Salam semua, rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat berpuasa untuk korang. Alhamdulillah setakat ni puasa aku penuh lagi, korang amacam? hehe..Bila tengok archive cam dah lama sangat tak update blog. Bukan tak ada cerita tapi keadaan tak mengizinkan aku untuk menaip entri di blog ni. Gambar yang diambil sewaktu di Krabi aritu pun tak sempat lagi nak tengok dan transfer ke dalam laptop. Kalau tak tu, tak sampai seminggu mesti dah keluar teaser la coming soon la, tapi semuanya tinggal kenangan..huuuu
Sebenarnya aku baru je melepasi first trimester yang sangat-sangat mencabar emosi dan fizikal aku. Klinik dan hospital dah jadi rumah kedua, setiap minggu berulang ke sana. Disebabkan aku ada masalah sikit mengenai tahap kesihatan aku, jadi terpaksalah menghadiri checkup yang dah diaturkan tu demi untuk jaga kesihatan aku dan juga kandungan aku ni. Walaupun penat, dengan mabuknya, muntahnya, MC je keje, berjauhan dengan suami lg, tapi aku tetap positif dan bersemangat demi baby yang tercinta penyambung zuriat dan bakal menjadi mukmin yang soleh insyaAllah. Mohon doakan kesihatan aku dan baby baik sampai bersalin nanti ye.
Bulan Ramadan kali ni merupakan pengalaman pertama bergelar isteri. Walaupun tak dapat bersahur dan berbuka puasa dengan suami setiap hari, tapi aku bersyukur sebab walaupun berjauhan, suami memang sentiasa mengambil berat tentang keadaan aku. Mak kata, air tangan isteri penting untuk suami, jadi aku gagahkan kudrat jugak untuk buatkan lauk frozen untuk suami, bolehlah dia panaskan bila nak bersahur nanti. Bukan senang untuk menguruskan diri sendiri apatah lagi rumahtangga bila dah berbadan dua ni, tapi tabik spring dengan semangat suami jugak sebab sanggup berulang jauh2 kadang2 seminggu dua kali balik rumah demi nak melayan kerenah isteri yang memang mcm2 benda yang tak kena ni. Ditambah pula dengan selera yang masih belum ikut tune yang sebenar ni, masih mencabar la juga walaupun dah masuk trimester yang kedua. Harapannya agar bulan puasa ni kesihatan aku bertambah baik, dapatlah aku berpuasa penuh tahun ni. Dugaan ni sebenarnya memang berat tapi sebab aku percaya dengan hikmah dan nikmat lain yang Allah dah beri, aku akan sentiasa bersyukur dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan.
Dugaan juga buat kami sekeluarga sebelum datangnya Ramadan aritu, abang iparku disahkan strok dan sehingga hari ni dah hampir sebulan admitted di Hospital Putrajaya. Dengan keadaan kakak yang tengah mengandung, dia gagahkan diri menjaga suami di hospital setiap hari. Alhamdulillah, banyak perubahan positif sehingga hari ini, semoga abang iparku akan kembali sihat seperti sedia kala dan dapat pulang ke rumah dan berhari raya dengan keluarga tahun ini.
InsyaAllah, doa orang-orang berpuasa ni tidak akan ditolak sehinggalah waktu berbuka nanti. Jom kita perbanyakkan doa. Semoga Ramadan kali ni menjadi Ramadan yang lebih baik daripada yang sebelum-sebelum ni.
Selamat berpuasa semua. :)