nuffnang ads

recent posts

Monday, December 19, 2011

Bubba Gump @ The Curve

Hi guys! 

Hari ni nak cerita pasal makan2 lagi.  Kemaruk nak makan macam-macam cam mengidam la pulak.  Operasi menghabiskan duit secara besar-besaran sedang berlaku kat cikYayan sekarang ni (banyak duit ke??!) dan (tolong jangan nak mention pasal Bersamamu okeh!) ada duit lebih insyaAllah saya menderma. 

Blog ini tidak ada kena mengena dengan anasir2 menunjuk-nunjuk, riak, sombong ataupun yang sewaktu dengannya. Sebagai rujukan je kalaulah kawan-kawan saya teringin nak makan sedap dorang boleh pergi kat tempat yang dicadangkan. Okey?! Dan saya pun selalu teringin nak makan macam-macam tapi selalu je tak terpergi dengan alasan, "cuaknye nak masuk kedai tu", "nak order ape nanti?" "mahal ke tak kedai tu ek" dan lain-lain.  Kalau korang ada bajet, sesuaikan dengan bajet anda dan yakinlah diri untuk masuk ke kedai itu kerana kalau tidak dengan keberanian, impian tidak akan menjadi nyata!

Panjang lebar nak explain sebab bukan ape, takut korang kata aku ni kaya la, tak sedar diri la, tak de duit berlagak macam orang kaya la dan sebagainya. (Memang misi aku pada hari tersebut adalah untuk merasa bagaimana menjalani kehidupan orang kaya, dapat sehari cukuplah!) Walaupun bagi sesetengah pihak mungkin akan mengatakan bahawa, "okeylah, takla mahal sangat kedai tu", "bubba gump?tempat saya lunch tiap2 hari!" bla bla bla...

Makan2 time kali ni dihadiri oleh Pak Fared, Uwan Momot & si Gorgeous Yayan. Kitorang makan kt Bubba Gump The Curve sempena besday saya & Fared sebab bila Momot cakap nak makan kat Mcd, kami serentak berkata, "Kemon la mot, kemon!" haha..Akhirnya Momot pasrah..

Okey, makan time!!









the actor & actress of the day..dalam episod  Untunglaaaaa..:p
Blueberry Smoothie RM11.90
Lotsa Lava..*Recommended* RM11.90
Crazy Cajun Chicken RM43.90..(Mash potato+chicken = mash potato sangat sedap)
Lt. Dan's BBQ Rib Chicken Combo RM43.90 *Recommended* (ini order untuk 2 orang)
Close up..Nyum3
Shrimper's Heaven RM44.90..memang heaven bagi penggemar udang..(ini pula order untuk 2 orang juga)
Udang yang berjuntaian....
Aku tak sempat nak amek nama makanan ni, kawan Momot yang order..tp dalam baldi tu ada lobster, udang, ikan..
Alabama Mud Pie RM22.90..(sesuai utk 4 orang makan)
Ini dia yang abeskan makanan itu..haha
Kerakusan kami..
Muka bahagia dapat makan..
Ni makan 5 orang punye order sebenarnya..lagi 2 order tu tak smpat nk disnap..

Kalau tak silap Bubba Gump ada lagi kat Sunway Pyramid. Yang recommended tu memang sedap, pasti tak menyesal diorder! Akibatnya, kami telah kekenyangan daripada lunch sampailah ke keesokan harinya.


Untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~






No comments:

Post a Comment

Subscribe and Follow