recent posts

Tuesday, July 31, 2012

Classic Tomato Spaghetti

Akhirnya dapat juga aku jumpa resepi spaghetti ni hasil daripada skodeng2 blog mama Hanis Zalikha..dah bosan sangat tekak aku asyik makan spaghetti prego je, rupanya, lagi senang buat resepi yang ni dan hasilnya wallah! So semalam, aku tak menyabarkan diri lagi utk try resepi ni, hasilnya seperti gambar di bawah. Warna tak berapa nak merah sebab tomato yang aku beli tu tak berapa nak ranum sangat.


Resepi spageti ni berkuah sikit.sangat sedap.sampai ke petang esoknya pun masih terkenang2 giteeww..resepi ni sangat tak jemu menjamahnya. puas hati. thumbs up!

Classic Tomato Spaghetti
Resepi asal oleh : Aunty Nani Rostam.
(Menu untuk 2-3 orang makan)

Bahan-bahan:

- 1/2 bungkus spagetti
- 6 biji tomato (besar) yang masak ranum
  (resepi Aunty Nani letak Chopped Tomato yg dlm tin, usha blog die klu nk tgk gmbr)
-  1 labu bawang Holland
-  5 ulas  bawang putih
-  Minyak zaitun a.k.a Olive oil
-  Ayam potong kecik2 (sesuke hati nak letak banyak mana, aku letak banyak2, dapppp)
-  2 sudu makan serbuk perasa Ayam
-  Lada hitam
-  2 sudu cili boh (kalau tak nak pedas takyah letak)
-  Oregano, Parsley, Rosemary  (Sikit je, jgn letak banyak2 pahit nanti)
- Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1.  Rebus pasta sehingga empuk (slalu aku masukkan garam, gula dan minyak zaitun untuk rebus). Angkat, toskan dan gaul sedikit dgn minyak zaitun. (Minyak zaitun banyak pun takpe, tak membahayakan kesihatan, menyihatkan lagi ada)
2.  Rebus tomato sehingga empuk. Angkat, buang kulit dan cincang kasar. Air rebusan jangan dibuang, nak guna untuk kuah.
3.  Tumiskan bawang putih, bawang besar Holland dengan minyak zaitun sehingga naik bau. Masukkan cili boh dan ayam.  Bila ayam dah masak, masukkan air rebusan tomato, serbuk perasa ayam, lada hitam, oregano, parsley, rosemary, garam dan gula secukup rasa. Renehkan sebentar, dan masukkan tomato yang telah dicincang.  Bila dah mendidih tu, bolehlah matikan api.
4.  Sedia untuk dihidang.

So, cubalah resepi ni, sangat mudah dan sedap.



Friday, July 27, 2012

Randomness

Gambar menu berbuka semalam dan dua hari lepas..hari ni I berbuka di rumah mama I ye uols..sila jeles! (wlupun kemungkinan besar mama pun beli je kt pasar ramadhan)..kekeke..tp if  ter'stuck' dlm jem, maka aku makan jem tanpa roti jela time berbuka nanti..

Maggi Kari Goreng
 Maggi goreng ni, buat pedas2, tabur bawang goreng dan perah asam limau, memang malatops!


Pasta "Shell" Goreng
Terbayang2 daripada opis nak masak makaroni, tapi rupanya shell saja yang ada di rumah sebenarnya..tp ok gaks..sama je rasanya..

Nak resepi ke?
Resepi lenkali la, takde mood nk taip..

Iklan tambahan...

'
'
'
'
'
'
'
'
'
V


ni pulak projek Ramadan..hik3..org begasak baca Quran, ini pulak keje aku..isk3
projek selepas balik terawih namanya..bosan2 sebelum mata mengantuk tu kan, buat la apa2 yang patut..nk buat kuih raya malas lak nak bertapa kat dapur tu..so, baik bertapa atas katil smbil menjahit manik..still in progress, lenguh tangan acik menjahit..

open for tempahan...eh!

Wednesday, July 25, 2012

Ayam Masak Halia

Mood memasak kini kembali lagi.  Bila datang bulan Ramadan maka datanglah sekali mood aku untuk memasak.  Tapi aku masak simple2 je la kan, duduk pun sorang je.  Kalau beria masak nasi arab ke, beriyani kambing ke sape nak makan?  Masak satu pot nasi pun tak abes makan berbuka + sahur. Sekarang ni dah tau, so kurangkan sikit masak 3/4 pot je.  Semalam aku masak ayam masak halia. Simple yet deliciousss.  Resepi aku skodeng kat blog Hana's Family tapi aku tambah2 sikit secukup rasa tekak aku.

Bahan-Bahan:

Ayam (potong kecik2)
Bawang besar - 1 labu (potong bulat2)
Bawang putih - 2 ulas (ketuk je malas nk tumbuk)
Halia - 1 inci (potong panjang berjurai)
Sos tiram - 3 sudu besar
Cili api 
Serbuk perasa Ayam
Garam & Gula
Blackpepper
Capsicum (taknak letak pun takpe)
Air (agak2 la korang nk buat berkuah or kering)

Cara-cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, cili api, halia sampai naik bau. Masukkan ayam.  Dah kering air ayam tu masukkan sos tiram, air serbuk perasa, blackpepper, garam dan gula secukup rasa. Didihkan sekejap lepas tu masukkan capsicum.  Masak sehingga air tu kering. Kalau nak berkuah, tambah lagi sos tiram dan perasa. Kuahnya pun sedap dihirup. hehehe


TADAAA!!
Dah siap sedia untuk dihidang.



presentation untuk menaikkan lagi selera makan.  brokoli yang dikukus pun mau enterprem.


daripada beli ayam golek sekor rm25 kat pasar ramadhan tu, masak sendiri je lebih jimat dan memuaskan hati..selamat mencuba!

Friday, July 20, 2012

RAMADHAN 1433H

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..
InsyaAllah, esok 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H, semua umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa.

So, bagaimana persiapan semua? Kurma dah beli? Dah fikir nak masak apa untuk sahur? hehe..
Bulan Ramadhan kali ni, aku akan berpuasa keseorangan. Biasalah, duduk membujang di perantauan, jauh dengan family. Its ok kan, takyah nk banyak fikir, buka kat masjid pun boleh. :)

So, di kesempatan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada semua andainya kata-kata ini pernah mengguris hati kalian semua.  Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini, kita semua beroleh lebih byk syafaat dan dihapuskan dosa2 silam kita.

Mari menunaikan ibadah dengan hati yang lapang, jiwa yang bersih dan semoga Allah akan menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan ini, InsyaAllah.

Andai kata ini Ramadhan terakhir aku, mohon diampunkan segala dosa aku pada kalian semua dan aku juga dengan lapang dada telah memaafkan kamu2 semua..bak kata Najwa Latif Kosong-Kosong..:)

Akhir kalam, selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan berterawih!

*loveshugskisses*


Wednesday, July 4, 2012

SILENCE PLEASE! Exams is in progress..




It's been halfway journey of my studies and now I'm sitting for examination for the sixth semester. 
It's been a really really long journey as so many love-hate experiences I've had.  Actually I have two more papers to go for this semester but I'm still not done studying..hehe..
So, I should give a short break for this blog, to give a special laluan for me to take exams. 
Sehingga bertemu di lain waktu..pray for me k..
~hugs and kisses~

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow