recent posts

Tuesday, May 14, 2013

Jakarta, Indonesia Pt.3 - Pasar Gembrong Surga Mainan

Hai kawan2 semua! Hari ini kita sambung lagi cerita Jakarta ye? Ok tak ni? Korang free tak ni nak baca? Baca tau, kalau korang tak baca, malas la lagi nak update blog pasni..lalallala...
Mengada giler kan, rasa nak tampar tak?! ha ha ha..Sorrylah geng, lama betol aku nak habiskan entri Jakarta yang tak seberapa ni, banyak komitmen lain yang perlu aku utamakan..Mana taknya, semester ni banyak giler kot assignment, semua pakat2 suruh buat report la, presentation la, tutorial la, kelam kabut aku dibuatnya..Walaupun sekarang ni memang tengah ada dalam 6 ke 7 assignment yang perlu disiapkan before Jun, tapi aku gagahi jua untuk menyudahkan entri Jakarta ni..Kalau tak, makanya, sampai raya puasa tahun depan pun tak akan habis..hehe..

Oklah, malas nak mengada2 lagi, so, jom sambung cerita suka suki aku di Jakarta.

Next destination yang aku pergi ialah Pasar Gembrong.  Aku yakin, ramai yang tak mengetahui kewujudan pasar ini.  Pasar Gembrong ini adalah surga mainan kanak-kanak dan alat tulis yang dijual dengan harga borong, tapi tak semestinya beli dengan jumlah yang banyak pun, beli satu barang pun dapat harga borong..kikiki...Semua penjual barangan mainan dan alat tulis kebiasannya mengambil stock daripada pasar ini.  

Before aku pergi ke pasar ini, actually I have no idea langsung la kan, ape rupa bentuk dan murah sangat ke barangan yang dijual di sana.  Sebab plan awal kami nak ke Ancol.  Plan bertukar last minute sebabnya, kami belum sempat shopping beria lagi, kalau ke Ancol, confirm2 habis sehari suntuk kat sana.  Ancol tu macam Sunway Lagoon tak silap aku.  So, kami tukar plan untuk shopping sahaja pada hari yang kedua terakhir ini.    Ya! Shopping lagi.......ngeeeee

Desy yang membawa kami ke pasar Gembrong yang terletak di Jakarta Timur ini.  Katanya, dia selalu beli mainan untuk anak dia yang bernama Sachi tu, murah kalau nak dibandingkan dengan beli di Mall.  So, disebabkan Rayyan adalah raja berdaulat untuk trip kali ni, maka, semua tempat yang dituju pun adalah demi Rayyan.  he he he. (kalau tak tau pasal Rayyan, sila baca entri yang lepas, ok!) Dan seperti biasa, aunty tumpang sekaki. lol

Mula-mula, bawak duit kononnya nak shopping telekung buat jual, sudahnya, habis duit aku sebab belikan toys untuk anak-anak buah yang terchenta tu aje.  Ingatan mesra untuk tersayang katenye, gigih tak gigih la aunty ko ni mengangkut semua mainan tu, kalau korang tak sayang aunty tak tau nak cakap apa.  Keadaan di pasar Gembrong ni tersangatlah panas, so, pakai pakaian yang sesuai.  Oh, lagi satu, sebab kami ke pasar ni naik kereta yang dipandu oleh Om, so, klu korang nak pergi, kena la naik teksi ataupun mintak Pak Supir hantarkan ya, kalau nak direction yang lebih detail, sila Google.  Aku tau2 dah sampai je hari tu, ikut celah bedah mana pun aku tak ambil tau.  Yang pasti kat Jakarta Timur.

Cerita banyak tak guna, jom la layan gambar-gambar ni semua.  Seperti biasa la, kalau pergi tempat shopping, gambar ada dua tiga kerat je, mana nak pegang kamera, nak pegang plastik, nak bukak dompet, nak memilih banding, so?? Layankan ajelah apa yang ada ni...hehe

deretan kedai ni memang betul2 tepi jalan, so, kenalah menapak sepanjang jalan ni..

Kereta control pelbagai saiz dan model..yang paling besar aku tanya untuk kereta control yg model ferrari harganya RM80



aku memang suka tengok miniatur2 ni, aku berhasrat nak kumpul benda2 ni suatu hari nanti..



keadaan lorong2 kat dalam kedai tu memang agak gelap dan sangatlah panas berbahang..merembes peluh uols


Ok, itu sahaja entri pasal Pasar Gembrong..so, kalau tiba di Jakarta, bolehlah singgah di pasar ni..harga boleh mintak tawar lagi, tapi kena pandai2lah..aku tak sure kat Malaysia ada ke tak tempat macam ni, kalau ada, leh la share2 dengan aku, yela, takyah nak pergi sampai ke Jakarta sangatlah kan kalau memang dah ada di Malaysia..

Makanya, berakhirlah kisah aku di bumi Jakarta ni, rasa macam tak puas, memang nak kena pergi lagi ni..Baru je tengok kat MAS tiket g balik Jakarta RM75 je.  Serius! Tapi aku tak tengok pun lagi hari ni masih ada lagi ke tak, yang aku tengok tu last week, dan disebabkan tarikh pergi tu clash dengan final exam aku, goodbye je la aku ucapkan..Next month I'm going to fly again, insyaAllah, tapi bukan untuk melancong, just a short business trip..For this year punya travel schedule, alhamdulillah separuh masa pertama dah habis dengan jayanya, sekarang ni tengah berehat dulu sebelum sambung separuh masa kedua pulak..boleh gitu?? hehe..Oklah, sehingga bertemu di lain waktu, masih ada banyak kerja yang menunggu..

Bye bye XOXO


Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow