recent posts

Sunday, June 28, 2009

Peach Cobbler

aku dah try buat & adik ckp sedap..=)so, mari kite masak memasak!

bahan-bahan yg diperlukan..

1 cup all-purpose flour @ tepung bluekey-halus lagi putih..
1/2 cup brown sugar
1/2 cup white sugar
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt (yg paling halus-recommended)
1 teaspoon vanilla extract
3/4 cup milk (susu segar)
1/2 cup margarine@butter (melted) - sy guna 1/2 buku buttercup
1 can sliced peaches - toskan airnya
1 teaspoon ground cinnamon@serbuk kulit kayu manis

cara-cara membuatnya :

1. panaskan oven to 200°C (400 degrees F)
2. dalam mangkuk yg agak besar, masukkan tepung+baking powder(ayak dulu), salt, brown+white sugar, gaul rata.
3.masukkan susu ke dalam bahan-bahan kering tadi sambil digaul perlahan, masukkan esen vanila + melted margarine@butter. gaul sehingga rata.
4. masukkan adunan ke dalam loyang. susun peaches di atas permukaan adunan. taburkan serbuk kayu manis.
5. bakar dalam oven suhu 200°C selama 30 minutes.
6. sedia untuk dihidang..=)

p/s : bagi yg tak suka manis2 sgt, bolehla kurangkan sedikit gula. sebab yg aku buat tu agak manis (bagi aku tp adik kata ok)..lagi satu, aku suke buah peach tu disusun kat atas permukaan yg dah masak..yummy2..selamat mencuba!

Saturday, June 27, 2009

balik kampung, tanam jagung

skarang ni dah takde istilah balik kampung tanam jagung lagi , ini jam orang tanam buah naga sudah..huhu..dan saya balik ke kampung, tak tanam ape2..mane sempat pun..=p

arini menyudahkan 'percubaan pertama' menjahit baju kurung yang telah berbulan-bulan aku tinggalkan. timbul pulak keinsafan nak settlekan baju tu. kalau tak kang, memang tak akan siap smpai bila2.. dah hampir nak siap dah, tp jahit senget2..takpe.cobaan.tinggal nak tebuk lobang leher je, tp itu mintak tolong mama..huhu

lepas maghrib g bahau ngan mama, babah dan adik. kobar-kobar nk cube try resepi peach cobbler. so, kena la g carik bahan2nye.punye la puas satu econsave aku redah nak carik all purpose flour, tak jumpe.boleh plak dorang ni tak jual eh. hish,hampir je bengang+putus asa tadi. tp lepas tu mama suh g carik kat upwell.fuhhh! lagi satu. puas aku melilau kat tepung2 tu, takde pulak tulis allpurpose flour..yang ada, tepung naik sendiri ngan putih lagi halus.hm..dah terbit rase kuciwa dah. tetiba mama datang menyelamatkan keadaan. mama kata putih lagi halus tu lebih kurang allpurpose gak.hihi.aku mane tau.aku pun g la bayar dengan hati yang berbunga riang.

tgh2 beli2 barang tu tanye adik, die nak ke aku buatkan kek batik utk die. sebab aku bawak balik kek batik yg buat aritu, habis die kejekan. agpun kesian takde orang nk makan kat umah, lama2 nnt tak sedap plak kan? tu yg aku bawak balik kg. pantang dipelawa, die nak aje. aku pun beli barang2 utk buat kek batik sekali.

smpai2 umah, terus tukar baju, xcited nk buat peach cobbler. tp bile fikirkan kek batik tu kena simpan dalam peti sejuk dulu, so, aku kene buat kek batik la dulu kan. buat punya buat, dah siap, aku pun dah penat. terpaksalah tangguhkan hasrat murni aku nk buat peach cobbler tu esok pagi.

masuk2 bilik kunun dah penat, akhirnye aku onkan jugak suis komputer ni. teringin nak lawat blog. alih2 bukan setakat lawat, dah nak siap dah pun ntahape2ntah yg aku taipkan ni.

oklah, nak tido dah. esok pagi nk bangun awal2, nk buat peach cobbler.=)

aku try dulu buat, klu sedap+menjadi, aku bg resepi kat korang ok?!

daaaaaa!

