Mlm td was my second time watching teater at Istana Budaya (IB). First time dulu tgk PGL, time tu dpt free ticket VIP..hehe..i like..and mlm td pun, my boss yg belanja..=) thanx boss!
Antara pelakon yang menjayakan teater Natrah ni terdiri daripada Maya Karin sebagai Natrah (muda), Umie Aida sebagai Che Aminah, Sofea Jane sebagai Natrah (tua) dan Remy Ishak sebagai Mansor Adabi.
Teater ini mengisarkan liku-liku kehidupan Natrah @ Maria Huberdina Hertogh, seorang rakyat Belanda yang dibesarkan di Malaysia oleh Che Aminah setelah ibu kandungnya menyerahkan Natrah untuk dijaga oleh Che Aminah pada umurnya 4 tahun lebih. Natrah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan dididik dengan agama Islam oleh Che Aminah sehinggalah satu masa ibu bapa kandung Natrah yang beragama Katolik mahu menuntut semula Natrah daripada tangan Che Aminah dan kisahnya pun bermula. Natrah juga sempat dinikahkan dengan Cikgu Mansor Adabi sewaktu mereka di Singapura pada umurnya 13 tahun. Kisah ini kisah yang sangat tragis sehingga mengakibatkan pertumpahan darah di Singapura demi mempertahankan maruah agama Islam.
Sebenarnya expectation sblm tgk cite ni sgt tinggi, tapi bila berakhirnya pementasan, rasa macam masih ada yang tak cukup. Tapi tahniah juga la pada eirma fatima yang berjaya membawa cerita Natrah ini ke pentas teater. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut kena baca buku Natrah yang ditulis oleh Datin Fatini, bestfren my boss. Datin Fatini memang menulis tentang kisah Natrah sejak lama dahulu, beliau sempat berjumpa dengan arwah Mansor Adabi dan arwah Prof. Dr. Ahmad Ibrahim sebelum kedua-duanya menghembuskan nafas terakhir. Datin Fatini juga berjaya menjejaki Natrah di Amerika.
Credit to Maya sebab berjaya melakonkan watak Natrah dengan baik dan watak yang dibawa oleh Umie Aida sebagai Che Aminah sangat-sangat memberi kesan. Daripada apa yang aku baca tentang riwayat hidup Natrah ni, aku sangat kesian kat dia. Bagaimanalah dia melalui hidupnya sehari-hari, hidupnya agak susah selepas dia kembali ke Belanda.
Bagi sesiapa yg belum tgk teater ni, rugi rasanya kalau tak pergi. Cerita ni agak heavy juga sebenarnya, tp ianya merupakan sejarah yg mempunyai jalan cerita yg sgt menarik dan menyayat hati. Kalau ada extra money, boleh la beli buku Natrah hasil tulisan Datin Fatini. Buku ni lebih detail lagi jalan ceritanya. Sgt2 interesting..=)
nuffnang ads
recent posts
Wednesday, December 9, 2009
Wednesday, December 2, 2009
hari ni birthday arwah atok..=(
hari ni 2 Disember, pagi2 dah terlintas dlm kepala, hari ni birthday arwah atok. ingat lagi dulu penah terbaca dlm magazine, birthday britney spears pun 2 Disember gak. pastu ckp kat arwah, "atok, birthday atok sama ngan birthday britney"..pastu arwah tanya, "capo deh tu?" hihi..pastu gelak2 je, sebab arwah mane la nak kenal ngan britney kan. dulu time ckp ni arwah masih ingat lagi, sejak arwah ada penyakit alzheimer, anak2 cucu mmg dia dah tak ingat sangat dah, kalau nak gurau pun, sikit2 je la boleh..
miss my old time so much.....='(
hm....yan doakan agar roh atok tenang di sana dan ditempatkan bersama hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh. al-fatihah..
miss my old time so much.....='(
hm....yan doakan agar roh atok tenang di sana dan ditempatkan bersama hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh. al-fatihah..
Subscribe to:
Posts (Atom)