recent posts

Wednesday, March 27, 2013

Melaka, Malaysia - The Historical City

Sebelum start menaip lagi dah tarik napas dalam-dalam..Mana taknya, banyak cerita tertangguh yang belum update..Sebelum cerita-cerita ni sume jadi basi, baik aku cepat-cepat update..Ni kira back-to-back trip sepanjang bulan Februari dan Mac tahun ini.  Ayuh kita mulakan!


Ada tak sesiapa yang kat sini yang tak pernah pergi Melaka?? Kalau umur korang bawah 12 tahun, boleh terima lagi, tapi kalau dah lebih tu, pakat-pakatlah bawak mak abah adik kakak ke Bandaraya Bersejarah ini ye.  Bila lagi korang nak tengok A Famosa selain daripada dalam buku teks Sejarah tu kan. hehe.

Masuk kali ni, aku pun tak tau lah dah berapa kali aku jejakkan kaki di bumi Melaka ini.  Waktu zaman sekolah, ada la tiga empat kali kot, bila dah besar ni, lagilah banyak kali.  Tapi kunjungan aku ke Melaka hujung Februari lepas bukanlah sekadar menghadiri kursus semata-mata.  Aku rasa, ini adalah kursus pertama yang aku berpeluang keluar macam ni, kalau setakat kursus duduk terperap dalam hotel ataupun bilik latihan tu biasa, ini yang real punya, sebab kursus kami ada program Explorace.  

Macam biasa lah, kalau dah nama kerja kerajaan ni, memang diwajibkan hadir kursus 7 hari setahun dan aku tak terkecuali.  Selalunya, aku akan hadiri kursus in-house aje, sebab kursus kat luar selalu kena time-time aku ada kelas ataupun aku exam..Tapi kali ni aku dapat meloloskan diri daripada alasan-alasan itu semua.  

Ni group aku, sume otai2 tau, akulah plg muda..tapi mereka sgt cool..dah baya omak2 abah2 tp tetap maintain..cayalah!
oh, don't mention about my terkelendat jumping pose, ada kesilapan teknikal sikit..ahaks!

Dah rasa macam Running Man pun ada gak. hehe. Explorace berlangsung di sekitar bandar Melaka.  Kami dilepaskan di Dataran Pahlawan dan menerima tugasan-tugasan di setiap 10 checkpoint yang telah ditentukan.  Dalam pada tu, aku sempat la snap beberapa tempat menarik di bandar Melaka yang menjadi checkpoint kami. hihi.  Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Salah satu tugasan individu yang kitorang dapat time ni kena dapatkan nama, no.ID dan tandatangan orang awam di sekitar kawasan tu.  Aku rasa agak mencabar task ni sebab tak semua orang senang-senang nak bagi no.ID kat sebarangan orang kan, tapi group aku dapat setelkan task ni dengan baik dan disebabkan itulah group aku menang tempat pertama Explorace ni.. 

Jomlah tengok gambar-gambar yang sempat aku snap, kebanyakannya ialah tourist spot yang ada kat Bandaraya Melaka ni, memang adventurous sebabnya daripada satu checkpoint ke satu checkpoint ni kami jalan kaki je, menapak okey!! Daripada pukul 2.00 petang sampai pukul 5.30 petang..Di bawah teriknya sang matahari dan peluh pun memang tak segan silu menitis-nitis membasahkan ketiak..hehe..tapi kalau nak ikutkan kalau aku travel kat negara orang, lebih kurang camni la jugak menapak even worse than that..Teringat kat Bangkok dulu, memang tolak tepi baju cantik2, pakai tshirt ngan jeans je, sebab memang panas nak mampos..tapi kat Melaka ni okey sikit la, baru la feeling2 tourist gittew..










Cerita Sejarah? Itu lain kali okey, sebab korang boleh selak balik buku ataupun google je sendiri..Maybe next time boleh lagi datang dan jalan lagi jauh! Banyak lagi tempat tak cover ni, asam pedas tak sempat, Jonker Walk pun tak cover lagi..Melaka, sehingga kita berjumpa lagi!

So, belilah barangan buatan Malaysia. Eh? (aku support tau, beli tiket flight AA tu, kira Malaysian Brand gak kan??)




Friday, March 22, 2013

Singapore - Universal Studios

Holaaa!

Cerita trip Medan dah tamat, jadi aku nak share pula tentang trip aku ke USS beberapa hari selepas aku balik daripada Medan, huh! Memang pengsan! Tapi disebabkan plan ke USS ni plan lama dan yang paling mudah sekali, aku hanya perlu ikut sahaja dan bayar. So, demimu kawan, ku redahi jua.

Ni kwn aku yg prepare untuk kami..sangat2 membantu..hehe

Seperti biasa, tak lengkap biasanya awal tahun aku kalau tak pergi bercuti dengan geng bas sekolah aku.  Sekarang ni dah bukan sekali setahun tapi dah bertambah jadi dua kali setahun! Trip kali ni, trip pertama kami bersama ke luar negara, walaupun Singapore je kot! Lepas balik daripada Sabah aritu, masing-masing semua dah ketagih nak berjalan. So, yang paling mudah dan yang paling dekat adalah Singapore. 

Kami bertolak ke JB hari khamis malam, bermalam di rumah seorang kawan di JB.  Pagi-pagi subuh tu, kami bertolak ke Danga Bay, sebab bas yang kami nak naik tu tunggu di Tune Hotel.  Pung-pang, naik bas turun bas kat imigresen, dalam pukul 10 lebih sampailah kami di USS.  Tiket dah beli online, sebab ada promo Maybank, kami dapat tiket murah sikit daripada harga sebenar plus dapat retail coupon 10SGD.  Kira agak menguntungkan di situ.  Kalau tak silap promotion tu tamat Mei tahun ni, apa lagi, dapatkan sekarang! *macam iklan pulak*

gambar wajib..bukti dah datang
Overall, USS memang best! Tak rugi habis beratus pergi sana..  Tapi harus diingatkan, elakkan daripada pergi time cuti sekolah atau weekend, memang akan rasa tak berbaloi nanti.  Kalau anda memang jenis travel bajet, standby duit dalam RM60 je utk makan tengahari kat sana, kalau just nak beli souvenior untuk diri sendiri, coupon tu boleh beli dua fridge magnet. Balik JB korang makan la puas-puas.

Sebenarnya, aku langsung tak ambil tahu apa mainan yang ada kat dalam USS tu.  So, kira cam surprise surprise jantung aku bila try mainan kat situ.  Yang paling wajib sekali untuk dicuba adalah game Transformers.  Pastu roller coaster merah biru tu, try la, terkujat memang terkujat rasanya, tapi bila dah turun, ok je..Kesimpulannya, cubalah semua, itupun kalau sempat la kan..hehe..kalau tak, ada la alasan untuk merepeat..biasa la tu kan..hehe..

So, enjoy je la tengok gambar-gambar kanak-kanak riang yang menghabiskan sisa-sisa umur pertengahan 20an nih..dah tak remaja lagi dah ok?! haha..whatever! nak wat camne, dulu kecik2 tak sempat merasa..





Far Far Away ni memang sangat2 macam dalam fairytales tu..hehe

Menarik juga persembahan kat WaterWorld ni..silalah bawak baju hujan siap2 kalau taknak basah..nk beli kt sana mahal..





churros! 

Kami-kami yang masih belum menerima hakikat yang kami bukan lagi kanak-kanak..hehe

Sekian!

Tuesday, March 12, 2013

Penat

That word, enough said.

Apa yang aku penatkan? Bukan ada anak pon, suami apatah lagi! lolz
Penat la bila jadi bujang ni ramai je yang nak ambil kesempatan..
Kesempatan yang aku maksudkan bukan lah 'kesempatan' yang itu..
But from another different angle..

Angle yang pertama : Sewa Rumah

Helllooooo, memang la I ni bujang trangtangtang, but rumah aku tu sentiasa je dikunjungi oleh kerabat family aku, sebab tu aku takde intention pun nk sewakan kepada sesiapa.  Dok sorang heaven what?! Ramai je yang bertanya, yang bertanya ok lagi, yang macam pusher pun ada, sukasuki je nak taruk orang kat rumah aku tu, ingat aku buat welfare ke hape? Bila tanya, tak bosan ke dok rumah sorang2? Nak bosan camne, cuba la korang cakap..Aku ni bukan dok sangat pun kat rumah tu, aku lagi kesian kat rumah aku tu sebenarnya, dia lagi bosan sebab aku ni buat dia cam hotel je.  Check-in, check-out sesuka hati.  Lagi satu, kalau aku memang ada niat nak sewakan, tak payah disuruh, aku yang hegeh-hegeh pergi cari. Kalau aku tak bukak mulut tu means memang aku taknak la sewa pada sesiapa.  Lain la kalau aku yang invite kan?? Isk3..saya bahagia begini, tolong jangan ganggu saya, pelissssssssssssss!

Angle yang kedua : Jodoh

Jodoh itu kan di tangan Allah, lagipun masih jauh perjalanan hidup ni..(kalau umur panjang)  Tolong jangan tanya lagi boleh? Buat aku stressss je.

Angle yang ketiga : Bujang Senang

Bila bab-bab kerja ni, orang bujang selalu jadi mangsa.  Sebab bujang, takde anak, takde laki kena jaga. Heloooooo lagi!! Aku still ada mak abah tau! Tanggungjawab aku sebagai anak ni masih lagi berjalan sehinggalah akhir hayat.  Tang mana yang senang tak tau.  Tapi tolong jangan jadikan orang bujang sebagai mangsa anda, anda pun pernah bujang kan?!

Angle yang keempat : Panjang langkah

Mulut orang : Orang bujang, langkah pun panjang la.. Itu betul, tak dinafikan. Memang jenis yang tak lekat kat rumah pun, unless kalau aku kat rumah family aku. Bila kat rumah mak, aku otomatik suka memerap kat rumah.  Yelah, bukan selalu dapat lepak kat rumah, daripada kecik dok asrama, selalu berjauhan, sekali-sekala balik kampung, confirm la nak lepak lama-lama.  Jadi sementara masih bujang ni, eloklah aku memanjangkan langkah, dan tidak dilupa, restu Mak Abah tu penting. Sejauh mana pun kita pergi, kalau tanpa restu, susah nak berjaya.  


Oklah, banyak lagi nak taip tapi masa tak mengizinkan.  Esok aku akan start bercuti untuk exam dan hari seterusnya aku akan sambung pengembaraan aku di destinasi lain.  Aku ada banyak story mory yang nak diceritakan, tapi masih tersemat rapi di draft.  InsyaAllah, kalau free nanti aku update.  Cerita USS, Melaka, Cameron Highland dan yang akan datang ni, I will try to finish it as soon as possible, OK?! 

So, aku nak sambung buat kerja plus study untuk exam esok.  Lepas exam, baru boleh fikir untuk packing.  Semoga perjalanan aku nanti diredhoi InsyaAllah..Doakan aku ye!


Checklist :
Check-in - DONE.  
Print boarding pass - DONE.  
Tukar duit - Lepas Exam esok.  
Transportation to & from LCCT - DONE.
Packing - Lepas Exam esok.
Passport - OK.
Inform bos - ERK?! (Cuti dah lulus tp still kena remind, this is sooo scary)



Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow