recent posts

Thursday, March 31, 2016

Review Hotel di Krabi

Cerita pergi Krabi masa honeymoon aritu pun belum sempat update, tapi nak review dulu pasal hotel. Balik daripada Krabi tu tetiba terus morning sickness, uwek-uwek, kesudahannya, sampai hari ni tak tengok lagi gambar yang ambil masa kt sana. Boleh gitu? haha
Disebabkan gambar Krabi masih lagi mereput kat dalam kamera, aku ambik gambar ihsan dari google je la, nanti aku explain details.  Sebabnya ada la ketidakpuasan hati dan kepuasan hati di tahap maksima aku terhadap dua hotel yang aku stay masa kat Krabi last year, aku kena bagi review gak la sikit-sikit bagi orang lain dapat sedikit info.


Vogue Resort and Spa, Ao Nang

Ini first hotel yang aku stay kat Krabi.  So far, the best hotel yang aku penah duduk, puas hati dengan view, bilik, servis dan harganya.   Sangat recommended untuk yang nak pergi honeymoon.  Part yang tak best sikit bila banyak juga tangga yang perlu dinaiki nak sampai ke bilik ni, tapi disebabkan viewnya cantik, aku happy je walaupun kena menapak sikit.  Wifi ada kat bilik, I'm happy.  Balcony dia menghadap view seperti gambar kat bawah ni, boleh tengok orang mandi kat pool.  Best la layan breakfast sambil duduk kt balcony.  Untuk honeymoon, korang kena note sikit masa booking tu, bagitau la tengah honeymoon, barulah ada swan 2 ekor atas katil, ros tabur2 tu. hehe


Tak semua bilik ada bathtub beso camni, kena pilih bilik yang ada.  Nak pasang kat rumah sendiri memang tak lah, sesekali nak merasa apa salahnya.  Memula tu jakun gak, sebab selalu kalau travel memang duduk kat hostel/budget hotel/ guest house je kan, bila dapat duduk hotel camni, rasa la macam fefeeling kaya sikit walaupun balik tu kayap. haha

 
Lokasi hotel ni dekat je dengan McD, berdepan dengan restoran halal, senang nak cari makan takyah pergi jauh2.  Tapi jauh sikit nak ke pantai, tapi tak lah jauh sangat.  Kalau sewa motor tu kira dekat je. Nasib baik book hotel ni 2 malam, kalau tak mesti nyesal sebab sekejap sangat. 

Krabi Tipa Resort, Ao Nang


Mula-mula survey hotel ni, nampak cam, wow! Ala2 istana gitu.  Tengok review cam ok.  Aku pun eksaited sangatlah sebab nak book hotel untuk honeymoon katekau, pastu booking.com buat promo pulak, which the price was still in my budget (sebenarnya agak mahal) tapi lelap mata la, kata nak honeymoon, ape yang berkira sangat? Tapi, seharusnya aku study dulu bebetul sebelum membuat keputusan. huhu. 

Biliknya ok la, suram-suram romantik gitu, kira sesuai gak la untuk honeymoon.  Perabotnya kayu, dan rumahnya pun kayu. Rumah? Bilik dia ala-ala resort, satu rumah tu kira satu bilik la.  Means, bukan dalam building warna putih biru tu.  Sebenarnya aku tak expect pun bilik dia camtu. huhu. Salah aku la, sebab x check dulu sebelum booking.  Masa check-in ok lagi.  Kat lobi ada wifi. Best2. Pastu datanglah buggy yang nak membawa kami ke bilik.








Nak sampai ke bilik tu, kami menaiki buggy, melalui jalan berliku, mendaki, dan terhentak2..dah down dah sikit rasa.  Jauhnya bilik kita. wuuu.  Bilik ok jer, tapiiiiii takde wifi kat bilik ok!! down lagi.  takpelah, esok dah nk balik (pujuk hati).  Malam tu, kitorang keluar, dan balik agak lambat sikit la, tak la lambat mana, kitorang g massage je kt kedai2 bawah tu, sampai kt lobi, katanya buggy takde dah..so kena menapak..oh mai english! dalam kegelapan malam, kami pun berjalan, mendaki dan kepenatan sangat malam tu, nak packing lagi, alahai..really spoil the mood. Redha je la mungkin nasib tak menyebelahi kami.  hu hu hu.. so, klu  korang nak stay kat hotel ni make sure korang request untuk bilik dekat dengan lobi k..

Ok, tu je hotel yang sempat duduk, aku pergi tiga malam je kot, kalau pergi sebulan, mungkin ada banyak lagi review. hiks. 


pheww...akhirnya ada gak post psl travel, i is rindu...

babai uols..

Thursday, March 10, 2016

Muhammad Umar Rifqiy

hi korang!! rindu aku tak?

Alhamdulillah, aku dah pun selamat bergelar ibu. Kalau ikutkan plan asal, aku kena induce on 1.12.15 tu pukul 8.00 pagi, so a day before tu aku pun check in kat Hospital Putrajaya.  Tukar je baju wad, nurse pasangkan CTG untuk tengok heart rate baby dan contraction.  Memang masuk wad pukul 8.30 malam tu aku tak ada lagi tanda-tanda nak bersalin, but right after mesin CTG tu dipasang, terus ada contraction and baby's heart rate was not in a good range.  So, kat katil wad tu la doktor mula pecahkan ketuban, perghhh, boleh tahan sakit gak, tapi aku control lagi masa tu.  Doktor decided nak tolak aku terus masuk labor room. Erk? I'm not ready yet! Aku dah prepare coklat la kurma la milo la nak tunggu induce tu, tetibe, terus tolak labor room? Uwaaa. Time tu husband plak dah balik rumah, terus call bagitau yang dah kena tolak ke labor room.  Saspen gile woo.  Kat labor room, doktor monitor lagi CTG tu, tapi memang tak ada improvement, bila ada contraction, heart rate baby tak cantik, masa tu dah pukul 11.00 malam, tak lama lepas tu, doktor decided untuk buat operation, sebab tak boleh tunggu lama, takut jantung baby lemah.  Masa tu dah mula contraction, dah dan rasa tak tentu arah, time tu rasa nak mintak painkiller or bius terus, tak tahan sakitnya.  Tepat kul 12, doktor kata nak tolak ke operation room, so, sign segala dokumen dalam keadaan yang menggeletar, hanya Allah je yang tahu perasaan masa tu kan, berdebar, takut.  Semua berlaku agak pantas, pukul 12.34, lahirlah a little caliph seberat 2.74kg.  Suara tangisan dia bergema di seluruh alam, Allahu Akbar.  I have never imagined to be in this situation, speechless, blessed, syukur ke hadratNya.  Bila nurse tunjukkan baby tu, hilang segala rasa sakit, takut semua tu. Alhamdulillah.


So, kami namakan baby ini Muhammad Umar Rifqiy.  
Umar - Yang memakmurkan
Rifqiy - Teman Pendamping, lemah lembut

Hari ketiga selepas bersalin tu, kami baru dibenarkan keluar wad Hospital Putrajaya dan terus balik kampung di Negeri Sembilan.  Next day tu kena Umar kena checkup sebab ada jaundice.  Ambil darah di klinik, waktu tu bacaan kuningnya tinggi, so Umar kena admit ward di Hospital Kuala Pilah.
Sedihnya masa tu tak tau nak cakap macam mana, tapi demi kebaikan Umar, ibu redha.  Malam tu ibu tak dapat temankan Umar kat wad sebab luka perut ibu masih sakit, meraung jugak la nak tinggalkan dia seorang kat Hospital, dengan keadaan duduk bawah lampu biru tu kan? Luluh hatiku. Pagi esoknya tu, ibu datang awal-awal pagi.  5.12.2015 - ibu celebrate birthday ibu kat NICU Hospital wuuuuuuuu.  Tunggu sampai tengahari, doktor bagitau bacaan terkini keputusan darah Umar, dan doktor bagitau Umar dah boleh keluar hari ini.  Ya Allah, lega sangat hati ibu bila tau Umar dah getting better.  Umar just kena jaundice dalam beberapa hari sahaja, bila bacaan dah turun 150 dan ke bawah, tak perlu ambil darah lagi dah, so Umar dah sihat. 

Hari Ketujuh, selamat dah rambut Umar kena cukur.  Umar pun menjadi botak cin. Hehe.

Lain pulak rupanya bila Umar dah takde rambut.  Kalau tak tu, stylo juga. Ni dah macam orang baru balik haji. 


