recent posts

Friday, August 27, 2010

TABLE FOR SIX...



5 orang gades jelita sedang qeueu untuk memboloskan diri kat dalam kenny rogers ittew. punyelah gembira dapat beratur, orang sure pelik2 nenek je tengok kitorang beratur dengan hepinya. mane taknye, terimbas memori beratur kat dewan makan dulu kan, klu dulu dah senior bleh la nak potong-potong barisan ni, bile dah jadi wanita ni, sopan santun kena ada, beratur je la ikut tertib.

punyelah bizi sampai takdan nak menghaplod gambar gades2 jelita ni. rase sekejap je skola menengah dulu kan tibe2 jumpe balik semua dah jadi wanita berkerjaya. dulu comot je kat skola, busuk je rupe masing-masing. so kali ni cukup korum, semua pun dapat join. thanx to eera kerana merealisasikan impian kami yang nak makan kenny rogers tu. bila dah berenam ni kena la ambik2 gambar kan, so ade jugak la percubaan2 memanjangkan tangan tapi akhirnya ini lah hasil gambar berenam kami..

ambik ko, ngan grill kenny rogers pun kena snap. tak leh jadi ni, kena jugak cari sorang untuk snap gambar kami2 ni. bukan senang dapat kumpul macam ni. last2 mintak tolong abang kennyrogers..tenkiyu laa abg, i bagi posing maut punye..=)


haha. maut la sangat. macam biasa la posing aku yang ada 'peace' tu, walaupun itulah kepantangan enchek sayang aku, aku tatap suke! makan punye makan, borak punye borak sampai dah nak tutup kedai. alang2 kepalang sekali dah jumpa, aku kena jugakla bagi nasihat sikit kat budak2 ni. sempena merdeka yang tak bape nak lama dah time tu kan, aku kena jugak la remind dorang perjuangan PM kite yang terbaru iaitu 1 Malaysia. tekun anis mendengar. bagus2. jangan setakat pergi balik kosong je kan, at least dapat sesuatu. bukan senang nak dapat ceramah free aku kan.


so, makan pun dah, borak pun dah, time nak membayor la pulak ye. makan 6 orang, okey la kan. janji hati hepi masing2 dapt jumpe, itu yang penting.


dah selesai membayor kami pun beredar dari tempat kejadian. macam2 cerita telah terbongkar sewaktu pertemuan ittew. lama terpendam, akhirnya dapat juga disuarakan. yang paling aku happy mestilah dapat jumpe korang semua. hopefully dapat berkumpul di lain masa k.


luv u all so much~


last but not least..jeng jeng jeng..

hee..gambar umihamonat je yang takde..


Monday, August 23, 2010

KRITERIA LELAKI PALING IDEAL

WANITA MENCARI JODOH: Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?
Oleh: Husna Abdul Wahab
Majalah Sinar Rohani, Oktober 2004


Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta
kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah
(dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera
hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang
biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya,
berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun
hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.

Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki
agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini
disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan
pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika
hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri
mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita
dalam memilih bakal suami mereka.

Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh
dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa
penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal
kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani
besama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu
latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.
Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan
buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan
baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan
sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi
anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang
berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu
dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah
dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan
berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.
Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti
dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih
pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang
sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala
perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya,
sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya
raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta
kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempattempat
maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya
hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab
terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh
Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan
yang besar”.
Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah
SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup
berumahtangga akan dapat dinikmati?
Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan
bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak
perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang
bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,
“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia
menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya
pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.
Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama
Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup
keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian
terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.
Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih
mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari
sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif
sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi
tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai
oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)
yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda
mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan
anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan
silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa
agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan
menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.
Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada
menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat
menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah
Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika
berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi
apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat
yang diterajui oleh suami mereka sendiri.
Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh
kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan
solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian
yang nyata sekali bagi dirinya.
Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana
bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang
fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak
perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal
pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang
berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial”
yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih
sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,
tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan
kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun
perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
dengan limpah kurniaan-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha
Mengetahui”. (an-Nur: 32).

KUASA CINTA

Ihsan daripada : Majalah Cahaya keluaran Februari 2010

Pendahuluan


Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan
dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)



Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami
semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi
seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi
semua manusia”. (Riwayat Tabrani)

Erti Cinta


“Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun
getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan
kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita
menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi,
menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan
padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!”
(Jalaluddin Rumi).


Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana
seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.

Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'

Pengurusan Cinta

Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan
dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta
seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!


Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:


“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan
kenikmatan
dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah
SWT semata, dan
Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim
al-Jauziah
)

Bukti Cinta

Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.

Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.



Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:

'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam
dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)


Cinta Allah

Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.

Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.

Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.

Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.

Friday, August 20, 2010

KU BUKAN AKU - TILU

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku


Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu


nota kaki :
s0rry if i l0ve u s0 much..that is s0mething that i cann0t av0id..

Tuesday, August 17, 2010

KERABU SOTONG

dalam bulan ramadhan ni, kita sering tercari-cari menu apa untuk dimasak..bagi yang berkerjaya seperti saya, masa itu sangat terhad..hee..jadi hari ni saya nak share resepi kerabu sotong yang sangat mudah dan menyelerakan..


Bahan-bahan :


Sotong (potong ikut suka dan rebus)

1 ulas Bawang Besar, 1 batang Serai, 5 biji cili api, 2 biji cili merah (dihiris nipis)

5 urat kacang panjang, 1 biji tomato (dipotong kecil)

Daun ketumbar (kalau tak suka takyah letak)

Garam, limau nipis/limau kasturi (ikut suka)


Cara menyediakannya :


Masukkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar, dan gaulkan hingga rata.

Sedia untuk dihidang..
p/s : kalau letak nenas pun mesti sedap jugak kan??yum..yum


Mudah kan??


SELAMAT MENCUBA~

Monday, August 16, 2010

THE EXPENDABLES


i watch this movie last night..it was OK for me..
mengisahkan tentang sekumpulan pembunuh upahan yang ditugaskan untuk membunuh seorang lelaki jahat.
tapi yang tak bestnye pembunuhan yang diorg lakukan ni mcm jahat sangat,
tak berperikemanusiaan langsung.
kalau mengandung, toksah ngengada nak tgk cite ni.
sangat GANAZ.
saya bagi *** je..




NAILI'S PLACE VS WONG SOLO

bila nak buke puasa je, mesti ada satu lagi dilema iaitu dilema nak makan apa..semalam alkisahnya cikyayan ngan encikyuyu cadang nak berbuka puasa sama-sama selepas pulang dari kg..fikir punya fikir, maka terlintaslah beberapa destinasi selera untuk kami berbuka nanti..

mula-mula cadang nak buka puasa kat Satay Haji Samuri kat Kajang, tapi baru pukul 5 setengah kitorang dah sampai Kajang, takkan nak tunggu lama2 kat situ kot kan..so, kami teruskan perjalanan sambil berfikir lagi..

pastu tekak ni teringin plak nak makan ayam penyet kat Wong Solo..kalau nak g makan kt Shah Alam, takut penuh ngan dak2 uitm..yang kat Bangi tak tau katne..kalau nak pergi yang dekat Kg.Baru takut jammed teruk..last2 kitorg plan nak pegi carik Wong Solo yang dekat Pandan Indah tu je..sampai2 je Pandan Indah, isi minyak kereta dulu sebab dah blinking..pastu operasi mencari dan menyelamat dimulakan..dari satu row ke satu row kami round..mata pun dah macam berpinar2 pulak kan..pusing punye pusing, sampai kul 6.30 dah tapi still tak jumpa..last2 kitorg pun give up..maka idea demi idea keluar nak buka puasa kat tmpat lain..

sama ada nak buka puasa kat Pizza Hut (tmpt 1st dating, time ni buke puasa gak)heee...ataupun kat belakang RISDA, ataupunnn kat Naili's Place.. last2 kitorg decide buka puasa kat Naili's je..kecian encikyuyu sebab order lambat sampai..

nak dijadikan cite, otw balek kitorang lalu kat satu jalan ni, tup2 nampak WONG SOLO...dush dush dush..takde rezeki nak mkn ayam penyet...kata encikyuyu, takpela, next time kan ada lagi, so cikyayan pun bawak bertenang...hik3..neway, tQ cyg f0r ur treat, next time will be my turn k~

so, agak2 sape yang menang? Naili ke Wong Solo? heee...lu pikirlah sendiri...=)

Friday, August 13, 2010

Hijjaz - Rindu


santapan rohani di bulan RAMADHAN..hayatilah lirik lagu yang indah ini..



Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Wednesday, August 11, 2010

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

alhamdulillah, masih lagi berkesempatan aku menyambut ketibaan ramadhan. banyak pengharapan aku pada ramadhan kali ini, semoga apa yang kuharapkan itu diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk aku tunaikan.

ramadhan pertama tanpa atok.
walaupun hati masih sedih dengan pemergian arwah atok, tapi aku redha dengan pemergiannya. so, tahun ni takde sape yang terjerit-jerit time tunggu waktu berbuka sebab atok dah takde. kalau dulu, atok tak ingat dah bulan puasa ni, ada je makanan mesti die terus makan. bila cakap sekarang ni bulan puasa, dia akan tanye balik, betul ke? tapi tak sampai sepuluh minit pastu, mesti die sambung makan. atok atok, yan rindu sangat dengan atok. Al-Fatihah. semoga roh atok dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman.

ramadhan pertama dengan naufal.
baby kedua along selepas kasyful. tak sabar nak tunggu dia besar, mesti cute dan manja macam kasyful. semoga anak-anak buah auntie menjadi anak yang taat kepada ibu bapa dan jadi insan yang berguna. tahun depan insyaAllah bertambah lagi sorang. =)

ramadhan yang kedua buat kami.
aku mula bercakap dengan dia hari pertama berpuasa tahun lepas dalam kelas Business Maths. alhamdulillah, walaupun diuji dengan berbagai dugaan dan rintangan, kami masih boleh bertahan sehingga ke saat ini. walau apa kata orang, walau bagaimana susah sekalipun, aku akan cuba pertahankannya selagi aku terdaya.

ramadhan yang kedua di Uitm.
sekali lagi berpuasa dan berbuka di Uitm. memang penat, tapi demi segulung degree ni, segalanya akan ku tempuh. semoga Allah tabahkan hati aku mengharungi dugaan yang hebat ini.

terawikh malam pertama.
alhamdulillah, dapat aku solat terawikh malam pertama di bulan ramadhan. aku sanggup ponteng kelas law semata-mata sebab dah berniat nak solat terawikh. semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku dan moga-moga ramadhan yang mulia ini Allah memberikan hidayah kepadaku yang sentiasa alpa dan lalai ini.

sahur yang pertama.
sahur yang pertama dengan ahli-ahli rumah. cukup korum. makan nasi, telur dadar dan nuget, minum pulak ho ho ho horlick. meriah sahur yang pertama walaupun tanpa keluarga di sisi.


Ya Allah, Kau permudahkanlah segala
urusanku di bulan Ramadhan ini, dan Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku,
dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa sahabatku. Kau bimbinglah aku ke jalan
yang benar dan jalan yang Kau redhai, Kau peliharalah aku, Kau lindungilah aku.
Sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon dan kepadaMu jualah aku
akan kembali. Amin.

Tuesday, August 10, 2010

naufal khalis

ini die Naufal Khalis auntie..kecik je die, cumel sgt..
semoga Naufal membesar dengan sihat pastu leh main ngan abg Kasyful ye..

Thursday, August 5, 2010

berukband sy dah takde...

tetibe sedey sbb broadband dah takde..isk3..
tp tu la, klu ade pun, takat lembab cam siput sedut, sape bley tahan??

so, mmg aku betul2 ade masa nk berinternet ni kat opis n kat kg je..
itupun kat opis ni klu keje tak belambak kan..

takpela, jodoh tak panjang ngan ko wahai berukband..
dan aku pun takde la sengkek lg pasni sbb nk bayar bil ko bulan2..

goodbye my lover~

Monday, August 2, 2010

SALT...ko memang best!

Who Is SALT??
cerita ni adalah cerita yg aku tunggu2 sbb si Jolie yg berlakon..
drp tahun lepas kot tgk trailer dah berkenan..
so semalam aku g tgk..
ko mmg terbaek la Jolie..
tak sesia aku bayar duit tiket wayang..
bila tengok cite ni, aku pun tertanya-tanya siapakah SALT yg sebenarnya..
sama ada dia di pihak yang benar atau yang salah..
sama ada die mmg benar2 seorang Russian Spy ataupun CIA agent yg jujur..
tapi yang pastinya, dia sangat sayangkan suami dia..sedih part bile suami die mati..
yg paling best aksi cite ni, sebab dia seorang perempuan yg sgt licik..
korang tengok la, pastu baru leh komen kat sini..
tp cite ni mmg best sangat..
saya bagi 5 bintang!
*****

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow