recent posts

Monday, June 25, 2012

SONY NEX-F3K

*drooling sambil juling*

nak nyanyi lagi Mak Iti dulu untuk kasi feeeeel..

"Now I can't seem to fight myself,
Oh I can't seem to ease my mind,
Oh I think I'm falling, I'm falling,
And I can't stop falling, I'm falling in love with you"

Memang saya sudah sangat2 jatuh cinta pada kamu wahai Sony NEX-F3K!!

Untuk menjulingkan lagi mata, jom nengok ape bendanye yang aku suka sangat2 ni..


Ihsan : www.sony.com.my

mula2 bukak, aku survey harga. hm. quite mahal tp mungkin berbaloi2..Kecil dan mudah dibawa ke mana2..

Ihsan : www.sony.com.my
Oh, siap ada flash camni..looks good.....

and then TETIBE..............................!
Ihsan : www.sony.com.my
nampak ada yang kaler ni...oh mai!!! *jatuh bergolek-golek*

Ihsan : www.sony.com.my
ada 180 Flip LCD Screen....hmm..best kot!! leh amek gambar sendiri camni..(guna SII aku tu kemain payah lagi nk tekan kalau nk camwhore cenggini)..besnye, leh amek gambar sendiri!!!

Ihsan : www.sony.com.my
pastu leh amek video Full HD..isk3..

  
Ihsan : www.sony.com.my

ada lagi yang best giler!! ada 11 PICTURE EFFECTS MODES!! homai homai...really drooling..(macam nampak makanan..haha)

BEST KAN? BEST KAN???!

Itu belum lagi lain2 specs, looks good untuk orang yg macam aku. nak pakai DSLR besau bebenar plus berat. yang ni sgt comei lotei....

Ok, let's start berangan untuk memiliki camera ini.  Tidak cukup dengan berangan, meh korek2 tabung kot2 cukup kalau nak rembat before g bercuti nanti.

Untuk berangan cam aku gak, silalah pergi tengok kat laman web SONY ni..cekidaut!



Nota kaki : Ini adalah gara-gara ternampak adik beradik kamera ni kat meja YB AA.  Penah juga mengusha cik Norain Hamid sebab ada kamera yang ala2. Tambah pulak memang ada menyimpan angan2 untuk membeli kamera yang cenggini. Jadi saya memang sudah jatuh cinta! *Korek tabung*

Thursday, June 21, 2012

Nak Pegi Australia Free??

Berita baik! Berita baik!

Sape yang minat Spiderman??!! 
Jom tengok poster ni dulu....

ihsan : FB Sony Pictures Malaysia

Filem The Amazing Spider-Man akan keluar wayang 5 July ni, so bagi peminat2 tegar Spiderman,
ada satu contest yang korang boleh join untuk menang percutian ke Australia dan banyak lagi hadiah menarik!! 

Jom join  "Spot the Spider Contest" !!

Kalau nak join contest, please click HERE

Contest ni dianjurkan oleh Sony Pictures Malaysia.
Bagi peminat-peminat filem Spiderman, jangan lepaskan peluang ok!!
Sebab kalau tak menang grand prize pun ada banyak sangat cenderahati Spiderman yang korang boleh dapat..

p/s : untung sabut timbul, untung korang, dapat melancong FREE..hehehe..:)


COMMERCIAL BREAK!

#ChurpChurp's top 30 influencers brought home a total of over RM120K the past year! Join them!

Bangkok ke Bengkok?

holla!

aku tengah dalam mood skodeng2 tempat untuk stay kat Bangkok.
jom tolong aku pilih!


1st choice : Take A Nap 





Room Facilities
- Air-conditioned (Self-remote control).
- Telephone (Internal call).
- Television (3 News channel + 1 Music channel).
- Tea & coffee facilities.
- Electronic safe.
- Refrigerator
Room limitations
- No wardrobe (but we do provide hangers).

No. Of Persons : 4 persons

Price : 1500 Baht/ per night
(
* Rate included taxes, service charge and continental breakfast )
2nd choice : HQ Hostel 




Room type : M Type

Number of bed in a room : 4 Bunk beds

Priceper night, per bed, per person: 730 THB 

M is most important. Group of 4 or friend of two together. Share and stay in a cozy room with your buddy and another squad who love the same experience. It surely will be more than a roommate but a new beautiful journey.

* Rates is exclusive of 7% VAT and per night per bed per person only basis. No extra bed or child rates provided.

3rd choice : Suk11 Hostel

Room Type : Triple Beds Room

Amenities
  • All rooms are air-conditioned 
  • Hot and cold showers
  • Internet and Laundry service
  • Wifi available in Lobby area
  • Cables TV, DVD and Videos in common room
  • Walk-up building, 4 floors, no elevator, no bell service

Conditions

  • No unregistered guest allowed 
  • All rooms are non smoking
  • Check in at 12.00 noon, Check out at 11:00am
  • please book in advance to ensure availabilities

Price : 900 Thai Baht

4th choice : Lub D Siam Square



Room Type : Ladies Deluxe Dorm (4 persons)

Room’s facilities:
• Air-conditioning
• 4 single beds
• Personal reading light
• Personal locker
• Shared bathroom

Price : 500 Baht/Per night/Per Person


So, which one ek? hmmmm....


NEW UPDATE!!

Survey dan survey lagi, ada satu lagi HOTEL which I think murah and accommodation quite good..please take a look.

Rambuttri Village  

Sebab kitorang nak travel berempat, aku survey mana yang suitable for us.


Price : 1500 Thai Baht


hm hm hm...mane nak pilih ni......




Wednesday, June 20, 2012

Nak Bercuti tapi Takde Duit..Acano?

Tetiba terpanggil untuk menaip entry pasal ni..Sebab rasanya semua orang ada keinginan untuk bercuti, tapi keadaan kewangan yang tak mengizinkan. Ni adalah antara option2 yang korang boleh ikut mana yang suke, dan tinggalkan mana yang tak suke.

1. Saving

ihsan : pakcik Google

Of course saving adalah merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan setiap insan. cecece. macam bermadah plak. oke. serius. every month patutnya korang kena simpan sikit duit, janganlah habiskan semua duit gaji tu. Walaupun aku bergaji ciput je, tapi aku ada jugak la saving sikit-sikit untuk menampung keinginan aku untuk bercuti ni kan.  Sekarang ni ada byk kemudahan spt potong gaji, auto debit dsb.  So, buatlah potongan gaji yang sewajarnya. Masuk sikit kat Tabung Haji, ASB dan create la satu akaun lain yg korang boleh put aside utk bercuti. Kalau letak kat ASB pun boleh sebab susah sikit la korang nak g keluarkan. Bukan susah tapi leceh. Bila korang malas nk keluarkan, so, duit tu pun makin beranakpinak.

2. ASB Loan

ihsan : pakcik Google

Aku bukan ejen ASB ke hape. tapi ini adalah salah satu option untuk korang dapatkan duit extra pada setiap awal tahun. Byr monthly and then, by early January every year korang akan dapat dividen. Kalau kira cincai, korang buat loan RM15k -20 tahun, monthly commitment lebih kurang dalam RM100 ke bawah. Tapi awal tahun, minimum dividen yang korang boleh dapat dalam RM1k. Oke la jugak kan? By end of 20 years, dapat la balik RM15k yang korang bayar every month tu. Lebih kurang win-win situation kekdahnya.  Bagi aku, ini adalah salah satu fav aku sbb boleh la tolong2 aku g bercuti dan yang paling penting, duit standby utk byr insurans kereta. hehehe

3. Side Income 

ihsan: pakcik Google

Kalau korang banyak masa korang leh la cari side income. Sebagai contoh paling senang, korang jual kuih ke, nasi lemak ke. hehe. Tak kisahlah keje ape pun, janji halal dan yang penting, korang ada masa. Macam aku, aku memang kompem tak cukup masa sebab tengah study lagi kan. Aku memang takde side income.

4.  No More Wayang, No More Karaoke, No More Shopping



ihsan : pakcik Google

Ini adalah life aku sekarang. Aku tak tau kali terakhir aku tengok wayang bila, tambah2 lagi sekarang ni kat Astro tu dok ulang2 je movie yang baru keluar. Tak kesahlah tak tengok wayang, takde rugi apa2 pun kot, sebab pastu kuar kat tv gak.  So, puasa la daripada berhibur tak tentu pasal tu. Aku rasa semenjak tak berkecimpung dalam dunia wayang dan karaoke ni, aku ada sikit la extra money yang membolehkan aku berbelanja sikit lebih2 lagi berbelanja makanan yang aku teringin sangat nak makan. Cuba bayangkan kalau korang tak keluarkan belanja utk wayang dan makan, mesti byk lebihan kan? leh g bercuti kan? Shopping ni lagi satu, bukan takat kat shopping mall, depan PC ni pun korang boleh habis berkoyan-koyan kalau dok google blog jualan online je kan. So, beli apa yang dirasakan perlu dan berpatutan sahaja ok?

5. Mintak Kat Mak/Abah/Kakak/Abang

ihsan : pakcik Google

Pernah gak buat sebab bila dah sesak sangat. heheh..Tapi dok tebal muka ngan tahan telinga je la kan. Berjalan nak, duit takde. Tapi besenya buat kalau aku g mana2 dorang dok kirim macam2, so aku mintak la pengerasnya..tips utk korang utk berjimat jugak kalau bercuti, kalau ada org bg hint2 suh belikan souvenior tu, sound tepek je la, kirim air liur dapat air liur je la kak! hahahaha (tp ckplah dengan nada gurauan yang tidak menyakitkan hati) So, deme tu paham la klu kome tak beli ape2 utk deme waktu deme g bercuti tu. 

6. Sugar Daddy

ihsan : pakcik Google

Yang ni pernah terfikir, tapi nak cari mana tak tau. hahahhahaha.kanak2 bawah umur jgn dok terai plak. sugar daddy yang alim2 sikit la cari, yang takde unsur pegang2 punye, tp duit berlebih kekdahnya taktau nak salurkan kat mana. lalalalala~

7.  Pinjam kat Kawan

ihsan : pakcik Google

Dah nama pinjam, bayar balik dik non! ko jangan buat cam pinjaman PTPTPU plak, dah sedap2 ko rembat duit g beli henpon bagai, ko tak nak bayar balik.  Tapi ada ke kawan yang baik hati nak pinjamkan duit sebab nk biaya ko g bercuti? haha..lu pikirlah sendiri!

8. Buat Personal Loan

ihsan : pakcik Google

Yang ni bijak. Bijak putaq alam namanya. Kalau ko buat personal loan semata-mata nak g bercuti, memang nak kena lepok la kan. Dah habis duit tu nanti, habuk pun tarak! Sebab once ko dah g melancong, ko akan jadi addicted, ko akan rasa cm nak melancong lagi, lagi dan lagi. Takkan la sampai mati ko nak dok overlap loan bank je kan? Itu takde wawasan namanya. Lain la kalau ko g bercuti 2 in 1. Sambil bercuti, sambil memborong. Bila balik, ko pakat2 jual ngan dak2 opis. Beranak la jugak duit, balik bercuti bukan duit habis tapi duit berganda lagi ada. Kalau korang bisnes minded, diharuskan buat personal loan, tapi dengan syarat, balik2 aje, ko bayarlah balik loan ko tu.

Sebenarnya, ada banyak cara korang boleh mendapatkan duit, tapi bila perkara yang melibatkan duit ni mestilah banyak risiko. Kalau rasa2 tak mampu nak pergi jauh2, pergi dekat2 dulu. Dan bila berjalan tu, janganlah gila bershopping, beli apa yang dirasakan perlu je. Untuk 1st timer, korang kena tetapkan apa mission korang. Macam aku, kalau pegi bercuti, aku nak kumpul fridge magnet, jadi itu jelah benda yang wajib aku beli kalau aku g mana2.  So, secara tak langsung korang tak akan merepek meraban beli souvenior ntah apa2 pastu biar tersadai tanpa ada arah tujuan. Kalau korang suka beli baju T-Shirt, beli je la sehelai duit buat kenang-kenangan. Apa yang penting sebenarnya gambar kenang-kenangan, barang2 yang lain tu, tak penting mana pun. Kalau ada bajet lebih, barulah korang boleh fikir untuk beli souvenior untuk orang lain. Lagi satu, kalau nak pergi bercuti, carilah hotel yang berpatutan dengan bajet. Sekarang ni dah banyak sangat Guest House/ Hostel/ Hotel yang murah2, so, kena pandai2 cari. OK?! 

Aku memang tengah dalam mood nak pergi bercuti sangat2 dah ni, tapi apakan daya, kerana keterhadan masa sebab terikat dengan jadual kerja dan jadual belajar yang sangat pack membantutkan keinginan aku. Tambah2 duit banyak mengalir sebab aku nak habiskan study ni, mana nk bayar duit minyaknya, tolnya tiap2 hari berulang Putrajaya-Shah Alam. Tapi aku biarkan kepahitan ini menjadi lebih manis lagi apabila aku berjaya menggenggam segulung ijazah kelak. InsyaAllah.


p/s : Aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya korang terpengaruh dengan kandungan blog aku. Aku tidak boleh didakwa-dikwi di mana-mana Mahkamah atas kesalahan yang korang dah buat. hikhik. Sendiri mau ingat ok? (mood tgh study Law, siap ada exemption clause..hamekkau!)

Tuesday, June 12, 2012

the REDVELVET si baldu merah..

Keinginan yang teramat sangat di dalam tekak ini telah merajinkan aku untuk baking, which is not my thing suatu masa dahulu. Kalau masak2 melibatkan tepung ni memang aku anti sangat. Kalau dulu, setiap kali mama buat kuih raya, nak mintak tolong aku kira memang agak mustahil la kan, sebab aku lagi prefer untuk cat rumah daripada buat kuih raya. hehehe. Semenjak dua menjak nila, semenjak aku menjadi gadis ni, aku prefer plak girl2 thing seperti memasak, pergi spa, pink2..haha..tapi untungla orang disekeliling aku sebab dapat merasa air tangan aku yang julung2 kali rajin ni kan.

Last time punya projek ialah REDVELVET cake. Aku memang suka makan redvelvet, sebab color die sangat tempting dan rasa die mmg marvelous.  For the first time in my life, I try to do it.  Kalau coklat kek ngan cheese cake tu dah penah buat kan, so kali ni aku nk upgrade lagi my skill in baking.  Sekarang ni aku memang dah ada spot baek punye untuk membeli barang untuk buat kek iaitu Yummy bakery kat Bandar Baru Bangi, dekat je ngan Putrajaya ni.  Kalau nk buat kek ni, costing memang agak tinggi jugak la tapi sekali sekala takpe la kan.

Aku try resepi daripada Blog Kak Rima http://www.bisousatoi.com/.  Aku memang selalu stalk blog kak rima ni sebab blog die cantik dan resepi dalam blog tu memang terbaik! hehe. aku dah try few recipe which i really2 satisfied.  TQ kak rima! So this is the recipe:


Red Velvet Cake
Recipe by Bisous A Toi
Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder
1 tbsp red colouring
1/4 cup soft unsalted butter - 57g (aku guna salted butter, so aku kurangkan sikit garam)
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - (aku guna 1/2 cup milk + 1/2 tbsp cuka)
1/2 tsp vinegar - (aku guna cuka buatan)
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream (aku tak bubuh pun cream, tapi still lagi ok rasanya)

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs.. slice

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.

so, this is my version...so yummy!

the whole size cake..sgt susah nak letak topping tp still look gorgeous kan? hehe.


this cake is open for order, anyone?

Friday, June 8, 2012

BERWAJAH BARU

aku dah penat tengok hitam, jadi aku tukar ke warna yang lebih gadis dan sweet seperti tuan empunya blog. wakaka. dah stop. jangan perasan.

moga2 dengan wajah yang baru ini, aku semakin rajin menghapdet blog yang semakin lama semakin kutinggalkan ini. bukan malas, tp takde cerita. life aku boring seboring boringnya. walaupun begitu, aku bahagia. haha. apakah?

nk merepek meraban ape pun tak tau. next entry aku nk update bab makan2 la. bersempena nak menghabiskan sisa2 puasa ganti ni, dan sebagai permulaan untuk bulan ramadhan yang akan datang. (aku suka tengok blog pasal makanan kalau bulan pose, itu tabiat aku, korang takyah ikut sebab korang tak kuat iman.kekeke)

skill memasak aku skang aku rasa semakin bagus, semakin awesome. mungkin disebabkan adanya mixer yang aku cilok daripada mak aku sampai mak aku beli yang baru.. (mekasih mama..heee) anakmu ini menjadi rajin dan hebat hasil didikan kamu.

okeyla, cukup cukup sudah. sehingga bertemu di dalam entri yang akan datang.

tatatititutu~

nota kaki: mood aku baik hari ni sebab kelas BATAL!

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow