Pejam celik, dah masuk hari yang kedua.
Bangun pagi dengan penuh bersemangat! Hari ni kami akan bergerak ke Seoul dan check in kat Namsan GH area Myeongdong. Lebih kurang jam 7.45 pagi, kami pun dihantar oleh driver GH ke airport untuk naik bas.
Disebabkan kitorang nak pergi ke Myeongdong, kitorang kena naik bas No. 6015, tunggu bas kat Gate 5 atau 12. Kalau korang nak pergi Korea, rajin-rajin la melawat laman web
Visit Korea ni ye. Banyak gila info kat situ. Daripada destinasi sampailah ke route map bus ngan subway.
Sambung balik. Sampai-sampai je kat Airport (sebab kat situ je ada bas untuk ke Seoul) kitorang terus cari mana2 kedai yang ada tulis T-Money. Jenuh jugak la nak mencari sebab tak semua kedai ada jual. Beli T-Money ni untuk tambang nak naik subway nanti. Kad tu harganya KRW 3,000 pastu untuk kegunaan kat sana topup lagi KRW 20,000. Dah beli T-Money, kitorang ke information counter nak tanya mana satu exit untuk naik bas 6015. Harga tiket KRW 10,000, bleh beli kat kaunter tiket yang berdekatan. Perjalanan lebih kurang 1 jam lebih sebab jalan agak busy orang nak pergi keje. Kitorang berhenti kat last stop, kat Sejong Hotel. Turun2 bas je dah nampak anak tangga turun ke Station Myeongdong Exit 1. Jenuh jugak nak cari Exit 3 time tu sebab kitorang punye GH kena keluar ikut Exit 3 tapi kitorang main redah je mengheret luggage sampailah jumpa Exit 3 tu. Menghadap Pacific Hotel, kami pun menapak la sikit menaiki bukit untuk ke GH, dah tak jauh dah daripada Exit 3 tu.
Okey, ini dia GH kami!!
|
Building yg kaler kelabu tu, depan sikit kat kete tu Namsan 2 |
Sementara tunggu ahjumma tu kemas bilik untuk kitorang check in, kitorang lepak2 dulu kat pantry die kat bawah. Agak besar jugak, boleh masak2. Kat situ ada kitchen, komputer, telefon (bleh wat free call), penimbang, gitar, dan macam2 lagi la. Check this out -------->
Namsan 3 Guest House.. Ada gambar oppa yang sambut kitorang juge disitu...hukhukhuk..tapi yg oppa dari Thailand (ensem gile uols!!!) tak masuk lg kot dlm web...lupa pulak nk snap gmbr dia..
Selepas check-in, kitorang pun bergerak ke N Seoul Tower. Dekat jugak la daripada GH kami ni, cuma menapak macam daripada Presint 2 ke Presint 4 je jauhnya (mungkin jauh sikit). Tapi sebab suhu yang sejook, takkan rasa sangat kejauhan itu. Jom cuci mata tengok kecantikan view kat N Seoul Tower ni ek.
|
Sebab nak save energy, kitorang naik cable car je naik atas tu..pegi balik KRW 7,500 je.. |
|
Inilah cable car yang kitorang naik..dekat je pun, tak la jauh cm kat Langkawi tu.. |
|
Inilah N Seoul Tower |
|
Kalau tak naik cable car, kena mendaki bukit ni la...ni pandangan dari atas..hee |
|
bukti kami di sini....haha |
dah setel posing2 kat sini, kitorang pun bergerak ke Myeongdong. Cadangnya nak cari tempat makan, sambil tu cuci2 mata jugak la. Nak membeli belah, macam tak bape nak berminat pulak. Myeongdong ni banyak butik, ala2 kat Bukit Bintang la kalau kat Malaysia ni kan. Tapi memang syok gile la kat sini, jalan kat luar building pun macam jalan kt dalam shopping mall sebab sejuk je..hehe..
|
Pemandangan sekitar Myeongdong |
|
Etude House...ini salah satu je, ada banyak lagi.. |
penat pusing2 area sini, kitorang jumpa la satu kedai ni, suggestion daripada forumer
CARI ..dorang memang sangat2 membantu dan tak kedekut pun untuk share semua. Klu ikot forumer, Yukaney nama kedai ni, tapi tulisan kat depan kedai tu semuanya tulisan Hangul tak paham kami dibuatnye..hehe..kitorang tanya oppa kat sebelah kedai tu, betul katanya..Gamsahamida Oppa!! Konyang perut kami.
|
main masak2 dulu.. |
|
Nasi Goreng Seafood + Side Dishes (kimchi, sayur2)..SEDAP! |
Bila perut sudah kenyang, kami pun mula berjalan-jalan. Lokasi seterusnya, nak ke Itaewon. Kat sini katanya tempat orang Muslim sebab ada Masjid, tapi kitorang tak pergi pun area tu sebab kaki dah sakit. Jalan-jalan sekejap kat situ, tengok harga barang agak mahal, foreigners pun ramai.
|
Jalan2 jumpe tulisan Bahasa Melayu..ini mesti keje student kt sana..hehe |
|
Cik Azyan bersama ahjumma kulit belut...hehe..bukti pembelian, klu tak ok kulit belut tu, salahkan ahjumma ni.. |
Sekejap je kitorang singgah kat Itaewon ni, nak cari kedai makanan halal pun kitorang still kenyang lagi. So, kitorang pun bergerak menuju ke Dongdaemun pulak. Malam kat Dongdaemun ni sangat happening..syiok!
|
Meluruskan kaki namanya nih...sungguh banyakku berjalan... |
|
Doota Shopping Mall... |
|
KPOP di malam minggu..hehe..stage ni kat luar building shopping mall |
|
Migliore ni kat sebelah Doota, haruslah geram tengok baju sejuk kanak2 itu..somel!! |
Sebelum tu, ini hasilnya hari kedua saya...hehehehehe
|
shopping!! hehehe....utk diri sendiri dan utk kawan2 juga.. |
okeylah...badan pun dah penat, kaki pun rasa macam nak terputus dah, maka haruslah kami berhenti sampai disini untuk hari yang kedua. Balik2 GH masing2 memang flat habis. Lepas mandi, sapu yoko-yoko, dan tidoooo!
to be continued.....
ttbe kan..i rase mcm nk honeymoon kat korea!!!..haha
ReplyDeletehahaha..pegila, korea cantik dan yg paling penting, sejuk..sesuai la sgt dgn orang yg baru kawen..;)
ReplyDeletejeles nye.. oouuhhh
ReplyDeletejanganlah jeles..awak pun boleh pegi..hehe
ReplyDeleteHi,
ReplyDeletekat area mn kedai kulit belut tu? kalau dari stesen train itaewon?
TQ