nuffnang ads

recent posts

Tuesday, July 23, 2013

Business Trip to Vietnam

Assalamualaikum semuaa..I'm back! Walaupun jarang-jarang sekali update blog, bukanlah bermaksud aku ni lupakan daratan ke hape, tapi adalah disebabkan oleh kekangan masa.  Beselah tu, I kan wanita berkerjaya..hehe

Kali ni, aku takmo cerita sangat pasal travel tapi more to sharing session dengan kamuorang semua yang mana sebelum ini tak tau pasal kewujudan Ho Chi Minh (HCM) nih..Ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke bumi HCM ini.  Yang pastinya, kunjungan yang pertama dulu aku lebih banyak habiskan masa untuk berjalan dan meneroka apa yang ada selain daripada bershopping. Gile tak shopping kalau dah sampai vietnam?! In my last entry pasal throwback ke HCM, aku ada mention about one old pakcik yang jual kopi kt tepi Ben Thanh market, which I really miss his coffee, sedih sebab tak jumpa dah dengan pakcik tu, tapi makin ramai yang jual kopi around that area..Kira lepas jugak la rindu nak pekena kopi vietnam, memang KAW abess..

Trip kali ni aku pergi atas urusan bisnes..Wah, bisnes la sangat!! haha..Aku pun baru je berjinak-jinak dalam dunia bisnes ni, kalau korang minat, ada modal dan rajin, apa2 bisnes pun boleh jalan kan? Samalah seperti aku, demi untuk mengumpul duit nak travel ni, aku kenalah jugak buat side income, kalau nak mengharap pada gaji yang cukup2 makan ni, memang idok le nak berjalan sakan..marilah kita mengukur baju di badan sendiri..hehe

Bagi sesiapa yang sangat-sangat berminat dalam dunia bisnes, kat HCM ni ada banyak peluang perniagaan. Jangan terkejut kalau datang sendiri ke HCM ni, dah serupa kat Jalan TAR je, penuh dengan orang melayu. Bagi orang-orang Islam yang sebelum ni macam takut-takut nak pergi sebab takut cari makanan Halal, dah tak payah risau, sediakan sahajalah duit berkepuk2, makanan Halal dan so far masih kena dengan tekak melayu kita ni bolehlah didapati dengan mudah.

So, untuk trip 3 hari 2 malam aku kat sana, kat bawah ni aku simpulkan semua sekali, senang..Lagipun kalau aku tepek itinerary pun, selain daripada makan, memang aku shopping je, takde buat benda lain..hehehe..

Welcome to Ho Chi Minh uols.....






Tips2 nak ke Ho Chi Minh (HCM) :

1.  Buat passport - Mestilah kan, kalau tak cmne nak pergi?! lol

2. Beli tiket flight - Yang ni wajib, gile tak wajib?! Dah tu korang nak g naik ape? tongkang? hehe..Penerbangan ke HCM ada byk, harga macam2, tapi tiket ke HCM selalunya agak mahal sikit, kebiasaannya org akan pilih Airasia (sebab leh beli baggage sehingga 40kg), MAS (klu economy class boleh angkut 30kg je), Vietnam Airlines (yang promo tu leh bwk 20kg jek)..so, choose wisely..:)

3.  Pilih hotel - Haaaaa, hotel ni yang plg penting sekali. Yang paling mudah, staylah kat hotel di District 1, sebab District 1 tu memang dah macam perkampungan orang Melayu, District 1 ni mmg dekat bebeno dengan Ben Thanh Market, ateee, kalau tetibe tgh2 shopping perut memulas pun boleh lari2 anak  balik hotel..dah penat angkut barang, nk hantar balik hotel, turun naik, turun naik pun, takde masalah..indah oke! Hotel boleh beli via Agoda ke, ikut korang la, janji korang happy..aku pilih Gia Huy Hotel, yang bestnya bilik ni rate dia 30USD semalam untuk 2 orang, siap ada jakuzi lagi..weeeee..





Di sekitar District 1..



4.   Duit - Kat HCM dah senang giler dah ini jam..Tak payah tukar duit pun takpe, in fact, kalau guna RM lebih murah kalau nak dibandingkan dengan guna USD, tapi tukar sikit untuk bayar teksi. Nak tukar duit kat sana pun tak ada masalah sebab kebanyakan kedai dah terima duit RM, tukar je dengan peniaga-peniaga kat sana.

5.  Bahasa - Takpayah la susah2 nak beli kamus Vietnam..kebanyakannya fasih berbahasa melayu, kalau tak, dorang leh ckp English.    

6.  Beg - Disebabkan korang ni kompem2 nak g shopping, bawaklah beg yang ringan..kalau tak nak bawak, beli je kat sana, bersepah beg2 murah.. Untuk first timer, before nk balik nanti timbang beg masing2 dulu kat hotel k, kebanyakan hotel memang ada sediakan, kalau tak pun, korang bawak yang Digital Luggage Scale tu, kalau naik Airasia, satu beg TAK BOLEH lebih daripada 30kg.

