recent posts

Monday, August 19, 2013

ABAH

abah

panggil abah bila serius
bila nak manja-manja panggil babah
paling tenang bagi aku adalah dia
bawa kereta pun memang tenang sangat
eh bukan, slow sebenarnya

dulu paling aku sayang adalah abah
mak jatuh nombor dua
sebab mak dulu garang
selalu buat aku menangis dan merajuk
mengada sangat kan?
dan abahlah tempat aku mengadu
mak akan bengang
bila abah menangkan aku

kalau malas pergi sekolah
mesti ngadu kat abah
cakap tak sihat, demam
dan mak macam biasa akan marah
tak percaya dengan anak dia yang mengada ni
mak tau je yang aku tengah berlakon
abah cakap kalau sakit ikut abah pergi klinik
aku suka
suka ikut abah pergi klinik
tempat abah bekerja satu masa dahulu

abah kalau marah selalu macam action je lebih
takut jugak kadang-kadang
tapi sebab dengan abah boleh kawtim lagi
kalau balik lambat lepas pukul tujuh malam
terus berlari masuk bilik air
waktu tu abah dah kat dalam bilik
dah ready nak maghrib
so, rasa selamat sebab mesti abah tak marah
ok, kadang-kadang kena sebat jugak dengan ranting pokok bunga raya
rasa nak tebang pokok tu

kalau ada orang nak gantikan tempat abah dalam dunia ni takkan mampu
takkan terdaya nak menjaga aku
seperti mana abah jaga
seperti mana abah didik

cakap pasal abah buat aku sedih
sedih sebab rasanya selalu buat abah risau
abah janganlah risau
sebab abah kan cool
anak abah yang sorang ni memang kuat berjalan
tapi pergi mana-mana pun orang ingat kat abah
selagi tak beli apa-apa untuk abah, mesti rasa tak complete
jadi abah jangan risau kalau apa2 jadi
sebab anak abah ni dah besar sebenarnya
dah dewasa dah pun
cuma tak kahwin lagi je
oh, itu pun mesti abah risau kan?
abah jangan risau, orang dah cakap
orang akan cari menantu terbaik untuk abah
sejauh mana pun, orang akan cari
walau ke Perth sekalipun, eh?

abah oh abah
sebab abah kat kampung, walaupun dekat tetap buat orang risau
abah jaga diri betul-betul tau
jangan buat kerja berat-berat
abah kan dah pencen
dah pencen kena rehat
jaga mak betul-betul
orang sayang abah dan mak ketat-ketat


anakmu yang jauh di perantauan,
jauh sangat..hehe

-yayanrahman-


#rindu #homesick #meroyanlepascutilama #anakabah #familyfirst #bosansangat #luahanhatianak 






Daim Chocolate Cheesecake

Ohoooohoooooooooooi..mood for baking is now turned on.

Fuhhh..lama siot tak bakar membakar, kukus mengukus dan uli menguli kat dapur kesayangan tu. Akibatnya, bila tengok bahan2 yang ado, kebanyakan dah expired..hohoho..so, apa lagi, kenalah buat operasi membuang segala yang tak diperlukan lagi..nasib baik bahan2 yg expired tu tinggal sikit je, kalau tak, sedih gak la tengok semuanya masuk dalam perut plastik sampah tu.  

Bila dah clearkan dapur, baru buat listing apa yang perlu dibeli.  Sebenarnya paling takut untuk baking ni bukan ape, takut aku pun jadi tong sampah jugak kena makan semua tu, sebab tu jarang nk menghidupkan mood tu (boleh pakai ke alasan org malas ni??hehe)

Takmo cerita panjang2, jom aku kongsi resepi derhaka "Daim Chocolate Cheesecake".  Bukan selalu dapat buat kek macam ni sebab bukan senang-senang nak dapat Choc Daim free..kekeke..Disebabkan aku ni kurang sikit bab2 makan coklat, sebungkus Daim tu pun tak habis2 aku makan, padahal dah beberapa bulan dok kt dlm peti sejuk tu, solution kpd masalah itu adalah dengan menukarkan ia menjadi kek.  Mula-mula fikir nak buat kek Daim cam kat Ikea tu, tapi yang dkt Ikea tu pun aku tak makan sebab manis sgt, inikan nk buat kan, memang tak ah..

Resepi asal aku ambil dari blog IdaFirdausi , thanks for sharing!

Ni pulak resepi 'derhaka' aku..

Daim Chocolate Cheesecake

Bahan A - Base
200 gm biskut weetameal Jacobs ( sebab biskut ni je yang ada kt rumah)
1 sudu besar serbuk coklat *optional* (Saje nak kasi base die rasa coklat)
50gm mentega (dicairkan)

Bahan B - Cheesecake
260 gm cream cheese 
50gm gula castor
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus lemon (kalau takde guna jus oren should be fine)
100ml whipping cream 
100 gm Chocolate Daim yang dicincang - boleh kurangkan kalau taknak manis sangat

Bahan C - Ganache Topping *Optional*
100gm Coklat masakan - I used Dark Chocolate
50ml whipping cream


Cara-cara:

Base 
Cairkan mentega.  Kisarkan biskut weetameal with food processor/blender sampai betul2 halus. 
Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan serbuk coklat dan mentega cair, sampai agak2 boleh dikepalkan. Masukkan ke dalam loyang yang dah dialas dengan baking paper.  Ratakan dan tekan sampai padat.  Bakar 10 minit pada suhu 150C.  Biarkan sejuk.


Cheesecake
Pukul cream cheese dan gula sehingga licin dan tak berketul.  Masukkan telur, tepung jagung, jus lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati.  Masukkan coklat Daim yang dicincang (lagi kecil cincangnya lagi bagus, sebab klu nk potong kek nanti tak berketul2 sangat).  Kaup balikkan hingga rata.  Kemudian tuang ke atas base yang telah sejuk tadi tu.


Bakar pada suhu 140C selama 45 minit.  Boleh guna kekdah water bath (bain marie).  Aku kan derhaka, so, aku just letak satu dulang air kat level bawah over tu, level kedua aku letak kek. (Kalau tak dapat nak bayangkan camne aku buat, takyah ikut..hehe) Pastu aku bakar guna suhu 160C selama 40 minit. Kekdah tu pada aku just to make sure yg base tadi tak hangus kalau kita bakar guna suhu tinggi.  Tu yang aku bantai buat eksperimen sendiri, menjadi jugak water bath aku.


Bila agak2 dah masak, bukak sikit pintu oven, biarkan sejuk sekejap before keluarkan.  Kekdah ni aku rasa untuk bagi cheesecake tu kering sikit sebelum disejukkan dalam peti sejuk semalaman.

Ganache Topping
Panaskan whipping cream guna kekdah water bath/double boiler. Tapi yang ni kekdahnya di atas api ye bukan dalam oven. Boleh google kalau tak tau. Pastu masukkan coklat masakan yang dah dicincang kecil bagi mempercepatkan proses pencairan coklat tersebut.


Curahkan topping ke atas permukaan cheesecake yang dah disejukkan.  Boleh hias dengan almond flakes/almond cincang. (Nak bagi sedap almond tu kena bakar sekejap dalam oven, barulah rasanya rangup, tapi jangan sampai hangus lak)

Cheesecake ni kena letak dalam peti sejuk, nak makan baru keluarkan dan potong untuk dapatkan hasil yang memberansangkan.  Kalau nak kasi cantik lagi, pisau tu kasi tajam, pastu rendam dalam air panas, barulah potong itu kek. Kalau malas, potong je la camne2 pun, asalkan korang hepi. 

Inilah rupa paras cheesecake ku sebelum dibawa ke potluck raya.  (abaikan rupa parasnya yang agak comot itu....hehe) 




 Kek ni sedapppp, bagi aku la, kalau korang nak rasa, try la buat..resepi dah bagi kan??? heee.. Selamat mencuba!!




Thursday, August 15, 2013

cerita hari raya tahun ini

Salam Aidilfitri semua.

Mesti masing-masing masih dalam mood beraya lagi kan? Aku dah 3 hari keje tapi masih belum dapat menyesuaikan diri lagi nih..hehehe..disebabkan bos, jiran2 bilik pun masing-masing masih bercuti, memang aku rasa macam serupa tak keje je hari ni. Lepas belek-belek emel, takde apa pun yang urgent dan perlukan tindakan.  Nak buat2 busy pun tak tau nk busy buat ape..so, relax je la dulu aci tak? 

Cerita hari raya tahun ni agak kecoh.  Nak bergambar sangat pun tak sempat uols. Tak banyak gambar yang aku dapat snap.  Sedih dan menyesal pun ada, tapi nak buat camne, nak rewind macam boleh plak kan? Tahun ni tak sempat langsung nak ambil gambar satu famili.  Salam bermaaf-maafan pun buat gitu2 je, sekali lagi sedih.  Takmo sedih2 yang penting dah minta maaf pada semua.  Lagipun takkan la nak bermaaf-maafan time raya je kan? Time lain pun boleh jugak (nak sedapkan hati)

Hari Raya tahun ni super duper busy.  Disebabkan terlampau banyak kaki tangan ingatkan dapatlah ringankan sikit beban, rupanya makin banyak kerja yang perlu dibuat.  Tahun ni anak buah dah jadi 6 orang, semua hero-hero belaka, mummy dan daddy masing2 memang tak cukup tangan nak handle anak2. Sudahnya, memang penat giler la aunty, acu, atok ngan uwan yang buat semua keje.  Daripada mengemas, mencuci, sampailah ke memasak dan menghidang. Memang tak sempat jumpa orang sangat sebab duduk kat dapur je semedang.  Tahun depan aunty nekad nak bawak bibik balik kampung agar aunty dapat menggoyang kaki je.

Malam raya, masing-masing belum habis lagi mengemas, memasak dan sebagainya.  Nak kata rumah besar banglo tiga tingkat, dua tingkat pun bukan, tapi punyalah dasat nak mengemasnya.  Itulah padahnya bila masing-masing balik kampung tak pernahnya nak mengemas, nak harapkan mama ngan babah, dua2 pun busy buat kuih raya untuk jual bulan puasa aritu kan.  So, macam kapal karam pun hado.

Setakat ni masih ramai lg yang tak sempat berjumpa, geng potluck raya pun sambut raya dah ujung2 syawal nanti, so, setakat ni ada la dua tiga keping gambar raya sebagai bukti aku g beraya..Ambik gambar pun pakai henpon je, gile miskin..haha..janji hado!

with my nephews naufal khalis & khazin nazheef 

my brother with nazheef

along aka mummy kpd kasyful najmi, naufal khalis & khazin nazheef

angah dan nazheef

naufal khalis manje ucuk2 aunty yg sporting sgt..hehe (akibat bosan dalam kete)

curlasst mama ai g beraya pakai spek mata itam..hehe..tapi sebenarnya mama sakit mata di pagi raya..siannn


aunty with kasyful najmi, my eldest nephew yg grown-up super fast..misshhh u babyyy

itu je yang mampooo..haha..gambar lain2 dalam tab dan henpon orang lain tak sempat nak amek sebab sume sibuk dah nk blk beraya kat umah mentua masing2..

Laporan beraya di kampung sesi 2013 ini sehingga bersambung lagi..banyak lagi rumah yang tak diredah..nantikan kemunculankuuuuuuuu..jeng jeng jeng..huhu

last but not least, gambar syok sendiri mesti kena ada...lalalallala



Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow