recent posts

Monday, October 28, 2013

Western Australia (WA) - Part 4 : A Journey Worth Taking

~ Sepanjang perjalanan ini, lembah dan lurah kulewati..Ketenangan yang kucari, telah kutemui...~ 

Ecehhhhh..Mood Zaiton Sameon di hari yang ceria ini. Ceria sangat! Kalau korang perasan lirik tu aku ada ubah sikit, kita kasi positif la sikit, asyik layan perasaan sedih je, kita kenalah ceria sikit. Lagipun, my life is getting much more happier now,syukur Alhamdulillah.  So, meh sambung cerita aku di Albany untuk hari yang keempat di bumi kanggaroo ini.  Memang banyak lembah dan lurah aku lewati pun nak sampai ke Albany ni. hehe. So, lagu tema ni memang seswaaai sangat. :)


Pagi tu, demam makin kebah.  Gagahkan diri jugak, dah jauh2 drive tu kan, rugi la kalau melepet je. Mulanya nak gerak awal la konon, tapi boleh pulak terlupa charge bateri kamera, kenalah tunggu sampai bateri full baru gerak. Sementara tu kami breakfast dan menikmati kemudahan internet free yang disediakan. YHA Albany ni macam rumah kampung sikit.  Bilik ok, siap ada heater.  Bilik air pun bersih. Cuma satu je yang tak best, dapurnya kurang memuaskan sikit. Kalau nak compare dengan dapur YHA lain, yang Albany ni tak berapa nak bersih sangat, mungkin disebabkan oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab la tu kan, tak bersama-sama menjaga kebersihan kat sana. So, mood memasak adalah di tahap yang kurang memuaskan. Makan apa yang ada je.


Dah check out, hati berbunga-bunga nak teruskan perjalanan.  Destinasi seterusnya ialah Torndirrup National Park, tak berapa jauh jugak la daripada YHA Albany tu.  Lebih kurang dalam setengah jam dah sampai dah.  Apa yang ada di Torndirrup National Park? Adakah penyanyi lagu Torn, Natalie Imbruglia tu ada berasal daripada sini? Heh. Lari terus tajuk.  Oklah, kat Torndirrup National Park ini adalah tempat di mana terletaknya Natural Bridge dan The Gap.





The Gap

Natural Bridge

Memang cantik tak terkata tempat ni.  Dan angin yang bertiup kat sini pun bukan calang-calang angin, angin melintang patah membujur lalu semua sekali lah lalu kat sini.  Memang rasa macam nak terbang, dah lah tempatnya sangat-sangat tinggi. Wuuuu. Kalau tergelincir lalu jatuh ke bawah, nauzubillah weh. Tapi, memang rasa berbaloi sangat drive jauh-jauh semata-mata nak ke sini.  

Gambar poyo? Mesti kena ada. haha

Masa masih awal lagi, jadi kami bercadang untuk singgah di William Bay National Park, perjalanan lebih kurang dalam satu jam dari Torndirrup.  Kehijauan air laut adalah tarikan utama di sini.  Tak ada aktiviti lain pun disini selain ambil gambar dan memuji kebesaran yang Maha Esa.  Cuaca agak kurang memuaskan setibanya di sini, hujan renyai-renyai, jadi kami tak stay lama pun. Kejap langit cerah, kejap langit mendung.Tapi yang bestnya, kalau sesiapa yang nak melepaskan hajat, jangan risau, kat sini ada kemudahan toilet yang bersih, cuma seperti biasa, takde paip, so, sediakanlah apa2 yang patut kalau dah tak tahan sangat. hehe.






Tibalah masa untuk pulang semula ke Perth City.  Kami bertolak lebih kurang pukul 12.30 tengahari.  Hujan di sepanjang perjalanan seperti menangisi kepergian kami. Wuu..perasan! Tapi memang kami agak sedih jugak la nak meninggalkan tempat ni, dah macam sebati pula dengan jiwa.  huhuhuhu.  Disebabkan hujan, kami memandu dengan penuh berhati-hati, memang kena bawak kereta slow sangat sebab angin sangat kuat, sampai lenguh tangan tahan stereng kereta bagi lawan angin tu.  Tapi, di sepanjang perjalanan tu kami disajikan dengan ladang pokok bunga berwarna kuning ini, sangatlah cantik uols.


Disebabkan kami tak lunch lagi, memang kelaparan sangat dah, jadi kami singgah di Kojonup, ada satu kedai bakeri di situ.  Dapatlah beli roti dan makan dalam kereta.  Waktu berhenti isi minyak kereta pula, sempat beli coffee panas yang jual kat dalam kiosk di situ.  Rindu rasanya perasaan time tu, cuaca sejuk, kopi panas dan berjumpa pula dengan warm-hearted local people kat situ.  Perjalanan pulang ke Perth mengambil masa yang agak lama daripada yang dirancangkan.  Sampai di Perth City lebih kurang pukul 5 petang.  Kami terus check in di YHA Perth City untuk dua malam terus.  Malam itu, kami dinner di bilik saja, setelah kepenatan nak keluar balik cari makanan pun malas.  Masak nasi dengan travel cooker, panaskan lauk Brahim, makan!

Dah makan, aktiviti berinternet pula, time ni lah nak update kat family member dan yang tersayang kan.  Tak lama lepas tu, dah update segala, masa untuk tidur.  Ada banyak lagi aktiviti esok, so, we need to sleep early tonight.  Good night Perth....:)





Thursday, October 10, 2013

Western Australia (WA) - Part 3 : It's Good to be Here

Good morning Augusta!!  Dah masuk hari yang ketiga, macam cepat sangat masa berlalu.

Sebelum breakfast, sempat jalan2 di sekitar hostel.  Feeling-feeling sangatlah bila jalan-jalan kat sini, dengan udara yang sejuk, nyaman, pemandangan cantik, perasaannya macam jatuh cinta pandang pertama gitu. Over kan?! haha..Pagi ni breakfast cam biasa la, roti, telur hancur, tuna, kari ayam Brahim. Seminggu dok sini, seminggu itu jela aku telan. hee.  Dah tu? Gigih nak buat Nasi Lemak Kukus Rendang Kerang?! haha..memang tak lah.  Dan macam biasalah, mesti kena pack makan untuk lunch jugak.

Nak check out, kitorang drop je kunci kat box yang disediakan sebab mamat hensem tu tak sampai lagi. Sedih! So, dengan perasaan hampa kitorang teruskan perjalanan ke Cape Leeuwin Lighthouse kira-kira dalam 15 minit je dari hostel tu.

Cape Leeuwin Lighthouse - Where Two Oceans Meet


Disebabkan lighthouse tu pukul 9.00 baru bukak dan kitorang pun sampai lebih awal, kitorang jalan-jalan di sekitar tempat tu dulu, maka terjumpalah satu kawasan ni di mana terletaknya Historic Water Wheel yang kononnya dulu pernah membekalkan air ke rumah api tersebut.


Nampak macam rileks je kami, tapi sebenarnya kat situ punyalah sejuk tahap nak gigil dah.  Cuaca pagi tu memang sejuk, rasanya dalam 10 darjah celcius, ditambah pulak dengan tiupan angin laut yang memang kuat tu, rasa nak tumbang pun ada, tapi posing mesti kena ada. huhu



Bukak-bukak je lighthouse tu, terus kitorang serbu.  Tak ramai lagi orang pagi tu, so beli tiket pun laju je. Bayaran masuk AUD5 je kalau taknak naik sampai atas.  Bagi yang tak tau lagi tu, daripada lighthouse tu anda boleh menyaksikan pertembungan dua laut iaitu Southern Ocean dan Indian Ocean.  Sebab tu la caption kat atas tu beria aku letak 'where two oceans meet'. Cantik sangat tempat ni, tak tau nak cakap camne, rasa cam nak tukar keje jadi lighthouse keeper pun ada. Haha.  Punyalah rasa cam nak migrate sampai keje apa pun dah tak kisah.









Pemandangan kat sini memang cantik sangat, udara sejuk, laut yang membiruhijau (eh, ade ke perkataan tu? lantaklah!), damai je dirasakan ecehhhh.  Duduk feeling-feeling kat situ leh lupa orang kat Malaysia tau. Pantas je aktiviti kitorang kat situ, sebab tak de aktiviti lain pun selain bergambar.  Dah habis bergambar, kitorang pun chows.  Next destination adalah Margaret River Chocolate Factory.

Margaret River Chocolate Factory

Belum pun sampai dah terbau manisnya coklat.  yummss! Dari Augusta ke Margaret River ni lebih kurang dalam 1 jam perjalanan.  Senang je ikut GPS, tak sesat langsung.



Shoppinglah cokelat itu seadanya, harga takde la murah pun, boleh tahan gak mahalnya.  Aku beli sikit buat buahtangan.  Bolehlah daripada takde.  Tapi aku memang suka dengan Milk Chocolate kecik2 mcm sample die tu, sedap, ada la beli sikit, pastu buat hot coklat sendiri kat rumah.  Sedap ya ampun.  Menyesal pulak beli sikit.  Kalau ada sesiapa nak pergi, gtau lah, aku nak kirim. Serius ni.  Tau!

Yang aku nak kirim yang dalam pek warna merah tu..plish3

Dah nama pun kat kilang coklat, apa barang tak minum hot chocolate kan.  Nak merasa punya pasal, kitorang pun beli la hot chocolate buat minum tengahari namanya.  Alas perut sebelum cari port untuk lunch. Habis je tegukan yang terakhir, kitorang pun blah.  Takleh la nak lepak lama-lama, banyak lagi tempat nak pergi.




Busselton Jetty

Perjalanan ke Busselton diselang-selikan dengan bunyi perut yang berkeriuk-keriuk akibat lapar.  Tapi sampai-sampai je jeti tu, kitorang decide untuk naik train tu dulu, dah alang-alang menyeluk pekasam kan. Nak menapak sampai ke hujung donia tu, memang mintak mahap awal2 lah, tak larat.  Lagipun, cahaya matahari sangat terik di situ walaupun angin bayu yang bertiup tu boleh buatkan tangan rasa kebas dek rasa sejuknya.  Begitulah cuaca di sini yang boleh aku gambarkan.





Naik train tu kenalah bayar mahal sikit, 11AUD je.  Lelap mata je la, saje je nak jalan-jalan kan.  Dah lepas naik train, kitorang jalan-jalan kat jeti ambil2 gambar.  Perut pun dah bagi signal lain macam, baiklah kitorang beredar cari port untuk makan.  Di sepanjang tepi laut tu ada banyak pondok-pondok sesuai untuk piknik, tempat basuh tangan pun memang ada disediakan.  Tapi beku tak beku jari kena air tu, sendiri mau ingatlah. Menu lunch hari tu nasi, kicap 1 Malaysia, telur dadar, rendang ayam dalam tin Adabi kot, sambal ikan bilis Brahim.  Indah dirasakan dapat melantak nasi kat tepi laut.  Dah rasa macam piknik kat Port Dickson je! Solat pun, kitorang solat kat area-area tu jugak.


Dari Augusta ke Albany

Selesai semuanya, perut pun dah kenyang.  Moh la kite teruskan perjalanan.  Memang non-stop habis perjalanan kali ni, setiap hari travel jauh-jauh.  Perjalanan selepas ni dijangka lebih jauh daripada perjalanan sebelum ini.  Memang pun.  Key in je address dalam GPS, ambik ko 450++KM to go. Hiks! Jauh noks.  Sampai ke tidak ni.  Dah macam nak balik Kelantan je.

Perjalanan dari Busselton ke Albany memang terasa begitu lama sekali ku rasakan, dari siang bawak ke malam.  Tapi sepanjang jalan tu, kitorang memang enjoy habis dengan scenery yang cantik dan takde kat tempat lain.  Yang paling best sekali, bila dah agak-agak gelap je jalan tu, toink toink toink keluarlah segala mak nenek kanggaroo melintas jalan.  Balik umah la kot, dah maghrib.  Hiks.  Seronok la dapat pengalaman menjerit2 dalam kereta sebab excited tengok kanggaroo.  Kalau lembu melintas kat Melesia ni, sikit pun kau tak heran ye tak!? Memang laju sangat kanggaroo tu melintas, nak suh pose sikit pun dorang tak mo.  So, nak experience camtu, pergi lah drive kat sana ye.

Malam pun kian larut setibanya kami di Albany (ayat novel tak?).  Kami sampai lebih kurang pukul 7 lebih, receptionist kat Albany tu dah balik, so terpaksalah guna syiling yang ada call dia, sebab dia siap tinggal note kat pintu suruh call bila dah sampai. Nasib baik dia berada tak jauh dari kawasan. Cepat je dia sampai kat situ.  Waktu ni sebenarnya aku tak berapa nak sihat, saya demam selesema cikgu! Lepas makan nasi berlaukkan Gulai Ayam brand Aliff, telan panadol, ubat selesema dan berselimut dua tiga lapis, aku pun terus hanyut dibuai mimpi.  Apa jadi kat budak dua orang tu pun aku tak tau.  Aku tak larat sangat dah malam tu, pikiran tu memang nak tido aje.  Jadi, macam itu ajelah ceritanya malam pertama aku di Albany.

Next entry akan aku ceritakan dengan lebih lanjut pengalaman di Albany pulak sebelum bertolak balik ke Perth semula.  So, stay tuned ye guys!

Tuesday, October 8, 2013

Western Australia (WA) - Part 2 : Other Side of the World

Salam semua.

Sudah masuk hari kedua.  Semua tidur dengan begitu lena sekali, walaupun tidur di tempat orang.  Nampak sangat yang Cervantes Lodge Backpackers ni tersangatlah selesa.  Kami terlambat bangun sikit, kunci jam beria pukul 4 tapi harammm semua tak sedarkan diri, tapi sempat lagi untuk Subuh.  Setelah selesai mandi dan bersiap, kami ke dapur untuk sediakan breakfast dan lunch pack.  Untuk breakfast kami makan roti, telur hancur dan kari ayam Brahim.  Untuk lunch, kami buat maggi goreng dan telur dadar.  Tuna, roti dan buah-buahan pun masih ada lagi, so kami pack jugak untuk bekalan.

Cervantes Lodge Backpackers
Aku dah janji kat makcik tu yg i'll make her famous, so korang cam betul2 muka makcik tu (abaikan makcik disebelah kiri..haha)

The Pinnacles Desert, Nambung National Park

Selesai check out, kami pun bertolak ke Pinnacles Desert yang terletak di Nambung National Park.  Tak jauh sangat dah daripada tempat penginapan kami tu.  Nak masuk ke Pinnacles Desert kena bayar 11AUD per car.  Lepas tu, kita boleh drive di sepanjang desert tu, ada laluan yang disediakan.  Tak perlu nak menapak di bawah terik matahari tu.  Bila berada kat sini, jangan tertipu dengan udara yang sangat sejuk, pakailah jugak sunblock untuk tidak dipanah dengan cahaya matahari yang sangat direct itu.

Kalau nak tahu pasal Pinnacles tu, boleh wiki, Pinnacles ni kalau kat Malaysia dah macam batu-batu hidup kat Tapak Megalitik.  Siapa yang biasa lalu jalan Kuala Pilah-Seremban tu, boleh nampak dari tepi jalan. hehe.  Tapi batu yang ni di tengah-tengah gurun tapi bukan gurun yang panas, gurun yang sejuk.  Bila berada di situ seolah-olah berada di dunia lain.










Lancelin Sand Dunes : Sandboarding time!

Perjalanan kami teruskan ke Lancelin Sand Dunes.  Lebih kurang satu jam perjalanan dari Pinnacles Desert. Kami sebenarnya memandu dengan penuh cuak, sebab minyak macam dah nak blinking, cari petrol station dalam GPS plak, tak ada katanya yang berdekatan.  Mustahil tak ada (pujuk hati).  Sampai sahaja di Lancelin, kami pun melilau mata cari Petrol Station. Alhamdulillah jumpa! Lega sangat2, dalam kepala dah terbayang duduk kat tepi freeway tu sambil tahan kereta orang. haha!  Waktu isi minyak tu bertembung dengan family dari Malaysia yang nak ke Sand Dunes tu jugak, so, kami gerak together-gether.

Sebelum sampai ke destinasi, anda akan nampak kedai Lucky 7 di sebelah kiri anda.  So, berhenti sekejap untuk rent sandboard kat situ.  Ada dua jenis, satu yang duduk, satu lagi yang berdiri.  Tak gigih untuk berdiri, kami pilih yang duduk.  Sewa satu sandboard tu 10AUD, pastu kena deposit 50AUD.  Sewa satu je dah cukup.  Mainlah secara bergilir untuk penjimatan.  Kat petrol station tadi aku perasan leh jugak sewa kat situ, tapi macam mahal sikit kalau nak compare dengan Lucky 7.

Kedai Lucky 7 yang dimaksudkan
Apakah tujuan sebenar kami ke sini?? Tujuan kami ke sini adalah untuk main sandboarding! Wooohoooo!! Seronok sangat! First time main gelongsor kat pasir yang sangat tinggi tu.  Mula-mula tak konfiden, tapi bila dah try rupanya best gila. Cumanya turun tu sekejap aje, nak mendaki gunung pasir tu balik, mencungap dibuatnya.  Apa-apa pun, tersangatlah eksaited masing-masing main sandboard ni.



Gaya dah ada dah, bab luncur fail.. (gambar yg fail x dpt ditunjukkan atas sebab2 tertentu..haha)

Dah puas jerit-jerit, gelak-gelak, cungap-cungap kami pun beredar dari tempat itu.  Laparlah pulak! Kami pun mencari port yang baik punya untuk berpiknik.  Lantas kami terjumpa satu taman yang ada kerusi dan meja dan juga toilet kat situ.  Memang port yang terbaik.  Kitorang berpiknik sambil ditemani oleh seagull2 yang kelaparan jugak.  Disebabkan ada toilet dan boleh ambil wuduk, kitorang decide untuk terus solat kat situ.  Lagipun, perjalanan kami agak jauh dan rasanya tak sempat sampai sebelum maghrib.


Perut dah kenyang, muka pun dah fresh balik, lebih kurang dalam pukul 2.00 petang, kami pun meneruskan perjalanan ke Augusta.  Dari Lancelin ke Augusta lebih kurang dalam 400km.  Sepanjang perjalanan kami menyaksikan pemandangan yang sangat indah, bukit-bukit hijau siap ada biri-biri dan lembu yang gebu-gebu, dah macam dalam Farmville.  Udara pula memang sejuk dan redup di kawasan tu.  Di tengah-tengah padang ragut yang luas tu bertebaranlah kambing biri-biri mencari makanan, pastu ada farm house, ada kuda.  Betul-betul macam dalam buku cerita kanak-kanak.


YHA Augusta - Cape Leeuwin


Sampai-sampai saja di Baywatch Manor Augusta @ YHA Augusta ni, kami disambut oleh seorang reception yang hensem dan sangat sesuai dijadikan calon bf.  Cara cakap pun lembut je, tenang rasa hati ni. Eh, apa kena mengena?! Haha.  Lari tajuk dah.  Antara banyak-banyak hostel yang aku stay, aku paling suka kat sini. Bukan sebab mat salih yang hensem tu je, tapi semua sekali tentang hostel ni aku suka, kecuali lantai die kot, sejuk sangat, yang lain semua ok.  Cakap banyak tak guna, tepek gambar lagi bagus.




Bagi aku hostel ni sangat cantik hiasan dalaman dia.  Dapur bersih, cantik dan membuatkan aku rasa rajin gila nak masak.  Shared bathroom walaupun di tingkat bawah, tapi sangat-sangat selesa dan cantik. Kesimpulannya, semua kat sini cantik dan semua aku suka.

Makan malam kami meriah sebab dapat hang out sekali dengan traveller dari Singapore.  Siap dapat makan papadom lagi dorang bagi.  Bila perut dah kenyang, masa untuk tidur, so, sehingga bertemu di hari yang ketiga!












Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow