nuffnang ads

recent posts

Wednesday, March 19, 2014

Opis Baru VS Opis Lama

Hi guys..

Pindah
 
Lately ni aku busy pindah opis..ikut bos kesayangan naik pangkat..tahniah bos..u deserve it..ikutkan hati memang aku taknak pindah, sbb dah selesa kat opis lama, dah ada geng gosip, senang parking, lagipun itulah opis pertama aku since aku posting enam tahun lepas..Diam tak diam, dah enam tahun aku keje..Dulu masuk keje umo 19 tahun, naif je time tu, akulah yang paling muda skali time tu..sekarang, rasa janggal bila dah ramai adik2 yg panggil aku akak..terasa diri begitu tua..huhu..disebabkan itu, aku terima pelawaan bos untuk ikut dia berpindah..haha..takdelah, aku pindah sebab its time for me to transform ye dok..tak berkembang otak duduk kat tempat yang sama je..lgpun, pindah tempat lain boleh belajar macam2 lg..and one more thing, bos naik pangkat dptlah aku naik elaun sikit..hewhew

Kt opis baru ni so far so good..tak reti lagi nk bergaul..lgpun semua macam busy je..ke dorang buat2 busy? haha..tp bibit2 perkenalan tu dah ada..cuma belum lg nk turun makan sesama ke, gegosip ke..opis baru kecik, org2 pun tak ramai nak compare kt opis lama..

Aku rasa aku masih belum serasi lagi keje kat opis baru ni..Sebabnya, sekarang ni pas isyak je mata aku mesti dah terkatup dah..badan letih semacam..mungkin penat mengemas tak habis lagi kot..dah lebih seminggu kat sini PC ngan Printer pun tak dpt lagi..berbekalkan wifi free aku terpaksa la buat keje dengan menggunakan laptop sendiri..Bolehlah daripada takde..keje ini jam kalau takde laptop/pc dan internet connection mmg tak boleh nak buat keje dah..aircond pun tak terasa sampai bos kena bawak kipas..adoiyai..mcm2 hal..tp semua tu aku dah uruskan mana yang patut, sat g dorang naik la betulkan aircond tu kan..positif2..

Okaylah, nnt aku update lg pasal opis baru aku ni kalau ada cite yg menarik.

MH370, please come back safely!

Hari ni masuk hari yang ke-12 kehilangan MH370..Harapnya misi pencarian pesawat ni terus berjalan lancar dan diredhai Allah hendaknya..Hentikan spekulasi dan tuduhan2 yang tidak berasas..Kalau ada opinion mungkin boleh disalurkan dengan cara yang betul dan tidak hanya mengharapkan publisiti murahan semata-mata..Mungkin ramai yang mempunyai pandangan dan teori tersendiri, kalau rasa nak bentangkan, buatlah surat ke, emel ke kat pihak berkuasa..Penyebaran maklumat2 yang palsu ni boleh mengganggu emosi keluarga penumpang dan krew..Cuba ada rasa empati dan simpati sikit, ataupun yang lebih tepat berperikemanusiaan sikit..Besarlah harapan aku kepada pembaca blog aku sekalian sekiranya semua yang ada disini adalah tergolong daripada insan2 yang tidak membuka aib orang..Tak payahlah nak share2 benda yang tak berfaedah..Kalau nak tolong pun, tolong tengok dan tolong doakan je dah memadai..Ok?? Aku tau korang2 yang kat sini semuanya berfikiran positif dan baik2 orangnya..hehe..Let's pray for them to come back..:)

Last Semester weeeeehuuuuu!

Hujung minggu ni ada kelas..1st class untuk final sem..Semester ni aku berani mati nak ambil 6 subjek..Sebabnya aku malas nak tambah lagi satu sem..Aku tak dapat nak bayangkan lagi macam mana gaya aku nanti, lebih2 lagi di ambang exam..kuikui..so, aku kena pinjam tagline Janggel #bertabahlahdemikerianganberganda sebabnya aku pun tak sabar nak habiskan study dan lepas tu boleh fokus untuk persiapan kawin pulak..eh!

jangan buat spekulasi. sekian.

Subscribe and Follow