recent posts

Monday, February 13, 2012

U BROKE ME INTO PIECES

Tajuk nak gwang je kan.  Lama dah tak gwang, sebab sekarang ni hidup Alhamdulillah dikelilingi oleh insan-insan yang tersayang. Maka kasih sayang pun sangatlah melimpah ruah hendaknya. Godek2 FB tadi terbaca nota yang pernah aku bagi pada someone suatu ketika dahulu. Nota yang aku tak pernah tunjukkan pada sesiapa except dia.  But today, rasanya nak share dengan kamu semua. 

To Whom It May Concern

I'm writing this today because i think i'm stronger than before.

Those days might be hard on you; it's really hard for me too.
If you think I left you because I don't love you,
You're totally wrong.
Then here are the reasons.


I left you because I don't want to be your burden.
I left you because I think you do not trust me.
I left you because I'm giving you space for yourself.
I left you because I want you to realize if you really love me.
I left you because I'm hurting.
I left you because I think you don't need me.
I left you because you ignoring me.
I left you because I know you're not ready to be with me.


So, as you know I made the decision.
By time I sent the message,
I wish that you can realize.
I wish that you can be matured.
I wish that you can stop me.
But at last, you pushed me far far away.

You know I'm hurting so much because of you.
I want to be part of your life whenever it is.
I want to share your pain, your happiness.
I want to be the one that you can turn to.
I want to be the one that you can cry to.
But you don't let me in.
And for that, sorry if I had to go.
I don't know if I have a room left for you.
I'm living my own life, pretending like nothing happened.


Then, I live my life as you can see me now.
Trying hard to let you go.
Because you don't need me anymore.
You said that you don't want me anymore.
And clearly you said that you regret knowing me.
So that, i'll go.
I'm taking back my love that I gave you.


You don't know how much I suffered.
You can't see it with your eyes, but you can feel it with your heart.
If you see me laugh a lot, that’s mean i cried a lot.
If you see me happy right now, that’s mean i am a good actress.
If you feel that you are the one that hurt so much.
Then you can feel that is how much it hurting me.
If I don't have a religion, you can see me died already.
If I don't have family, you can never see me anymore.
If I don't have friends, you can never see my smile again.
And for you to be happy,
You can blame it all on me.
You can tell your friends that I am a bad girl.
You can tell your friends that you regret all the time you had with me.
You can tell as much as you can.


If you have a girl right now,
Please love her.
Don't hurt her because you wanted to hurt me.
Be a man that a woman can live with.
Be a man who knows how to love.
Be a man with full of responsibility.

I don't know if I can see you in future,
But if we did, I hope you can smile for me as when you walk by.


From the one that truly loved you and hurt by you,
Me, myself and I

 
P/S : Thanx for broke me into pieces because when u did that, a thousand hikmah did happened to me. Thanx Allah for the guidance. Smile from my liver. :)

Wednesday, February 8, 2012

Chocolate Cheese Brownie

Assalamualaikum!

Sekarang ni mood untuk baking sedang membuak2. Mungkin disebabkan mama bagi pinjam mixer, so, anak dia ni tetiba jadi rajin sesangat nak masak.  Last week buat chocolate moist cake, pastu gedik2 jugak nak layer dengan choc cheese macam dalam resepi Junior Masterchef tu. Tepung kek beli yang ready made kat Yummy Bakery. So, ada extra cream cheese, kena kasi habis sebelum rosak kan? Here is my solution. hik hik. Aku jumpa resepi ni kat blog Bisous A Toi , suke sangat blog ni.