Thursday, June 25, 2009

:: SHAMS menggamit kenangan :: Part I

.. Kelas 1 Ikhlas ..

sempit.pelik tapi benar.lantai mozek.meja plastik.sebelah bilik warden.tingkat bawah asrama perempuan.

ye. itu kelas saya semasa di tingkatan 1. memang susah nak menang 3K.

byk yang saya dah lupa. masih ingatkah kamu?

ada yang saya sudah tidak ingat lagi. tapi saya masih ingat pada Cikgu Ismail, Ustazah Zuriyanai, Cikgu Muhamad, Cikgu Mariam, Ustazah Sawiyah, Teacher Darna dan yang lain-lain.

.. Kelas 2 Ikhlas ..

dah tak sempit lagi.still lagi di tingkat bawah aspuri.sebelah toilet lelaki.sangat dekat dengan pintu asrama perempuan.ye, saya suke itu.

yang paling saya ingat, saya ada geng suka usha orang.kami budak perempuan yang nakal. tak seperti budak perempuan di sekolah agama. suka mengusha seorang senior lelaki yang digelar JP. mana agaknye mamat tu sekarang ek? wati, aida, abby,nad, shira..kalian memang best!!

yang paling takboleh blah. saya penah jatuh kerusi dalam kelas. main jongket2 kerusi, time tu kelas Cikgu Aminah, belajar Geografi. tapi yang penting, tindakan drastik saya membuatkan semua tidak perasan 'kejatuhan' saya ketika itu. malu tak terkata. tapi hasma dan cikgu aminah bijak menyembunyikan rahsia. kerana pada ketika itu, seingat saya, hanya mereka berdua yang perasan.tidak pasti orang lain, tapi mereka ada bertanyakan perihal itu, tp kami hanya diam membisu, seperti tiada apa yang berlaku.huhu.syabas!

..Kelas 3 Ikhlas..

kelas sangat luas.blok D.sebaris dengan kelas tingkatan 3 yang lain yang sebelum ini terpisah.

byk kenangan sewaktu di tingkatan 3. kami pernah ponteng kelas BI-teacher Sanda. kami sepatutnya kena pegi Bilik Tayang utk setiap waktu BI.tapi sebab masa tu kami nak menyiapkan homework Math yang berlambak, kami sepakat satu kelas tak nak masuk kelas BI.isk3.sangat nakal.kids, pls don't try this at skool!. tapi yang paling takboleh blah, kelas lain yang kena marah dgn Teacher Sanda. teacher tak sangka kelas kitorang yang berani buat cmtu..so sweet.huhu.semua pandai berlakon, masing-masing muka suci. tapi seingat saya, budak laki kelas saya sgt suka bodek teacher Sanda.sebab tu dia sayang kitorang lebih..=)

byk lagi cerita time form 3.antaranya Ustazah Marzilah merajuk, smpai menangis ketua kelas kitorang time tu. kesian dia, budak lain yang buat hal, dia yang kena tempias. tapi ustazah memang marah sangat dengan budak lelaki masa tu. lama merayu kat depan bilik ustazah, akhirnya ustazah lembut hati. hm..budak lelaki kelas saya agak nakal time tu, tapi mereka sangat pandai, kagum dengan result PMR dorang.

bersambung....

Kalau RM10K ada dlm tangan...

tgh imagine kalau ade lebih kurang RM10k kt dlm tangan sekarang ni. apa nak buat ek?

kalaulah ada dalam tangan aku sekarang ni kan, ini list2 yang aku nk beli/buat...muehehehe

:: laptop + berokband. aku nak beli laptop sebab dah nak start belajar. anggaran lebih kurang dalam RM2,500.00 kot.

:: washing machine otomatik. kak jun dah nak pindah, so, washing machine die, die mestilah nak angkut kan. so, kena beli baru. lebih kurang RM 900.00.

:: katil+tilam empuk. dah lama mengidamkan katil dan tilam yang empuk. mmm.beshnye. takdela sakit-sakit lagi tulang belakang aku.anggaran RM400.

:: tukar tayar kereta. tayar tu daripada bulan 8 tahun lepas lagi cine tu kata dah botak.tp aku buat dek je sebab takde duit nak tukar. dahlah kene tuka empat2 tayar tu. masak aku.nasib baik naek kete kecik je. anggaran : RM 500.00

:: beli baju batik yang cantik2. 2 pasang pun jadilah. siap dengan jahit sekali. anggaran dalam RM600

:: buat spek. mata dah rabun. kene pakai spek sebenarnye, tp tangguhkan dulu sebab takde duit nak buat. dorang suruh buat yang murah-murah je dulu, tp kalau ada RM10k, baik buat yang mahal terus..=D.. anggaran : RM 400.00

:: tukar henpon baru. henpon ni dah nak masuk 3 tahun aku pakai, dah berkarat-karat dah pun keypad die. klu bleh nak beli henpon best sikit, tapi tak de la overbajet. bajet dalam RM1,500.00 je

:: lagi? hm..aku nak beli set sofa+meja makan. sume sekali bajet dalam RM1800.00. beli yang murah2 je dulu.

:: ada balance berapa byk lagi tu? lebih kurang seribu lebih kan? itu semua nak bayar hutang-hutang peti sejuk kat mama & hutang-hutang kat Orang Kaya Cici.

dah setel. barulah hidup saya akan puas ketika itu. tp kalau nk tambah lagi RM10k bley??

tolong langsaikan utang PTPTN. takde la kena bayar tiap2 bulan lagi. hihihihihihi

sebenarnye, bile kira-kira balik kecik je nilai RM10k tu sekarang ni. apa aje la yang boleh dapat. tapi time nak mengumpulkan tu, punyalah payah. nak kena ikat perut je memanjang, blom lagi nak menolak hawa nafsu nk bershopping tu kan. duit oh duit...susahnya nak mendapatkanmu...


hm.....kalaulah...............

Wednesday, June 24, 2009

tempat jatuh lagikan dikenang~

aku selalu teringat kisah ni, kisah yang takkan aku lupe sampai bila-bila..

~~flashback~~

time tu, aku tengah syok2 main kat tepi longkang Cina Kah Lee, bersama-sama dgn teman sepermainan dan kakchik aku klu tak silap..(kecik lagi time ni, ingat nak main je)..tp aku pun tak pasti jenis permainan apekah yang aku main ketika tu, sebab agak pelik gak main btol2 kat tepi longkang tu kan..tapi takpe, itu tak penting...nak dijadikan cerita, kat tepi longkang tu ada batang-batang kayu tiang letrik yang telah ditumbangkan..mainlah aku kat situ..

tiba-tiba...."bedebush"
(mungkin sound effect ni tak berapa nk sama sgt dgn yg sebenar, tp ok le tu)

ada orang jatuh dlm longkang..siape? AKU la!

time ni aku tak ingat ape dah, tapi yg betol2 terpahat dalam memori aku sampai sekarang ni, aku telah ditolak ke dlm longkang itu. sengaja atau tak, aku tak penah tanya kat dia, kalau korang nak tau, korang g tanye sendiri. =D

jatuh dalam longkang je ok lagi kalau nak diikutkan kan, takde luka apa pun. cuma yang paling takleh blah, aku kena samak mandi air tanah sebab longkang tu longkang cina, kemungkinan besar benda2 haram jadah tu mmg ada, mmg najis mughallazah sungguh..so, aku disamakkan oleh mak kawan aku ni kat paip depan rumah dia. time ni aku menangis bukan sebab sakit, tp sebab malu yang teramat sangat + marah ngan budak yang telah menolak aku tu.. sampai hati dia..hehe..lama gak aku gaduh ngan die pastu, smpai form 5 pun still lagi tak ngam..tapi sekarang dah kawan balik dah..

itu je dulu cerita zaman kanak-kanak riang aku..nnt ada masa, aku smbung lagi..byk lagi story yg aku nk share kat sini..

Kek Batik..

Bahan-bahannya :

1 bungkus biskut marie
1 buku butter
2 biji telur (taknak letak pun takpe)
1 cawan MILO (nk letak lebih pun takpe, lagi sedap)
1/2 cawan serbuk KOKO
1 cawan air
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula ( klu nk letak sikit gula, tmbh susu pekat)

Cara-caranya :

1. Patah2kan biskut (jgn patah byk sgt nnt hancur)
2. Dalam periuk, campurkan KOKO,MILO,AIR, GULA & SUSU. Dengan api sederhana, kacau sehingga semua dah larut.
3. Masukan BUTTER, kacau sampai butter cair.
4. Kecilkan api, masukkan telur, kacau sehingga agak2 pekat. Padamkan api.
5. Masukkan biskut yang telah dipatahkan ke dalam adunan. Gaul sehingga semua biskut diselaputi oleh adunan.
6. Masuk dalam loyang, tekan bagi padat. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.
7. Sedia untuk dihidang.

Di Kawasan Perkuburan

iqbal dan nizam baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

nizam dan iqbal bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

3 dalam 1

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh , isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Demam Realiti TV

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : SahKadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : SahKadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik.. .

Kisah Wanita & Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."

Isteri kesayanganku..

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayangankuDate : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Teliti Itu Penting..

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk. ....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... ..PAHAM!!! !!

aku keliru....

Ada dua jalan.

Jalan A & Jalan B.

Jalan A - aku berpeluang untuk disayangi tp tidak untuk menyayangi.
Jalan B - aku undur diri dan berhenti menyeksa perasaan orang lain.

aku dah pun buat keputusan untuk memilih Jalan B. Aku sendiri tak tahu jalan yang aku pilih tu jalan yang betul ataupun tidak. Tapi setelah memikirkannya dalam2, aku rasa Jalan B adalah jalan yang terbaik.

Ramai yang mengatakan bahawa "pilihlah orang yang sayangkan kita, sbb kita sudah tahu, orang itu memang sayangkan kita daripada kita memilih orang yang kita sayang, tp diragui kasih sayangnya kepada kita". Bila memikirkan perkara ini, aku rasa aku telah membuat pilihan yang salah.

aku keliru.

boleh bagi pandangan?

hari kedua yang bersemangat..

semangat hari kedua ni lain macam sikit, ditambah pula dgn keadaan yang sangat2 mengizinkan apabila puan bos sedang menghadiri forum di luar. tapi hari kedua ni masih lagi tak ada pengikut. takpe, pelan-pelan kayuh.

sebenarnye, mcm2 aku nk buat kat sini. cm bese la, semangat luar biasa awal2 nih.. dulu blog kat frenster tu rajin gak aku meluahkan ilham, bile kat wordpress, awal2 je semangat, tp aku rasa bukan aku tak minat, tp disebabkan kekangan kerja yang tidak menentu dan keadaan emosi yang sukar dikawal membuatkan aku terlupa aku ada blog..hehe

korang~~ jom jd pengikut aku..klu korang ade, bertambah berserilah lagi blog aku nnt...=)

welcome....

Tuesday, June 23, 2009

bukak blog baru...

setelah aku sedari, ramai rupenya di kalangan teman2 aku menggunakan blogspot daripada wordpress.. jadi aku pun beralih arah ke sini, agar tidak ketinggalan gosip-gosip panas yang sedang tersebar..sebenarnya, kat wordpress pun bukannya ada byk aku post..bila rase boring barulah aku bukak blog tu, tapi kalau ada ramai pengikut kat blogspot ni makin rajin lah aku untuk memblogkan diri kot..huhuhu..

tak nak wat welcome party utk aku ke?!

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow