recent posts

Thursday, December 29, 2011

Kira-Kira Korea

Entry pasal korea yang lepas tak mention pun pasal bajet..so ini adalah aku punya kira2 untuk pergi ke korea sebagai rujukan korang.

1. Tiket flight (return) - RM987.00
  • time ni tiket promo pegi RM250++ balik RM400++ (nk lg murah cari la yg pergi balik RM200++)
  • termasuk insurans, baggage(15 kg), makan (pergi je), tax
**my advice, kalau baggage korang besar, for safety amek 20kg terus dan belilah makan untuk pergi dan balik terus sbb 6 jam setengah mmg lapar la kan..

2. Transportation 
  • Bas dari Incheon ke Seoul - KRW 10,000 (RM 30.00)
  • Kad T-Money - KRW 3,000 (RM9.00) + topup KRW 20,000 (RM60.00)
  • Teksi dari Seoul ke Incheon (Satu Teksi) - KRW60,000 (RM180.00) aku kongsi dua orang
  • Teksi ke Jeti Nami Island (return, satu teksi) - KRW 6,000 (RM18.00) aku kongsi dua orang
  • Ferry + Entrance Fee Nami (return) - KRW 8,000 (RM24.00)
** untuk 5 hari punya trip, T-Money tu lebih daripada cukup. Aku siap pegi Nami Island naik subway lagi, tp still ada balance KRW8,000

3.  Fee
  • Cable Car N Tower (pegi balik) - KRW 7,500 
  • Gyeongbukgung Palace - KRW3,000
**my advice, pergi 4 palace terus dan bayar tiket KRW10,000, kitorang aritu tak sempat.

4.  Makan - KRW 50,000 (RM150.00)
  • satu meal anggaran dalam KRW5,000 - KRW10,000 sorang.
  • aku bawak bekal gak.
**nak jimat makan korang bawak la siap2 daripada M'sia, klu dok kt Guest House, ada tempat utk masak dan kalau tak jumpa Halal restaurant, korang tawakal je la makan kat kedai2 yg korang yakin, order seafood atau sayuran k.

5.  Penginapan untuk seorang = KRW 105,000 (RM 315.00)

  • Incheon Guest House 1 malam - KRW 50,000(RM150) X 2 malam = KRW100,000 (kongsi 2 orang)
  • Namsan Guest House 1 malam - KRW 55,000(RM165) X 2 malam = KRW 110,000 (kongsi 2 orang jugak
6. Shopping

  • aku ada shopping beg sandang satu, handbag satu, beg balik kampung satu lebih kurang dlm KRW100,00
  • BB Cream Etude + KRW14,000 (RM42.00) kat sini jual RM79.90
  • Tshirt Korea Putih+Kelabu - KRW5,000 sehelai (aku beli 8 je)
  • Tshirt Korea Kanak2 (colour) - KRW 9,000 sehelai (aku beli 5)
  • Jersey Kelab Korea - KRW 10,000 (satu je utk adik aku)
  • Fridge Magnet N Tower- KRW1,000 (aku beli banyak, tak ingat)
  • Fridge Magnet besar - KRW3,000 (ada dalam 6 kot)
  • Makeup Case - KRW4,000 (5)
  • Pencil Case - KRW2,000 (5)
  • Set Chopstick + Sudu - KRW3,000 (5)
  • Pashmina - KRW10,000 (aku beli 2)
  • Keychain - KRW3,000 satu (aku beli yang berkualiti sikit)
  • Bookmark - KRW3,000 (5)
  • Blaus - KRW5,000 (aku beli 2)
ape lagi yang aku beli ek?? tak ingat da..Ada lagi yg aku beli yang kecik2 tu, tak ingat la pulak rege die.

Tapi secara total duit RM2,000 yang aku dah convert ke

RM1500 - KRW 540,000
RM500 - USD 156

masih berbaki lebih kurang RM210 bile aku dah convert balik duit malaysia. Maknanya, secara berhemahnya, aku habiskan tak sampai RM2k kat Korea. Jimat kan? haha

kalau korang penjimat mcm aku, korang boleh pergi jugak. ;)

ada duit RM3k dalam tangan? ok. anda dah boleh pergi korea dah. pergi book tiket cepat!

p/s : aku malas nak kira detail2, klu korang nak tanya sila comment kat bawah ye! 

Wednesday, December 21, 2011

Weng Weng

keje..keje..keje..assignment..keje...study...assignment...presentation...keje..keje..keje..study..keje.study.keje.!

Maaf, otak Weng Weng (bukan nama sebenar) disahkan mengalami gangguan akibat terlebih muatan dan melimpah-limpah sebab malam ni ada presentation ethics.

Hope semua berjalan dengan lancar dan tidak dihentam oleh Encik Pensyarah.

Sekian. Kbai!

Tuesday, December 20, 2011

Surah At-Taubah Ayat 128-129


my friend share this with me and i want to share it to you too...sweet tak?ngeee..

Bismillahirrahmanirrahim..



Surah At Taubah Ayat 128-129

Ertinya:
Sungguh telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, yang terasa berat dirasa olehnya penderitaan kamu, yang sangat menginginkan (keselamatan) kepada kamu, yang amat belas kasihan serta penyayang terhadap orang-orang mukmin. Lalu jika kamu berpaling, maka katakanlah: " Cukuplah Allah (penolongku), tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya, melainkan Dia. KepadaNya saya berserah diri dan Dia Tuhan yang memiliki ' Arasy yang agung."

Penjelasan:
Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:

- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.





Selamat beramal kerana Allah!

Monday, December 19, 2011

Bubba Gump @ The Curve

Hi guys! 

Hari ni nak cerita pasal makan2 lagi.  Kemaruk nak makan macam-macam cam mengidam la pulak.  Operasi menghabiskan duit secara besar-besaran sedang berlaku kat cikYayan sekarang ni (banyak duit ke??!) dan (tolong jangan nak mention pasal Bersamamu okeh!) ada duit lebih insyaAllah saya menderma. 

Blog ini tidak ada kena mengena dengan anasir2 menunjuk-nunjuk, riak, sombong ataupun yang sewaktu dengannya. Sebagai rujukan je kalaulah kawan-kawan saya teringin nak makan sedap dorang boleh pergi kat tempat yang dicadangkan. Okey?! Dan saya pun selalu teringin nak makan macam-macam tapi selalu je tak terpergi dengan alasan, "cuaknye nak masuk kedai tu", "nak order ape nanti?" "mahal ke tak kedai tu ek" dan lain-lain.  Kalau korang ada bajet, sesuaikan dengan bajet anda dan yakinlah diri untuk masuk ke kedai itu kerana kalau tidak dengan keberanian, impian tidak akan menjadi nyata!

Panjang lebar nak explain sebab bukan ape, takut korang kata aku ni kaya la, tak sedar diri la, tak de duit berlagak macam orang kaya la dan sebagainya. (Memang misi aku pada hari tersebut adalah untuk merasa bagaimana menjalani kehidupan orang kaya, dapat sehari cukuplah!) Walaupun bagi sesetengah pihak mungkin akan mengatakan bahawa, "okeylah, takla mahal sangat kedai tu", "bubba gump?tempat saya lunch tiap2 hari!" bla bla bla...

Makan2 time kali ni dihadiri oleh Pak Fared, Uwan Momot & si Gorgeous Yayan. Kitorang makan kt Bubba Gump The Curve sempena besday saya & Fared sebab bila Momot cakap nak makan kat Mcd, kami serentak berkata, "Kemon la mot, kemon!" haha..Akhirnya Momot pasrah..

Okey, makan time!!









the actor & actress of the day..dalam episod  Untunglaaaaa..:p
Blueberry Smoothie RM11.90
Lotsa Lava..*Recommended* RM11.90
Crazy Cajun Chicken RM43.90..(Mash potato+chicken = mash potato sangat sedap)
Lt. Dan's BBQ Rib Chicken Combo RM43.90 *Recommended* (ini order untuk 2 orang)
Close up..Nyum3
Shrimper's Heaven RM44.90..memang heaven bagi penggemar udang..(ini pula order untuk 2 orang juga)
Udang yang berjuntaian....
Aku tak sempat nak amek nama makanan ni, kawan Momot yang order..tp dalam baldi tu ada lobster, udang, ikan..
Alabama Mud Pie RM22.90..(sesuai utk 4 orang makan)
Ini dia yang abeskan makanan itu..haha
Kerakusan kami..
Muka bahagia dapat makan..
Ni makan 5 orang punye order sebenarnya..lagi 2 order tu tak smpat nk disnap..

Kalau tak silap Bubba Gump ada lagi kat Sunway Pyramid. Yang recommended tu memang sedap, pasti tak menyesal diorder! Akibatnya, kami telah kekenyangan daripada lunch sampailah ke keesokan harinya.


Untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~






Saturday, December 17, 2011

Pizza San Francisco

Tak tau la kenapa sejak dua menjak ni, tekak asyik nak makan sedap je.  Sebelum ni boleh tahan-tahan lagi, almaklumlah kena ikat perut nak simpan duit.  Tapi sekarang masa untuk enjoy dengan duit hasil titik peluh saya sendiri.

Lunch Jumaat yang panjang adalah masa paling sesuai untuk hang out dengan puan2 sekretari BPP.  Sebabnya mereka semua dah kawen, susah sikit nak ajak time lain. hehe. Pagi-pagi lagi dah google nak pergi makan kat mana, hasilnya, ini diaaa.  Pizza San Francisco uols...g la usha!

let the pictures tell the stories......:)

mmg unik pizza ko letak cili api..curlasst!

jemput makan....:)

Mocha Latte..kak G kata pahit..hehe
Ice Lemon Tea je cik Jah...

Bruschetta...Suggested!

Beef Nachos..Not bad..

Lasagna Chicken..Sedap!

Aglio Olio Chicken..*akibat menonton drama Pasta*

Pizzaido..masih tertanya2 kenapa die tabur cili api..pedas siot!

Banana boat..haha..


Peghabeh makanan...muke kenyang..hehe

Cover mulut penuh..ngeee

Korang dah berenti? aku belum! haha..makan moh!

Licin!!!

Ambek  kau!
Balik ofis kekenyangan pastu mengantuk..memang best!

Wednesday, December 14, 2011

Delicious ke Dubu Dubu?

Last sunday I hang out with my girlfriends kat Mid Valley. Sekali-sekala kuar macam ni memang happening kan?  Thanx guys sebab uols sentiasa memeriahkan dan menggembirakan hatiku..Hope sgt dapat hang out sekali ngan Cikgu Pisah & Cik Ila,  tapi dorang ada hal pulak..Next time darling ye..

Kalau dah nama pun berjumpa, apa lagi, mestilah kami pergi makan! hehe..Untuk lunch, kami makan kat restoran DubuDubu disebabkan saya baru balik Korea, dorang pun nak amek feel katanya.. Restoran makanan Korea yang baru jugak kat Mid Valley tu, kat Ground Floor area Kenny Rogers kalau tak silap. . ngeee... Jom makan!


Ayam & Rice Cake Cheese tu sedap..sy suggest!
Eera's Meal..Daging dia sedap berperisa..
Aku punye meal. Lupa apa nama masakan ni, aku amek sup Ayam. dulu mkn kt Korea lagi best. haha
Pancake sedap! sila order...
Ummi's meal.. Sup sama cam aku tp ummi amek daging + cheese..
Kami dengan makanan..nyum3
Masing2 tak sabar nak makan kan? hehe..
Dah abes semua gosip, girls stories bla bla bla marilah kita membawa mak buyong sorang tu exercise tawaf keliling Mid Valley.  Kebetulan ada MPH punye book fair, saya sempat rembat satu buku tajuknye "Women are crazy, Men are Stupid".  So far so good, tak sabar nak abeskan pembacaan.  InsyaAllah kalau dah abes baca, saya akan tulis review ye. hehe

Disebabkan ada birthday girl yang tak celebrate besday lagi, kitorang pun lepak pulak kat Delicious. Betul-betul hari makan sedunia kan? Sebenarnya nak makan apple crumble & pavlova, skali dua2 pun sold out.  Last2 makan kek je la.  Tapi sedaaaaapnye...teringat kemanisan brownies tu sampai sekarang..yumm!

Delicious tau..hehe
Brownies+Hot Choc+Vanilla Ice Cream...Yummy!! yg anggun kat sebelah tu Macadamia Cheese Cake
Belated birthday gurl..hehe

Lagi lama tengok, lagi rasa cam terliur nak makan semua tu. Sila menjamu mata, bukan menjamu selera ok. hehe....

Terima kasih semua!!

Tuesday, December 13, 2011

Saranghae Korea..Day 4

Annyeong haseyo..

sorry guys! baru hari ni dapat nak menyudahkan cerita. a lot of work to do in office, my study and a little bit of kecelaruan jiwa..heee...presenting, the day 4 stories...

Hari ni kami akan ke Pulau Nami @ lebih dikenali Pulau Winter Sonata.  Disebabkan kami ini sangatlah independent dan berjiwa kental, kami memilih untuk travel ke sana dengan menaiki subway instead of naik bas yang lebih mudah.  Okey, bangun pagi2, kami kena check out dulu, sebab hari ni hari terakhir kami kat Seoul. Dah check out, luggage boleh simpan kt bilik simpanan luggage GH, diyakini selamat sebab berkunci. 

Macam biasa, start menapak ke Stesyen Myeongdong.  Kalau nak ke Pulau Nami ni, kami kena tukar train banyak sikit, almaklumlah Pulau ni jauh lagi daripada Seoul, mengikut perkiraan kawan2 yang dah penah pergi, katanya dalam sejam setengah. Lebih kurang la tu. Malas nak cerita panjang pasal route subway, korang leh baca sendiri kat map subway kalau korang nak pergi. Map subway tu antara benda wajib yang korang kena bawak kemana-mana sahaja. 

Pengalaman dalam subway ni memang seronok, sebab macam2 gelagat manusia kita boleh tengok.  Yang muda-mudi ni banyaknya memang telinga sentiasa bersumbat dengan earphone dan main henpon je.  Yang dewasa tu selalunya suka tido dalam train, mungkin penat keje kot.  Yang tua2 pulak memang suka perhatikan kami, kami ni comel sangat kot. haha.  Kat dalam train, ramai ahjussi & harabuji yang suka sangat nak bertanya dengan kami.  Yang tak pandai speaking pun ada, tapi mereka sangat peramah. Nasib baik boleh tangkap sikit2 apa yang dorang cakap. hehe.  Dan lagi satu, yang mana kami sangat kagum, kat dalam subway pada hari tu penuh dengan harabuji (atok) ngan haelmoni (nenek) dan masing2 pakai baju sukan satu set and bawak peralatan hiking.  Hebat sangat.  Kalau kat stesyen subway tu, dorang berjalan sangat laju, kalah muda mudi cm kami ni..haisshhh..maluww..Ada tu dah tua kot, tapi bawak basikal racing naik atas subway, time turun tangga siap angkat basikal tu, rambut dah beruban tau uols. Hebat giler! Okaylah, kami assume hari tu hari libur untuk golongan tua, sebab memang dorang je yg penuh dalam train.  Sampai aku bertanya kat membe aku, "kite salah masuk koc ke? ke ada koc untuk warga emas kt sini?". Memang penuh dengan mereka2 ajelah kesimpulannya.

Nak dijadikan cerita, kat dalam train menuju ke Stesyen Gapyeong la kami bertemu dengan Omma & Appa.  Mula-mula tu aku dapat duduk, pastu bile agak2 dah lama perjalanan, dan merasakan perjalanan agak lama lagi, aku mula kesian kat dua orang Pakcik & Makcik ni sebab dorang dah lama berdiri. (aku cuba bersikap pentingkan diri sekejap sebab kaki sangat sakit, hehe)..Aku pun bagi la mereka ni duduk. Kebetulan memang ada lagi sorang yang turun kt stesyen tu, maka dua2 orang tu pun dapat duduk.  Aku pun berdiri je la kat depan dorang, dorang siap offer nak pegangkan beg, tapi aku ckp takpe. hehe.  Kat dalam train tu kami tak bercakap ape pun, tp bila dah sampai Gapyeong, harabuji2 kt dalam tu tanya kami, kami nak pergi Nami ke? (dorang cakap bahasa Korea tapi aku boleh paham jugakla sikit2) kalau Nami kena berhenti kat stesyen ni. Kami ni sebenarnya dah diconfusekan oleh orang GH sebab kata Oppa tu, kalau nak ke Nami turun kat Chuncheon. Tu yang kami buat bodoh je bile dah sampai Gapyeong. Tapi beria2 harabuji2 tu suruh kami turun kat sini.  Sampai berlari2 kitorang turun train sbb takut pintu tutup.  Hehe.  Lari2 sambil cakap gamsahamida!! hehe...Turun2 rupanya Makcik & Pakcik tadi tu pun turun sama kt situ.  Tanya kat dorang, dorang nak pergi mana.  Nasib baik Appa tu pandai jugaklah speaking, die yang bagitau nak ke Nami jugak.  Die offer kami naik satu cab dengan dorang nak ke jeti.  Hehe.

So, daripada situ sampailah kat dalam pulau tu, kami bersama-sama. Omma tu memang tak pandai speaking langsung, so mmg bercakap dengan Appa je la, pastu Omma senyum je. Omma tu sangat Ipputa (cantik), kami suka puji die sebab bile puji dia akan tersipu-sipu.  hehhehe.  Tak pasal2 dapat mak & ayah angkat kat sana. hehe.  Dorang sangat baik, untung kami dapat berjumpa dengan mereka.

Kalau kat dalam pulau ni, aktivitinya memang ambil gambar je la kan. Jalan2 sambil menghirup udara yang segar.  Masa kami kat sana, cuaca tak bape ok, hujan renyai2. Tapi kejap hujan kejap tak. Nasib baik memang dah prepare bawak baju hujan, sungguh tak glemer! huh! Kalau suhu pun memang dah sejuk, tambah lak dengan hujan, memang agak menggeletar la jugak badan tahan sejuk.  Tapi Omma buat preparation sangat bagus sebab bawak bekal. Kami pun mmg ada bawak bekal sandwich jugak. Bila agak2 dah penat berjalan, kami pun berpicnik sambil makan dan minum. So, hilanglah sikit rasa kesejukan tu bila dapat pekena air panas. 

Orait, cite panjang2 pun tak guna, jom cuci mata tengok keindahan Pulau Nami ni dan keindahan kami...upssss..jgn marah kalau mau enterprem juge....

Dating...hehehe...so sweeet..

Omma ni kalau senyum mmg smpai lelap2 mata..mata kecik sgt...Omma buat air kopi & bawak sweet potato..mashita!

Harabuji...haha

Hangul..satu apa pun tak paham!

Saje amek, cantik pulak nampak pokok2 tu..

Ni pun sama...kalau berdaun tak cantik macam ni kot..hehe

takde keje! 

Amek gambar konon2 tengah jalan2...hik3

pose wajib di Korea..sarangaeee!
tasik kat belakang tu memang tak nampak ape sebab berkabus..tapi view sangat cantik!

Winter Sonata Version Omma Appa..
Winter Sonata Version dua budak gemok pakai baju ujan..haha

Daun merah yang masih ada untuk kami..


ni pun takde keje!


Entrance dari dalam pulau..
Atas feri masa nak balik... 

gambar kenangan sebelum balik..
Itulah cerita kami di Pulau Nami. Sebelum balik tu, Omma n Appa ajak g lunch dulu. Kami pun taknak menghampakan dorang, ikut je la. Sekali dorang ajak pergi makan ayam daaaaa! Dah masuk kedai baru tau. Cepat2 cakap, kami tak makan ayam! Chicken? No! No! We don't eat chicken! haha..tipu baik punya sebab malas nak explain. Muka dorang cam pelik sebab ada ke orang tak suka makan ayam? Apa2 je la kan. Last2 kitorang order Bibimbap yang memang dah nak naik sembap muka aku biru2 tahan nak muntah. Bibimbap itu sungguh tak enak, rasa nak marah je pelakon yang suka makan bibimbap beria2 dalam drama tu.  Ke kedai ni je serve tak sedap? hehe.. Lagi satu, Oppa leh ajak kami minum Soju..tapi, cepat2 la cakap No, thanks! hehe..Pengalaman yang sungguh berharga kan? hehe...muka dah merah2 balik tu bukan sebab minum Soju tapi menahan muntah.  Memang aku tak abes makan, nak cover, cakap je la dah kenyang, diet! Adoih...macam2 hal..tapi dorang ni kata nak datang Malaysia pasni..mana nak bawak agaknye ek?? *pening*

Balik daripada Nami, kitorang singgah beli apa2 yang masih nak dibeli kat Namdaemun.  Dah beli sume barang, rasa macam dah puas hati kami pun balik la ke GH. Balik2 GH, rupanya teksi yang nak bawak kami ke Incheon dah sampai.  Maka sampai di situ sahajalah cerita kami kat Seoul. Dah babai2 kat Seoul, masing2 pun syok pulak layan KPOP kat dalam teksi tu. Tup2 dah sampai Incheon. Kitorang stay satu malam kat Incheon GH sebelum berangkat balik ke Malaysia keesokan harinya.

Pejam celik pejam celik rasa macam sekejap sangat kat Korea. Menyesal pun ada sebab pergi sekejap. So, my advise yorobun, kalau kamu2 semua nak pergi ke Korea, pastikan pergi lama2 sikit, 5 hari itu tak cukup oke! Banyak tempat tak dapat pergi...Tapi takpe, itu semua bukan alasan untuk tidak merepeat. Eh?


Sekian!

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow