recent posts

Wednesday, January 26, 2011

CRAZY CRAFT!!

baru abis blog walking...1st round in the morning, before-in the middle-after breakfast..and sumenya pasal craft..so, sambil jalan2 tu aku nak share jugak dengan korang link2 yang aku suka dan bagi inspirasi kat aku...i'm in lurvee!

mula2 aku jatuh cinta pada felt...


so, ini ada beberapa blog yang menarik utk anda kunjungi...


dan banyak lagi.....!

pastu, jalan punye jalan...aku jatuh cinta dengan tote bag...


jalan lagi....
(mula menyimpan hasrat yang mendalam dalam bidang "handmade" ni)
aku jatuh cinta pulak dengan "handmade" kad..


korang suke tak?? aku suke sangat..
mula menyimpan angan2 untuk buat semua benda2 tu esp. for my day nnt kan..
tak sabar rasanya...harap2 ada masa yang cukup untuk saya buat..hik3



nota kaki :
sorryla sayang, cintaku banyak tertumpah disini...hik3..
tapi cintaku padamu lebih banyak daripada blog2 yang ada kat dunia ni..=)









Wednesday, January 19, 2011

MOMOT'S BIRTHDAY!


Munirah Bt Haji Idris a.k.a muhid a.k.a muni a.k.a momot..

HAPPY BIRTHDAY !

sorry nothing special on your birthday this year..
so i hope this will be something that make u cry a lot..

1994 til now and til eternity..
dah berkurun dah kita berkawan nampaknya..
thanx for being my friend..
banyak sangat memori dah dicipta bersama sepanjang 17 tahun ni..
kalau aku ada anak dah nak ambil SPM tahun ni..hehe

apa yang istimewa tentang MOMOT...
:: kawan yang paling setia
:: selalu belanja aku
:: always be there when i need u
:: baik hati
:: boleh buat keje gile sama2
:: banyak bagi nasihat kat aku
:: sanggup dengar segala masalah aku
:: dan banyak lagi, tak tertaip dek aku kat sini...

aku ingat lagi waktu darjah enam ko marah sangat kat aku sebab aku ngan ain curik diari ko..ko tunggu aku kat pintu pagar sekolah, ko kejar aku sampai dapat..waktu tu arwah mai masih ada, Al-Fatihah untuk mai, semoga ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman..dia yang tolong cover aku time tu..dulu, tiap kali datang raya kat umah ko, aku mesti bagi dia duit raya walaupun time tu kite sekolah rendah lagi..miss her so much!

aku happy sebab dapat masuk satu sekolah menengah dengan ko..ada geng takde la bosan sangat kan...tapi aku ingat lagi macam mana aku nangis teruk time ko nak pindah sekolah form 4 dulu..sedih macam dah tak jumpa lagi..sebak sampai takleh nak bercakap..mungkin sebab daripada darjah satu tiap2 hari aku jumpe ko..so, from that i know that i cannot lose you..cuma bila dah besar2 jarang dapat jumpa tapi selalu jugak la sebenarnya jumpa kan...
banyak lagi yang aku nak taip tapi aku simpan speech tu sume untuk next next year k..
kalau aku taip semua nanti, sampai umur kite 40 tahun dah tak tau nak cakap apa lagi..hehe

terima kasih sebab jadi kawan aku dunia akhirat..
semoga ikatan persahabatan ni akan kekal sehingga akhir hayat..
love u so much babe!!

Tuesday, January 18, 2011

JOM JALE2 DI KELATE

khairul fahmi, tunggu i ye kat kelantan tu..sat g i sampai..

*cuba memujuk diri*

esok kul 10.00 pagi saya naik bas ke kelantan, no airasia, no MAS okeh!
rombongan cik kiah dengan membawa poket yang kosong..
set in mind nak bergumbira je..
kalau boleh cam nak tinggalkan henpon, sebab nk berlonely planet kt sana..

malam ni ade kelas, tekan minyak tekan brek lebih kurang pukul 11 sampai rumah..
baju tak packing lagi..
barang2 nak bawak tak listkan lagi..(sgt tak eksaited)
tadi baru je beli seluar slack (sbb nk seragam la kan.....dush3!)
yayan, adakah anda bersedia?!

Friday, January 14, 2011

saye terpakse melakukannye...tanpa rela

sigh sigh sigh!

yep, cikPA mengeluh dan terus mengeluh..
cikPA takmo, tapi dah tak de option..
cikPA taknak pegi kelantan!
sebab cikPA nak spend cuti umum kat rumah sambil berehat bersantai..
tapi cikPA kena pergi jugak sebab terpaksa!

cikPA tau cikpuanBOS nk reward cikPA bawak p jalan2 cuci mata..
cikPA tau semua tu..
tapi cikPA mcm tak happy sebab cikPA tengah pokai..
yang ade tinggal duit PTPTIPU untuk cikPA bayar yuran..
cikPA taknak ponteng kelas, tapi cikpuanBOS yang suruh!!

cikPA bagi alasan mula2 yang cikPA ada kelas...
cikpuanBOS suruh ponteng!
cikPA bagi lagi alasan, sayang nk ponteng...
cikpuanBOS suh cikPA naik flight the next day! siap nk suh driver p jemput cikPA kat airport...
cikPA PA je lah cikpuanBOS....segan la kan....
skang ni cikPA berbelah bagi..
cikPA takmo pegi...isk isk isk..

Thursday, January 13, 2011

SUKE EDIT PAKAI PICNIK


nak share satu laman web dengan korang..aku memang suka edit gambar, disebabkan kalau guna photoshop agak memakan masa, y not korang try edit gmbr kat sini
http://www.picnik.com/ ..lagipun sangat senang, takyah belajar editing pun takpe..

gambar2 yang aku letak ni kebanyakan edit kat sana..jom tengok hasil karya aku kt picnik..hehe..simple je, tapi hasilnya saya suke!

sebelum



^ selepas ^

tQ pada orang yg telah mengenalkan saya ttg picnik ni..=)

selamat mencuba!

Tuesday, January 11, 2011

ANA RAFALI vs ZIANA ZAIN




opening entri kali ni berbeza sikit sebab ZIANA ZAIN in the house!! i wish zz betul2 in my house on my wedding(yeah, keep dreaming...!)jangan marah sebab ini tahun berangan saya..lalalala~

bila tgk zz nyanyi kt AJL hari ahad aritu, rasa nak nangis pun ada..SUPERB sangat, cayalah kak!! dengan vokal yg dulu, kini dan selamanya mantap, mekap yg gojes giler, dress yg tak ingat punye canteq!! bila sesekali zz buat come back, nyanyi pula lagu-lagu yang banyak nostalgia ni memang rasa fantastik je..aku pun memang membesar dengan lagu-lagu zz ni, daripada tadika kot..yela, kalau tak takkan la aku nak nyanyi lagu zz waktu hari guru sekolah rendah aku time darjah 3 dulu kan..tapi sayang, takde sape nak rakam (jaman teknologi tak bape nak canggih lagi) klu tak dah masuk youtube aku, silap2 usher amek aku jadi artis bawah die sekali ngan justin bibir tu..haha.. apa2pun zz memang terbaek la malam tu!!



rata-rata orang masih lagi bercakap tentang AJL ke 25 aritu..tak kira la kat radio ke kat suratkhabar ke masih lagi hebat memperkatakan tentang banyak isu.. dan yang mungkin menjadi topik hangat adalah keputusan AJL.. ramai yang tak puas hati tentang sang juara dan segala macam komen dari penonton..

malam bila keputusan diumumkan siapa juara, aku dah cakap siap2, janganla ana rafali yang menang..tup2 dia yang menang..! masing2 menganga, emo, tak puas ati, tak excited dan sewaktu dengannya..dan aku bukan sebab aku tak suka lagu Tolong Ingatkan Aku tu, cuma aku tak pernah mendalami lirik lagu tu sebab sebutan ana yang terlalu slang or yang senang cerita tak jelas..tapi bila dah diumumkan juara tu, barulah jari jemari aku ni laju je mengGOOGLE lirik Juara Lagu yang ke25 itu..cuba korang jugak hayati bait-bait lagu ni..


.


.


.
v

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita






dah bace? dah hayati? hmm...


apa pendapat korang?


bagi aku, lagu ni sebenarnya memang agak something la..


congrats kepada Ana Rafali sebab menang..


dan yang penting, lagu dan lirik ni memang original by her..


tapi mungkin disebabkan masih ramai lagi yang tak mengenali dan tak menghayati lirik-lirik lagu Ana, mungkin tu la tak excited dan terkesima dengan keputusan tersebut..


tambah2 pulak penyanyi pojaan hati korang tak menang kan??


lagi la terasa cam BENGANG gile kan?


hehe...cool down bebeh..dah berakhir pun AJL..


and congrats again to Ana Rafali..


kalau bleh, jelas2kan la sebutan tu sikit ye..


bagi peluang pada kami2 sebagai pendengar dan peminat industri ini mendalami lagu2 yang awak tulis dan nyanyi..





Saturday, January 8, 2011

Brand New 2011

tahun 2011 dah start...another challenging year for not married yet girl like me. tahun ni ada banyak benda nak buat and fikir..first of all, tukar url blog supaya tidak dpt dikesan oleh insan yang tidak berapa nak betul jiwanya..<--- tak baik kan!! tapi tula, sape suh die minat sangat ngan saya kan??!!..lol

adoi, siyes..kiri kanan depan blakang orang dah nak kawen, dah kawen, dah nak tunang, dah tunang..saya?! cm biasa alasan yg diberi adalah "tak nak langkah bendul", "biar setel cici punye majlis dulu", dan sewaktu dengannya. betul2 nak kawen dah ke ni? memang patut fikir dah umor dah nak masuk 24 tahun...weeee...dah tua dah rupenya, patut ramai membe2 sebaya dah kawen..=)

tapi bila ditimbang, diukur dan dikira dengan kalkulator hak milik kerajaan ( ingat weecha usop je ke hak milik kerajaan?) nampaknya perbelanjaan kawen sgt mahal sekarang ni..erm...perlukah saya menyimpan duit daripada sekarang?? gotcha! kena! sebab saya nak kawen grand2 punye!! aritu usha satu laman web doorgift ngan kad kawen bandung punye..argghhh....benci sebab sangat2 cantek!! saya akan cuba kumpul duit supaya kawen sy nanti dapat tempah doorgift drp bandung...ce usha jugak, korang korang dan korang yang belum kawen pasti akan berangan seperti saya jugak!! www.paperyonline.com

tahun ni tahun berangan saya, jangan kacau tau! sebab tahun ni duit tak cukup lagi nak kawen..so, berangan sambil simpan duit dulu..sikit2, lama2 jadi gunung..

mesti korang rasa aku sangat tak sabar nak kawen kan???!! ha ha..nasib la, jeles dah ni tgk orang kawen..tapi takpe, saya sabar menunggu..plan step by step..insyaAllah masanya pasti akan tiba..

lagu pembukaan tahun 2011...yeah...!!

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow