nuffnang ads

recent posts

Friday, October 19, 2012

Bangkok,Thailand - Day 1

Sawad Dee Krab/Ka~

Alhamdulillah, aku dah selamat pergi dan selamat balik dah pun.  So, aku nak story mory kat uols pulak kot2 la klu uols teringin nak ke Krung Thep lepas ni.   Bangkok ni kalau di sana dikenali dengan nama Krung Thep, so kalau uols xpernah dengar, then dah dapat satu ilmu baru..

Pengembaraan kali ni aku together2 with my 'not married yet' cousins.  Generasi 'married' cousins, sila jangan jeles!  Akhirnya, dapat juga kami berjalan, mengembara dan juga meredah negara orang dengan selamba bersama.  Betapa cemas dan gabra je mak2 kami dan bapak2 kami waktu kami nak pergi, toksah cerita, memanjang telefon berdering je.  Bermacam2 nasihat dan juga peringatan diberi untuk anak2 gadis mereka ini. hehe. Cuma mama je yang tak telefon2, dan aku menjadi pelik. Aku call mama, "Mama, orang dah nak naik flight dah ni, mak org lain sume call bagi nasihat macam2, mama je yang tak call orang," kata si anak kepada emaknya.  Dengan selamba mak aku pun berkata, "Kau pergi hari ni ke? Ma kat bank ni haa, elok2 lah jalan tu." Camtu je? Hahaha.. Mesti mama dah lali dah dengan anaknya yang kaki jalan ni kan.  "Bos orang siap pesan suh enjoy, tapi makngah, maktih ngan maklang sume tak bagi suka2 sangat, camne tu?" kata si anak lagi.  Mama gelak2 pastu jawab, "Yelah, pergilah enjoy, tapi jangan gelak2 sangat, senyum je." Lawak la mama aku ni. Tapi yang penting, mama telah bertukar menjadi seorang yang sangat sporting. Yeay! Luv u Mama muah muah muah~

Cerita pasal nasihat dah habis, now focus on our journey.  Flight kami pukul 1.40 petang.  Pagi2 lagi kami dah keluar dari rumah dan tunggu kat KL Sentral.  Naik bas dari KL Sentral ke LCCT lebih kurang sejam dengan harga RM10 sehala.  Aku tak leh nak buat web check in sebab waktu beli tiket tu aku just guna no.IC, kalau international flights kena booking dengan no.passport, baru boleh nk buat web check in.

Excited sebab dapat naik flight QPR. Yelah, slalu dengar je kan. Tapi sama je macam naik flight lain kekdahnya. Kan? Yang penting sampai.



Sampai-sampai di Don Muang Airport lebih kurang dalam pukul 2.50 petang waktu tempatan.
Untuk pengalaman yang lebih mengerikan, kami memilih untuk menaiki bas dan BTS untuk ke hotel, which is much2 more cheaper than taxi.  Cemas gila kot bila naik bas dorang, macam naik bas united plak rasanya sebab still ada konduktor bas, tambang hanya 17 Baht shj.  Berbuih2 jugak la mulut nak suh dia berenti kat BTS Mo Chit kan, sebab kat situ tak de yang reti speaking! Rasa nak nanges mula2. Tapi akhirnya kami berjaya sampai jugak.



Naik BTS dari Mo Chit ke Sala Daeng dengan tambang 40 Baht.  Lepas turun tu, amik Exit 5, turun tangga, pastu jumpa Mcdonalds.  Kena menapak la dalam 10 minit nak sampai ke Hotel Take A Nap.  Takde lah jauh sangat, kalau tak larat, naik ajalah Tuk-Tuk yang sememangnya setia menanti kat depan McD tu.  Tambang Tuk-Tuk dari Mcd tu ke hotel 50 Baht je pun, kongsi la ramai2, leh naik sampai 4 orang.


Akhirnya setel check-in, masuk bilik, rehat2 dan buat solat Jamak.  Cantik dan besar bilik kat Take A Nap nih.  Toilet pun ok.  Sangat2 selesa.  Kami duduk private room untuk 4 persons.  Highly recommended to those yang nak travel di Bangkok.  Hotel siap ada lif lagi tau.  Suke!  Nasib baik kami sampai before pukul 6, so masih sempat la buat Jamak Zuhur dan Asar.   Selepas tu kami pun keluar semula berjalan2.  Perut pun sudah berkeroncong buat Ana dah kan.  Tanya kat receptionist, katanya ada restoran Arab dekat dengan KFC dan Pizza Hut.  So, kami pun menapak la untuk mencari sesuap nasi.

Kedai ni jauh tak jauh sangat la daripada Hotel, tak rasa jauh sebab kat tepi2 jalan tu ada jualan, mata pun sempat la meninjau2 barang yang dijual.  Nak ke restoran tu sama jalan je kalau nak ke Pat Pong Night Market.  Kedai ni agak tersorok, tapi dekat Pizza Hut, kena masuk sikit ke dalam building tu, bukanlah kedai Arab tapi kedai Lebanon sebenarnya, tapi bolehlah kan, janji Halalan Toyyiban.  Food kat sini agak pricey, so, tindakan lebih jimat adalah berkongsi kerana portion agak besar.  Kami yang tak berapa nak bijak (1st timer la pulak kan) + lapar telah pun mengorder makan sorang satu.  Memang tersandar akibat kekenyangan dan tak abis pun. Membazir sangat ku rasakan.  Sorang makan lebih kurang dalam RM30-40. Haha. Bankrap di hari yang pertama.  Pengsan!


Lepas makan, cuci2 mata kat pasar malam kat situ. Memang cuci mata sangat! Kesimpulan yang aku boleh buat, Thai ni sangatlah open dik non oi..depan2 mata ditunjukkan CD Blu (bukan Blue Ray) tapi yang ehem2 tu sbb nak suruh kitorang beli. sukati jek! haha..


Kami balik semula ke Hotel selepas merembat sehelai dua baju untuk dipakai hari berikutnya.  Harga boleh bargain, tapi cakap elok2lah, kalau tak nak pun cakap elok2.  Mereka tu berniaga kan, so, kena la pandai ambil hati jugak kalau nak murah. :)

Berakhirlah kisah hari pertama kami di Bangkok.  Stay tune for the next day.


Khob kun krab~


Express link :
Bangkok, Thailand - Day 2
Bangkok, Thailand - Day 3
Bangkok, Thailand - Day 4


17 comments:

  1. shopping mmg best, tp haruslah bargain..kalau tak, maut regenya..

    ReplyDelete
  2. Alamak..kmain saya pegi belek satu2 page pkai phone nk cr smbungan smbil take note..rupanya dh ada xpress link..damn..haha..btw..thanks for ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tula, entri bangkok ni je lak yg rajin buat express link..

      Delete
    2. Next trip ialah?
      Selamat x agak2 pegi sorang?

      Delete
    3. bangkok ok je kot, cuma klu drp airport dong muang tu kna pandai2 cr transport yg leh hantar kt nearest BTS..jauh sikit la dr bandar..skang tatau la senang ke tak, sbb time sy g tu AA bru tukar route. Lg, satu, nk pegi sorang2 kena kuat iman dan sentiasa berhati2 di airport, kalau boleh, jaga barang kita betul2 dan tak pyh la beli apa2 kt airport tu..

      Delete
    4. Sy pegi pkai train dr sungai kolok..sambil2 nak tgk diskriminasi terhadap islamic district..train dia lalu selatan thai dan trus ke bndar2 yg bukan islam..so, org kata boleh tgk prbezaan layanan dr segi infrastruktur..xley bla bab 'kena kuat iman'..haha..insyallah..nnti travelog sy bg credit ckit kat blog ni..

      P/S: nak kena google ape mende AA tu..mcm nama battery.

      Delete
    5. serius sgt kena kuat iman, esp lelaki..haha..sbb klu dh g sorg2 tu senang je nk kena tarik..so, take care k..AA tu Air Asia laaa..hahaha

      Delete
  3. Insyallah...harap2 Allah pelihara la iman hambanya ni..huhu..
    Baiklah..thanks again yayanrahman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..ada blog ke? bagi la link, leh singgah2 dpt share story..:)

      Delete
    2. Ade blog..tp blog tu byk sampah sarap dan sarang labah2 la...malu pulak..lepas sy balik n update yg pegi bangkok ni..sy bg..bru smangat skit nak ltak link kat sini...hewhewhew...

      Sorry delete yang bawah ni..sbb nak reply kat sini td..hagabaga...

      Delete
  4. http://gergasimalaya.blogspot.com/2013/09/kota-bharu-sungai-kolok-bangkok-part-1.html?

    Just nak share je..tenkiyuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dah update blog ye..free nanti sy singgah ye..;)

      Delete
    2. Okay..thank for the info and space here :)

      Delete
    3. u're welcome..aritu dah baca blog awk tp takleh nk komen..ce tgk apa probnye tu smp sy takleh nk komen..hehe

      Delete
    4. Ohh Yer ke..sorry..maybe sbb mlalut klaut jer kot tulisannya...hahaha...nnti sy cek balik yer cik yayan...

      Delete

Subscribe and Follow