recent posts

Monday, July 7, 2014

Bihun Kungfu Panda

Demi untuk meraikan kedatangan panda ke bumi Malaysia ni, aku mendapat satu inspirasi untuk nama resipi aku untuk kali ni.  Bulan puasa ni aku memang suka masak sendiri kat rumah, bukan ape, aku ni memang malas tahap gaban nak beratur panjang, tunggu lelama, sangkut kat jem..So nak tak nak, aku kenalah masak sendiri daripada menghadirkan diri kat bazar ramadhan.  Sedap tak sedap tu belakang cerita, tapi so far, sume sedap je kt tekak aku, eh, terpuji diri sendiri lak..tapi sape lagi nak puji kalau dah namanya makan sorang2, ye dak? haha
 
Bulan puasa kali ni memang aku nak kurang2kan pengambilan nasi.  So far, baru tiga kali aku makan nasi bulan puasa kali ni.  Itupun sebab mak yang masak, dan waktu buka puasa buffet ngan kawan2 aku, aku tergoda dengan lauk pauk yg ada..hiks..Aritu aku cuba diet Atkins.  Memang menjadi sesangat, berat aku turun 3kg-4kg dalam masa seminggu je. Tapi disebabkan tekak aku mula loya sebab mkn protein je kan, susah betul aku nak telan even ayam sekali pun.  So, aku stop.  Berat masih maintain wlupun aku dah makan macam2 lepas tu.  Oklah tu, still turun gak berat.  So, dalam bulan puasa ni, ambil peluang lagi sekali untuk try diet.  Elakkan gula dan nasi. So, terpaksa la makan makanan yang berasaskan mee, mihun, pasta dan roti je.
 
Ok, intro beselah panjang sikit. Jom tengok resipi, Bihun Kungfu Panda ni..hehe..comel je kurasakan nama resipi nih..Btw, ni first time aku try buat, memang tak mengecewakan, I love it. Tak payah makan kat kedai dah cmni..hehe..sukeeeee :)
 
Bahan2 Yang Perlu Ada :
Bihun (Rendam dan celur sekejap dalam air panas dan toskan)
Telur
Bawang putih - cincang
Ayam/Daging (aku guna daging je sebab tu je yg hado)
Udang
Sotong
Sawi
Carrot - Potong panjang2
Cili api - Ketuk2 je (Kalau nak pedas)
Cili merah - Hiris nipis2
Kiub Ayam
Tepung jagung - Bancuh dengan air.
Sos tiram
Air
Garam
Serbuk lada putih & serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng dan menumis
 
 
Cara2 Untuk Goreng Bihun:
 
  1. Pukul telur dan masukkan garam sedikit. 
  2. Masukkan bihun dalam bancuhan telur(sepinggan bihun boleh guna sebiji telur).
  3. Panaskan minyak untuk goreng. Minyak agak2 je, jangan banyak mcm deep fry plak.
  4. Gorengkan adunan bihun dan telur tadi.  Leperkan sikit untuk bagi telur tu masak.  Goreng sehingga agak2 garing.
 
Cara2 Untuk Buat Kuah:
 
  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
  2. Masukkan bawang putih dan cili api, tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam/daging/udang/sotong, gorengkan sekejap. 
  4. Masukkan air agak2 la nak kuah banyak mana. Kalau untuk sorang makan, lebih kurang satu gelas air.
  5. Kemudian masukkan carrot, sawi dan cili merah.
  6. Masukkan kiub ayam/perasa ayam, sos tiram, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung (untuk sorang makan, satu sudu tepung+air).  Kacau sehingga kuah jadi sedikit pekat. Pekat2 sgt tak best, cair sangat pun tak best, agak2 je k.
  8. Curahkan ke atas bihun yang telah digoreng tadi bila dah nak makan. Kalau cepat sangat nanti kembang. Tak terasa kerangupannya.
  9. Sedia untuk dimakan.
 
 
Nah ini gambonye, sempat juga nak snap sebelum berbuka. hehe.  Berlinangan dengan kuah, tak nampak rupa paras bihun yang telah digoreng tadi. Yang penting sedap, Alhamdulillah.  Jenuh nak habiskan juga walaupun hanya berbuka dengan satu juadah.


 
 Selamat mencuba uols..pasti menjadi!

Rona Roni Makaroni Bakar

Hi korang,

Dah baca post sebelum ni psl resepi Rona Roni Makaroni Goreng? Kalau belum, p salin resepi sat sebab ada lagi satu resepi susulan daripada resepi tu.

Aku dapat idea ni sebab ada baki lagi daripada masakan yg semalam tu aku simpan dlm ice box.  Nak panaskan dan makan semula pun boleh, tp lagi best kalau kite transform masakan tu jadi yang lebih meletops lagi.

Bahan2 Yang Perlu Ada :

Makaroni Goreng
Susu Segar
Tepung Gandum
Mentega
Keju cheesedale
Garam
Gula
Oregano
Lada hitam/Lada sulah

Cara2 nak buat Sos Putih :

  1. Cairkan sesudu mentega bersama dengan sekeping keju cheddar (aku guna cheesedale sbb tu je yg ade kt umah) dlm periuk dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan 2 cawan susu segar (aku guna air kotak Dutch Lady Low Fat Milk sekotak)
  3. Dua sudu tepung gandum digaulkan bersama air sehingga tak berketul (aku just gaul dengan susu tadi sikit sampai cair tepung tu) dan curahkan ke dalam periuk tadi.
  4. Masukkan sedikit garam, gula, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan oregano.
  5. Kacau sampai agak pekat sedikit.
  6. Masukkan macaroni goreng dalam bekas aluminium (apa2 bekas yg leh masuk oven), padat2kan sikit.
  7. Curahkan sos putih ke atas macaroni goreng tadi. 
  8. Taburkan cheese yang diparut. (aku takde, so aku koyak2 je cheddar slice tu dan tabur atas tu sos putih tu)
  9. Bakar dalam oven sampai cheese nampak perang2 sikit.  Bakar dengan suhu 160 darjah celcius.
  10. Keluarkan dari oven dan tunggu sejuk dulu baru boleh ngap. Kalau panas sgt takut terbakar lidah. hehe
Gambar takde sebab lupa nak ambil.  Ghairah sgt nak mencubanya. Hehe.  Yang penting sgt mudah dan sedappp.  Boleh tengok gambar inspirasi kat blog Dapur Mamasya sebab kuah sos putih cilok dari situ.

Thanks!




Thursday, July 3, 2014

Rona Roni Makaroni Goreng

Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsi resepi mudah untuk menu berbuka puasa.  Menu yang simple ini sangatlah lahzat dan berkrim disukai ramai. Tak payah beratur panjang2 di bawah pancaran terik matahari petang di BaRam atau PaRam, badan bau asap orang bakar sate dan berpeluh, anda hanya perlu ada bahan2 je untuk memasak..Sambil2 masak boleh baring2 jap dulu.

Menu semudah ABC ini boleh diubahsuai menjadi ABCDEFGHIJ dan seterusnya ikut kreativiti masing-masing. OK?

Let's get started!

Bahan2 Yang Perlu Ada :

Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Boh/Cili Kering yang Dimesin
Makaroni
Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej
Carrot/Capsicum/Tomato
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Garam
Minyak Masak


Cara Yayan Memasak Untuk Seorang Makan :

  1. Buka je pintu rumah, terus pergi dapur, ambil dalam segenggam macaroni, rebus sehingga masak. Tambah garam sedikit dan minyak sesudu.
  2. Buka peti sejuk, keluarkan bahan2 spt daging/sotong/udang/sosej. Potong kecik2, ikut suka.  Kalau ada daging, rebus kejap daging dengan sebiji bawang putih yang diketuk-ketuk ramadhan. 
  3. Sambil-sambil tu boleh la potong dadu sayur-sayuran seperti carrot/tomato/capsicum.
  4. Sementara nak tunggu macaroni dan daging rebus tu, bolehlah g solat asar ataupun baring2 jap kat katil bagi yang dah siap2 solat kt ofis. Tapi janganlah lelama sangat plak, g jenguk2, macaroni tu dah masak ke belum.
  5. Toskan macaroni yang sudah direbus.
  6. Panaskan minyak masak dalam dua sudu. Masukkan sesudu bawang besar yang telah dimesin, (kalau malas potong dadu pun boleh, sebiji bawang sederhana besar), 1 biji bawang putih yang dah dihiris nipis atau dicincang.  Tumis sampai naik bau, dan masukkan cili mesin satu sudu.
  7. Bila dah agak2 cili tu dah masak, masukkan daging dan air rebusannya sekali/udang/ayam/sosej.  Kalau agak kering tambah air sikit.
  8. Masukkan sayur-sayuran.
  9. Masukkan satu sudu setiap satu sos cili, sos tiram dan sos tomato.  Boleh tambah sedikit air kalau nak basah2 sikit. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Second last, masukkan sotong(kalau ada), kalau tak terus masukkan macaroni yang dah ditoskan airnya tadi ke dalam kuali. Gaul hingga rata.
  11. Sedia untuk dihidang.

Mudah je kan? Macam buat mee goreng je pun. hikhik.

So, ini hasilnya menu campak2 bagi menghabiskan stok dalam peti versi yayanrahman untuk tatapan semua.



Selamat mencuba!


Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum semua..

Dah masuk hari keempat puasa, korang puasa ke tidok? hehe..Intro je ni sebab dah lama tak update belog.  Agak lewat nk wish selamat berpuasa kat korang, sebabnya aku menyambut ramadhan kali ni together2 with sambutan final exam gak.  Baru lepas dua paper, ada lagi satu minggu depan.  Ok, xmo cite pasal exam sebab buat sakit jiwa je, yang dah lepas ni pun, mcm nohrom je. So, bulan2 puasa ni, aku ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran menaip sehingga mengguris hati2 kamu semua.

Nanti aku update resepi eh. Korang suke kan resepi dalam bulan2 puasa ni? haha. Aku nak bagi idea je untuk korang nak masak ape, menu bujang je pun.  Makan2 jugak, ibadah pun kita buat sesame.  Semoga di bulan ramadhan ni, Allah mengurniakan kekuatan iman, memberikan kita semua kesihatan yang baik dan mengampunkan dosa2 kita semua. Amin.

 
Akibat dah lama tak travel, aku sesaja nak fefeeling jap. Jangan marahhhh..
 
SELAMAT BERPUASA UOLS!

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow