nuffnang ads

recent posts

Friday, November 16, 2012

Bangkok, Thailand - Day 4

Finally!

Inilah hari terakhir kami di Bangkok.  Bila dah sampai hari terakhir di sini, rasa tak lengkap kalau kami tak pergi ke Grand Palace melalui Chao Phraya River Cruise.  Must do things in Bangkok tuuuu. So, let's start the day.

Pagi-pagi tu, seawal pukul 8.00 pagi kami turun breakfast dan ready untuk check out.  Disebabkan kami masih ada destinasi nak pergi, beg-beg kami boleh disimpan dalam bilik berkunci yang disediakan oleh hotel.  

Seperti biasa, kami menggunakan perkhidmatan BTS yang sememangnya mudah dan pantas.  Harga pun murah.  Daripada stesyen Sala Daeng tu kami turun di stesyen Saphan Thaksin dengan tambang semurah 25 Baht sahaja.  Turun tangga kat bawah tu je dah ada jeti.  So, beli tiket kat kaunter.  Untuk tourist, memang dah disediakan pakej sehari.  Tengok signboard betul2,, beli tiket kat Chao Phraya Tourist Boat.  One day River Pass daripada pukul 9.30 pagi hingga pukul 4.00 petang berharga 150 Baht sahaja.  So, dalam masa tu, korang boleh sesuka hati naik dan turun di mana2 pier yang korang nak turun.  

Untuk ke Grand Palace, sila turun di Maharaj Pier.  Bila nak pergi ke Grand Palace tu korang kena menapak la sikit.  Just ikut je crowd tu pergi ke arah mana.  


Sementara nak sampai tu, enjoy the view sepanjang sungai Chao Phraya.



Disebabkan terlalu ramai orang dan cuaca yang agak panas, kami tak masuk pun kat dalam Grand Palace tu.  Kalau nak masuk, sila sediakan 400 Baht.  So, bagi sesiapa yang nak pergi ke palace tersebut, sila berpakaian sopan.  Kalau tak, korang kena la beli seluar baju kat luar ataupun pakai pakaian yang disediakan yang semestinya akan memburukkan lagi gambar korang kat dalam tu nanti. kikiki. dah rupa nyonya jual sayur masing2 dah aku tengok aritu.  So, sila pakai seluar panjang dan baju berlengan.


Ni pulak pemandangan kat luar Grand Palace tu.  Kedai-kedai yang ada kat tepi-tepi tu sangat unik designnya.  Old skool gitu.

Sekejap sangat kami singgah kat situ.  Panas uolssss. Kulit acik sensitip, peluh dah macam air hujan dah menitis-nitis.  Hehehe. So, perjalanan diteruskan menuju ke Wat Arun.  Kalau nak ke Wat Arun kena turun kat N8.  Daripada situ, kita kena naik ferry dengan bayaran 3 Baht sahaja sebabnya Wat Arun tu kena cross sungai.  



Jalan-jalan tengok tengok je la kan.  Nak ambil gambar beria cam tak sessswai pulak. So, just tengok je la senibinanya.  Janji pergi je uols.  Kalau tak pergi kang, rasa cam tak lengkap pulak itinerary kannnn. So, lepas jalan gitu-gitu (itupun pancit gak memasing) kami pun naik balik atas boat.  Perut telah berdondang sayang, memanggil-manggil untuk makan.  Dan disebabkan badan dah belengas dan melekit, kenalah pergi makan kat tempat berhawa dingin kan.  So, pilihan kami adalah di MBK! hehehe. Daripada Saphan Thaksin tu, turun kat National Stadium dengan harga 30 Baht sahaja.  MBK ni syiook gak kalau shopping.  Tempat makan pun bagus.  So, kami berhenti lunch kat Yana Restaurant.  Berdepan dengan food court MBK tu je.  Walaupun agak pricey makanan disini, tapi serius sedap dan recommended.  Tom Yam kat situ memang ooh la la weh. Teringat sampai sekarang.  Bab-bab makan dan harganya akan diupdate dalam entry lain bila free2 nanti k.


So, perut pun dah kenyang.  Sempat kami singgah beli coklat kat pasaraya dalam MBK tu.  Gayat sebab harga coklat kat sana agak murah kalau nak compare kat Malaysia.  Dan ada juga beberapa coklat yang tak ada dijual di Malaysia pun.  Bolehlah korang g tengok2.

Kami pulang semula ke Hotel untuk berehat-rehat dan solat jamak Zohor dan Asar.  Disebabkan dah check out, kena solat kat Pantry.  Toilet memang ada je kat bawah tu, so place doesnt matter kan.  Kami dah minta Hotel book kan teksi untuk kami ke airport.  Masing-masing dah tak larat nak menapak dengan bawak beg.  So, duit pun ada lebih sikit, kami pun tong-tong bayar taxi.  Tak mahal pun, affordable and reasonable.  Kami gerak awal sebenarnya ke airport.  Flight kitorang pukul 6.30 tapi pukul 4.00 camtu kami dah tercongok kat airport.  So, dah setel check in, kitorang pun duduk bersila sambil main Jenga. hahaha. best giler! Asal sorang jatuhkan je, pecah gelak memasing. Walaupun ada orang tengok2, tapi pedulik hape kan.  Mesti korang tertanya-tanya mana kitorang dapat Jenga tu kan? Haha. Alkisahnya cousin aku si Athirah tu la yang beli kat Chatuchak Market. Kalau tak silap dia dapat dengan harga 200Bhat je dalam RM20 cmtu. Murah giles kan? sila beli.  So, dah ada experience baru main Jenga kat airport. Ko mampoo? haha

Happy to be there.  Hope murah rezeki dapat ke sana lagi especially Chatuchak Market and theres so much experiences as words cannot described.  Kena pergi sendiri then you know.  :)

Sampai bertemu lagi di next vacation....:p

P/S : Credit to Athirah for some of the pics.


Express link:
Bangkok, Thailand - Day 1
Bangkok, Thailand - Day 2
Bangkok, Thailand - Day 3




Wednesday, November 14, 2012

Istanbul, aku pasti akan datang....



Istanbul, aku pasti akan datang tu versi aku, tajuk sebenar Istanbul, aku datang! hehe.. (so, Istanbul officially dah masuk dalam list travel aku jugak, cuma bila je tak tau.. kalau nak buat wedding photoshoot kat sana boleh? hihihi..sangat terpengaruh! kan?!

Baru taip tajuk tapi senyum dah sampai ke telinga...Tak tau apa pendapat korang, but for me, I really enjoyed it! (tolak tepi lakonan Tomok ngan Aizat, boleh?) Memang bila tengok cerita tu, otomatik rasa macam nak pegi Istanbul!!!!

Even jalan cerita ni agak open and maybe not suitable untuk remaja2 yang masih tak boleh nak bezakan antara baik dan buruk, tapi as long as tak ikut apa yg ada kat dalam cerita tu, i think it was a good movie..Lisa Surihani as always tak pernah menghampakan and she looks really cute! Sangat sesuai bawa watak Dian tu.  Kalau ikutkan hati, nak tengok lagi cite tu, kan? seriously.

Rasanya tak seronok nak tulis sinopsis cerita tu, as I prefer uols pergi dulu tengok cite tu.  shoooo shweeet sangat! Korang pasti tak menyesal.  Untuk lelaki2 yang bakal nak tgk, pls don't judge lakonan orang k..As i watched it dari awal sampai habis my friend yg boy ni dok kutuk2 lakonan tomok.  Dia kan bru first time berlakon, ok what?! Yang pastinya Lisa adalah sangat luarbiasa tahap kecomelannya dan tak annoying langsung.  Satu lagi cerita daripada Bernard Chauly yang aku suka sangat2 after Gol dan Gincu.  Hope banyak lagi cerita macam ni selepas ni, penat sangat dah rasa kecewa pas tengok cite melayu.

Rate yang aku boleh bagi untuk cite ni 4.5/5.  Boleh masukkan dalam list #mustwatchmovie korang.  Yang penting, aku lagi suka cite ni daripada Skyfall.


Thumbs up!


Nota kaki :  
Dah lama tak tengok wayang, sekali dah tengok, makin banyak pulak cerita yang aku rasa nak tengok.  hehehe. layankan.


Thursday, November 8, 2012

Bangkok, Thailand - Day 3

Apa aku buat kat Bangkok hari yang ketiga?

Sekejap je masa berlalu, dah masuk hari yang ketiga.  Hari ketiga ni kitorang plan untuk ke Floating Market. Pakej nak ke Floating Market ni kami dah booked siap2 kat reception hotel sehari sebelum bertolak.  So, pagi tu, ada uncle (Jimmy nama diberi) datang pick up kami kat hotel dalam pukul 7.00 pagi.  Perjalanan makan masa hampir 2 jam juga nak sampai ke destinasi.

Sebelum sampai ke Floating Market, Jimmy berhenti kat 7e untuk kami beli bekal.  Kata Jimmy kat Floating Market tu air mineral 20Baht.  Kira mahal la kan, kalau kat 7e 7Baht je.  Jauh sgt beza.

Untuk ke Floating Market, kitorang naik bot.  Kata Jimmy, Floating Market ni umpama Thailand di zaman dahulu kala, yang mana, mereka menggunakan jalan air sebagai jalan utama untuk bergerak ke mana-mana.  So, kalau macam di Vietnam dulu pun ada gak naik sampan, tapi yang ni mereka siap berniaga sekali atas sampan.  Exciting jugak la tengok mereka2 ni berniaga, siap masak-masak atas sampan sume kan.  Dan yang pasti aku kagum dengan mereka kerana dengan kepanasan di tahap maksimum dan badan2 yang melekit mereka mampu bertahan demi mencari rezeki.  Mereka dah lali kot. Aku je yang tak tahan.

 Nak sampai ke market, kami kena naik bot..weeehuuuu...tapi panas weh.siyes.



 Tahap kekaguman aku pada mereka sangat tinggi.  Gigih weh dayung sampan tu.

 Aku sekadar tengok jela apa yang mereka jual.  Tak lalu langsung nak beli walaupun ada la satu sampan ni jual makanan halal.

Makcik pakai baju biru tu garang giler weh.  Bile bot orang lain terlanggar dia kan, dia marah2, takuuuuut..hehe..macamlah orang sengaja langgar dia.

 Omputih tu beria senyum bila nampak aku nak snap gambar dia. hehe

 Kalau korang nak beli apa-apa, jangan risau la kan, swep ajalah kad ittew...Paew Souvenior tu kan memang kaw2 paw orang. Jangan beli kat situ, mahal sangat..Sambil2 menunggu tu, leh la order Pork Noodles kan..hahaha..

Okeh, berakhir sudah perjalanan kami di Floating Market, berpeluh ketiak acik! Panas sangat, serius rasa cam nak beli topi2 yang bersepah jual kat situ. Baru nak feeling2 princess, tapi tengok harga, mmm...baik tak payah. Satu hal pulak nak bawak balik nnt, bukan bawak luggage segala.

Perjalanan diteruskan ke Elephant Village, tak jauh daripada situ.  Yang ni termasuk pakej kata Jimmy. Ok, ikutkan ajalah kan.  Disebabkan dah lapar + panas + letih, kitorang decide untuk tak naik gajah.  Naik gajah kat Kuala Gandah pun boleh kan.  



Sambil menunggu yang lain-lain naik gajah, mari pekena Coconut Ice Cream. Sila cuba ya, sedap sangat rasanya...yummeh!

Sekejap aje pun singgah kat tempat gajah tu.  Lepas tu, kami bergerak lagi menuju ke pusat Kraftangan berdekatan dengan tempat gajah.  Royal Thai-Handicraft Center ataupun RTC.  Bila tengok orang buat kraf ni kan, mula la muka kagum semacam.  Serius sangat halus hasil daripada ukiran kayu yang dibuat.  Hanya orang yang tabah je mampu menghasilkan kraf sebegitu rupa.  Kalau nak beli hasil kraf pun boleh seperti kerusi, meja makan, katil, almari dan banyak lagi perabot yang menarik.  Aku tak sempat snap banyak gambar sebab masa limited. 




Tamatlah sudah half day package ke Floating Market.  Perjalanan balik ke Bangkok agak suram.  Masing-masing dah penat ditambah pula dengan cuaca yang mendung.  Sempat la tidur sekejap.  Disebabkan perut memang dah berkeroncong sangat2, kami pun minta driver van tu berhentikan kami di Ratchathewi.  Oh, lupa nak pesan, kalau korang boleh bawak bekal, sila bawak bekal.  Coklat pun memadai, in case kalau korang pun spesies cam aku, tak lalu nak makan makanan mereka.  

So, hari ni kami makan kat Farida Fatoni.  Sebaris je pun dengan kedai MakYah.  MakYah ternyata lagi mahal.  Kedai ni harganya murah lagi dan makanannya pun bolehlah kan.  Janji perut terisi.  Dah makan kenyang-kenyang, kitorang menapak ke Platinum.  Sebenarnya agak jauh jugak la daripada Farida, kalau korang rasa tak larat, maka dijemput naik teksi ataupun Tuk-tuk.  Kami ni ingatkan dekat, maka kami pun berjalanlah.


Kat Platinum tak ambil gambar pun. Busy window shopping kekdahnya.  Kalau korang serius untuk berniaga, sila borong di sini.  Kalau beli 2 pun dah kira harga wholesale.  Disebabkan duit tak berapa nak hado, aku pun memandang sepi je baju-baju dan seluar yang cantik disitu. Tak lupa, skirt pun banyak.  Aku tengok dah ala-ala fesyen Poplook pun banyak kat situ.  Cousin aku sempat merembat sehelai Palazo yang harganya agak berpatutan.  Benci sesangat! Sebab bila dah balik tengok dia pakai memang cantik. Menyesal tak beli. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Perjalanan hari ketiga ini sangatlah memenatkan.  Dan disebabkan kami dah penat yang tahap flat abes, kami pun decide nak balik tido. Haha. Tido sekejap je pun.  Pastu kami keluar balik malam tu jalan-jalan di Patpong Night Market. Tak jauh daripada hotel.  Sempat la merembat beberapa lagi souvenior yang masih tak cukup.  Pat Pong ni sangat happening sampai aku takut nak snap gambar.  Harga barang kat sini mahal sikit berbanding kat Chatuchak Market.  So, pandai2 la bargain. Tapi korang takkan dapat harga yang sama macam kat Chatuchak tu.  So, kalau pergi Chatuchak, silalah borong semuanya disana.

Malam ni malam terakhir kami di Bangkok.  Harus pulang awal sebab nak kemas barang.  Kami kena check out awal sebab bilik tu dah ada orang lain booked.

Sekian melaporkan untuk hari yang ketiga.


Express link:
Bangkok, Thailand - Day 1
Bangkok, Thailand - Day 2
Bangkok, Thailand - Day 4

Wednesday, November 7, 2012

SKYFALL - Sooo not my expectation!


watched this movie last night.
*kecewa*
maybe it's ok for those yg tak suka action sbb agak dramatik.
ending M mati.
yang paling best lagu SKYFALL by Adele.

Tapi eksaited sebab baru 1st time self-print ticket..
selalu orang lain tolong buatkan.
semuanya di hujung jari.
layari laman web GSC untuk keterangan lebih lanjut.. ceeeewah!
Sekian.

[IKLAN] Sabah Getaway



Short trip but a happy trip ever.
Will be updated after Bangkok's story finished.
Thank you.

Subscribe and Follow