recent posts

Wednesday, February 27, 2013

Runaway Baby

I'm not Bruno Mars, that asked his girl to runaway..
I am just me, that only asked you to stay but you won't listen..
So, I'll go..
 
EH?!
 
Dah kenapa nak bersentimental tengah-tengah malam diselangseli dengan bunyi cengkerik krik krik krik dan juga bunyi dengkuran orang yang sedang lena dibuai mimpi? Ape kehei dengan kamu ni yob?!
 
Sebenarnya tak de kena mengena dengan sesiapa pun. By time aku menaip ni, I am in the middle of the night, in the middle of the bed and my eyes still wide open.  Setelah overdose coffee, inilah jadinya.  So, where am I? Aku tengah berkursus di luar pejabat, somewhere far far away from my boss..yippie! (sorry boss, I know you are not happy because you really miss me right?!)
 
Sebelum aku kesiangan dan terlepas solat subuh berjemaah esok, eloklah kiranya aku menidurkan diri sendiri.  There's a lot of program tomorrow, senamrobiknya lah, lecturenya lah, exploracenya lah..Woowwee, tak sabar nak menjelajah bumi Melaka nih esok petang sambil berexplorace! Haha, very the broken english, rojak! who cares?! tepuk dahi kang! Dapat makan free dan dapat jalan2 free, kalau banyak aku snap gambar aku share nanti ye, itu pun kalau sempat la kan nak bergambar sakan, agak2 la tengah kursus kot..marah bos kalau tau PA dia pergi berjimba je..hehe
 
See you soon, ada lagi satu trip yang belum sempat nak update..so, tunggu yeee...:)

Tuesday, February 26, 2013

Medan, Indonesia - Day 3 (Finale)

Sudah masuk hari ketiga uols, selamat membaca!

Perjalanan hari ini adalah daripada Berastagi menuju ke Medan.  Kena bertolak awal pagi sebab hari ini hari Ahad, kedai banyak yang tutup awal.  Untuk tidak membuang waktu, kami bertolak seawal pukul 8.00 pagi, sejurus selepas breakfast.  Shopping time! woot woot!

First tempat yang dituju dah sampai ke Medan adalah untuk beli kek lapis dan bika ambon.  Kalau datang ke Indonesia dikira macam benda wajib beli jugaklah, tapi depend korang nak beli ke tidak.  Kedai ni Pak Awen yang bawak, so, ikut dia aje.  Selain kek lapis dan bika ambon, ada juga brownies.  Harga kat kedai ni kalau ikutkan agak mahal tapi still affordable.  Kat sini, kami order je, nanti malam orang kedai tu akan hantar ke Hotel.

Ada sample untuk rasa, kalau lapar leh la makan beria..hikhik
Aku beli tak banyak, beli satu kek lapis dan satu brownies untuk ofismate yang tercinta.  Kira dah sampai sana, aku masih tak lupa diri.  Dah setel order, kami pun laju-laju menuju ke Pasar Ikan.  Kena laju-laju sebab pasar tutup awal. Takut tak sempat la pulak nak memborong.


Ini adalah gambar yang sempat aku snap sebelum tangan dipenuhi plastik.  Bargain jangan tak bargain.  Shop until you drop, okey? Pastu bila duit habis, masuklah rancangan Money Drop. ok itu #lawakhambar

Ada berbagai-bagai pilihan telekung, harga tertakluk kepada jenis kain, jenis sulaman dan kualitinya.  Antara barang-barang lain yang dijual disini adalah telekung travel, kain batik, kain pelikat, kain sulam, blouse dan sebagainya.  Ada kedai yang boleh terima duit Ringgit Malaysia, so, don't worry kalau duit rupiah dah habis. *clapclap*

Lepas shop until drop, confirm perut pun jadi lapar kan? So, tengahari tu kitorang decide nak makan makanan Sunda pula.  Jom ke Koki Sunda!






Bagi aku, tekak aku lebih kepada makanan Jawa dan Minang. Sunda ni kureng sikit. Tapi still boleh dikatakan sedap. Price? Makanan kat sini harga standard yang aku ingat, seingat akulah kan, sebab aku rasa cam hilang ingatan pasal berapa duit makan yang habis kat sini. Hari last kan, duit pun fikir nak habiskan je..hehe

Pas makan, jom check in kat Swiss-Belinn.  Hotel yang ni pun sama, tempah via Agoda.  Harga sangat berpatutan, bilik pun cantik dan selesa.


Last but not least, aktiviti yang sememangnya telah dirancang lebih awal iaitu SPA! hehe..gugurls nak g Spa kejap k, nak feeling ala-ala Mak Datin uols..Bagi sesiapa yang nak berkunjung ke Medan dan sememangnya suka dengan spa, silalah ke Spa ini ye.  Selain harga yang sememangnya sangat berpatutan, servisnya juga amatlah tiptop.  Boleh buat tempahan dulu bagi mengelakkan tiada kekosongan.  Just click link ini untuk tengok harga dan buat tempahan ZEN GARDEN SPA.  Full body treatment serendah RM50 je uols, kat Malaysia mana nak dapat??! U tell me?! hehe..well, rugi kalau tak pergi. Spa ni kat dalam town je, Jalan S.Parman, suh je driver uols hantar, pasti indah perasaan bila dah penat bershopping, manjakan diri pulak kan???!! Tips ni aku dapat daripada Tripadvisor, memang boleh pakai.


Selepas berspa selama hampir 2 jam, balik semula ke hotel.  Rehat-rehat di lobby hotel sambil berwifi.  Hotel tu tak ada wifi dalam bilik, harap maklum. 

Aktiviti malam, kami just keluar makan, then balik hotel balik sebab nak kerja keras packing barang.  Kalau tengok barang dengan tengok beg, memang rasa takkan muat, tapi sebab dah jadi expert dalam bidang packing barang ni, semuanya bisa diatur, padat mampat sendat beg, janji  semua barang leh masuk, gitteww..

Flight balik kami adalah pukul 6.20 pagi ye uols, so, pukul 4.30 pagi dah kena siap2 turun kat lobby, hotel ada perkhidmatan hantar ke airport, tapi kalau dah penuh ataupun van dah berlepas, pihak hotel akan call teksi.  Harga teksi murah je sebab airport dekat.

Maka dengan itu, berakhirlah trip pendek ke Medan, Indonesia. Kepada cousinku, terima kasih atas segalanya dan mohon halal terlebih terkurang sepanjang perjalanan itu.  Murah rezeki, berjumpa lagi kita di trip yang seterusnya. Hehe.  

Sekian, hingga bertemu di trip yang lain. :)


P/S :  Terima kasih juga pada mamat2 gorgeous yang mengiringi perjalanan kami di Medan, tak pasal2 terjumpa rakyat jelata pulak kat bumi Medan tu. hehe. Glad to know uols dan dpt kongsi tips travel daripada otai2 travel cam korang, otai k, lulz.. So, next trip korang, jangan lupa, nak fridge magnet! 





Tuesday, February 19, 2013

Medan, Indonesia - Day 2

Mejuah-juah!

Lagi satu bahasa yang aku dapat dari bumi Medan, maksud lebih kurang sama dengan Horas. Tapi yang ni kalau orang cakap kat kita, tak perlu dijawab apa-apa.  Macam dalam lagu Najwa Mahiaddin tu, senyum tak perlu kata apa-apa..:)

Perjalanan hari kedua agak relax.  Bangun2 pagi, hantar baju kat laundry untuk diseterika..Lepas tu, lenggang-lenggang kangkung pergi ke cafe untuk breakfast, dah breakfast, sesi gambar bergambar pulak di sekeliling hotel..Balik bilik, siap-siap, then baru gerak menuju ke Berastagi.  Lebih kurang dalam pukul 10 pagi baru kami bertolak.  Perjalanan ke Berastagi makan masa lebih kurang 2 jam, tapi on the way ke sana, kami akan singgah di beberapa tempat.

Check point pertama adalah di Simarjarunjung.  Kat sini bolehlah kalau nak bergambar, ke tandas ataupun menikmati air kopi/teh/milo panas yang dihidang bersama dengan goreng pisang panas.  Belum sempat nak snap gambar, pisang goreng panas dah pun terus dingap oleh kami..hee..Sejuk-sejuk minum secangkir kopi dengan pisang goreng panas cicah gula, memang terbaik wok!


Perjalanan diteruskan lagi menuju ke air terjun Sipiso Piso.  Macam biasa, sepanjang perjalanan kami akan leka menikmati segala panorama yang indah, kehidupan penduduk disana dan sempat juga kami menyaksikan majlis kematian di salah satu perkampungan disana.  Nak snap gambar takut sebab orang terlampau ramai dan majlis kematian kot.  Tradisi kaum Batak ni, kalau ada majlis kematian, berhari-hari kendurinya,  orang ramai yang datang memakai kain yang diselempang di bahu.  Bak cerita Pak Awen, kalau ada kematian sebegitu, mahu  2 3 ekor kerbau pendek ditumbangkan bagi disajikan kepada tetamu. hehe.

Akhirnya, sampailah ke tempat yang dimaksudkan iaitu air terjun Sipiso Piso.  Memang kawasan ini merupakan salah satu tarikan bagi pelancong yang datang ke Medan.  Ini memang betul-betul terjun, sebab tinggi tuu..Boleh kalau nak turun sampai ke bawah, tapi bak kata Pak Awen lagi, kalau nak turun dalam setengah jam dah boleh sampai, tapi kalau nak naik balik 2 jam pun belum tentu.  hehe.  Atas kegigihan kami, kami turun separuh jalan je, itupun dah berpoluh ketiak acik! Artis KPOP dan Najwa Letup pun sama gak..Muke masing-masing control maintain, nak jaga reputasi letteww..haha..

Najwa Letup dan Artis KPOP yang dimaksudkan, gentlemen yang lain, nampak cool tahan napas..bravo!

Air terjunku bukan tempat sampahmu, ngerti?!
Apesal cam terkelendat je tu? hahahaha..sorry paparazi lebih expose..:p

Kitorang turun sampai yang dekat wakaf tu jek..itupun dah sesak napas dah dek non oii...

amboi, riang kau ye..
Dah lepas berposing  bagai, perut pun dah melapar, kat sini ada banyak gerai makanan muslim, so, masuk je la kat mana-mana rumah makan yang korang yakin.  

Next check point adalah Pasar Buah Berastagi.  Kat kawasan ni ada banyak kereta kuda kalau nak naik.  Kami tak naik pun, jalan kaki je la, bukan jauh pun.  Kat sini ada juga jual barangan cenderahati kalau nak beli, tapi harganya tak semurah di Samosir Island.  Pandai-pandailah tawar menawar.  Buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat di sini memang fresh dah sangat menggiurkan.  















Lama jugak kami merayau-rayau di sekitar pasar buah ni.  Memang rasa cam nak beli je semua buah-buah dan sayur yang fresh tu bawak balik Malaysia. Mungkin lebih seronok kalau cari homestay di area Berastagi ni, so, balik homestay leh la masak-masak, baru puas hati.

Hari sudah pun lewat petang, cuaca pun dah mulai gelap.  Kami terus bergerak menuju ke Resort yang ditempah melalui Agoda iaitu Rindu Alam Resort yang terletak di kaki gunung Sibayak.  Salah satu gunung berapi yang masih aktif.  Resort ni sangat bercirikan kekampungan, ada kolam air panas tapi kami tak sempat pun nak mencuba sebab pagi-pagi esoknya kami dah nak berangkat ke bandar Medan.  Bagi sesiapa yang sukakan keindahan alam dan kesederhanaan mungkin boleh try resort ni, tapi kalau dah biasa tinggal di hotel dan bermewah, adalah tidak dinasihatkan.. hehe

Yang berasap asap tu adalah air panas semulajadi ye uols..even mandi kat bilik pun air belerang panas..
back to nature gitteeww

Perjalanan hari kedua tamat disini.  Hari ketiga akan kembali ke Bandar Medan semula seawal 8.00 pagi, jadi kena tidur awal dan mendapatkan rehat yang secukupnya.  

Akhirnya, tamat lagi satu entry pasal Medan, perjalanan hari ketiga akan bersambung lagi, bila? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!










Thursday, February 7, 2013

Medan, Indonesia - Day 1 (Part 2)

Sambung cerita lagi..

Perjalanan ke Parapat dianggarkan dalam 4 jam.  Keadaan jalan raya yang tak berapa cantik membataskan Pak Supir untuk drive lelaju. Yang sebenarnya kami dah sound awal-awal kat Pak Awen, drive slow-slow je, tak ada apa nak dikejar pun.  Pak Awen pun bertindak mengikut arahan, dia drive dengan berhemah sekali.  Dalam kereta masing-masing jakun dengan apa yang ada di luar, masing-masing pun leka melihat sendiri kehidupan masyarakat di Medan sambil diselang seli dengan explanation daripada Pak Awen.  Pak Supir kami ni memang bagus, banyak perkara yang diceritakan sepanjang perjalanan menjadikan kita lebih dekat lagi dengan masyarakat di sana.  Bila dah penat, kami pun tidur, bila bangun sambung balik tanya macam-macam.  Banyak papan tanda yang tak faham kot, mesti kena tanya kan..

Bila dah sampai ke jalan yang mendaki, keadaan jalan makin teruk.  Macam jalan kat bukit putus lama di Kuala Pilah tu, tapi jalan ni lebih sempit dan tak rata.  Sesiapa yang tak tahan tu, bawak la minyak angin ke, asam jeruk ke, buat hilang rasa loya kat tekak tu.  Masuk je kawasan tu, maka di kiri kanan jalan korang dipenuhi dengan pokok pine yang tinggi-tinggi.  Bukit-bukau dan tasik yang kelihatan daripada jalan di lereng bukit tu sangatlah mempesonakan.  Kecantikan tasik toba tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata apatah lagi daripada lensa kamera, kena pergi sendiri dan lihat.  Cantik sungguh ciptaan Allah, Subhanallah!  Dengan cuaca yang semakin sejuk mendingin, kami minta Pak Supir matikan saja aircond, sebab kami nak buka tingkap dan menyaksikan sendiri keindahan alam itu sambil-sambil feeling twilight (alaaaa, yang adegan Edward ngan Bella main terbang-terbang kat pokok tu, suasana kat situ lebih kurang je..)

Selepas ber'wahhhh' sepanjang perjalanan kerana kagum, kami pun sampai di Parapat.  Dah masuk tengahari dalam pukul 1.30 petang lebih kurang.  Kami terus check in di Danau Toba International Cottage.  Aku book hotel ni via Agoda.com, harga lebih murah daripada direct beli dengan hotel.  Lagi satu, kata Pak Awen, kalau book hotel + transport dengan travel agent selalunya akan dapat harga lebih murah, wallahualam, kena try and error la camtu. Tapi book sendiri lebih adventure kan? Pastu kalau book kat Agoda tu dapat point, kumpul-kumpul point dapatlah discount kalau nak tempah guna Agoda lagi.  Sebenarnya kalau naik public transport lebih adventure, tapi untuk di Medan, sorry, aku tak berani langsung naik public transport kat sana melainkan teksi bermeter.  Kalau korang gigih, silakan!





Milo tu bawak sendiri drp Msia ye, tak disediakan..
Makcik sorang tu kata die gegel klu sehari tak dapat minum Milo..huhu..
Bukan main kushu' pria bertiga tu makan bersaksikan tasik toba eh..?
Ke dapat wifi pree sampai dah tak pandang kiri kanan dah?

Untuk check-in hotel, kalau book via agoda, korang kena print siap-siap voucher hotel pastu time check-in kena tunjuk kat receptionist tu.  Dah check-in, bersihkan diri dan solat jamak, then keluar balik untuk mencari kedai makan.  Kat parapat ni suhu dia ala-ala cam dekat cameron, so, agak sejuk jugak la, faham-faham je la kalau sejuk-sejuk confirm lah perut melapar.  Jom cari makan!

Ini juadah lunch, selalu kalau  nasi padang beratur lauk kat depan mata kan?
Tapi sebenarnya, boleh je kalau nak pilih lauk sendiri macam ni, kira macam makan nasi campur,
lebih murah begini kata Pak Awen.
Perut yang berkeroncong pada mulanya dah slow down sikit, dapat pekena nasi la pulak kan.  So, next destination kami adalah Pulau Samosir! Nak ke Pulau Samosir senang sahaja, naik ferry dengan bayaran IDR5000 pergi, IDR5000 balik. Kalau tak silap kami lah..sebab semuanya Pak supir dah bayarkan, kami lak yang konpius berapa harga sebenarnya.  Yang penting nak sampai ke perkampungan Batak iaitu Kg. Tomok tu mengambil masa lebih kurang 45 minit.  Sambil-sambil nak sampai tu, bolehlah sama-sama menghayati keindahan alam ciptaan Allah yang sememangnya tiada kat tempat lain.




Sempat hapdet instaweather lagi jah! untunglaaa...



Pak Awen, our supir dengan senyum lebor..seronok le tu naik feri..
eh, ada artis kpop atas feri?!
Lagi satu, nak turun & naik feri ni agak scary, dinasihatkan sila pakai kasut.

Next stop adalah di perkampungan Batak iaitu Kampung Tomok.  Di sini dapatlah anda dapat menyaksikan secara dekat senibina rumah-rumah kaum Batak. Kaum Batak dikenali dengan tiga warna iaitu hitam, merah dan putih.  Warna-warna tersebut mempunyai maksud yang tersendiri mengikut kepercayaan mereka.  Pak Awen memberikan sedikit penjelasan tentang simbol-simbol yang terdapat pada ukiran di rumah ini tapi agak malu  untuk diceritakan disini. hiks!  So, korang pergi dulu then korang tahu la cerita-cerita kaum Batak ni. Interesting story actually.





Di sepanjang jalan menuju ke muzium Batak tu ada banyak gerai jualan cenderamata,
bolehlah korang singgah dan beli disini.  Harga  boleh tawar-menawar.



Keadaan di dalam rumah kaum Batak


Ini pula makam kaum Batak.  Bagi orang Batak, mereka tak tanam mayat,
hanya ditutup sahaja dengan simen tersebut.
So,kalau angkat simen tu, mungkin leh nampak tulang-temulang..hehe

Hari pun sudah beransur gelap.  Kami ambil last feri untuk kembali ke Parapat.  Sementara nak sampai semula ke jeti, sesi fotografi bersambung lagi.  Boring kot duduk atas feri tu. 





Sampai-sampai di Parapat, hari sudahpun malam, perut pun dah mula berkeroncong balik mendendangkan lagu Wali Band-Cari Jodoh. Motif? Dah sampai Indonesia, tune pun kena tukar lagu Indonesia la pulak kan? 

Sebelum kami pulang ke hotel, kami decide untuk makan malam siap-siap di luar, so that, tak payah nak keluar lagi dah lepas tu.  Kami pun berjalan kaki je dari jeti ke kedai makan ni, dekat sangat.  Lauk-lauk di situ memang nikmat! Boleh dikatakan kena dengan selera tekak orang Malaysia, sedap! Kedai pun bersih, air basuh tangan pun sorang satu dapat, tak payah nak berebut.  Kedai ni kami gelar kedai makcik banjir sebab waktu tengah-tengah makan tu, hujan lebat sampai air naik masuk kat dalam kedai.  Tapi dengan sekelip mata je mereka dah bersihkan air banjir tu.  Dah biasa kot dengan keadaan tu.


Malam tu kami pun balik hotel, perut dah kenyang jadi tak ada apa nak buat selain daripada charge bateri dan tidur.  Sempat juga menonton drama korea yang sudah dialih bahasa. Kalau jiwa dah kpop, pergi mana-mana pun mesti nak cari kpop juga.  Lagi satu, bagi insan-insan yang perlukan iron dan tak bawa iron, yelah, buat berat je nak mengangkut semua tu kan, jangan risau, iron memang tak disediakan.  Tapi, ada laundry, laundry tutup awal juga, so, kalau nak mintak iron, before keluar petang tu, hantarlah baju ke laundry siap-siap.  Boleh call je daripada bilik, nanti adalah pekerja hotel yang datang.  Lagi satu jangan lupa, bagi la tip seikhlas hati kepada pekerja yang datang mengambil dan menghantar baju uols tu. Tak luak pun duit korang, korang kan jutawans. hehe

Sekian cerita untuk hari pertama.  Update untuk hari kedua akan menyusul nanti, bila tu tak boleh nak janji. Kalau rajin, malam ni juga aku bersengkang mata mengarang dan mengedit semua gambar. Kalau tak rajin, korang tunggu je la ye..hehe..daaaaaa!


Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow