Ini cover travel planner aku waktu g korea dulu..
Time ni memang semangat sangat nak siapkan itinerary sebab almaklumlah 1st time travel sendiri.
Tapi banyak perkara yang perlu ditambahbaik dalam planner ni sebab waktu kat korea dulu rasa mcm tak cukup je maklumat yang aku letak. Agak menggelabah ayam la jugak kan bila cari tempat tak jumpa, so, untuk trip yang akan datang ni, insyaAllah I will put as much info as I can especially HALAL restaurant directory! he he he
Note : dulu edit cover ni pakai picnik, sekarang picnik dah takde
So, ni travel planner untuk ke Bangkok. Still in the making. Cover je baru siap pun. Itinerary untuk day 1 almost done. Banyak lagi info yang perlu didapatkan. So, pelan-pelan kayuh, lambat tak lambat sangat dah ni. Baru dapat emel daripada AirAsia informed that tak touch down kat Suvarnabumi tapi kat Don Muang, dorang dah tukar flight route. Tak kisahlah kan, janji sampai. Hotel dah booking and already paid the 15% deposit. Hm hm hm what else?
Nak sambung buat research, nanti bila dah banyak keje takut tak terbuat.
Tips : Sekarang edit picture pakai PIXLR.COM, lagi mudah dan banyak effect...so naisss!