CHOCOLATE CHEESE BROWNIE (Donna Hay's Recipe)

Bahan-bahan:
Choc Brownie
185g butter, cairkan
30g serbuk koko, ayak
225g gula kastor (aku guna 110g je, xmo manis2)
2 biji telur
110g tepung gandum, ayak
Cheesecake
285g cream cheese, lembutkan & potong2 (aku guna 250g je)
4 1/2 sudu makan gula kastor (lebih kurang dlm 60g)
2 biji telur

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven 160 degree Celcius 
  2. Gaul semua bahan Choc Brownie dalam satu mangkuk sampai sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang segiempat sama 8" yang telah dialas dengan baking paper. (aku guna loyang 7" je, itu yg ado)
  4. Pukul semua bahan Cheesecake dengan mixer sampai sebati dan smooth.
  5. Masukkan adunan cheesecake ke dalam loyang dan swirlkan dengan butter knife atau chopstick.
  6. Bakar selama 45-50 minit.



Hasilnya...sedap dan mudah!
Selamat Mencuba!

Tips:
Kalau korang takde penimbang/cup untuk sukatan, leh convert kat blog Diana's Dessert ni.

Friday, February 3, 2012

BROGA HILL XPDC

Bismillahirrahmanirrahim..

Hi Guys!

Sempena hari Wilayah 01.02.2012 yang lepas, aku dan geng2 pejabat plan untuk menjejak Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Plan asalnya diketuai oleh Cik Mar tapi disebabkan beliau dah terbeli tiket untuk balik kampung, maknanya dia tak dapat la nak join kami. Atas semangat juang yang tinggi, kami tetap meneruskan misi menjejak broga itu.  Then, Cik Iman last minute sms kata tak dapat join jugak. Last2 kami berlima je yang tinggal iaitu Cik Leniza, Syak, Zie, Syida dan Aku. Dah tinggal berlima, kami pun naik satu kereta je.  

Misi pagi itu bermula jam 3.30 pagi. Bangun-bangun tidur, bersihkan diri, siap-siap, isi air dalam botol, then gerak untuk kutip kawan-kawan aku.  Mula-mula kutip K.Syak sebab rumah dia dekat ngan rumah aku.  Pastu, pegi kutip Zie, Syida & Cik Len dekat Presint 18.  Lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi kami pun bertolak ke Semenyih berpandukan GPS Cik Len.  Yang bestnya, semua tak tahu jalan. Kira main redah je la ni kan.  Masa ni, tak dapat nak bayangkan lagi macam mana keadaan broga tu. (BLUR) 

Dah lepas Universiti Nottingham tu, kena bawak slow-slow sikit sebab dah dekat nak sampai.  Tapi kami terlajak ke depan sikit sebab tak perasan Rabbit Farm tu. Patah balik then masuk ikut kat jalan kebun kelapa sawit opposite dengan Rabbit Farm tu. Time tu aku dah rasa lain macam. Gelap dan ianya dalam kebun kelapa sawit OKAY?! Waktu tu relax lagi walaupun agak scary.  Jalan depan sikit lagi nampak dua orang kelibat manusia memegang torchlight. Apa lagi, kitorang pun terjerit2 la panggil mamat2 tu suruh tunggu. (BUAT MUKA SEPOSEN JE SEBAB TAKUT). Nasib baik dorang nak tunggu.  Terkocoh2 nak kejar dorang, tak sempat pun nak buat stretching. Hentam saja la labu.....

Maka kami pun meneruskan perjalanan bersama dua orang jejaka yang tidak dikenali itu. Mereka sungguh baik hati sebab sudi temankan dan bantu kami.  Serius sangat penat nak mendaki bukit tu. Tambah pulak tak sempat makan apa2 sebelum naik tu kan.  Panjat punya panjat, dah penat berhenti, sabar je mereka tunggu.  Menggeletar lutut acik!! Pastu memang rasa pening kepala, last2 aku termuntah jugak la kan. Hahaha. Lemah betul acik sorang ni.  Cik Len pun macam nak pitam.  Masing2 jarang exercise sekali terus panjat bukit, memanglah pancit! Tapi disebabkan Bro Syariff & Bro Jamal tu ada dan terus bagi semangat kat kami, kami pun bersemangat la balik.  Terpaksa la dorang ikot rentak kami yang slow ni kan. Berkilo-kilo kata semangat sepanjang perjalanan tu, dan akhirnya kami sampai pun ke Bukit yang ketiga. Semua sekali ada 4 bukit, mula2 ingat nak berhenti setakat bukit 2 je tapi disebabkan kami kena tipu dengan Jamal, kami sampai ke bukit yang ketiga! huhuhu. Tipu sunat takpe. Last2 Abg Syariff juga terbocor rahsia.  Tapi dah sampai bukit ketiga tu pun dah okay sangat kan. Sampai kat bukit ketiga tu lebih kurang dalam pukul 6.00 pagi. Tak lama lepas tu terdengarlah bunyi azan daripada masjid yang berdekatan.  Kami pun duduk rehat-rehat atas batu besar dan sementara nak tunggu matahari naik, aku pun solat subuh dulu atas batu tu. Dengan angin yang sangat kencang dan kedudukan batu yang tak rata, aku pun buat solat duduk je.  Itupun telekung terbang-terbang. Memang sejuk kat atas tu tambah pulak dengan angin yang kuat.  Indah rasanya dapat menikmati pemandangan di kala subuh.  Hilang semua kepenatan mendaki tadi. 

Okeyla, cerita panjang pun tak guna, jom cuci mata tengok gambar-gambar yang sempat kami snap. 

1.7KM je??
gigih berusaha..ngeee..
hampir give up tapi tetap bersemangat waja..
muke selepas muntah..haha
dawn..
menenangkan fikiran..
a view from the top..subhanallah..
Berehat-rehat sambil menikmati keindahan alam
dah sampai atas bukan main riang, lupa ke awak sampai muntah?huhu
our savior, Abg Syariff dan Jamal...

tak sangka ke dpt naik atas batu besar?hehe
berani sungguh minah ini siap buat yoga.
muke hepi di kala pagi
bekalan makanan yang kami ada..sponsored by Syakina
Thanx Jamal for the polaroid pic!
Nice view..
Itu bukit yang kedua kalau tak silap..
dah terang, teruskan perjalanan naik ke bukit yang keempat
panjat jangan tak panjat..
muka cuak gile..
Batu ni sangat curam sebenarnya..tapi nak jugak amek gambar kat sini
ini apa kes pulak?
WE DID IT!!

percubaan untuk membuat cover album.

cover album terbaru TRIO BPP..

bertapa ke?
model bukit broga..
dah pandai naik, pandaila nak turun..
the track..
muka dah ceria balik sebab dah nak turun..
going down down down down down..

nice view.
pose untuk majalah mangga.haha
yeay!! 
time gelap tak nampak ape, tp ini adalah jalan masuk ke kaki bukit.
akhirnya!! sampai2 bawah sempat amek gambar lagi sbb.time naik tak nampak pulak signboard ni sebab gelap sgt

Camne? Okey tak?
Seronok sebenarnya naik Broga ni. Betul kata Abg Syariff, kalau dah sampai atas bukit tu nanti, rasa berbaloi sangat. Kalau ada peluang, haruslah nak panjat lagi. Tapi kena mantapkan dulu stamina. Kasi otot2 ni kuat dulu baru boleh panjat dengan selamba. 

Ada beberapa tips untuk sesiapa yang belum pernah sampai ke Broga ni, here they are :
  • Pastikan sebelum hiking, alas perut dulu. Makan ringan2 pun takpe.
  • Kalau tak nak badan sakit2 lepas hiking, sila exercise 2 minggu sebelum.
  • Bawaklah makanan dan minuman untuk bagi tenaga.
  • Nak dapat tengok best view, start hiking awal dalam pukul 5.00 pagi.
  • Outfit yang bersesuaian especially kasut.
  • Bawak torchlight kalau nak naik sebelum subuh, sangat gelap tau.
Last but not least, credit to Zie untuk gambar2 yang disnap. Untuk Abg Syariff dan Jamal, terima kasih banyak2 atas pertolongan, semangat dan janganlah serik kenal dengan kami..huhu.. Thanx to Syida, K.Syak, Cik Len dan Zie for all the support and commitment. 

BYE!



Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow