nuffnang ads

recent posts

Thursday, December 1, 2011

Saranghae Korea...Day 2

Pejam celik, dah masuk hari yang kedua.

Bangun pagi dengan penuh bersemangat! Hari ni kami akan bergerak ke Seoul dan check in kat Namsan GH area Myeongdong. Lebih kurang jam 7.45 pagi, kami pun dihantar oleh driver GH ke airport untuk naik bas.
Disebabkan kitorang nak pergi ke Myeongdong, kitorang kena naik bas No. 6015, tunggu bas kat Gate 5 atau 12.  Kalau korang nak pergi Korea, rajin-rajin la melawat laman web Visit Korea ni ye. Banyak gila info kat situ. Daripada destinasi sampailah ke route map bus ngan subway.

Sambung balik. Sampai-sampai je kat Airport (sebab kat situ je ada bas untuk ke Seoul) kitorang terus cari mana2 kedai yang ada tulis T-Money. Jenuh jugak la nak mencari sebab tak semua kedai ada jual.  Beli T-Money ni untuk tambang nak naik subway nanti. Kad tu harganya KRW 3,000 pastu untuk kegunaan kat sana topup lagi KRW 20,000. Dah beli T-Money, kitorang ke information counter nak tanya mana satu exit untuk naik bas 6015.  Harga tiket KRW 10,000, bleh beli kat kaunter tiket yang berdekatan.  Perjalanan lebih kurang 1 jam lebih sebab jalan agak busy orang nak pergi keje.  Kitorang berhenti kat last stop, kat Sejong Hotel.  Turun2 bas je dah nampak anak tangga turun ke Station Myeongdong Exit 1.  Jenuh jugak nak cari Exit 3 time tu sebab kitorang punye GH kena keluar ikut Exit 3 tapi kitorang main redah je mengheret luggage sampailah jumpa Exit 3 tu. Menghadap Pacific Hotel, kami pun menapak la sikit menaiki bukit untuk ke GH, dah tak jauh dah daripada Exit 3 tu.

Okey, ini dia GH kami!!

Building yg kaler kelabu tu, depan sikit kat kete tu Namsan 2
Sementara tunggu ahjumma tu kemas bilik untuk kitorang check in, kitorang lepak2 dulu kat pantry die kat bawah.  Agak besar jugak, boleh masak2.  Kat situ ada kitchen, komputer, telefon (bleh wat free call), penimbang, gitar, dan macam2 lagi la. Check this out --------> Namsan 3 Guest House.. Ada gambar oppa yang sambut kitorang juge disitu...hukhukhuk..tapi yg oppa dari Thailand (ensem gile uols!!!) tak masuk lg kot dlm web...lupa pulak nk snap gmbr dia..

Selepas check-in, kitorang pun bergerak ke N Seoul Tower. Dekat jugak la daripada GH kami ni, cuma menapak macam daripada Presint 2 ke Presint 4 je jauhnya (mungkin jauh sikit). Tapi sebab suhu yang sejook, takkan rasa sangat kejauhan itu. Jom cuci mata tengok kecantikan view kat N Seoul Tower ni ek.

Sebab nak save energy, kitorang naik cable car je naik atas tu..pegi balik KRW 7,500 je..

Inilah cable car yang kitorang naik..dekat je pun, tak la jauh cm kat Langkawi tu..

Inilah N Seoul Tower
Kalau tak naik cable car, kena mendaki bukit ni la...ni pandangan dari atas..hee

bukti kami di sini....haha

dah setel posing2 kat sini, kitorang pun bergerak ke Myeongdong.  Cadangnya nak cari tempat makan, sambil tu cuci2 mata jugak la. Nak membeli belah, macam tak bape nak berminat pulak.  Myeongdong ni banyak butik, ala2 kat Bukit Bintang la kalau kat Malaysia ni kan. Tapi memang syok gile la kat sini, jalan kat luar building pun macam jalan kt dalam shopping mall sebab sejuk je..hehe..

Pemandangan sekitar Myeongdong

Etude House...ini salah satu je, ada banyak lagi..

penat pusing2 area sini, kitorang jumpa la satu kedai ni, suggestion daripada forumer CARI ..dorang memang sangat2 membantu dan tak kedekut pun untuk share semua.  Klu ikot forumer, Yukaney nama kedai ni, tapi tulisan kat depan kedai tu semuanya tulisan Hangul tak paham kami dibuatnye..hehe..kitorang tanya oppa kat sebelah kedai tu, betul katanya..Gamsahamida Oppa!! Konyang perut kami.

main masak2 dulu..

Nasi Goreng Seafood + Side Dishes (kimchi, sayur2)..SEDAP!

Bila perut sudah kenyang, kami pun mula berjalan-jalan.  Lokasi seterusnya, nak ke Itaewon.  Kat sini katanya tempat orang Muslim sebab ada Masjid, tapi kitorang tak pergi pun area tu sebab kaki dah sakit.  Jalan-jalan sekejap kat situ, tengok harga barang agak mahal, foreigners pun ramai.

Jalan2 jumpe tulisan Bahasa Melayu..ini mesti keje student kt sana..hehe

Cik Azyan bersama ahjumma kulit belut...hehe..bukti pembelian, klu tak ok kulit belut tu, salahkan ahjumma ni..
Sekejap je kitorang singgah kat Itaewon ni, nak cari kedai makanan halal pun kitorang still kenyang lagi. So, kitorang pun bergerak menuju ke Dongdaemun pulak. Malam kat Dongdaemun ni sangat happening..syiok!

Meluruskan kaki namanya nih...sungguh banyakku berjalan...

Doota Shopping Mall...

KPOP di malam minggu..hehe..stage ni kat luar building shopping mall

Migliore ni kat sebelah Doota, haruslah geram tengok baju sejuk kanak2 itu..somel!!
Sebelum tu, ini hasilnya hari kedua saya...hehehehehe

shopping!! hehehe....utk diri sendiri dan utk kawan2 juga..


okeylah...badan pun dah penat, kaki pun rasa macam nak terputus dah, maka haruslah kami berhenti sampai disini untuk hari yang kedua.  Balik2 GH masing2 memang flat habis. Lepas mandi, sapu yoko-yoko, dan tidoooo!


to be continued.....



Tuesday, November 29, 2011

Saranghae Korea..Day 1

Annyeong haseyo yorobun!!

 

Sebelum aku pegi aritu, aku sempat posing dulu kat depan rumah, saje nak amek feeel.hehe
Waktu ni fikiran aku masih kosong sebenarnya perut tengah menegang dan mengecut sebab cuak gak nak terjah korea sdn. bhd. ni kan. Tapi nampaknya muka aku agak cool disitu. ngee..
Terima kasih la pada Cik Tiha sebab sudi fly keje sekejap demi nak menghantar kami ke LCCT.

Waktu nak check in tu ada masalah sikit, sebab cik Azyan punya seat tak appear kat dalam Itinerary, so kitorang kena check in kat kaunter.

Hokey. Jom check in dulu gamaknya ye..

Cik Tiha yang setia menunggu..

yeay dah ada tiket!!!

Check in pun dah setel, maka kami ingin memenuhkan tank dulu, 6 jam setengah kat dalam flight tu,pastinya akan kelaparan. Aku pun tak sempat nak breakfast pagi tu, kira brunch terus la tu. Melantak McD puas-puas dulu k.


Makan sudah, Tiha pun dah balik pergi kerja dan perjalanan kami pun bermula..Sementara tunggu boarding, call Mama dulu, dengar nasihat-nasihat terakhir sebelum berangkat..Setiap kaunter kami pergi mesti tanya kami ni student ke? heee..dengan bangganya kami pun menjawab, "taklah, pergi bercuti"..weeeeehuuuu...

Dalam flight tu, dapat jugak la aku tidur dengan lena setelah pekena Nasi Lemak Pak Nasser.  Kat airport sempat rembat Readers Digest + Word Puzzle, so bila aku tak tidur, inilah aktiviti aku sementara nak sampai.

Pejam celik terkebil-kebil, tidur bangun, makan minum...tuptup dah sampai..kejap je rasa 6 jam setengah tu kan. Aku touch down lebih kurang jam 9.55 malam waktu Korea.  Sampai-sampai je semua orang pakat2 sarung Winter Coat, aku pun join jugak la sekaki walaupun masih tak leh nak bayangkan suhu kat sana. Tapi hampeh, rupanya waktu kat Imigresen tu panas giler kot, dalam airport dorang tu panas je sebab dorang pakai heater, berpeluh dingin jugak la kami beratur kt Imigresen tu. Segerombolan dengan kami tu ada la budak2 kecik2 somel2, rupanya dorang ada rombongan sekolah.. How come sekolah aku tak pernah bawak g obesi???!! haissshh..dalam hati aku pun berkata...."untunglaaaaa!"

muke penat!! 
Lambaian Hallyu Star yang kepenatan..haha

Setel kat imigresen dah amik luggage, kami pun terkebil2 nak cari public phone sebab Guest House tu suruh call kalau dah sampai untuk dorang pick up.  Sekali, aku pun tak paham macam mana nak guna menatang public phone tu, tekan2 tak dapat. Dalam hati cakap, rosak kot. Haha. Cover line.

Tetibe ada sorang Ajuhshi ni datang, tanya kitorang ni nak pergi mana.  Cakapla kitorang nak pergi Incheon Airport Guest House, pastu die offer naik teksi dia. Penat gak la nak explain kata Guest House tu ada transport untuk pick up kitorang.  Then akhirnya dia paham dan suruh kitorang pegi tanya kat Information Counter. Rupanya dorang boleh tolong callkan. Disebabkan ada sedikit misunderstanding, kitorang tunggu kat Pintu 8, tunggu la orang datang pick up tapi punya lama kitorang tunggu, takde pun orang tu datang.  Tetibe ada teksi Ahjushi ni laju je berhenti depan kitorang, kitorang mati2 ingat die ni la driver yang akan amek kitorang, dah masuk beg semua, dah jalan sikit, baru die tanya nak pergi mana. Hampess, kami tertipu! No choice kan, kitorang naik je la teksi tu sampai kat Incheon Guest House yang sekangkang kera tu dan kena charge 10k Won. Macam nak marah je, tapi Ahjushi ni siap cakap "i Love u".  Layankan ajeee...

Selamat kami check in.  Oppa yang jaga kaunter tu pun baik orangnya.  Penat siot!! Sampai2 je bilik, terus nampak katil macam Upin Ipin nampak ayam goreng.heee..


Bilik kt Incheon Guest House
Dah mandi manda, perut mula merasai kelaparan. Sampai GH dah dekat nak pukul 11 lebih, memang la perut mula berkeriot. Makanya, aktiviti tidak sihat pun bermula..hehe..janji kenyang yeop!

Maggi in the house uols!
Dah makan terus lelap...ZZzzz....

Sekian untuk hari yang pertama..to be continued..;)



Coming soon.....


Monday, November 21, 2011

beberapa hari lagi...

Ada apa dengan beberapa hari lagi?
hehehe..

My checklist:
  • Duit dah tukar
  • Itinerary in progress, ada few things to be adjusted
  • Passport dah ready, dah save dlm emel
  • Barang dah cmpak dalam luggage, tak fully packed lagi
  • Card bank dah activate
  • Contact number dah emel pd siblings and friends if anything happened
  • Roaming tak buat! haha...sila jgn ganggu
  • Reconfirmation booking dah buat
  • tiket & insurance policy dah print
Yang perlu buat before pegi:
  • charge bateri kamera
  • sambal ikan bilis..(WAJIB)
  • print itinerary
  • activate CC
  • siapkan keje skolah
  • siapkan keje kt opis....!
What else? what else? haiyak! pening sudah ni..
Sekian.

Friday, November 18, 2011

My L(H)appy Life

Hi guys!
How's your life?
Happy2 tak?
Me happy sesangat!
Because of my beloved lappy..hehehe..
Tak tau la camne nk hidup kalau tanpa lappy.
Sebabnya, me takde TV!
Mesti korang ingat life aku boring kan?
Tapi tak sebenarnya, sebab kalau ada TV pun jarang tengok.
So, kalau takde TV ape aku buat?
jeng jeng jeng...

Ini dia!!
Semenjak takde TV, ini kegiatan aku.
Aku pun taktau kenapa, tp I'm SO ADDICTED TO KOREAN DRAMA..korang tak ke?
rugi besar wooooo.

Antara cerita-cerita yang telah berjaya dihabiskan sepanjang takde TV (dalam 3 4 bulan ni) adalah.....

1. CITY HUNTER
Aku suke heroin dlm cite ni, cute orangnye, pelakon Sungkyunkwan Scandal. Cite ni cite action which I think sangat best untuk ditonton. Hero die aku tak bape suke sgt sbb die hensem tapi tak macho, die cantik sgt. hehe. Hyun Bin tatap dihatiku!#wajibtonton my 5th ranking uols!
 




















2.  MY PRINCESS
Cite ni sweet2 je. Jalan cerita ok la, tapi takdelah gile sgt. ok2 je la.


3. BABY FACE BEAUTY
Cite ni sgt comel sebab ada Jang Nara. Suke tengok dorang reka2 baju.

















4. LIE TO ME
aku mmg suke minah heroin ni daripada cite GOong..cantik! kulit die uols cantik sesangat, takpasti la asli ke tak..hehe..cite ni antara yg terbest aku tgk tahun ni..#wajibtonton gak. 4th ranking!




5.  MYEONG WOL THE SPY
Disebabkan aku tak bape nak kenal watak hero dan heroin dalam cite ni, dan cerita die agak slow, tp still boleh tahan, aku mengambil masa yang agak lama nak abeskan tgk cite ni. Boleh lah kalau nak tengok kalau dah takde cite lg best nak tengok.  haha. 



6.  SCENT OF A WOMAN
This is the bestest so far yang aku tengok. 1st ranking of mine.  Kedua2 hero & heroin are my favorite.  Kim Sun Ah &Dong Wook. Jalan cerita die sangat menarik, walaupun keseluruhan cerita ni agak sedih, tapi ending die tak sedih yg tahap melampau punya. I enjoy watching them so much! Cerita ni banyak sangat mempengaruhi aku terutamanya menyebabkan aku nak belajar menari Tango. huhu. #wajibtonton

7.  HEARTSTRING
Cerita ni aku suke jugak! 2nd ranking.  Cite ni pulak menyebabkan aku terpengaruh nak belajar main gitar.  Lagu2 dlm sountrack cite ni memang best!! Aku siap buat Ringtone lagik..haha..cite ni cerita zaman2 study, kat Universiti. kire time sweet2 je la kan, takde romantiknya tapi still #wajibtonton



8.  PASTA
Cerita ni 3rd ranking but #wajibtonton. hehe. Aku memang suka makan, jadi cite pasal masak2 ni memang la kegemaran aku.  Aku jatuh cinta ngan CHEF die..YES CHEF!


9.  CITY HALL
Aku tengok cite ni sebab ada Kim Sun Ah.  Cerita ni agak slow sikit, tapi aku suka lakonan Sun Ah ni so aku tak heran sangat la pasal jalan cerita die kan. Agak serius jugak la sbb cerita pasal politik.



10.  THE GREATEST LOVE
Tengah berusaha nak abeskan tgk cite ni. Aku tak suka sangat dengan watak hero cite ni, agak annoying. haha. Ambil masa sikit nak abeskan. 


Wah, seploh amek kau!

Tu diaaa..ada sepuluh kesemuanya. Kebanyakkannya 20 episod..memang lebam2 aku dok depan lappy kesayangan hamba tuh.

Tengah skodeng2 lagi ni cerita apa yang nak tengok lepas ni. Sape yang teringin nak tengok cite2 ni, nk amek daripada aku pun boleh. 2 hengget je satu cite. hahaha.


Nota kaki :
Di kala aku menaip ini, aku ada test esok, 4 assignments, SKT nk kena submit, bag nak kena pack nk jalan jauh ni..tapi who cares?! takleh nk stress2 sbb nanti BP naik.. :) *senyum sampai telinga*

Subscribe and Follow