First selfie ibu dan Umar. Umar layankan aja la perangai ibu. Ibu dah lama tak enterprem.  Kesian ibu sebab kena pantang, so Umar bagi can.  


Umar suka mandi, Umar feeling fresh gitu.  Senang jugaklah nak mandikan Umar.  Memang tak nangis kalau kena air, die lompat lagi adalah.  Tak sabar ibu nak bawak Umar mandi kat swimming pool.  Kalau ada rezeki nanti nak masukkan Umar swimming class. 



Cuaca panas sangat, Umar tetiba je demam.  Nasib baik sekejap je panas badannya.  Balik dari Hospital, suhu badan Umar makin turun.  Umar suka senyum, demam pun masih senyum lagi. Tak nak bagi ibu risaulah tu ek.  Macam tau-tau je ibu panik semacam masa Umar demam aritu. Umar jangan sakit lagi tau, ibu cemas.



Masa ni ibu dan ayah bawak Umar pergi jalan-jalan sambil singgah kat tempat first time ibu dan ayah jumpa dulu. Waktu tu ibu baru je kenal dengan ayah. No heart feeling lagi. Haha.  Ayah bagi ibu ada satu buku kecik tu, nanti Umar dah besar ibu tunjuk kat Umar.  Ibu beria nak bawak Umar macamlah Umar tau mende. Umar tido je pun sepanjang ibu dan ayah fefeeling tu, good boy. Ibu pun lepas gian nak makan macam-macam baru habis pantang kan? He he



Umar dah makin bambam. Tapi tak lah bambam sangat, sedap2 ibu dukung je.  Memang mat senyum.  Tak banyak nangis, Nangis kalau nak susu dan nak tido je, selain daripada tu, dia layan perasaan sendiri. Baguslah kalau Umar pandai berdikari, Umar kan kental macam ibu. Kental ke? Haha




Umar dah macam abang kawasan.  Umar tengah praktis duduk dalam car seat, sebab nanti senang ibu nak hantar Umar pergi skool. So far, Umar happy je duduk dalam kereta.  Tapi kalau kereta berhenti lama sikit, Umar tak suka. Lagi banyak bounce, lagi senyap dia kat dalam kereta tu.  



Sehari sebelum hantar ke taska hari tu, ibu main dengan Umar sepanjang hari. Sedih oi.  Selama ni ibu bawak Umar g mana2, tapi ibu dah nak masuk kerja, so Umar kena duduk kat taska baik-baik, dengar cakap cikgu, jangan nangis, minum susu banyak-banyak.  

Berat betul mata Umar, hari belum terang lagi dah nak kena keluar rumah.  Penat menahan mata, tapi Umar redho je.  Nanti petang ibu datang ambil Umar, nak risau apa. Ibu kan kena kerja, nanti kat taska Umar tido je la, xpun main dengan kawan-kawan. Ape de hal? Umar kan gagah seperti wira, taknak la nangis2, tak macho tau.



Ibu dan ayah reward Umar sebab berjaya stay kat taska, bawak g jalan-jalan kat IOI City Mall. Umar meragam sikit kat taska minggu pertama je, mungkin nak sesuaikan diri.  Sampai kena tukar botol susu. Mula-mula dulu dia nak je botol Tommee Tippee tu, tetiba masuk taska dia taknak.  So ibu cari botol lain, nasib baik try sekali je dah ok, sekarang ni pakai botol susu Pigeon yang Peristaltic Plus tu.  Masuk minggu kedua, cikgu bagitau Umar dah ok, dah nak minum susu, tak menjerit dah.  Umar dah pandai minta cikgu agah, tapi tak boleh nak hadap Umar dari pagi sampai petang, cikgu pun ada banyak kerja lain. Umar main sorang diri je, nanti ibu belikan Umar mainan ye.

Hari ni Umar dah 100 hari.  Macam sekejap je masa berlalu.  Sepanjang menjaga Umar ni, tak susah pun, Umar masuk tido awal, malam-malam pun tak meragam, bangun tido terus senyum.  Pandai dia bawak diri, sebab dia tak nak susahkan ibu.  Ayah jauh, nanti kalau Umar buat perangai kesian pulak kat ibu kan.  So, Umar memang sangat behave.  Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini.  Tak sangka dah bergelar ibu.  Sekarang ni ibu nak plan the best untuk Umar.  Umar dah besar sikit nanti ibu dan ayah bawak Umar jalan-jalan ye.  Dalam kepala ni ibu dah plan macam-macam dah, tunggu ibu dan ayah kumpul duit dulu, lepas tu kita pergi travel eh. Ibu berharap sangat ni, harap ayah baca dan hadam. haha

Babai semua, nanti Umar enterprem lagi kat sini.  



Friday, October 16, 2015

Trimester Ketiga - Persiapan Untuk Baby dan Ibu ke Hospital

Bulan Oktober sudah berada di pertengahan jalan, maknanya tinggal dua bulan je lagi untuk melahirkan baby ibu yang sangat2 aktif lately ni.  Mula-mula hari tu excited jugalah nak tahu jantina baby, so nak pergi buat details scan tapi atas faktor masa, tak sempat nak buat, even gender baby pun ibu tak tahu lagi ni.  Nak buat surprise lettew..hehe..takpe, ibu ayah tak kisah pun lelaki atau perempuan, yang penting, baby sihat sempurna comel gebu gebas wangi..tak sabar rasanya nak cium baby..

Bila dah masuk trimester ketiga ni, ramai yang dah mula tanya, 

baju baby dah basuh? 
beg dah siap masukkan dalam kereta ke belum? 
nanti guna set berpantang apa? 
tukang urut dah cari? 
bersalin kat mana nanti? 
barang-barang baby sume dah complete?

Semua orang pun excited sama kan? Alhamdulillah.  

Ramai yang share tips-tips bila dah sampai ke penghujung trimester ni, antaranya;
  • minum air kelapa/minyak kelapa dara/kapsul kelapa dara untuk memudahkan proses bersalin nanti, biar baby keluar bersih je
  • sebelum masuk labor room, minum air zamzam, kurma dan madu
  • baca doa Nabi Yunus banyak2
  • amalkan baca Surah Maryam, Yusuf dan Lukman
  • sentiasa doa agar dipermudahkan urusan bersalin, dpt nurse yang baik, doktor yang baik, suami ada disisi, kurangkan sakit, baby sihat sempurna dll 
  • banyakkan berjalan
  • jaga pemakanan especially pengambilan garam dan gula, untuk elakkan bengkak kaki
  • minum ais...hahahah..yang ni sebab nnti setahun oi takleh minum.....(yang ni kalau boleh jangan amalkan, aku je yang tak boleh tahan godaan)
  • banyakkan membaca dan bertanya orang yang berpengalaman
  • jika berniat untuk menyusukan anak secara ekslusif, iaitu sehingga anak berusia 2 tahun, kenalah prepare daripada sekarang, baca buku dan tips2 yang berkaitan. tak faham tanya.
  • sentiasa berfikiran positif
  • minta ampun dengan suami, ibu bapa dan kalau boleh dengan semua orang

Berbalik kepada persiapan ibu dan baby, berikut secara ringkas aku listkan barang-barang yang PERLU DIBAWA KE HOSPITAL


CHECKLIST UNTUK IBU
  • buku rekod kesihatan ibu 
  • guarantee letter (for govt) / insurance card (for pvt)
  • IC/ kad nikah
  • beg hospital
  • kurma, air zamzam, madu
  • handphone & charger
  • toiletries
  • tuala mandi
  • maternity bra dan breast pads (jika perlu)
  • pakaian untuk keluar hospital (skirt/kain batik, blouse/tshirt, tudung, sweater)
  • stokin
  • selipar 
  • disposable panties
  • maternity pad
  • kamera - siap2 charge bateri
  • thermos / mug 
  • food /beverages (biskut, roti. milo etc)

CHECKLIST UNTUK BABY
  • Nappy bag
  • Baju dan seluar lengan panjang - secukupnya
  • Baju dan seluar lengan pendek - secukupnya
  • Mittens and booties
  • Topi / Beanie
  • Napkin - 2 helai je
  • Kain bedung
  • Barut
  • Minyak telon
  • Pampers newborn - secukupnya 
  • Cotton ball
  • Tisu basah
  • Towel
  • Toiletries (selalunya hospital ada sediakan, bawak je utk standby)
  • Asingkan satu set pakaian baby dalam plastik/beg kecil yang lain untuk dibawa ke labour room. (baju dan seluar lengan panjang, barut, kain bedung, mittens booties, pampers)
  • Infant carseat/ convertible car seat  - perlu ada untuk baby's safety 
  • Head and body support - optional (untuk keselesaan baby)
So far, semua barang dah ada kecuali carseat. Tengah survey2 lagi carseat yang boleh fully recline dan convertible.  Kalau beli infant carrier tu paling lama boleh pakai pun sampai baby 7 bulan je, so, beli yang boleh pakai sampai 4 tahun terus.  Dan yang penting, harga mampu milik. Ikutkan hati memanglah nak beli yang branded dan design gempak2 tu kan, tapi bila fikir, nanti banyak lagi nak pakai duit for future education, duit untuk emergency, travel dsb. hehe. Apa yang penting adalah ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada carseat/stroller/carrier tu mematuhi akta keselamatan.

For next entry insyaAllah kalau berkesempatan aku share kan pulak tips2 untuk penyusuan ibu pulak yang aku dah baca/dengar ceramah/ pengalaman kawan2 lain sebagai motivasi untuk aku dan bakal-bakal ibu di luar sana yang berkerjaya tapi mahu menyusukan anak sepenuhnya.  Doakan aku kawan2, dipermudahkan perjalanan untuk menyusukan anak aku nanti.  

At last, sepanjang mengandung ni, aku akui emosi sangat2 mudah terganggu, mujur suami sangat memahami, layan je apa kerenah sang isteri, kawan2 yang baik dan penyayang yang selalu bagi semangat dan kata-kata nasihat, tak lupa family yang sentiasa ada di waktu susah dan senang.  Tanpa anda semua siapalah aku.  sobbssss



P/S : Jika ini adalah post terakhir sebelum aku bersalin, aku nak minta maaf dulu kat sesiapa yang terbaca blog ni yang pernah aku sakiti/guriskan hati tidak kiralah dengan perkataan, mahupun perbuatan, aku mohon seribu keampunan.  Mohon juga kalian doakan yang terbaik untuk aku dan baby yang bakal lahir ini dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik. Amin 


Thursday, August 6, 2015

Raya dan Makan

Waktu bulan puasa aritu, memang tak sabar sangat menantikan hari raya. Sebabnya confirm ada macam-macam makanan yang homemade yang semestinya kena kat tekak. Almaklumlah bulan puasa aritu memang tak lalu nak makan langsung. Berat turun 5kg kot. Padahal sepatutnya time peknen ni berat naik berkilo-kilo. Tapi nak sangat kan berat naik berkilo-kilo, amekkau. Timbang berat kat KK pas raya naik 3kg, tak pasal-pasal kena minum air gula. Bertabahlah. Hehe

So, raya kali ni sebagai pertama kalinya dan mungkin terakhir kalinya aku buat lah makan-makan sikit kat rumah sempena meraikan tahun pertama perkahwinan la kekonon. Nak gather kekawan dan family terdekat. Kegigihan sangat rasanya bila aku decide nak masak sendiri. Bajet dalam 30 orang jemputan, tapi rasanya lebih daripada tu yang datang, Alhamdulillah. Yang penting makanan cukup dan makanan yang dimasak tu boleh dimakan sampai ada yang minta resepi. hehe.

Disebabkan kesibukan yang tahap petala kelapan punya, cam bese la tak sempat nak amek gambar sangat, sibuk melayan tetamu katanya.  Seb baik la encik suami sempat snap gambar makanan dapatlah buat kenang-kenangan. Nak tunggu aku masak camni lagi entah bila la agaknya.  

Menu Nasi Lemak Ayam Berempah, Nasi Impit Kuah Kacang, Steambot...gigih kan aku masak semua ni berdua je ngan suami? huhu

Steambot yang aku pun tak sempat nak makan.  Sos steambot ala2 johnnys yang aku buat tu tak masuk dalam gambar la pulak. hehe

Tetamu yang setia datang dari awal sampai habis majlis..Sebab tu la dapat bergambar..hehe
ni kekawan sekolah encik suami..terima kasih sudi datang..ada lagi yg xsmpt nk bergambar

Disebabkan kegigihan yang tak padan dengan kemampuan diri, akhirnya aku terEL la keesokan harinya. Kepenatan yang teramat sangat, sampai satu badan sakit-sakit.  huhuhhu. Tapi takpelah as long as semua orang happy, aku pun happy sangat2 dapat jumpa dan beramah mesra ngan kawan2..
InsyaAllah ada rezeki kita buat makan-makan lagi ek..