7.   Kastam - Haaa, yang ni paling dingerikan oleh org2 yg nk shopping kan, dan yg business lagi la..Untuk kastam Vietnam, macam2 peel jugak dorang ni, make sure korang tak bawak barang larangan, kalau mcm pakaian tu, confirm boleh lepas..kalau kena panggil, try to defend yourselves yang kata korang tak bawak la barang2 yg dilarang or else korang kena bayar.  Kalau Kastam Malaysia pulak, yang ni aku ada bertanya pada pegawai kastam, katanya kalau korang beli barang untuk meniaga, kompem kena charge, tapi ada certain amaun la..So, pandai-pandailah nak hidup k..Kalau pergi ramai, bahagi2 barang kat beg yang lain2, jangan letak kt dalam satu beg..kalau kena pun, takdelah mahal sangat..Lagi satu boleh amalkan baca zikir Ya Latiff banyak2 kali time lalu kat kastam, insyaAllah, lembut hati orang kastam tu..Heeee

8.  Shopping - Kalau nak beli kain ela/pasang, boleh cari kat Ben Thanh market, kat situ ada baaaaaaanyak sangat jenis/material/harga. Make sure korang rayau2 survey harga before terus beli oke? Jangan lupa tawar menawar sehingga 50% daripada harga yang ditawarkan, kalau rendah lagi daripada tu pun ok, trylah nasib korang kot la dapat..Kalau nak beli telekung/ baju ready made, korang boleh pergi ke rumah Ustazah Hajah Basiroh - yang ni kena naik teksi.  Addressnya nanti aku tempek kat bawah. Baju kurung ready made (manik) - boleh beli dgn Hjh Basiroh..Hjh Basiroh ni ada juga cawangan kat District 1 tu, tapi tak byk choice. Kat district 1 tu ada banyak kedai, antara yang aku pergi kedai Abdul Aziz dan Saedah - kedai ni design dan material memang berkualiti.  Selain daripada tu, kat pasar malam memang ada banyak sgt orang jual, antara penjual yang aku suggest Kamariyah dan Karim, Abdul Aziz dan Saedah ataupun Maryyam. Tudung shawl/3layer - kat district 1 tu ada banyak kedai yang korang boleh pergi, malam2 lagi banyak orang open table jual tudung.  Jersey/ baju sukan - kat pasar malam ada ramai yang jual, carilah yang berkualiti.  Kasut sukan/Clarks - nanti bila korang jalan2 kat pasar malam ada jumpa satu lorong tu ada banyak kedai kasut, belilah kat situ. Nak kata ori tu idok le, tapi kualiti yang memang gred AAA punye. Choose wisely.  Untuk baju kurung ready made - kalau beli tu, jangan lupa check satu2 and make sure kain & baju sama saiz.  Kalau dah balik M'sia baru nak check, jangan sedih lah kalau tak sama.  Beg deuters/kipling dan sebagainya - Banyak je jual kat pasar malam, tolonglah, tolong tawar sampai harga yang paling tak reasonable, hehe, nanti insyaAllah korang leh dapat murah.

Name card, in case korang nak contact :





Kedai Ustazah Hajah Basiroh :


\


Ben Thanh Market :






Pasar Malam :



 








9.   Makan - Seperti yang dah mention kat atas2 ni, restoran halal memang senang nak cari area Ben Thanh Market ni, cuma harga agak pricey sikit, sediakan budget lebih untuk makan. Aku bagi anggaran dalam RM20 - RM25 seorang sekali makan.  Bukan takleh makan langsung, cuma tinggikan budget untuk makan.





Yang ni aku makan kat Restoran yang betul2 depan hotel aku - Nasi Goreng Ayam.
Kena sangat dengan tekak dan perut yang lapar..
10.  Transportation - Dari hotel ke airport / ke rumah Hjh Basiroh tu, naik je teksi.  Nak naik tu tanya berapa Dolar, pastu terus je bayar.  Kalau bayar bila dah sampai, nanti takut dorang pusing jauh2 pastu tipu harga..Buat2 la cm korang dah biasa datang.  

11.  Kunci beg - time nak hantar beg kat atas kapal terbang tu, kuncilah beg2 korang k..Kompem ada banyak beg kan? So, ikatlah kat zip korang tu..Aku pun tak tau apa nama pengikat plastik tu, tapi kalau korang biasa g Mydin, Mydin slalu ikat beg plastik dengan pengikat tu..So, carilah kat Mydin, kompem banyak..hehehe.. ni gambo tali seperti yang dimaksudkan itu..

Aku pun lupa bawak gak aritu, nasib baik Maklong aku bawak..hehe
12.  Kasut / Sandal/ Selipar - Pakai kasut yang mudah.  Kat kedai2 District 1 tu banyaknya kena bukak kasut time nak masuk kedai, pengajaran jugak buat aku yang pakai sandal ada tali pengikat time tu, so dah payah setiap kali nak keluar masuk kedai kena terbongkok2 dok bukak sandal.  Pakai selipar lebih mudah.

Aku pun tak tau dah nak tulis apa dah ni, kalau ada lagi nanti aku tambah.  Dah puas bebel kat atas, so korang tengok lah gambar-gambar yang nak aku sajikan kat korang ni, pastu pandai2lah korang nak buat kesimpulan sendiri ye. ehehe.  Dah macam kamus bergambar aku tgk blog aku nih..takpelah, hope korang suka dan dapatlah sedikit sebanyak gambaran untuk mulakan bisnes di HCM nih..Kalau just nak pergi shopping pun boleh jugak..

So, done this trip, jual menjual, collect untung, bayar zakat, lebihan tu nak simpan untuk trip aku bulan September nanti..Duit dah ada, restu mak abah dah pinta, hostel & transport dah setel, visa dan passport pas raya nanti, satu je lagi - CUTI!!  Cuti je yang tak mintak lagi..dupdapdupdap, mohon bos pun turut restu cikPA dia ni nak cuti seminggu, kalah orang cuti kawen..hukhuk

Stay calm and keep fasting..:)

P/S : Special thanks to my MakLong Ain sebab sudi jadi mentor saya untuk berbisnes kat HCM ni..Harap2 tak serik membawa saya..Tak lupa to my Along, sebab banyak tolong waktu kat sana aritu..muchmuchLOVE ~






Monday, July 15, 2013

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum semua..hope korang berada dalam keadaan sihat hendaknya, dan kepada yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa.

Mood aku bulan puasa ni baru nak start. Sebabnya, 2nd day puasa aku ada final exam. So, mood ramadhan tu tak berapa nak datang sangat sebab sibuk dengan persiapan exam.  Tapi, alhamdulillah, exam pun dah lepas, dah goreng dah pun, tunggu aje la resultnya dalam sebulan lagi. teehee.  Lepas ni bolehlah fokus dengan amal ibadat dlm bulan Ramadhan Kareem ni.  Semoga amal ibadat ni berkekalan juga sehingga selamanya.  

Dalam bulan Ramadhan ni, jom pasang niat baik-baik, sebarkan aura positif je.  Ramai yang ambil kesempatan untuk banyak bersedekah dalam bulan Ramadhan ni, keep it up guys!  Banyak rumah-rumah kebajikan, anak-anak yatim, orang-orang tua, shelter for HIV patient, dan banyak lagi rumah-rumah kebajikan yang memerlukan bantuan kewangan untuk menyambut Ramadhan dan Syawal nanti.  Kalau susah sangat pun, kalau balik beraya atau balik berbuka puasa kat kampung tu, mesti ada keluarga2 yang daif yang memerlukan bantuan kewangan, tak banyak sikit pun mungkin dapat ringankan beban mereka..Dan yang paling penting, kita dapat buat mereka gembira..Baju raya beratus2 ringgit, kasut raya, handbag berjenama semua tu tak bermakna jika kita tak kongsikan sedikit yang kita ada untuk mereka yang memerlukan kan? Tangan yang memberi tu kan lebih baik daripada tangan yang menerima..:)  

Okaylah, mood puasa ni selalunya seiring dengan mood memasak kan.  Setakat hari ni aku belum lagi membeli apa2 kat Pasar Ramadhan, semuanya masak sendiri.  Masak sendiri lagi afdhal sebab kalau kita ke pasar ramadhan tu, yang bukan-bukan aje yang kita beli. Sudahnya, tak makan sampai ke sudah, basi, buang aje kat dalam tong sampah.  Kan dah dikira pembaziran tu.  So, bagi yang ada masa untuk masak sendiri, masak ajelah kat rumah k.  Masak yang simple2 je. Kalau free2 tu korang youtube Dapur Bujang, aku suka tengok si Fendi Balas tu masak, mudah dan yang penting ikut budget orang bujang.  :)

Dalam masa terdekat ni aku akan update pasal trip aku ke Ho Chi Minh baru-baru ni.  Gambar sume tak transfer lagi dalam PC sebab balik2 aritu terus masuk mood exam.  Trip kali kedua aku ke Ho Chi Minh ni memang takde unsur2 berjalan pun, memang shopping-oriented je.  Ade la buat bisnes kecil-kecilan untuk kumpul duit nak raya ni kan.. hehe.  So, nanti aku share kat korang mana tempat2 yang korang boleh pegi kalau korang niat nak shopping semata k.  Kalau yang nak berbisnes tu pun dialu-alukan sebab banyak peluang bisnes yang korang boleh dapat di Ho Chi Minh, kena rajin dan yang paling penting, ada modal. Itu nantilah aku cerita k.  

So, berbuka hari ni nak masak ape eh???? heee




Subscribe and Follow