recent posts

Wednesday, December 19, 2012

Big Bad Wolf 2012


Apo bondo eh tu?

Tahun lepas aku tertanya2, ape kebenda la menatang Big Bad Wolf ni dan kaitannya dengan buku. Sebab kengkawan aku semua sibuk2 kata nak pergi sebab nak beli buku.  Dan sebab tahun lepas buat kat MAEPS Serdang, aku cam tak reti sangat jalan ke situ, aku pun buat dunno je. Tapi hasil tangkapan kawan2 aku nampak memberansangkan lalu aku pun ternanti-nanti kedatangannya pada tahun ini.

Dan selepas membaca beberapa entri daripada blog yang aku slalu skodeng iaitu blog Kaki Berangan dan Janggeltrekking, mereka nampaknya terlebih dahulu dah g meredah onak duri semata-mata nak pegi beli buku murah2 tu.  Dan aku pun seperti terbakar2 semangat nak pergi bila baca blog dorang tuh, tapi asyik tak jadi.  Sudahnya, hari sabtu lepas barulah aku berkesempatan. Sebenarnya niat tertangguh sebab duit tak berapa nak hado, habis jah aku kejekan semata2 nak beli baju untuk g dinner...

Hari sabtu lepas pick up adik aku, dia pun mengajak aku ke sana. "Aku takde duit dik, klu ko ada, ko blanje aku, ko bayar duit minyak, aku on!" Pastu die jawab OK sambil mengeluarkan Samsung Note II yang baru dibeli..haramjadah! aku yang dah keje pun tak beli lagi! Cesss! *panas mata aku tengok*  Untunglah!

Ceritanya, memang adik aku la yang bayar sume. Aku jadi drebar je itu hari.  Hiks. Nasib kau la dik, sape suh ko keluarkan Note II ko, kalau tak, aku adalah perasaan kesian sikit...Disebabkan pagi2 sabtu tu cuaca agak hening, maka tak berapa ramai orang kat situ. Amazing! Aku suspek, dorang tu sume tak bangun tido lagi, ye la sabtu pagi kan? So, dengan tenangnya aku mula membelek satu persatu buku yang ada kat situ...haha..tipu je! Gile nak tengok satu persatu?! 3 juta buku tuuuuuuu~

Banyaknyeeee bukuuuuuuuuu, dan aku pun rambang mata...


Buku pasal history pun ada..

Cookery

Cookery lagi...
Lagi lagi cookery? hahahaha
Disebabkan niat aku pergi ke sana untuk membeli buku, maka tidak banyak gambar yang sempat aku snap..orang pun dah makin ramai, nanti panjang pulak line nak beratur kan..

Hasil tangkapan hari pertama..
Semua ini aku yang punyaaaa!
Ini untuk nephews aunty yang tersayang.....
Adik punya, suke la tuuuu...
Total tangkapan untuk hari pertama berjumlah kurang dari RM200..Dan disebabkan semalam dah gaji, aku pun ambil kesempatan bercuti semata-mata nak pergi lagi ke BBW ni..hahaha..so, pukul 9 pagi aku dah tercongok depan MIECC tu..bahagia kurasakan sebab masih lengang lagi..so, dptlah membelek lagi buku dengan tenang. aku redah sorang2 je kali ni sebab aku je kot yang cuti..hasil tangkapan hari kedua pulak tak lebih daripada RM100..memang puas hati sesangat!!!

Hasil tangkapan hari kedua..

Melihat kepada hasil keseluruhan buku-buku yang aku tangkap, banyaknya menjerumus ke arah masakan dan destinasi-destinasi untuk travel.  Moga-moga dengan adanya buku masakan tu akan menambahkan lagi kerajinan aku untuk memasak.  Kalau tak ada orang nak makan kat rumah, paling2 tidak aku bawak je la kat opis, jamu colleagues aku makan. Dapat pahala ye tak?!
Untuk buku travel, aku tak sempat lagi nak selak korang, tungguuuuuuu!

Bagi sesiapa yang belum berkesempatan lagi nak pegi tu, masih ada masa lagi..buku2 pun masih banyak lagi..hehe..sila2..



Iklan jap, nak tunjuk kat korang baju mahal aku untuk g dinner tema arabian night..sapa2 berminat ngan baju ni, leh PM aku, sebab rasa cam nak let go je..tatau nak pakai pegi mana dah baju ni..

sebelum makan elok berpurdah..hiks

sila pedulikan muka yang semakin membolat itu..

p/s : Lepas ni nak kena gi IKEA pulak beli rak buku..eh?!




Tuesday, December 4, 2012

Passport to Italy

Happy December everyone!

I hope this month will be nice to me..Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun 2012..Still breathing, Alhamdulillah!


Ok tajuk macam nak pergi ke Itali je kan? Hehe. Nak tapi belum mampu lagi buat masa ini, kalau pergi jugak mampussss....so, pergi Italiannies dulu pun boleh kan? Nak juga feeling feeling Itali..giteww

As usual, once in a year, kami pasti akan berkumpul..This year we have a mom, a mommy to be, and three gorgeous ladies in the house!! (Sukati je culik bini2 orang tu bawak pergi dating!) Tahun lepas korum kurang 2, this year our dearest Nafisah won't make it again..But its ok dear, we understand..Happy honeymoon anyway..Special thanks to the hubbies sebab give us time to spent together..So much appreciated!! (Hopefully our future husbands pun can tolerate like this) hehe

So this year, we picked the curve as our meeting place..Last time tekak Korea, tapi kali ini tekak lebih ke Itali la pulak..Apa lagi, ke Italiannies la kita..The foods was awesome! Kenyang tak terkata..A little bit pricey but sekali sekala takpe kan..Klu xcukup duit, ikat perut la smpai gaji..lalalala...

| Italiannies @ The Curve |
| Pepperoni Pizza |
Rasanya biasa-biasa saja..maybe lidah aku tak cukup Itali kot..
| Bake Ziti |
Not bad..tapi sos dia rasa cam sos spageti je...


| Roti cicah Olive Oil + Balsamic Vinegar |
Sumpah rasa cam nak bawak serawa durian makan ngan roti tu! 
| Classic Carbonara |
Terbaik dari ladang!

| Lasagna A La Ravina |
Merembesss uolss..sedap tak hengat! tapi portion besar, makan berdua lebih baik..
| Spaghetti & Meatballs |
Mulut nganga tengok meatballnye..besar nok..
| Gossiping, Eating, Gossiping, Eating |
| Tengah dengar cerita bohong Umi Hani |
| Friendship Forever |
| Almost licin...setelah 3 jam |

Makan punya makan, dah tiga jam uols kat restoran tu.  Orang pun dah silih berganti.  Air yang sepatutnya tak order bottomless pun dorang refill.  Perli kah?  Haha.  Makan sampai rasa macam nak tersumbat usus.  Total order untuk lima orang makan RM 240.00.  So, pukul rata je semua dalam RM40.00 sorang makan. Kenyang sampai ke lewat petang, lewat petang je, malam kembali lapar.  Itu pun dah kira brunch kan, semua makan sampai tak ingat laki kat rumah (khas buat orang yang dah berlaki) Haha.  

Aktiviti diteruskan dengan Padini Concept Store SALE! 
Mulanya cik Umi yang sibuk nak shopping, alih2 semua pun tewas dengan dugaan syaitooon.  Kesian mak buyung sorang tu..Mesti penat..hehe


| Beratur untuk bayar dengan muka yang happy |

Closing ceremony kami kat Chatime je.  Dah minum sampai puas, masing-masing pun ingin mengundurkan diri.  Masih ada tanggungjawab lain yang menanti.

Apa-apa pun, thanx guys kerana sudi meluangkan masa.  Terima kasih atas persahabatan semanis madu ini..Hee..

Much much LOVES.......


P/S : Buat para suami yang terbaca, terima kasih kerana memberi izin kepada isteri anda untuk berjimba dengan kami.  Setahun sekali je kami minta izin nih.  Next time, kami jamu korang masa Potluck eh! Janji! *Muka rasa bersalah*



Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow