kambing biri-biri mencari makanan, pastu ada farm house, ada kuda.  Betul-betul macam dalam buku cerita kanak-kanak.


YHA Augusta - Cape Leeuwin


Sampai-sampai saja di Baywatch Manor Augusta @ YHA Augusta ni, kami disambut oleh seorang reception yang hensem dan sangat sesuai dijadikan calon bf.  Cara cakap pun lembut je, tenang rasa hati ni. Eh, apa kena mengena?! Haha.  Lari tajuk dah.  Antara banyak-banyak hostel yang aku stay, aku paling suka kat sini. Bukan sebab mat salih yang hensem tu je, tapi semua sekali tentang hostel ni aku suka, kecuali lantai die kot, sejuk sangat, yang lain semua ok.  Cakap banyak tak guna, tepek gambar lagi bagus.




Bagi aku hostel ni sangat cantik hiasan dalaman dia.  Dapur bersih, cantik dan membuatkan aku rasa rajin gila nak masak.  Shared bathroom walaupun di tingkat bawah, tapi sangat-sangat selesa dan cantik. Kesimpulannya, semua kat sini cantik dan semua aku suka.

Makan malam kami meriah sebab dapat hang out sekali dengan traveller dari Singapore.  Siap dapat makan papadom lagi dorang bagi.  Bila perut dah kenyang, masa untuk tidur, so, sehingga bertemu di hari yang ketiga!












Subscribe and Follow