Diumumkan bahawasanya kafeteria pejabat aku DITUTUP sehingga diberitahu kelak..
Berita sedih, pilu dan sentap itulah yang aku terima masuk-masuk je ofis semalam..
Pilu melihat keadaan kafe yang meletup kebabom itu..
Punca-punca kebabom belum dapat dikenalpasti kerana pihak berkuasa masih menyiasat..
Gambar pun tak boleh ambil dan diupload sewenang-wenangnya..siap announce lagi bagi warning..dasat!
Semua rakyat jelata di ofisku ini memanjatkan syukur kerana perkara itu tidak berlaku sewaktu waktu pejabat..Kalau tidak, pasti ramai yang almarhum..nauzubillah..
So, diumumkan bahawasanya, mulai semalam, operasi membawa bekal secara besar-besaran telah diadakan, segala jenis mangkok tingkat, tupperware, apple lady mula menjadi idaman para penghuni pejabat..maka berbondong-bondonglah semuanya ke pejabat, tak cukup tangan membawa beg, handbag, bakul dan plastik berisi makanan untuk bekalan seharian..
Dan aku pulak? Masak? Bawak bekal? Meme tak ah!
Semalam, nasibku baik sebab ada lagi stok susu Dutch Lady + Koko Krunch kat dalam lemari, so mentekedarah itu je la sepanjang pagi..Lunch? Menapak sampai ke building sebelah yang jauhnya bolehlah membasahkan ketiak! Sedih! Plan ngan ofismate, Isnin Khamis kita puasa je lah, Selasa Jumaat ada pasar tani depan opis, so hari Rabu je la kena menapak..Baru hari kedua, nampak ramai yang mengeluh..Aku ambil kesempatan untuk bayar hutang puasa, lagipun kalau puasa tak la rasa stress sangat nak memikir nak makan ape kan..Lagipun, ini lah masa yang paling sesuai sebab tak ada kelas malam, so boleh buka puasa kat umah ataupun di kedai2 idaman..Penyakit bila puasa ni macam biasa dah datang, pantang tengok, macam-macam pulak yang tekakku teringin..heppp!
Berapa lama la agak2 perkara ni akan berterusan?
Sebulan? Setahun? Ayooo....nak kena carutz kat twitter la tuuuu...
Adakah ini petanda kepada aku untuk mengslimkan sedikit badan yang sudah lari shape ini?
Tepuk dada tanya iman? wah!
No comments:
Post a Comment