nuffnang ads

recent posts

Thursday, December 20, 2018

Trip United Kingdom : Manchester - York - Liverpool

Assalamualaikum semua pembaca yang setia, masih setiakah anda? 

Setelah setahun tak update blog, kali ini aku ada kelapangan sikit nak bercerita tentang trip ke UK bulan Julai yang lepas.  Mungkin ada pengalaman yang aku nak ceritakan ni boleh dijadikan rujukan untuk korang yang nak pergi ke sana especially dengan anak kecik dan utk bawak mak ayah.

Terbangnya aku ke bumi UK ni asalnya untuk attend graduation adik aku kat University of Manchester.  Dah alang-alang sampai sana, aku pun plan beberapa tempat yang sempat dilawati sepanjang aku kat sana selama 10 hari termasuk perjalanan pergi dan balik.  Kebiasaannya aku travel budget2 je, tapi kali ni sebab bawak anak aku umur 2 tahun setengah dan bawak mak abah aku, makcik aku, perjalanan tu jadi tak berapa nak budget.

Dah lama aku mengidam nak pergi Manchester ni sebenarnya.  Kalau kat kampung aku dulu tu, ramai giler yang melanjutkan pelajaran kat Manchester, termasuklah bapak kawan baik aku dan makcik aku.  Lebih-lebih lagi aku membesar dengan drama-drama Ahmad Idham tu, Cinderella la, Cinta Antara Benua la, Cinta Metropolitan la, macam2 lagi la drama yang buat penggambaran kt UK yang membuatkan aku memang berangan sangat nak menjejakkan kaki kat sana. 

So, here we go.

Day 1 : KL-Dubai-Manchester

Aku pilih flight Emirates sebab masa tu harga dia slightly murah daripada yang lain.  Etihad pun murah jugak tapi ramai yang recommend Emirates, so I choose Emirates.  Tiket pergi balik masa tu aku dapat RM 3487.38. Untuk anak aku yang dua tahun setengah tu pun RM 2695.38.  Agak mahal kan? Memang pun. haha.  Sebab tak banyak choice, terpaksa grab.  Pemilihan tarikh pulak kena ikut date graduation adik aku dan mengambil kira berapa hari kena apply annual leave yang paling minimum.  Jadi harga tu je la yang ok.  Daripada pemerhatian aku, date untuk summer ni memang agak mahal. Kena pilih bebetul korang nak travel bila, kalau musim lain mungkin dapat lagi murah kot. Dapat date graduation adik aku pun dalam bulan Februari ke March time tu.  Matta fair pun harga dia lebih kurang camni. 

Alhamdulillah Umar sangat behave dalam flight.


Happy sangat dia naik flight sebab ada makanan..huhu

Flight berlepas dari KL pukul 10.20 pagi dan dijangka sampai ke Manchester pukul 7.20 malam.  Transit di Dubai lebih kurang pukul 1 tengahari kat sana. Transit pun ambil yang paling sekejap, yang penting ambil connecting flight ye kawan-kawan.  Kalau transit sekejap tak dinasihatkan beli tiket asing-asing.  Macam kami ni transit sejam je, jadi memang berlari-lari anaklah jugak nak tukar ke pesawat lain tu.  Tapi jangan risau, ada staf Emirates yang tunggu masa kita keluar je daripada pesawat yang first tu.  Dia akan berjalan laju menuju ke gate flight ke Manchester pulak. Make sure korang follow dia, jangan nak melencong pulak.  Dah sampai dekat gate tu barulah korang boleh nak g toilet ke apa. Tapi takleh lama-lama, sebab yang kat situ pun dah ready nak boarding.  Kena pantas dan tuntas.  So far, mak abah aku terkejar la lagi dan anak aku tak sedar pun dia pernah berada kat Dubai.  Dua kali transit kat Dubai tu, dua2 kali tu la dia tertidur. Dia sedar2 je dia dah berada kat dalam pesawat lain. hehehe

Sampai je Manchester masa tu dah nak malam.  Masa tu beg luggage aku yang paling besar tu pecah.  Isi-isi borang kat kaunter, tup-tup dapat beg luggage sama saiz yang baru. huhu.  Beg tu aku dah wrap dengan plastik, tapi tetap gak pecah, sebab tayar dia pecah dulu. Nasiblah labu.  Yang penting dapat beg baru.  Adik pun dah tunggu kat arrival, Alhamdulillah, all went well. Sampailah kami di bumi Manchester yeay!



Sebelum pergi check in kat Airbnb yang aku dah siap-siap booking tu, adik ajak pergi makan dulu kat area rumah sewa dia kat Rusholme.  Makan nasi arab le apalagi. Naik black cab je masa tu sebab kereta sewa belum dapat lagi.  Black cab daripada airport tu memang senang je nak dapat, just tunggu je kat area depan airport tu.  Dah siap-siap makan kitorang naik lagi black cab sebab airbnb kitorang tu dalam 20 minit daripada Rusholme.  

Sampai-sampai ke Airbnb tu dah lewat malam.  Pastu gelap gulita kawasan tu.  Dalam keadaan gelap tu, nak mencari kunci pun tak jumpa. haha. Terpaksa la aku menggangu host airbnb aku tu tengah-tengah malam call dia tanya macam mana nak bukak pintu. Nasib la host tu baik and very helpful. 

Tadaaaa....ni airbnb kitorang.  Rumah ni tiga tingkat. Which aku pun tak perasan.  Main book je sebab tak banyak pilihan masa tu. I wonder kenapa semua nak pergi UK masa tu sebab airbnb laku macam goreng pisang panas.  Lepas tu baru la sedar, yang musim tu memang banyak graduation day, pergi sana sini je jumpa orang Malaysia. So, bilik tidur semua kat atas.  haha.  Nasib baiklah mak abah n makcik aku steady lagi nak naik tangga.  Korang kalau nak booking tengok betul-betul ye. Kat sana memang rumah banyak pesen cenggini.

Airbnb: 3 bd Alderglen Rd Slp 8 (54)
Address : 3a Alderglen Rd, Manchester, M8 0AL
Host : Nick & Lisa

Ni depan rumah kitorang, ada space boleh parking kereta kat dalam.
The neighbourhood..

Bangun-bangun tido kemain syok lagi tengok ada tangga. Keje dia duk turun naik je.

Bilik-bilik dia so far aku sangat berpuas hati. Bersih dan selesa.

Dapur pun best. Gembira hati mak aku tengok ada dapur camni.
Overall rumah ni selesa dan harga pun berpatutan.  Price for 4 nights was RM 4182.34.   Harga ni dah include service fee and cleaning semua sekali ye untuk 8 orang. 

Day 2 : Manchester-York-Manchester

Pagi-pagi tu my husband, adik dan cousin aku pergi ke Avis Car Rental kat Manchester untuk ambil kereta yang kami dah booking online.  Disebabkan masa tu cousin aku booking dua kereta under satu credit card, satu kereta terpaksa kena cancel. Apesal la awal-awal tak habaq Avis oi, masa book tu boleh je.  Husband aku tak ada credit card, adik aku bawah umur (kalau dia drive rate lagi mahal), so aku kena datang ke Avis tu untuk book lagi satu kereta.  Beratur punya beratur, sampai turn kitorang semula, kereta yang kitorang nak tu tak ada. Hmmm.. aku dah mula panas dengan Avis ni, abis dorang aku kejekan kang.  Patutnya bila cousin aku dah book dua kereta tu means dah ada la kereta yang ready kan kan kan. Apesal tetiba takde kereta.  Isk3. Dugaaannnn...Nak tunggu boleh tapi petang katanya baru dapat. Weh, kitorang nak g jalan weh, ni pun dah setengah hari berurusan dengan korang ni Avis oi.  Last2, kitorg gerak je dengan satu kereta ke Sixt Car Rental, berbekal kurang daripada setengah jam sebelum Sixt tu tutup.  Hari ahad bukak setengah hari je. Hu hu.  Sampai-sampai ke Sixt tu terus la tanya kereta apa yang available and luckily ada kereta yang sesuai dan rate tak banyak lari dengan bajet kitorang.  Total price untuk dua kereta tu around RM 4800 untuk 8 hari.  Klu korang nak sewa kat Avis ni fikir bebetul eh, sebab service dia lemmmmbab. 

Hari yang kedua ni asalnya kami plan nak ke Wales.  Tapi disebabkan ada masalah teknikal sikit berkaitan dengan kereta sewa, terpaksa tukar plan ke York je, which is more nearer from Wales.  Daripada Manchester ke York lebih kurang dalam dua jam perjalanan.  Kami dah siap-siap makan dan solat kat rumah sebelum bertolak sebab dah agak lambat.  

First place to visit ialah York Designer Outlet. hahaha.  Disebabkan outlet ni tutup awal dalam pukul 5.00 petang camtu, kitorang pergi la ke sini dulu.  Designer Outlet kat sini ala-ala macam kat Mitsui sebab dia dalam satu bangunan je.  Tak banyak sangat choice tapi bolehlah nak window shopping. 


Keadaan kat dalam outlet tu..

Selepas tu kitorang jalan-jalan kat York City.  Berhenti tengok York Minster sekejap, kat luar je la. York Minster ni merupakan cathedral yang terbesar kat Nothern Europe.




Lepas tu kami jalan-jalan kat The Shambles.  Banyak kedai-kedai dengan binaan menarik kat sepanjang jalan tu.  Sesuai la untuk sesi fotografi.

Nape muka serius sangat tu sis..





anak manja Mak Abah...haha





Dan setelah semua orang kepenatan, kitorang berangkat pulang ke Manchester dan singgah makan kat Rusholme sebelum balik ke airbnb.  Sempat singgah Tesco kt Rusholme untuk beli groceries.  End of day 2 in Manchester.

Hari ni sebenarnya birthday my husband.  Seronok dia ya dapat jalan-jalan kat UK.  Semoga tahun depan punya birthday kita dapat pergi travel sama-sama lagi ye. 


Day 3 : Manchester - Liverpool - Cheshire - Manchester

Semalam dah birthday husband, hari ni birthday abah kita pulak.  hehe.  Kira macam hadiah birthday la ni kan dapat peluang jalan-jalan kt UK. hehe. So,  bangun pagi tu kami celebrate la kecil-kecilan kat rumah.  Mak dah siap-siap bawak kek Marble favorite abah daripada Malaysia.  huhu.  Happy birthday to both of my heroes..


Perjalanan hari ni diteruskan ke Liverpool.  Hari ni awal-awal pagi kami dah bertolak ke sana.  Dah tapau makanan siap-siap takut lapar.  hehe.  Dari Manchester tu ada satu tol je nak kena bayar dan tak mahal pun. Bayar tol pakai coins je.  Di Liverpool kitorang hanya pergi sightseeing sekejap je kat Albert Dock Liverpool.  Suhu kat sini lebih sejuk kalau nak compare dengan Manchester, kalau korang datang sini pakailah baju yang tebal-tebal sikit ataupun pakai sweater.  Musim panas pun still sejuk jugak. 

Mak n abah lovey dovey






Selepas puas hati dengan gambar-gambar yang diambil, kami pun bertolak ke Cheshire Oaks.  Kt Cheshire Oaks tu tak de pulak nak bergambar sebab sibuk shopping. hehe. Kalau korang datang ke UK, jangan lepaskan peluang untuk shopping kat sini ye.  Kat sini ada lebih banyak pilihan kedai berbanding kat Bicester Village. 

Disebabkan bawak parents dan kanak-kanak, kami dah siap-siap bawak bekal untuk makan.  Bila dah penat shopping tu, kami piknik je kat dalam kereta sambil makan bekal yang dibawak. Takdelah perut kelaparan.  Untuk panaskan badan, beli je coffee kat Costa ke Starbucks ke yang mana dekat.  

Kami bertolak balik ke Manchester lepas dah puas shopping.  Badan pun memang penat sangat.  Mana taknya, Cheshire Oaks tu sangat besar pastu tawaf beberapa kali ntah sebab berkira-kira nak beli.  Clarks, Next, Fossil, Michael Kors, Coach, Skechers dan macam-macam la lagi butik yang menawarkan harga yang sangat reasonable. Beli jangan tak beli.


Day 4 - The Graduation day at University of Manchester 

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu pun sudah muncul tiba.  Pagi ini macam biasa bangun awal.  Memang dah tak boleh nak tidur sangat duduk kat sini. Sebab Subuh dalam pukul 2.30 pagi macam tu, lepas subuh tu mesti mata susah nak lelap.  Tak lama lepas tu dah start cerah dah walaupun baru pukul 4.30 pagi.  Daripada pukul 4.30 pagi tu dah start masak untuk breakfast.  Pagi tu kitorang decide nak pergi Old Trafford sekejap.  Graduation pun start tengahari. Bolehlah nak jalan-jalan dulu kat Manchester.  

Daripada rumah nak ke Old Trafford ni dalam 20 minit je.  Kami gerak dari rumah pukul 7.00 pagi.  Kedai pun tak bukak lagi.  Disebabkan bukan die hard fan pun, memang plan nak ambil-ambil gambar je la. Tak plan pun nak beli merchandise or melawat dalam stadium. huhu. Janji ada bukti dah sampai sini ye tak..






Balik rumah, kami pun siap-siap untuk menghadiri graduation kat University of Manchester.  Kat situ susah nak parking, jadi kami parking kat area Rusholme dan naik uber ke university.

Bagilah ibu chance nak feeling2 sambut raya kat UK..hahaha..macam nak bersiap di pagi raya pulak


Semoga Umar dapat sambung belajar kt UK macam acu ye..

Proud mak and abah

Bagi can sis nk pose sikit boleh....

Finally we are here to celebrate 

One with my one and only adik

pakai samping dah mcm pakai skirt dak umar ni..huhu..

Dah selesai graduation kami pun balik berehat di rumah.  Petang tu kitorang jalan-jalan kat Manchester city sebab nak pergi Hard Rock Cafe.  Lari sekejap sebab malam nak kena packing barang dah, pagi esoknya kami nak bertolak ke London pulak.  Sempat singgah Next depan Hard Rock tu..Rasa berbaloi sangat sebab dapat beli baju-baju umar yang sangat2 murah kat Next masa tu. Masa kat Cheshire Oaks tu tak banyak dah pilihan.



Malam tu sempat pergi Tesco beli chocolate lepas tu masing-masing mula packing barang untuk ke London pulak.  Chocolate kat Tesco pun murah-murah.  Lagipun Tesco 24hrs boleh pegi anytime.  Beg pun dah mula beranak pinak lepas packing. Tak perlu risau sebab separuh luggage kami tinggalkan kat rumah sewa adik, so bawak ke London mana yang nak pakai je, memandangkan kereta pun kecik je takleh nk sumbat beg besar.  Good night Manchester! 

To be continue...

Subscribe and Follow