Terima kasih yang sudi datang, yang tak sempat jemput tu jangan sentap sebab mak buyung ni tak terlarat nak jemput semua orang, ikutkan hati nak jemput semua jiran tetangga, semua kawan kelas dari tadika sampai universiti, sedara mara..tapi kalau ada yang sudi nak datang lagi beraya, sila maklum lebih awal, bolehlah prepare apa yang patut..klu datang mengejut kang maunye air suam je aku hidangkan..hehe..

Tengah2 taip pun ada lagi yang jemput g open house..jom cekidaut makanan apa yang ado...hehe

Bye! 



Monday, June 22, 2015

Ramadan Kareem dan Trimester Kedua

Salam semua, rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat berpuasa untuk korang.  Alhamdulillah setakat ni puasa aku penuh lagi, korang amacam? hehe..Bila tengok archive cam dah lama sangat tak update blog.  Bukan tak ada cerita tapi keadaan tak mengizinkan aku untuk menaip entri di blog ni.  Gambar yang diambil sewaktu di Krabi aritu pun tak sempat lagi nak tengok dan transfer ke dalam laptop. Kalau tak tu, tak sampai seminggu mesti dah keluar teaser la coming soon la, tapi semuanya tinggal kenangan..huuuu
Sebenarnya aku baru je melepasi first trimester yang sangat-sangat mencabar emosi dan fizikal aku.  Klinik dan hospital dah jadi rumah kedua, setiap minggu berulang ke sana.  Disebabkan aku ada masalah sikit mengenai tahap kesihatan aku, jadi terpaksalah menghadiri checkup yang dah diaturkan tu demi untuk jaga kesihatan aku dan juga kandungan aku ni.  Walaupun penat, dengan mabuknya, muntahnya, MC je keje, berjauhan dengan suami lg, tapi aku tetap positif dan bersemangat demi baby yang tercinta penyambung zuriat dan bakal menjadi mukmin yang soleh insyaAllah.   Mohon doakan kesihatan aku dan baby baik sampai bersalin nanti ye.

Bulan Ramadan kali ni merupakan pengalaman pertama bergelar isteri. Walaupun tak dapat bersahur dan berbuka puasa dengan suami setiap hari, tapi aku bersyukur sebab walaupun berjauhan, suami memang sentiasa mengambil berat tentang keadaan aku.  Mak kata, air tangan isteri penting untuk suami, jadi aku gagahkan kudrat jugak untuk buatkan lauk frozen untuk suami, bolehlah dia panaskan bila nak bersahur nanti.  Bukan senang untuk menguruskan diri sendiri apatah lagi rumahtangga bila dah berbadan dua ni, tapi tabik spring dengan semangat suami jugak sebab sanggup berulang jauh2 kadang2 seminggu dua kali balik rumah demi nak melayan kerenah isteri yang memang mcm2 benda yang tak kena ni.  Ditambah pula dengan selera yang masih belum ikut tune yang sebenar ni, masih mencabar la juga walaupun dah masuk trimester yang kedua.  Harapannya agar bulan puasa ni kesihatan aku bertambah baik, dapatlah aku berpuasa penuh tahun ni. Dugaan ni sebenarnya memang berat tapi sebab aku percaya dengan hikmah dan nikmat lain yang Allah dah beri, aku akan sentiasa bersyukur dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan.

Dugaan juga buat kami sekeluarga sebelum datangnya Ramadan aritu, abang iparku disahkan strok dan sehingga hari ni dah hampir sebulan admitted di Hospital Putrajaya.  Dengan keadaan kakak yang tengah mengandung, dia gagahkan diri menjaga suami di hospital setiap hari.  Alhamdulillah, banyak perubahan positif sehingga hari ini, semoga abang iparku akan kembali sihat seperti sedia kala dan dapat pulang ke rumah dan berhari raya dengan keluarga tahun ini.  

InsyaAllah, doa orang-orang berpuasa ni tidak akan ditolak sehinggalah waktu berbuka nanti. Jom kita perbanyakkan doa. Semoga Ramadan kali ni menjadi Ramadan yang lebih baik daripada yang sebelum-sebelum ni.  

Selamat berpuasa semua. :)

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow