Assalamualaikum semua..hope korang berada dalam keadaan sihat hendaknya, dan kepada yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa.
Mood aku bulan puasa ni baru nak start. Sebabnya, 2nd day puasa aku ada final exam. So, mood ramadhan tu tak berapa nak datang sangat sebab sibuk dengan persiapan exam. Tapi, alhamdulillah, exam pun dah lepas, dah goreng dah pun, tunggu aje la resultnya dalam sebulan lagi. teehee. Lepas ni bolehlah fokus dengan amal ibadat dlm bulan Ramadhan Kareem ni. Semoga amal ibadat ni berkekalan juga sehingga selamanya.
Dalam bulan Ramadhan ni, jom pasang niat baik-baik, sebarkan aura positif je. Ramai yang ambil kesempatan untuk banyak bersedekah dalam bulan Ramadhan ni, keep it up guys! Banyak rumah-rumah kebajikan, anak-anak yatim, orang-orang tua, shelter for HIV patient, dan banyak lagi rumah-rumah kebajikan yang memerlukan bantuan kewangan untuk menyambut Ramadhan dan Syawal nanti. Kalau susah sangat pun, kalau balik beraya atau balik berbuka puasa kat kampung tu, mesti ada keluarga2 yang daif yang memerlukan bantuan kewangan, tak banyak sikit pun mungkin dapat ringankan beban mereka..Dan yang paling penting, kita dapat buat mereka gembira..Baju raya beratus2 ringgit, kasut raya, handbag berjenama semua tu tak bermakna jika kita tak kongsikan sedikit yang kita ada untuk mereka yang memerlukan kan? Tangan yang memberi tu kan lebih baik daripada tangan yang menerima..:)
Okaylah, mood puasa ni selalunya seiring dengan mood memasak kan. Setakat hari ni aku belum lagi membeli apa2 kat Pasar Ramadhan, semuanya masak sendiri. Masak sendiri lagi afdhal sebab kalau kita ke pasar ramadhan tu, yang bukan-bukan aje yang kita beli. Sudahnya, tak makan sampai ke sudah, basi, buang aje kat dalam tong sampah. Kan dah dikira pembaziran tu. So, bagi yang ada masa untuk masak sendiri, masak ajelah kat rumah k. Masak yang simple2 je. Kalau free2 tu korang youtube Dapur Bujang, aku suka tengok si Fendi Balas tu masak, mudah dan yang penting ikut budget orang bujang. :)
Dalam masa terdekat ni aku akan update pasal trip aku ke Ho Chi Minh baru-baru ni. Gambar sume tak transfer lagi dalam PC sebab balik2 aritu terus masuk mood exam. Trip kali kedua aku ke Ho Chi Minh ni memang takde unsur2 berjalan pun, memang shopping-oriented je. Ade la buat bisnes kecil-kecilan untuk kumpul duit nak raya ni kan.. hehe. So, nanti aku share kat korang mana tempat2 yang korang boleh pegi kalau korang niat nak shopping semata k. Kalau yang nak berbisnes tu pun dialu-alukan sebab banyak peluang bisnes yang korang boleh dapat di Ho Chi Minh, kena rajin dan yang paling penting, ada modal. Itu nantilah aku cerita k.
So, berbuka hari ni nak masak ape eh???? heee
Alhamdulillah Ramadhan dah abis.. moga kita dapat buat yang terbaik dan lebih baik dri ramadhan yg lepas2..
ReplyDeletewell masak simple2 je time puasa sebab most of the day tgh travel lagi time tu huhuhu...
pape pun Selamat Hari Raya dan salam lebaran :D
selamat hari raya juga...baru dpt mengadap blog setelah cuti beraya..hehe
Delete